Friday 28 March 2014

ZALORA - T-shirt Untuk Lelaki Moden

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. :D

Hari ni aku nak share dengan semua pembaca berkenaan fashion yang sempoi especially untuk lelaki.. tshirt yang sesuai apatah lagi bila anda sedang travel.. by the way kan aku dah kata semua pasal travel dalam blog nie  so tak akan terkeluar tajuk huhuu.. ok jarang ada orang lelaki travel backpack ni nak berpakaian yang smart dan kemas tapi apa yang paling mudah untuk dilakukan ialah pakai sempoi tapi smart and good looking..

Tshirt menjadi pilihan utama di kalangan kaki travel lelaki.. 

" T-shirts amat digemari oleh lelaki. Ini adalah satu kenyataan dalam dunia fesyen lelaki yang berbanding wanita adalah agak terhad.. tidak kira daripada segi gaya mahupun koleksi pakaian. Trend fesyen datang dan pergi namun tidak ada satu pun yang dapat bertahan lama, namun tidak bagi t-shirts lelaki. Ini kerana pakaian yang sering dipakai oleh kaum Adam ini tidak pernah terkeluar daripada carta. Malah saban tahun akan sentiasa ada koleksi t-shirt yang dikeluarkan dalam pasaran."


Gaya, Mutu dan Keunggulan.. Tshirt bagi orang lelaki memang sempoi dimana2.. :D

"Adalah suatu kemestian untuk lelaki mempunyai walau sehelai dalam almari pakaian mereka. Malah bagi lelaki yang normal, kebiasaannya mereka harus mempunyai paling tidak pun 5 helai baju t-shirts dalam koleksi mereka. Ini kerana ianya adalah sejenis baju yang sangat flexible untuk dipakai ke mana-mana sahaja."
"Untuk aktiviti yang kasual, padankan sahaja dengan sepasang seluar jeans bagi gaya yang lebih sempoi namun bergaya. Manakala untuk aktiviti santai di tepi pantai sebagai contohnya, sarungkan t-shirt anda bersama short dan sandal. Ianya pasti memberikan keselesaan buat anda!"



"Bagi persalinan smart casual t-shirt juga boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam penampilan anda. Padankan t-shirt pilihan anda bersama seluar berwarna hitam, sneakers serta blazer, sweater atau cardigan bagi tampak lebih fashionable namun bergaya. Mudah sahaja bukan? Pakai topi dan cermin mata hitam untuk aktiviti santai bersama rakan-rakan selepas kerja."

"Dapatkan t-shirt secara online shopping yang mana menawarkan harga yang lebih murah dan berpatutan terutamanya ketika musim warehouse sale. Zalora sebagai contohnya adalah antara yang mempunyai koleksi baju lelaki yang cukup meluas dengan rekaan dan warna yang menarik buat anda. Layari website Zalora untuk info terkini."

Sekadar satu perkongsian tshirt - berpakaian simple andai sekali pun tidak travel.. Berpakaian tshirt untuk semua aktiviti amatlah sesuai mengikut trend masing2 sekarang nie.. Yang pasti pemakaian yang simple dan mudah untuk kemana sahaja.. Dan memudahkan lagi untuk anda semua aku nak share satu website yang mudah untuk korang nak membeli tshirt ni.. Click sini.. Sekian  :D


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Selagi kau tidak ditemui dengan mata kasar..
Selagi itu akan ku terus berdoa..

Kerana Allah Taala Maha Merancang dan Maha Mengetahui..

Kita manusia boleh mengeluarkan pelbagai teori..
Tetapi Allah jua yang mentakdirkan segala2 nya..


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wednesday 26 March 2014

Misi Menawan Gunung Datuk - Negeri Sembilan Darul Khusus

Sambungan Dari Misi Menawan Gunung Ledang - 15 Febuari 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah.. Syukur sangat dengan kejayaan baru-baru ni.. Dapat menawan Gunung Datuk di Negeri Sembilan.. Dengan ketinggian gunung setinggi 885 meter.. Track yang mudah untuk menuju ke puncak gunung.. Mengambil masa 2 jam untuk sampai ke puncak dan mengambil masa 1jam 10 minit untuk turun semula ke kaki gunung.. Lambat sebab kene keep company dengan beberapa orang di belakang..

Apa pun nak minta maaf dengan Abang Lockman dari OAC sebab tak boleh join ikut naik Gunung Yong Belar sebab keadaan mak yang kurang sihat.. Gunung Datuk ni pun last minit and day trip sebab itu gagah boleh ikut lari sekejap.. insyallah next time saya akan ikut trip Abang Lockman.. Mood: Sedih giler tak dapat ikut pi Yong Belar..


Mungkin Gunung Datuk ni bukan permainan bagi mereka yang hebat..
Tapi aku tetap berbangga dengan kemampuan sendiri huhuu.. :D

Sekali lagi aku berterima kasih kepada Kak Sharmine dan Abang Yahya.. Kerana sudi mengajak aku untuk mendaki buat kali kedua bersama mereka - Pertama Gunung Ledang la.. Tapi kali ni pun Kak Sahrmine still buat lawak.. Soalan sama aku.. " Kak Min, saya nak bawa apa.. ??".. Kak Min kata tak perlu bawa apa just bawa bekal jer.. Sebab ini day trip dan bukan macam Ledang hari tu..

Maka gagah la aku bangun sebelum subuh.. untuk masak nasi goreng ala kadar bujang.. Letak ikan bilis, ikan masin, kacang panjang, carrot, telur, bawang merah, bawang putih, cili dan apa yang patut.. Pastu rasa macam tak cukup aku buat ikan pari bakar.. Ada la jugak nak makan dengan nasi goreng kosong tu..


Shell di Tol Sungai Besi.. Tempat berkumpul bagi mereka dari Kuala Lumpur..
Lama sangat tunggu.. Layan nasi lemak bungkus dulu.. :D
Berhenti minum seketika sebelum sampai ke destinasi..
Seronok dengan kewujudan abang yahya yang suka berjenaka :D

Seperti yang dijanji pukul 7.15 Abang Yahya dan Kak Min akan datang amik aku kat rumah.. dan terus menuju ke Plaza tol sg besi untuk memulakan konvoi ke Gunung Datuk.. tapi dah nama pun konvoi maka kene la tunggu semua untuk bergerak sekali.. Ada pulak sebuah kereta saga hitam tersesat ntah kemana.. Menyebabkan penantian menjadi satu penantian sambil sempat makan nasi lemak bungkus lagi tu..  Yang lambat tu nama dia Layna hahahaa :p 

Walau keadaan jerebu sedikit memberi tekanan "tak best la nak mendaki kalau jerebu" tapi kata Kak Min dah plan lama apa boleh buat.. projek kene on jugak.. Sambil di angguk tanda setuju oleh Abg Yahya yang sedang kembang gembira setelah berjaya mendapatkan Lesen Diving 2 minggu lepas.. Tapi macam mana pun Faiq yang telah sampai awal di Gunung Datuk memberitahu kat sini cuaca ok.. Insyallah view cantik..

Setiap kali naik gunung mesti akan berjumpa dengan kenalan baru..
Tanda Mercu di Gunung Datuk.. Dan bayaran serendah RM 5.00 seorang..
Ada beberapa gerai makan di kaki Gunung Datuk
Nan senting dilabuhkan, Nan panjang dikeratkan, Nan rumping disisipkan..
Pokok yang amat lebar dan besar.. Dipercayai bla bla bla hahahaa :P

Dalam perjalanan hujan mula turun dan menjadi lebat.. tapi semua diam jer dalam kereta tak nak komen pape hahahaa.. aku bersuara dalam hati " Biar betul otai2 ni semua nak hiking dalam hujan macam ni.. mati la aku.." huhuu.. Dengan bayaran masuk RM 5.00 seorang.. dan mengisi nama di borang.. setelah selesai semua.. macam biasa akan ada sesi taklimat.. Disampaikan ketua trip kali ini Abang Sani.. Seramai 21 orang kesemuanya.. 


Inilah satu2 nyer R&R yang ada di Gunung Datuk..
Pasangan manis Along dan Cik Puan Sri Lanang..  :D
Berkumpul di R&R sebelum meneruskan perjalanan..
Bila dalam group kenelah amik berat satu sama lain :D

Pendakian bermula tepat pukul 11:40 pagi.. Kamilah kumpulan terakhir naik dan yang turun.. Kak Min kata bagus juga naik lewat sebab kalau awal pagi mesti ramai orang.. lebih kurang 13:15 - 20 kami sampai di puncak.. Basically keseluruhan track tak susah cuma starting agak memenatkan sebab agak memacak.. dan hanya ada satu tempat "R&R" dan paling susah ialah untuk naik 15 meter terakhir.. yang mana kene menggunakan tangga yang bergoyang2 untuk sampai keatas..  Time tu aku dah jatuh semangat tengok tangga tu :p  

Hampir 45 minit kami berada di atas puncak sambil semua orang berpicnic mengeluarkan makanan masing2.. Aku layan nasi lemak lauk kerang yang dibeli dipertengahan jalan tadi - Abg Yahya belanja :D .. Makan kat puncak memang best.. Setelah semua habis makan dan penat bergambar.. Semua membuka langkah untuk turun.. Dan yang tak best nyer aku orang kedua terakhir turun dari puncak dan hujan lebat mula membasahi bumi..


Bersama Faiq.. Sahabat yang sama naik Gunung Ledang bulan lepas..
Tak kenal tapi dah naik sekali jadi member semua huhuuu :D
Ingat tak babak dalam Lion King tu - Akunamatata hahahaa :P
Bakal Pengantin Baru.. Aminnn.. :D

Mungkin sebab hujan dan akar pokok yang lincin aku terjatuh sekali dan terguling jugak la.. Agak memalukan sebab konon nak keep company dengan Ladies hahaha.. sekali sendiri jatuh tapi takpe la kene control macho bak kata Abg Yahya hahaha.. tak banyak gambar yang aku amik sebab keadaan hujan dan track yang licin.. takut nak bawa kuar camera huhuuu..


Penemuan dari mata lense aku hahahaa  :D
3 ketegori - Abang, Adik dan Pakcik hahahaaa :D

Alhamdulillah selamat sampai di kaki gunung setelah 1jam10 minit.. time ni agak terasa sket sebab semua orang pi mandi sebab ada bawa baju extra untuk salin lepas hiking.. aku mana ada bawa pape tapi bila borak ngan Abg Yahya.. dia pun kata takde baju nk tukar.. aku senyum je la sebab ada geng hahaha :p.. So kalau korang mai sini bawa la baju salin sebab ada sungai dan air terjun yang boleh anda bermandi - manda..

Suasana Kami Di Atas Puncak Gunung Datuk


Tahniah.. 18 survivor terakhir yang berjaya :D
Part paling tak best di Puncak Gunung Datuk huhuuu.. :P
Respect lak dik..  Kecik tapi stamina mengalahkan orang dewasa.. 

Antara penghuni di Puncak Gunung Datuk.. Comey Tomey :D

Balik tu kami sempat singgah makan di Restoran Anak Ghambau tak jauh dari Hutan Lipur Gunung Datuk di Kampung Chengkau.. Makanan sedap.. Aku amik Chendol Pulut & Kacang Merah dan makan ala rojak ntah apa ntah.. tapi memang sedap sebab dia letak Cucur Udang, Tempe dan Tauhu Goreng, tauge dan timun.. dengan kuah sambal yang menyelerakan.. Yang lain ada amik Mee Rebus, Nasi Ayam etc.. memang semua sedap la..


Restoran yang bersih, pemandangan yang indah dan makanan yang sedap..

Tapi bagi yang amik nasi ayam tu.. meh aku nak bagitau sket.. bila order nasi ayam harga yang tertera ADALAH TANPA TELUR GORENG.. tapi masa dapat Nasi Ayam tu akan ada Telur Goreng yang mana berharga RM 1.00.. Bila bayar dia akan kata ada telur goreng kan?? itu tambah RM 1.00.. Nasib bukan aku yang order.. if not.. hahahaaa.. pape pun nasi ayam dia memang sedap di mulut :D

Perjalanan pulang penuh dengan keletihan.. Nasib baik Abg Yahya yang drive kereta.. sebab kalau orang lain memang dah penat dan mengantuk huhuu.. Kami berhenti di R&R untuk menunaikan solat jama' magrib dan isya.. dan alhamdulillah kami selamat sampai ampang pada pukul 8.45 - 9.00 malam.. Sekian.. :D


Friday 21 March 2014

Majalah Harmoni - Travel My Way di Ruang Dunia Blogger

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..

Majalah Harmoni.. Mungkin ia memang dikenali ramai di kalangan wanita apatah lagi para ibudan juga yang sudah mendirikan rumah tangga.. tapi kurang dikenali bagi kebanyakan orang lelaki apatah lagi bagi mereka yang berstatus bujang  macam aku :p.. Apa pun untuk kali ini jom kita amik tahu sket pasal Majalah Harmoni ni.. Apa yang best untuk keluaran kali ini.. Edisi Bil 224 : 15-31 March 2014.. 

Selain artis Ekin dan Aenn menjadi model FrontPage Majalah Harmoni untuk keluaran ini.. Ada Che Lah dan Shaheizy Sam berkongsi kisah kehidupan.. Felixia Yeap pun ada.. Perkongsian cerita menarik, pelbagai tips kehidupan, kesihatan dan rumah tangga  ko macam dah kawen je hahaa :p  Dan juga resipi masakan.. Kesemuanya menjadi tarikan untukaku membaca keseluruhan Majalah Harmoni..


Muka surat 34 dan 35.. Majalah Harmoni..
Muka surat 36 dan 37.. Majalah Harmoni : Bil 244, 15-31 Mac 2014.. 

Tapi yang sebenarnya.. Kenapa aku beli sebab Blog Travel My Way menjadi pilihan untuk dipenuhkan di ruang Dunia Blogger sebanyak 4 muka.. dari muka surat 34, 35, 36 dan 37.. Alhamdulillah.. Syukur sangat sebab ada juga orang yang sudi berkongsi pengalaman aku pengembara untuk diletakan di dalam majalah yang hebat ini..

Masa nak beli majalah ni agak segan sebab majalah untuk orang wanita kan.. tapi tak pe la muka tebal jugak amik dan bila check ada kewujudan Travel My Way sebelum membeli - make sure amik yang ekin dan aenn tu yer huhuhuu.. sementara menunggu mak yang sedang buat check up dengan nurse dalam bilik rawatan.. sempat la aku baca seluruh entry dunia blogger ni.. :D


Ekin & Aenn - Edisi 244..
Edisi 243 Nad Zainal : 1 - 14 Mac 2014
Edisi 244 Ekin dan Aenn : 15 - 31 Mac 2014

Terima kasih pada Saudara Saifulrizal Shariff dan Saudara Razali Mohamed kerana sudi untuk memilih Blog Travel My Way ini untuk Ruang Dunia Blogger di Majalah Harmoni.. Bertajuk " Travel My Way - Coretan Ringkas 29 Buah Negara dan 153 Buah Bandar ".. Insyallah akan dijadikan dorongan untuk lebih aktif dan bekongsi lebih banyak pengalaman terutama dalam dunia pengembaraan kepada semua yang membaca.. :D


Kepada para wanita khususnya yang suka membaca dan mencari ilmu pengatahuan maka aku suggestkan untuk mencuba membaca Majalah Harmoni ini.. Banyak perkongsian yang menarik..  Ceh padahal nak promote orang baca pasal dia :p   Apa pun salam ceria untuk semua.. Dan mohon doakan kesihatan ibu saya yang baru keluar hospital ya.. Sekian.. :D


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


#Pray For MH 370




MH 370.. Somehow.. We know you still somewhere there..
We will keep The Operation Searching and Rescue for you..

Never lose hope.. Thousand and million of people is praying for you..
Everyday.. Every Hour.. And Every Minute..

Please come back..
We never give up to pray for you so please don't give up to come back...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday 18 March 2014

Foodpanda - Order Makanan Dari Poket Sendiri :D

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.. :D

Hari ni aku nak share dengan semua pembaca berkenaan satu *aplikasi - dalam english application yer.. Iaitu Foodpanda.Com.. Kenapa aku bagi tajuk entry ni "Order Makanan Dari Poket Sendiri" sebab ianya semudah dengan menggunakan telephone mudah alih anda untuk order makanan.. Lebih-lebih lagi bila anda sedang mengembara ke sesebuah negara lain ( negara yang terpilih sahaja )..

Aplikasi Foodpanda ini merangkumi lebih 40 negara di 4 benua iaitu Afirka, Asia, Eropah Timur, Amerika Selatan dan Timur Tengah.. Dan juga lebih dari 22,000 restaurant in the world wide.. Dan yang best nyer dalam memilih makanan dari menu ada diletakan sekali logo Halal bagi yang layak - untuk di Malaysia.. Amat memudahkan especially bagi orang islam untuk meng"order makanan..


This how it is.. How To Order From foodpanda.. Simple and Easy :D

Contoh set menu makanan untuk di order dari skrin smartphone.. 
Logo Halal disertakan juga pada restoran yang mendapat sijil kelulusan JAKIM..

Daripada makanan Western, Eastern, Chinese, Japaneses,Thai Food and Malay Food.. Hampir kesemuan jenis makanan anda boleh order dari dalam aplikasi ini.. Untuk bayaran anda boleh membayar online or pada masa penghantaran.. Dan yang best nyer boleh download aplikasi website ini secara percuma kedalam smartphone anda.. Klik sini untuk selanjutnya ke website foodpanda..


From Kuala Lumpur to Penang, from Petaling Jaya to Johor Bahru
Make your life easier with food delivery in Malaysia!


FoodPanda.my is an online food delivery portal that makes it easy for customers to order food from the best restaurants in Malaysia and get it delivered at their home. With more than 300 restaurants to choose from, FoodPanda has become one of the online food delivery leaders. 

Customers can order food from popular international chains like Tony Roma's, Kenny Rogers Roasters,Sushi King and lots more or from the local favorites like The Chicken Rice Shop, Kluang Station etc. The cuisine list on FoodPanda is quite tempting too.

Customers can order wide range of cuisines like Sushi, Indian food, Italian Food or western food. Thirst-quenching beverages can also be ordered from famous places like Chatime. Ordering fast food at home has never been this easy. Order from Burger Kaw Kaw or Papa John's, it'll be delivered in no time.


Get The Free Foodpanda Malaysia Apps :D


Any kind of appetites will be satisfied with Foodpanda: pizza, sushi, Korean food..

Crave for a hot and steaming pizza in Kuala Lumpur? Order a pepperoni pizza from Papa John's. A short while later, it will be delivered to your doorstep. Cash on delivery or online payment, choose your favorite option. Pizza delivery in Kuala Lumpur or in other cities is now really quick and easy thanks to Foodpanda. Dreaming of a chicken meal from Kenny Rogers Roasters? Simply enjoy delivery in Cyberjaya area for example.At home or in the office, enjoy food delivery in Malaysia

Ordering food online in Malaysia has never been as easy and convenient as with Foodpanda. Within a few clicks only, you can order amazing food online. Tell us first where you are located and we will provide you the list of the best restaurants in your neighborhood from which you can order food online.

Check out Secret recipe menu, Chatime menu and hundred other ones. Use Foodpanda filters to refine your selection. Check online all the possibilities you have in Penang, Georgetown, Melaka, Subang Jaya, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor, Ipoh, etc. Thank You :D


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#Pray For MH 370


MH 370.. Somehow.. We know you still somewhere there..
We will keep The Operation Searching and Rescue for you..

Never lose hope.. Thousand and million people is praying for you..

Everyday.. Every Hour.. And Every Minute..

Please come back..
We never give up to pray for you so please don't give up to come back..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Thursday 13 March 2014

Kembara England : Part 2 - Royal Observatory Greenwich - The Cutty Sark - Maritime Museum

Sambungan Dari Kembara England Kali Kedua : Part 1 - Setiba di Heathrow Airport

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Hari ni abang aku kata nak study dalam rumah sebab dia ada exam minggu depan just sebelum kami ke Ireland nanti.. Abang aku bagi kad pelajar dan kad public transport dia (sebab muka kami lebih kurang sama).. abang aku suh pergi keluar berjalan jangan duduk rumah jer.. Nanti rugi jer datang jauh2 ke London tapi tak pergi jalan banyak tempat huhuhuu..

Okay.. Berpandukan sekeping kertas yang abang aku conteng bagi memberi tunjuk arah cara ke Royal Observatory Greenwich.. aku melangkah keluar dari rumah seawal jam 8.45 pagi.. naik bas ke station underground train terdekat iaitu Golders Green.. Apa pun train di London adalah amat senang untuk digunakan.. mudah dan tidak complicated seperti di tempat lain..  bukan seperti train di Jepun.. :P 


Inilah Cutty Sark.. Boleh dilihat sejurus keluar dari Underground Station..
Tengok pusing2 luar macam ni free la.. Naik atas tu kene bayar :D
Souvenir comel dari Souvenir Shop Cutty Sark..  :D
Recommended routes from main London terminals
StationRoute
PaddingtonBakerloo Line to Charing Cross then Southeastern trains to Greenwich
MaryleboneBakerloo Line to Charing Cross then Southeastern trains to Greenwich
EustonNorthern Line (City branch) to Bank then DLR to Cutty Sark
St. PancrasNorthern Line to Bank then DLR to Cutty Sark
Kings CrossNorthern Line to Bank then DLR to Cutty Sark
MoorgateNorthern Line to Bank then DLR to Cutty Sark
Liverpool StCentral Line to Bank then DLR to Cutty Sark; on services via Stratford, change to DLR at Stratford
Fenchurch StAlight at Limehouse then DLR to Cutty Sark
London BridgeSoutheastern trains trains to Greenwich
WaterlooSoutheastern trains from Waterloo East; change at London Bridge for Greenwich
Charing CrossChange at London Bridge for Greenwich
VictoriaDistrict/Circle Line to Monument/Bank then DLR to Cutty Sark or Southeastern trains to Lewisham then DLR to Cutty Sark

Kenapa aku ke sini.. atau kenapa abang aku paksa aku ke sini.. ialah kerana di sini terdapat beberapa attraction yang menarik.. especially yang berkaitan dengan sejarah.. mahu pun pra-sejarah dan seumpamanya.. dan yang lebih menarik hampir kesemuanya adalah masuk percuma.. Dan paling penting ialah di sinilah anda boleh berdiri pada 0.0 GMT meletakan sebelah kaki di 0.1 GMT arah Barat dan sebelah kaki di 1.0 GMT arah Timur ( lebih kurang la ).. :D


Selfie la.. Bila seorang diri :D
Say what ever u want.. aku tak tahu  :P
Gambar - gambar yang telah beratus tahun..


Keseluruh kawasan London dalam replika
Antara sudut untuk bacaan beberapa maklumat..

1. National Maritime Museum - The world's largest maritime museum, filled with inspirational stories of discovery and adventure at sea. Explore our vast collection in the comfort of the Compass Lounge. Steer a ship into port and fire a cannon at dastardly pirates. Lord Sterling of Plaistow was Chairman of the National Maritime Museum from 2005–13.

2. Royal Observatory Greenwich - The Royal Observatory is the home of Greenwich Mean Time, the Prime Meridian of the World, London's only planetarium, the Harrison timekeepers and the UK's largest refracting telescope.

3. The Queen's House - The 17th-century Queen's House is a beautiful royal villa and England's first truly classical building. Originally the home of Charles I's queen, it now showcases a world-class collection of paintings and also provides a unique and beautiful venue for weddings, corporate and private events.

4. The Cutty Sark - Cutty Sark is the last surviving tea clipper and the fastest and greatest of her time, newly re-opened in all her glory. Venture aboard and beneath one of the world’s most famous ships, and marvel as you balance a 963-tonne national treasure on just one hand.


Pemandangan di Old Royal Naval Collage..
Jalan - Jalan di Old Royal Naval Collage.. Amik angin  huhuu :P

OPENING HOURS
LocationOpening timesLast admission
National Maritime Museum: Sammy Ofer Wing and ground floor galleries
(see floor plans)
Monday–Sunday
(see Thursday below)
10.00–17.0016.30
Thursday late closing*10.00–20.0019.30
National Maritime Museum: first and second floor galleries Monday–Sunday10.00–17.0016.30
Queen's HouseMonday–Sunday10.00–17.0016.30
Royal Observatory: Flamsteed House & Meridian CourtyardMonday–Sunday10.00–17.0016.30
Royal Observatory: Astronomy CentreMonday–Sunday10.00–17.0016.30
Cutty SarkMonday–Sunday10.00–17.0016.00

ADMISSION FEES
LocationMembersAdults (16+)Children (age 5–15)Concessions
(see below)
Family
(2 adults, up to 2 children)
Family
(1 adult,
up to 2 children)
Big Ticket:*
Cutty Sark + Royal Observatory admission + Turner and the Sea
FREE£22
(£20 without Voluntary donation)
£11
(£10 without Voluntary donation)
Under-5s free
£17
(£15.45 without Voluntary donation)
£58
(£52.70 without Voluntary donation)
£36 (£32.70 without Voluntary donation)
Cutty Sark
(see also Big Ticket above)
Buy your ticket
FREE£13.50
(£12.15 without Voluntary donation)
£7
(£6.30 without Voluntary donation)
Under-5s free
£11.50
(£10.35 without Voluntary donation)
£35
(£31.50 without Voluntary donation)
£24
(£21.60 without Voluntary donation)
Turner and the Sea exhibition
(see also Big Ticket above)
FREE£10*
(£9.10 without Voluntary donation)
£5*
(£4.50 without Voluntary donation)
£8*
(£7.30 without Voluntary donation)
£25*
(£22.50 without Voluntary donation)
£16.50*
(£14.85 without Voluntary donation)
National Maritime Museum**FREEFreeFreeFreeFreeFree
Queen's House**FREEFreeFreeFreeFreeFree
Royal Observatory - Astronomy Centre**FREEFreeFreeFreeFreeFree
Royal Observatory - Flamsteed House and Meridian Courtyard
- Buy your ticket
See also Big Ticket above and Astro Ticket below
FREE
£7 (£6.35 without Voluntary donation)
£2.50 (£2.25 without Voluntary donation)
Under-5s free
£5.50 (£4.50 without voluntary donation)
Trade voucher scheme applies***
£16 (£14.50 without voluntary donation)£9.50 (£8.60 without Voluntary donation)
Peter Harrison Planetarium
(planetarium shows)
See also Astro ticket below
FREE
£6.50
£4.50
Under-3s free
£5.50£20£14.50
Astro Ticket: Royal Observatory admission + planetarium show. You can buy Astro tickets via the pages for each planetarium show (listed here)FREE£11.50£6£9.50£29.50£19.50

Sebelum aku keluar rumah abang aku kata.. " Nanti kat Royal Observatory Greenwich boleh dapat sijil berharga 1 pound.. so make sure nanti balik aku nak tengok ko dapat sijil tu untuk bukti dah sampai sana.." Errkk!! biar betul abang aku nie huhuu.. tak pe cabaran di sahut macam amzing race dah nie.. Dan memang dinasihatkan untuk datang seawal pagi sebab kawasan untuk melawat keempat2 kawasan ni agak besar..

Keluar dari station underground cutty sark akan nampak kawasan kedai2.. dan akan terus nampak The Cutty Sark.. Maka perjalanan dimulakan dengan melawat Kapal Cutty Sark ini.. ada sebuah restoran di bawah kapal.. dan jika nak melawat kawasan atas kapal maka part tu kene bayar.. 


Pintu masuk National Maritime Museum.. Jom masuk.. :D
Replika sebuah kapal di Raja England ( hahaha mana la aku tahu )
Cuba teka.. benda ni memang famous ... cepat cepat  :P

Tak apa la cukup sekadar masuk kedai souvenir dan amik gambar dari luar.. Dan selepas tawaf sekali Kapal Cutty Sark ni aku terus ke Maritime National Museum.. Di sini.. lebih kepada sejarah lama berkenaan "inspirational stories of discovery and adventure at sea".. Memang menarik.. rugi jika tak singgah sini..tapi yang tak best kedai souvenir dah kehabisan fridge magnet.. tension yang amat hahahaa..

Banyak benda yang boleh dibaca menyebabkan aku mengambil masa yang agak lama di sini.. Setelah selesai berlegar2.. Aku terus ke Royal Observatory Greenwich.. oh lupa sebelum sampai ke Maritime National terdapat sebuah pusat pengajian iaitu Old Royal Naval Collage.. dan mereka ada sebuah museum sendiri.. so make sure jangan lepaskan peluang untuk masuk muzium ini juga.. ia berada di antara Cutty Sark dan Maritime Museum..


Antara Jenis kepala kapal layar..
Visitor of The Universe :D
Bot berkuasa roket ( mungkin  la )
Banyak attraction ni.. Datang awal k



Antara Souvenir yang dijual .. Namun aku tetap dengan fridge magnet :P

Untuk ke Royal Observatory Greenwich ni anda akan melalui sebuah taman di mana ramai orang bersantai.. dan kene naiki tangga sebab ia terletak di atas bukit.. tak tinggi tapi ramai juga yang berhenti berehat dipertengahan jalan huhuu.. Ok kat sini ada beberapa bahagian yang perlu anda bayar untuk masuk ke dalam.. Dan yang tak best nyer tempat nak print sijil tu ada kat dalam bahagian yang kene bayar.. 

Maka selepas berfikir beberapa saat aku minta dengan seorang kakak security untuk tolong dapatkan sijil tu.. dengan alasan " i came yesterday.. and did not know about the certificate.. that y i came again today just to get the certificate.. so can u help me please.." alhamdulillah dia masuk kedalam dan print sijil tu untuk aku.. actually sijil ni kita buat sendiri dekat mesin dia.. masukan coin 1 pound.. dan taip nama kita dan mesin tu akan print sijil untuk kita.. :D 


Jalan menuju ke arah The Queen's House..
Melintasi kawasan park ni untuk ke Royal Observatory Greenwich

Inilah jam rasmi 0.0 GMT
Inilah pendita hebat itu 
Inilah line yang aku kata tu..
Sebelah kaki timur..
Keadaan di waktu malam..
Sebelah kaki barat..
Royal Observatory Greenwich..  I was here wiiiii..!!!!  :))

Dapat sijil tu terus membuka langkah pulang dengan keriangan.. Dan disebabkan hanya itu direction yang abg aku kasi so aku terus pulang sebab tak tahu nak pi tempat lain huhuu.. Alhamdulillah selamat sampai rumah waktu magrib.. Abg Adi tanya "Mana sijil..??".. aku pun tunjuk dengan bangga nyer.. tapi lepas tu "Asal sijil ni tak da nama ko..??" Alamak..!! Mula2 aku kata la mesin rosak bagai.. tapi pastu aku kata.. Minta security tolong dapatkan sebab tu tak ada nama (kene tulis sendiri)  hahahaa.. :P  Continue Part 3 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...