Okay rezeki aku untuk makan dan review hujung tahun ini.. Untuk kali ini dipanggil join dan review satu acara perasmian untuk festival perayaan pada tahun ini bertempat di Saffron Brasseries, Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur.. Dengan tema "A Magical Christmas, The Nutcraker's Tale"..
"The magic continue at its Saffron Brasseries with a X' Mas Day Buffet Hi-Tea, Created exclusively by the hotel's team of talented chef's. The Saffron X' Mas Buffet Hi-Tea offer an exclusive spread of traditional Christmas delights while dining in a cozy ambiance, bringing back fond memories of dining with family and friends at home.."
Bertemakan A Magical Christmas The Cracker's Tale.. |
Welcome to Saffron Brasseries at AnCasa Hotel.. |
Antara penyambut tetemu di lobi Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur.. |
Satu pandangan yang amat mengkagumkan apabila anda sampai di lobi hotel ini ialah Gingerbread House yang dibina di lobi hotel oleh chef-chef dan aritsan yang sangat berbakat.. Terdapat juga Gula-Gula, Biskut Halia, dan pelbagai jenis coklat yang bertemakan perayaan ini di jual di sini.. Dan lebih 100 patung Nutcracker yang menghiasa Gingerbread House ini.. Termasuk lah 2 buah patung setinggi 6 kaki mengawal di pintu masuk..
Kata Ketua Chef Yohanis Jalaluddin - Konsep "A Magical Christmas The Nut Cracker's Tale" buffet ini diilhamkan dari menu tradisi Christmas bagi memberi peluang kepada para tetamu untuk menikmati sajian di Saffron Brasseires dalam suasana yang amat selesa serta mengimbau kembali kenangan meraikan Christmas bersama orang yang tersayang..
The Saffron Staff, Management Hotel Staff, The Blogger and The Chef.. |
Antara berpuluh-puluh jenis makanan yang di cuba huhuhuuu... :P |
Aku perasmi ayam turkey ni.. Thanks Chef !!! |
Bagi membolehkan pengunjung mengimbau kenangan manis itu Chef Yohanis serta team beliau menyediakan santapan Chrstmas ini dengan menu-menu terpilih bermula dengan aneka salad pembuka selera dan canapes, sup, variasi jenis makanan barat dan di akhiri dengan pemanis mulut yang amat memukaukan mata yang meilhat..
Oleh itu Restoran Saffron Brasseries ini menjemput sesiapa sahaja bagi merasai sendiri keunikan cita rasa yang dihidangkan sempena perayaan ini.. Dan beberapa sajian yang diketegorikan sebagai "MESTI CUBA" ialah.. Roasted Turkey dengan Cranberry Sauce, Giblet Sauce dan Chestnut Stuffing, Viennese Beef Goulash, Fish Schnitzel, dan Lamb Struddle..
Seperti biasa hidangan istimewa hebat mana pun tidaklah akan lengkap jika tiada penutupnya yang selalu kita dengar sebagai keenakan pemanis mulut.. Maka di sini antara yang di sajikan seperti pelbagai jenis Chocolate Pudding.. Linzer Torte dan Sacher Torte.. :D
Dalam banyak-banyak ni.. aku paling tertarik dengan ayam turkey tu hahahah :P |
Antara menu lain dari beef hingga la ke Seafood semua ada wiiii... :D |
Antara beberapa pemanis mulut yang disediakan di sini.. |
Sajian Buffet Hi-Tea ini tersedia bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 4.00 petang pada 25 Disember 2015 pada kadar cuma RM48.00 bersih seorang bagi dewasa serta RM28.00 bersih untuk kanak-kanak berumur 4-12 tahun. kami juga ada menyediakan tawaran istimewa iaitu '9+1 Deal' untk 9 orang pengunjung dewasa, seorang makan percuma!
Sebarang pertanyaan / tempahan, sila hubungi 03-2026 6060 ext 7703
AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada AnCasa Hotel & Resort Group yang dimiliki oleh UDA Holdings Berhad yang juga mempunyai hotel yang terletak di Pahang, Port Dickson, dan Pulau Pinang. Sila layari laman www.ancasahotels.com untuk kadar yang terbaik