Pages

Friday, 3 December 2021

Permulaan Baru Blog Ini Untuk Tahun 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

REZEKI..
Luas makna rezeki ini.. Dalam semua perkara, baik yang dapat dilihat dengan pandangan mata kasar atau tidak. Tetap ada rezeki yang tertulis. Jikalau diambil dalam konteks dunia blog ini. Dapat jenguk blog sendiri pun dah rasa satu nikmat. apatah lagi log in dan update new entry.. kan? :D Sedih weyyy..

ANUGERAH..
Minat atau hobi yang pada seseorang itu adalah anugerah. Dapat melakukanya atau merasainya adalah satu nikmat dan nikmat itu jugalah rezeki. Dan kadang-kadang anugerah ini mudah untuk kita tidak menghargainya hanya disebabkan kita kurang produktif dalam kehidupan realiti.

AZAM..
Yer azam.. Itulah pada setiap kali membuka blog sendiri akan ada azam yang kuat di dada untuk meneruskan bidang penulisan ini. Tak lain sekadar berkongsi pengalaman sendiri mengembara ke mana sahaja di merata pelusuk bumi ini. So nak bagitau azam aku pada tahun ini Insyallah.. Insyallah.. Insyallah.. akan kembali aktif di dunia blogging. Tak lain menghidupkan kembali page Travel My Way ini. please doakan aku.


Persepolis nearby Shiraz, Iran

Berbaki hanya 30 lebih negara yang aku perlu update dalam blog ini. Itupun kalau akau tak pergi travel lagi :P. By the way tak banyak mana pun kan nak update. Dan kalau satu negara akan ada 5 posting.. so in total akan ada 150 posting, sikit jer tu hahahaa.. Chaiiyokkk  Insyallah aku boleh.. :P

So aku memang akui tidak produktif dalam meng'update' blog ini. Once berpijak ke dalam dunia perkahwinan dan membina keluarga dengan anak yang kian bertambah dan membesar serta bersekolah. Di tambah dunia perkerjaan serta dunia kehidupan dan pelbagai lagi menyebabkan aku terlalu sibuk dan kurang memberi tumpuan ke dunia blog ini.


Whale Shark @ Cebu Philippines.
Bell Tower @ Xian, China

So antara negara yang belum aku update adalah:-
Ireland, Egypt, Oman, Qatar, Thailand, South Korea, Morocco, Saudi Arabia, Iran, Australia, Singapore, Philippines, Lesotho, Taiwan, Japan, Myanmar, China (Guangzhou, Shanghai, Xian, Shenzhen), Laos, Vietnam, Indonesia (Aceh, Jakarta, Bogor, Bandung, Pangandaran, Padang, Pekan Baru), South Africa. Tengah fikir nak update yang mana pun tak tahu hahaha..

Kalau kira nak campur posting berkenaan aktiviti hiking, trekking, camping, diving, fishing, farming dengan lain-lain. Ntah la berapa banyak lagi posting nak kene update. Tapi tak apa insyallah kita mulakan sikit-sikit dari sekarang. So entry kali ini insyallah aku akan belanja sikit gambar travel. 


 The Pinnacles @ Pert, Australia.


Aku pun tak tahu berjaya tak nak upload video ni. Tapi video ni tak siap pun lagi.. Layan jer lah..
Update: Ok kene tekan kat anak panah.. lepas jadi merah tekan sekali lagi..
laptop rosak masa tengah buat video ni.. tu yang sekerat jer dapat hahaha..


Wednesday, 8 September 2021

Selamat Menyambut Hari Merdeka Buat Malaysia Yang Ke-63

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia..

Alhamdulillah diizinkan oleh yang Maha Esa untuk menulis entry di blog ini.. Juga syukur atas nikmat kesihatan untuk seisi keluarga aku. Dari mula buat blog ini dalam keadaan bujang dan sekarang alhamdulillah menjadi ayah kepada 3 org anak yang comel tapi boleh tahan juga nakal nya.. sape suruh masa mak dia mengandung ko bawa pi travel sana sini huhuhuu.. 
 
My Double Triple Atiyya - Ateera - Aydan..
Ayah apa kesah korang dah mandi ke belum hahaha..

Sempena dengan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia 15 September yang akan datang. Aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka Yang Ke 63.. Semoga Negera Malaysia akan terus maju dalam sektor ekonomi.. Dapat melawan dan menghapuskan musuh yang tidak boleh dilihat ini "Covid 19".. Mengembalikan dividen tinggi ASB (penat bayar bulan-bulan kalau tak boleh cover dividen huhuhu..) dan juga Dividen Tabung Haji (sebab aku nak kumpul duit cepat untuk pergi haji amin amin..!!) 


This is how Jalur Gemilang of Malaysia Stand
- Never make it up side down

Sebagai seorang dari rakyat Malaysia.. aku juga terkesan akibat serangan Covid 19 ini namun bersyukur masih mempunyai perkerjaan tetapi tidaklah seperti sebelumnya.. Sebagai seorang ayah kene kuat untuk terus mencari sesuap makanan utk santapan seisi keluarga moga rezeki itu sentiasa ada untuk aku insyallah.

Apa pun yang penting adalah aku harapkan semoga semua yang baca dan follow blog ini terselamat dari ancaman bahana Covid 19 ini dan diberi kesihatan yang elok sentiasa serta tidak terputus punca rezeki korang semua. Jom layan lagu Negaraku bawah ni..



Well Faizal Tahir song is always My Number 1

Insyallah selepas ini aku akan terus berusaha untuk update baki kisah liku-liku perjalanan pengembaraan aku di beberapa negara yang masih belum nampak permulaannya hahahaa.. Korang sabar dan tunggu je la.. Ada juga orang suruh aku buat buku tapi tu la.. blog pun tak upate nak tulis buku aduhai memang idok ler.. Yang latest aku dah update entry My World Map kalau rajin klik la dan boleh la tengok latest update peta jajahan aku. k bye..

Friday, 6 August 2021

Myanmar Part 4 : Discover The Beauty of Nature - Inle Lake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia..

Sambungan dari Myanmar Part 3 : Journey To Country Side - Inle Lake Town

Hi korang semua.. Harap kesihatan yang baik dan sihat sentiasa menemani khas untuk korang yang masih setia datang ziarah dan menjenguk kesini.. Ramai yang bertanya bila nak update and so on.. Well macam biasa jawapan aku.. Niat di hati sentiasa ada nak update.. Dan kehidupan sebagai pengembara masih diteruskan.. Tempat atau negara yang dikunjungi makin bertambah dalam dairi.. Cuma nak update kedalam blog mungkin mengambil masa yang agak lama :P

Okay jom sambung baca journey aku yang tak berapa adventure sesampai di Pekan Innley Lake nie.. Bertahun jugak nak update nie hahaha.. Okay jom sambung.. Bagi sesetengah orang yang datang sini mereka memang akan spend a very good time untuk melihat dan menghayati keindahan alam semula jadi tatkala sambil merehatkan minda mereka..

Dan bagi mereka yang tidak mempunyai banyak masa maka 2 hari dan 1 malam sudah cukup untuk meneroka Inle Lake especially tour menaiki boat mengelilingi Tasik Innley ini.. Dan kos untuk tour tasik dengan boat adalah tidak lebih dari 20,000 kyat per boat yang mana boleh memuatkan 4 orang penumpang.. Dan tawar menawar adalah amat digalakan especially bila korang dapat harga lebih dari tu..

So kalau korang datang 4 orang dah boleh naik satu boat so kos seorang 5,000 kyat jer tak sampai pun RM15.00.. Tour boleh dikatakan hampir 5-6 jam dan mungkin lebih dari tu sebab pemandu boat akan membawa ke pelbagai destinasi seperti Kilang membuat kain sutera dan kain dari getah teratai.. kilang cerut, kilang silver smith, Ladang Tomato Terapung di tengah tasik dan juga tour kampung terapung yang cantik di tengah2 tasik..

Masa di kilang kain sutera ni aku tengok wajah wife aku.. Muka dia macam nak jer beli satu lipatan kain sutera tapi mungkin sebab harga dia yang agak tinggi but somehow still low la kalau compare dengan tempat lain.. Aku tanya "awak nak ke kain sutera nie?.. Dia geleng "tak apa la mahal la.." Aku pun "Hurmm tak apa la nanti di Bogyoke Aung San Market saya belanja kain lain untuk awak.."- Sekadar sudutan dari Novel Suami Ku Si Pengembara Masa hahahaa.

By the way nama kawasan ni ada yang di eja "Inle" dan ada juga "Innley" dan dua2 perkataan di guna pakai pada signboard terutamanya so jangan gaduh2.. Oh okay dalam tour boat nie ada include pakej dia akan bawa kita ke salah satu restoran terapung atas pilihan kita nak pergi yang mana satu.. Andai kata tak nak pergi pun tak apa.

Maka aku pilih sebuah restoran ni sebab first aku explain yang muslim tak boleh makan itu ini dia accept.. Dan kedua aku nak check dapur, diorang benarkan malah kuali untuk masak ikan tak pernah digunakan umtuk memasak selain ikan.. Ketiga sebab pemandangan di restoran ni memang awesome la.. So menu kami time ni Nasi Putih, Sayur Goreng 2,000 kyat, Ikan Talapia Goreng Berlada 5,000 kyat dan air mineral 1Liter setiap seorang.

Last sekali sebelum pulang kami dibawa ke sebuah kedai souvenir. Apa yang menarik perhatian aku di sini terdapat gadis2 dari Suku Kaum Kayan yang berleher panjang "Longneck".. Setiap setahun mereka akan cuba untuk memanjangkan lagi leher dengan meletakan "ring" mengelilingi leher mereka. Interesting kan? Dan juga terdapat hasil seni tangan membuat kraftangan dari kayu especially bentuk sampan dan nelayan menangkap ikan yang ni make sure korang beli.

Kaum hawa dari Suku Kayan nie memang baik dan penuh dengan sopan santun. Dan jika anda ingin mengambil gambar dengan mereka kerana keunikan leher mereka. Mereka tidak sekali-kali mereka menolak malah tidak meminta bayaran tapi walau bagaimana pun hulurkanlah sedikit wang sebagai membantu kewangan mereka yang hanya hidup dengan petanian dan membuat kraftangan.

Perjalanan pulang kami di akhiri dengan penantian matahari terbenam dari atas boat di tengah-tengah Tasik Inle Lake ini.. Cukup memukau pandangan bagi mata yang melihat.. Hampir 6 jam lebih kami di bawa tour di tasik ini.. Ketika turun dari boat tetiba pemandu berkata "Money??.." Aku pun kata kita dah bayar dengan pihak hotel.. Rupa-rupanya nak tips hahahaa.. kami pun kata mintalah dengan pihak hotel.

Perjalanan pulang ke hotel dari tempat bot berlabuh (Jeti), kami sempat singgah ke Agensi Package Tour di pekan. Banyak aktiviti yang menarik boleh di lakukan di sini antaranya Hiking, Fishing, Visiting Traditional Village etc. Di sebab waktu kami yang agak suntuk maka kami memilih hiking and trekking di pergunungan berhampiran yang merangkumi Cave Tour, Visiting Traditional Village (with small lunch), Ladang Anggur dan Minum Petang di Red Mountain Estate Vineyards & Winery.

So satu point yang aku nak share kat sini ialah.. Nak cari tempat tinggal make sure tak jauh dari main road or di tengah pekan.. Satu sebab bila malam akan ada night bazar korang boleh beli souvenir and can have a walk untuk cuci mata kan. Kedua sebab senang nak beli barang keperluan korang. Dan lagi satu kalau boleh accommodation tu tak jauh dari Jeti Inle Lake.

Continue Part 5


Friday, 29 January 2021

Me and My Blog at This Moment

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Kepada reader yang terjumpa article kali ini. Syukur Alhamdulillah aku masih hidup setakat ini dan sihat walafiat..

Ok jap tengah susun ayat.. Hurmm apa biasa aku tulis ek perenggan pertama ni..

Tanya kabar reader la kan.. ke bagitau khabar aku macam mana hahahaa..

ok alhamdullilah aku sihat walafiat  (ulang lagi)  sekarang ni sedang mengharung pelbagai dugaan realiti kehidupan yang aku sendiri lupa nak cipta utk keindahan alam realiti.. lebih kurang macam tu la.

Nak menaip buat ayat permulaan pun dah tak reti, kaku jari ni hahahaa.. Itulah jadinya bila tinggalkan blog kesayangan ni terlalu lama.. Yer teramat lama.. Lama sangat.. sangat-sangat lama.. Feel dia macam mana lama nya Tony Stark tersadai kat angkasa selama 5 tahun sehingga diselamatkan oleh Capten Marvel hahahaa..  :P


Gambaran blog ni sekarang.. Nak kata dah mati tapi bergerak-gerak lagi..

Penggembaraan aku setakat ini terhenti atas angka 48 negara sahaja.. Tengah tunggu Airasia buka route baru je nak jenjalan hahahaa.. mungkin baki tahun ni akan cukup angka 50 negara sekiranya diizinkan oleh Nya..

Sebab sekarang sibuk establishkan kekayaan hahahaha.. Bukan la.. Mana ada.. Just anak-anak masih kecil adakala bawa mereka travel bersama rasa kesian sebab makan minum tak on time.. Mak Ayah backpackers, anak pun kadang-kadang tak mandi. Budak2 kalau dah main sampai berpeluh kita pulak tak mandikan dia habis busuk, selebet, kusut masai jadi nya..

Tapi bila tinggalkan.. tak bawa travel macam pergi Taipei,Taiwan dengan Xian China tempoh hari.. Mak nyer pulak emosi rindu anak-anak kene tinggal kat rumah nenek.. Sudahnya berat pulak nak travel nak tinggalkan anak kat Malaysia.

Bila bawa dua-dua pergi travel lain pulak jadi nyer.. Dengan bergaduh kakak adik.. By the way anak aku boleh tahan aktif nya walau dua-dua perempuan.. Dua-dua ada dua pusat rambut so faham-faham la huhuhuu..


Bila dah susah nak panjat kapal terbang.. Kita panjat gunung jer la..
Gunung Tiong, Hutan Simpan Endau Rompin, Sempadan Pahang - Johor..

Gunung Irau, Cameron Highlands
Gunung Rajah, Bentong Pahang.

Gunung Yong Yap (G7), Lojing




Insyallah hujung Bulan Ogos ni akan start hiking with my kids naik Gunung Siku, Cameron Highlands.. Dan bulan September Gunung Angsi, Negeri Sembilan dan Gunung Nuang, Selangor.. Harap-harap senang dan tak banyak kerenah la budak-budak ni nanti.. so far dah train si kakak 3 tahun 8 bulan naik tangga flat tujuh belas tingkat dia steady sampai atas..

Mungkin jugak la dari dalam perut lagi si mak dah travel sana sini.. Siap main Paragliding di Bogor Indonesia, Snorkeling dengan whale shark di Cebu Philippines, Water Rafting di Pangandaran, Indonesia. Backpack Vientiane - Kuala Lumpur by land jumping around bus - train - bus - train selama 8 hari. Boleh kene tuduh mak ayah giler kitarong ni hahahaa..


Tapi bila bawa si adik ni pergi masjid.. Pun sama jugak..
kene bergilir jaga.. Ini budak letak sekejap habis dia lari satu masjid..
Okla adik.. As long kau ceria dan bahagia..
Ayah dengan ibu happy jer tengok kau membesar..

Okla insyallah aku akan habiskan semua kisah pengembaraan yang masih berbaki 28 negara tu nanti tak la lama mana tapi very soon la hahahahaa.. :P

Selamat Menyambut Bulan Zulqaedah dan Musim Haji serta Qurban.. Semoga semua amalan kita diterima Allah. Amin..

Insyallah next entry menyusul adalah penutup kisah pengembaraan di Myanmar.. Sila duduk jangan lari :D