Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Alhamdulillah ini percubaan pertama untuk mengarang semula kisah pengembaraan aku setelah bergelar suami.. Selepas tukar status suami ni membuatkan masa lebih terhad.. Susah nak ada masa jenguk blog.. apa pun insyallah blog Travel My Way ini tak akan senyap dan terpadam dari tangan yang akan mencoret kisah dari pengalaman diri sendiri dalam mengembara di setiap pelusuk dunia ini..
Okay.. Kisah pengembaraan aku di Jordan ini bermula tanpa dirancang dengan baik.. tapi syukur aku bernasib baik dapat flight tiket murah RM500.00 one way.. Penerbangan EasyJet Low Cost Airlines dari Heathrow Airport, London ke Amman Queen Alia Airport, Jordan..
|
Pertama kali menaiki penerbangan EasyJet dan pertama kali terbang dari Heathrow Airport.. |
|
Sempat breakfast tuna sandwich dan white coffee di Heathrow Airport, London.. |
Dan untuk
Malaysian Passport Holder kita boleh bayar visa on arrival lebih kurang 30 Dinar Jordan.. Kena bayar visa guna currency Jordan.. If tak ada boleh tukar di money changer sebelum berjalan ke kaunter immigration.. Currency masa tu JOD 1.00 bersamaan MYR 4.50..
Keinginan ke Jordan bermula dari South Africa lagi.. Aku ada bagitahu beberapa rakan tentang niat menziarahi Jordan.. Secara tak langsung seorang rakan Ust Azrin berkata.. "if nak ke Jordan, singgah la rumah kawan aku.." Dan aku pun terus add facebook kawan Ust Azrin tu.. Manalah tahu jika "Jordan Aku Datang" menjadi reality :D
|
Macam biasa la.. Kalau naik kapal terbang mesti nak duduk sebelah tingkap dekat dengan sayap.. wajib tu hahahhaaa.. :D |
|
Selamat tiba di Amman Queen Alia Airport, Kingdom of Jordan.. |
Bila confirm aku ke Jordan barulah aku mula bertegur sapa dengan rakan Ust Azrin.. iaitu Ust Mursyid Al-Amin seorang pelajar senior Malaysia di University Of Jordan, Amman.. Dan aku memberitahu akan berkunjung ke Jordan for few days.. Alhamdulillah Ust Mursyid menyambut baik dan memperlawa aku menjadi tetamu di rumah beliau..
Dugaan bermula apabila aku tersalah inform pada Ust Mursyid tarikh dan hari yang berlainan.. Kami dah berjanji akan bertemu di airport tapi setelah aku tiba hampir 2 jam beliau tidak kelihatan.. Baru aku sedar dah salah inform tarikh ketibaan aku..
|
Sempat selfie dalam shuttle bus dari airport ke Bandar Amman |
Maka bermula pencarian tanpa titik mula.. Nombor Ust Mursyid aku tak ada.. Dalam inbox facebook ada la.. So mission kene login facebook.. tapi kat airport tak ada lansung komputer free atau berbayar.. Sehinggalah seorang pakcik arab menegur mungkin perasan aku sedang mencari sesuatu.. Bila cerita apa yang terjadi.. Dia offer handphone untuk login facebook.. tapi tak tahu kenapa tak boleh log in..
Setelah 3 jam di airport aku membuat keputusan untuk naik bas ke Bandar Amman.. Bayaran tiket JD 3.00.. Alhamdulillah dalam bas ada seorang brother arab tanya dari mana nak ke mana so on.. Lepas aku story.. Dia kata nanti turun la sekali sebab kat area tu ada banyak kedai2.. mungkin aku boleh jumpa internet cafe.. Nasib baik brother ni speaking english bagus..
|
Ibis Hotel di Amman, Jordan.. Sumber Google.. |
|
Reception di Ibis Hotel.. |
Family brother ni tunggu di bandar sebab airport jauh.. Bila kami turun dari bas dia offer handphone untuk login FB tapi dia kene tukar simkad Jordan baru boleh guna internet.. Lepas je aku login handphone mati kehabisan bateri.. Nasib ada charger dalam kereta so try sekali lagi login.. still mati sebab baru cucuk changer.. ye lah kene la tunggu 5-6 minit dulukan baru la on handphone.. Brother ni gelak kata nasib aku memang malang.. Kali ke-3 tak boleh login sebab FB suruh buat verification guna komputer after 1 hour hahaa.. :P
Sambil ketawa dia kata tak boleh la nak tolong aku sampai esok.. Diorang pun nak pi dinner lagi.. aku pun okay jer.. dan dia drop aku depan Ibis Hotel bersebelahan Amman Mall.. Dia kata biasa dalam hotel ada PC free boleh guna.. if not masuk la mall cari internet cafe..
Reception Ibis Hotel tiba2 tegur " Yes Sir.." Perghh kenepa tegur.. aku nak masuk guna PC jer.. "Aaa.. I just arrived from London and i'm looking for my friend.. They arrived this morning but i don't know which hotel they check-in so i would like to use PC here to chat with them because they did said Ibis Hotel" Reception minta nama boleh dia check dalam guest list.. Terus aku bagi nama Mursyid Al-min hahaa.. memang tak ada la dipendekan cerita aku dapat guna PC kat Ibis Hotel ni..
|
Rasa lega bila dibantu oleh perkerja pasaraya di Amman Mall.. |
|
Lepak belakang mall sementara tunggu Ust Mursyid sampai.. |
Syukur sangat bila dapat log in facebook.. update status, share location, salin nombor phone.. Terfikir juga kenapa tak save nombor Ust Mursyid ni hehee.. Aku mula bergerak keluar setelah selesai.. Aku cuba tanya security guard kat mana public phone?? tetiba dia pandang aku atas bawah.. "Mana ada public phone kat Jordan.. Semua orang pakai handphone" Eeerkkk habis la aku!!!!
Aku pun masuk Amman Mall opposite Ibis Hotel dengan harapan ada la sesuatu yang boleh buat call.. tapi kedai banyak dah tutup maklum la dah pukul 11 malam lebih.. Sampai la depan satu pintu masuk pasar raya.. Elok je aku nak masuk tetiba beberapa pekerja menahan tak bagi aku masuk sebab tengah buat closing.. And one them tanya aku nak apa.. Aku kata nak call kawan tengah cari public phone.. Dia minta nombor dan terus call Ust Mursyid.. :D