Thursday 12 June 2014

Pekasam di Gerik - Laksa Pokok Limau di Kuala Kangsar

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sebelum kita teruskan dengan entry ini.. Marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah di atas kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah baru- baru ini.. Alhamdulillah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah selamat di lantik sebagai Sultan Perak yang baru.. Semoga baginda akan memartabatkan lagi agama islam dan membawa keberkatan untuk seluruh Negeri Perak..

Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah
Okay jom sambung cerita berkenaan tajuk di atas.. Setelah berhempas pulas akhirnya berjaya juga menghabiskan cerita untuk Trip Royal Belum Rainforest di Gerik, Perak Darul Ridzuan.. Eh kejap hempas pulas..??? Ceh padahal malas adalah faktor paling utama dan paling teruk.. Pastu sibuk buat trip lain sampai tak reti nak duduk diam kat rumah hahahaa.. k bai :P

Royal Belum Part 4 : Chalet Sg Tiang & Santuari Ikan Sg Ruok

Kepada yang berminat nak mengikuti kisah percutian kami di Royal Belum boleh klik di salah satu link di atas dan untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej trip di Royal Belum boleh hubungi pihak Belum Outdoor Adventure (klik).. Boleh pilih berapa hari dan apa aktiviti yang mahu di lakukan.. Insyallah mereka menawarkan pakej yang terbaik untuk semua pengunjung yang memilih mereka..


Ikan Pekasam Tasik Raban - Gerik

Selepas kami pulang dari Jeti Pulau Banding di Tasik Temenggor.. Pemanduan kereta diteruskan menuju keluar ke arah Bandar Kuala Kangsar.. Tiba2 Blogger Pae whatsapp inform nak berhenti beli ikan pekasam since Gerik pun adalah antara satu tempat penghasilan ikan pekasam terbaik di Malaysia..

Mungkin di sebabkan nak sangat beli pekasam yang terbaik.. Menyebabkan beberapa kali tempat yang di berhenti oleh Pae tidak mendatangkan hasil.. dan kami yang bergerak mengikut beliau dari belakang sekadar memerhati gelagat orang Johor ni mencari pekasam hehehee..


Pelbagai jenis ikan di sediakan dalam bentuk pekasam..
Packaging yang kemas.. kedap udara lagi tu  :D

Boleh di katakan hampir setiap 200 meter - 500 meter mesti akan ada orang menjual ikan pekasam di sepanjang perjalanan balik.. Dan akhirnya kami semua berhenti di salah satu gerai.. Antara sebab kenapa berhenti di sini ialah mungkin terdapat banyak jenis ikan yang di tawarkan.. dan telah di bungkuskan dalam pack yang sedarhana saiznya dan di jual RM 10.00 untuk 3 paket..

Antara jenis ikan pekasam yang menjadi tarikan aku mestilah Ikan Loma.. sebab ikan ni kalau tak silap hanya ada di bahagian utara Perak sahaja.. Negeri lain memang tak ada.. Pastu aku amik Ikan Baung dan Lampam sebab ikan jenis ni jarang jugak nak dapat dalam bentuk pekasam..


Loma, Sepat, Lampam, Haruan, Baung, Keli dan pelbagai lagi jenis ikan..
Puas memilih kita membeli pulak.. Senyuman pakcik yang spotting  :D


Restoran Laksa Pokok Limau - Kuala Kangsar

Selepas selesai bershopping sakan dengan ikan pekasam.. *eh beli pekasam pun boleh shopping sakan ker hahaha.. Alhamdulillah perjalanan diteruskan lagi ke Bandar Kuala Kangsar.. Apa yang aku ingat2 dalam perjalanan ni aku tertido dalam kereta.. Pastu tak tahu la Blogger Hang Dhamin atau Blogger Janggel yang amik gambar aku tengah tido pastu share kat whatsapp group hahahaa.. adoi memalukantapi takpe cover macho hahaha.. :P

Restoran yang kami tuju ini telah pun dilawati atau disinggahi oleh beberapa orang di antara kami.. Kata nya ini laksa terbaik di Kuala Kangsar.. Blogger Lily menjadi antara orang kuat dalam membawa kami semua ke sini.. Alhamdulillah di kala waktu hampir pukul 5:00 petang kami sampai di Restoran Laksa Pokok Limau ini.. dan sesi order meng"order" pun bermula..


Laksa Pokok Limau - "Rasa Sekali Mesti Nak Lagi"..   :D
Senyuman ikhlas sebab kelaparan balik dari Royal Belum Park..

Dan satu keunikan laksa di restoran ini ialah terdapat telor goreng yang digoreng secara berjalur2 dan dihidangkan di atas laksa dalam setiap pinggan yang di pesan.. Teringat akan Blogger Fadh bertanya pada waktu kejadian "Apa lagi menu lain.." Dan abang yang amik order tu kata memang di sini hanya menjual laksa semata2.. air tak apa la berpelbagai jenis ada..


Now we present you - Laksa pokok Limau..
Biasa orang guna telur rebus tapi kat sini pakai telur goreng.. rangup pulak tu sedappp  :D
Ini lah pretzel yang Kak Anash kasi.. Sedappppp :D

Sambil berborak dan berseloroh melayan laksa yang sedap ini di tambah lagi dengan kuah laksa yang memang cukup pekat dan rasa nyer membuatkan sepinggan yang di makan hanya sebagai mukadimah hahahaa.. tapi tak berani nak order satu lagi.. Tiba2 Blogger Kak Anash datang dari arah kereta membawa beg plastik besar.. Rupa2nya ada gift untuk setiap orang.. alhamdulillah syukur... rajin Kak Anash nie :D


Terdapat surau di bahgaian belakang restoran memudahkan untuk bersolat..
Best sebab surau kayu jenis tinggi yang lama.. bila masuk dalam pijak bunyi nyiit nyoot hahaa :D 

Nasib baik surau.. kalau rumah orang dah lama aku main lari2 hahaha :D
Balik dari surau ternampak buah ni.. tak tahu buah apa.. siapa tahu..??

Sambil makan dan melayan laksa yang cukup memuaskan ini.. di tambah pula gift pretzel seorang sebekas tapi yang dah kahwen tu dapat bekas agak double size.. sesuai la sebab mereka akan berkongsi alahai sweet nyer kan kalau dah kahwen hehehee.. ok ok sila fokus pada entry anda bukan pasal kahwen ..!!


Sesi terakhir bersama2 Travelholic Awesome & Friend untuk kali ini.. :D

Keadaan bertambah ceria lagi apabila beberapa insan antara kami cuba membuat pembayaran awal di kaunter tetapi di halangan oleh Blogger Dr Shah Rule.. tetiba keadaan menjadi kecoh sebab Blogger Bayya kata "Hari ni birthday Blgger Dr Shah Rule..!!!! dia belanja semua orang pada hari ini.." Terus dalam hati kata ish kalau aku makan 2 pinggan tadi pun bagus hahahaa  :P

Last2 bukan birthday Dr Shah Rule pun.. dia saja nak belanja kami semua.. Maka berakhirlah trip kami kali ni.. And just nak comment sket pasa pekasam ni jika semua setuju dengan aku.. Pekasam di Perak ni kasar sket.. Kalau di Perlis dan Kedah pekasam di halus tak terasa biji2.. tapi bagi aku dua2 sedap.. Setuju..??? :D

Monday 9 June 2014

Royal Belum Part4 : Chalet Sg Tiang & Santuari Ikan Sg Ruok

Sambungan dari Royal Belum Part 3 : Kampung Aman Damai - Orang Asli

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Jom sambung baca kisah kami Travelholic Awesome & Friends di Royal Belum Park, Perak Darul Ridzuan.. Semenjak dua menjak ni tetiba busy pulak naik turun pantai timur pastu nak kene setel beberapa perkara berkenaan diri sendiri tapi alhamdulillah semua mission berjalan dengan lancar.. Mission punya pasal terlewat pulak nak siapkan final entry Royal Belum ni.. tapi tak apa kan.. semua nyer bersifat sabar menanti.. kan?? hahahaa..  :D

Ikan Toman Tasik Temenggor memang masih bersaiz giant hahahaa.. :D

Tapi paling hiba ialah senduk acuan roti jala masih belum di jumpai.. agak2 orang dekat Ampang ni dah tak makan roti jala kot hahahaaa.. eh ko sibuk nak cakap pasal roti jala ni kenapa *Ni salah Kak Anash dengan Janggel la yang start hahahaa.. Hari ni pun Alhamdulillah dah baik demam maka boleh la siap kan entry Royal Belum yang tertunggak ni..  :P


Penginapan di Sungai Tiang

Keunikan penginapan di Sungai Tiang.. 
Di sebabkan generator rosak.. Kami semua tido atas houseboat jer..
Ada chalet, pondok dan cottage.. Ada yang bilik air di dalam dan ada yang di luar

Okla baik kita terus pada cerita.. kang nanti aku melalut habis satu entry ni huhuhuu.. 13 April 2014 - Ahad.. Last day kami di sini.. Seawal pagi kami semua bangun untuk menyemai keinginan menikmati keindahan panorama yang menteramkan jiwa dan udara yang nyaman di Tasik Temenggor ini.. Di tambah dengan kesejukan pagi dengan kabus yang sayu menyentuh kulit.. fuh terbaikkk rugi kalau korang tak mai sini.. :D

Sajian kami di pagi ini ialah nasi lemak yang begitu sedap.. sekali lagi aku tak segan silu memuji pihak BOA yang menyediakan pembuka selera di pagi ini dengan makanan yang terbaik.. Dan acara pagi ini ialah terjun bermandi air di Tasik Temenggor.. boleh dikatakan semua orang terjun kecuali aku dan Kak Anash.. Aku sebab tengah layan casting sebab teringin nak merasa daging ikan sebarau.. Kak Anash.. sebab nak amik gambar tanpa henti kot hehehee..


Ustaz Mohd Issam masih mencuba di waktu matahari terbit
Hang Dhamin mengaku sebagai orang terakhir yang bangun pagi tu hahahaa :P
Wajah - wajah ceria kami di pagi hari.. :D
Mula-mula cuak jugak tapi lepas dah masuk air tak tenggelam terus confident..

Tatkala ketika kami semua sedang berseronok dengan aktiviti sendiri.. Kedua2 enjin bot kecil di belakang houseboat dihidupkan.. Bagi membawa mereka yang ingin dan merasai sendiri melihat dan membuat trekking melihat kehijauan dan tumbuhan hutan rimba dengan lebih dekat di Sungai Kooi..

Masa ni ada yang malas nak pergi sebab nak rileks atas hosueboat melayan angin yang bersipu2.. ada yang mandi-manda tak nak keluar dari air tasik maklumla kan sekarang ni musim kemarau huhuhu... Kak Anash antara orang dalam geng pertama yang pergi.. so kalau nak tengok apa yang ada kat Destinasi Sungai Kooi tu sila terjah Blog Kak Anash..


Perjalanan ke Sungai Kooi.. Merentasi kehijaun alam..
Terserempak pula dengan houseboat yang lain dalam perjalanan ke Sg Kooi. 
Ada yang cuak naik bot ada yang bersahaja.. Nak sakat orang memang best :D

Aku pun pergi ke Sungai Kooi tapi lewat sket dalam second group.. sekali dengan Blogger Fadh dan Zara Ab tapi masa sampai jer hujan rintik mula membasahi bumi.. So bila bot kami sampai.. sempat la kami turun dan pijak tanah.. Amik gambar kiri kanan atas bawah - 360 degree.. tak sampai 5 minit pun terus naik bot nak balik heaq quarters..

Tapi yang best sempat juga la kami tengok drama mereka yang kene gigit pacat masa tu.. Rupa nyer banyak pacat kawasan tu.. kami tak masuk buat trekking so none of us kene pacat.. tapi geng pertama yang datang huhuu.. bagi kenduri kat pacat hahaha... *Hi Kak Anash.. kesan pacat kat kaki dah hilang ker? lariiikkk hahahaa..  :P


Sesi kelas photographer.. masing2 dengan wajah serius huhuhuu..
Perjalanan ke Santuari Ikan Sg Ruok dan Air Terjun..
Pemandangan yang memukau mata dan mempersonakan ..

Kami mula bergerak dari Jeti Sungai Tiang.. menuju ke satu destinasi lain untuk bermandi mandi di sebuah air terjun.. perjalanan mengambil masa hampir sejam.. Masa inilah Saudara Hilmi dari BOA secara tak langsung membuka kelas khas pada geng Travelholic Awesome & Friend untuk memberi sedikit pengajaran dalam teknik mengambil gambar.. Tapi yang tak best nyer sebab aku tengah lepak kat bawah dengan Saudara Issam so aku missed 75% pengajaran dari kelas tu huhuhuu..

Houseboat berhenti di satu kawasan tebing tasik.. Kerana untuk ke pintu masuk air terjun yang juga Santuari Ikan itu hanya boleh di lalui oleh bot2 kecil.. time ni aku bagi laluan pada yang lain untuk pergi dulu sebab masih lagi nak try casting kot2 boleh dapat sebarau huhu.. giler betul aku ni kalau dah dapat batang pancing di tangan :D


Mencuba sebarau untuk saat-saat akhir huhuhuu.. Thanks Janggel :D
Ikan biasa jer la.. tak la besar mana.. tapi memang banyak..  :D
Kecerian terserlah di wajah masing-masing  :D
Pihak BOA kata kalau bukan musim kemarau air terjun dia akan lebih cantik..

Perjalanan dengan bot mengambil masa hampir 10 minit.. dan akhirnya kami sampai di penghujung Sungai Ruok iaitu Santuari Ikan dan juga terletaknya air terjun disini.. Dan aktiviti kami di sini tak lain tak bukan mandi lagi hahaha.. tapi kali ni mandi dengan air terjun yang sejuk huhuuu.. 

Masa nak pi Sungai Ruok ni Saudara Hilmi dari BOA bagi assignment pada semua Travelholic Awesome & Friend untuk amik gambar terbaik di Air Terjun Sungai Ruok ni.. Tapi di sebabkan aku tak la mengikuti kelas tu dari awal maka aku di kecualikan hahahaa..  ini sendiri buat decision hehehee..  :P   

Selesai bermandi dan bermain air di air terjun kami semua kembali ke Houseboat.. dan ini bermakna tamat la semua aktiviti kami di sini.. tapi bila sampai houseboat jer.. ternampak ada lagi satu aktiviti terakhir yang belum sempurna.. MAKAN TENGAHARI..!!!!!  Yang paling best bagi aku ialah ikan yang di pancing kami semua nyer di Masak Lemak Tempoyak Cili Padi dalam satu periuk.. fuh memang terbaik.. :D


Thanks to all of you Travelholic Awesome and Friend..
And Miss you guys.. Hope will gather again somehow someday..
Team Travelholic Awesome & Friends


  


Sila Klik Link Di Bawah Untuk Entry Sambungan :

Royal Belum Part 1 : Calling From Travelholic Awesome Team
Royal Belum Part 4 : Chalet Sg Tiang & Ikan Santuari Sg Ruok


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...