Pages

Sunday, 27 August 2023

Kuala Lipis Part 1 : Stesen Kereta Api Lama - Kedai Kopi Stesen - Masjid Negeri Lama

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Baru-baru ini berperluang bersama seisi keluarga ke Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur atas urusan kerja selama tiga hari dua malam. Perjalanan mengambil masa lebih dua jam dari KL. Punya lama tak ke Kuala Lipis sampai tak tahu dah ada highway baru. Jalan cantik dan boleh terus sampai Bandar Raub ikut Mempaga tanpa melalui Bentong (Exit 809 for E8 toward Bentong/Raub/Lipis).

Bertolak selepas subuh sebelum pukul 7.00 pagi dan sampai lebih kurang jam 9.45 pagi, kami terus mencari kedai makan ala kampung untuk breakfast dan bila hampir sampai di Kuala Lipis, seorang demi seorang anak bangun. Semua terjaga sebab kelaparan. Kalau ikut mak ayah pi kerja begini lah nasib mereka :D

Lukisan dinding di hadapan Stesen Kereta Api Lama.

Disebabkan Kuala Lipis ni sangat dikenali sebagai bandar bersejarah maka kita carilah makanan di bandar lama berdekatan Stesen Kereta api Tanah Melayu (KTM) Kuala Lipis kerana di sini hampir kesemua bangunan kedai lama telah berusia 100 tahun termasuk stesen kereta api yang dibina pada tahun 1924. Maka ternampak la Kedai Kopi Stesen di suatu sudut.

Pemandangan Bandar Lama Kuala Lipis.
Rata-rata bangunan di sini berumur hampir 100 tahun.

Kuala Lipis pernah menjadi Ibu Negeri kepada Pentadbiran Kerajaan Pahang dari tahun 1898 sehingga 1955 sebelum ia beralih ke Kuantan sehingga ke hari ini. Dan juga Kuala Lipis adalah kawasan atau pusat perlombongan emas semenanjung sebelum era kedatangan penjajah British pada tahun 1887. Menarik kan?

Gerabak kereta api lama yang telah diawetkan.
Pintu masuk utama stesen kereta api lama ke Bandar Kuala Lipis.

The Old School Style - Kedai Kopi Stesen

Menu simple tapi variety sangat, plus sedap dan menyelerakan dan paling penting amat sesuai datang bersama anak kecil. Menu Nasi Lemak Ayam, Bubur Nasi Berlauk, Roti Bakar, Roti Kukus, Roti Jantan, Telur Separuh Masak, Char Kuey Teow dan Nasi Goreng. Hidangan air panas seperti kopi dan teh turut didatangi dengan sekeping roti keras atau orang putih sebut "Rusk".

Hampir semua yang ada di dalam menu kami order :P
Teh Tarik dan Roti Bakar.

Dibuka setiap hari kecuali Rabu. Dari jam 7.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Beralamat No 100, Jalan Besar, 27200 Kuala Lipis. Owner asal adalah berbangsa cina tapi setelah ditutup ketika musim PKP dan sekarang telah dimiliki oleh "Bumiputra" dan semua pekerja adalah Melayu. Sumber ni aku pun tak tahu sohih ke tidak :P

Jom breakfast. Ini baru first round tau hahaha..
Suasana sama seperti di kedai kopitiam milik orang-orang Hainan.

Masjid Negeri Lama Kuala Lipis - Masjid Negeri Pahang Yang Pertama

Dibina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar berketurunan Yemen yang bernama Habib Hasan di mana beliau telah mewakafkan tanah tersebut untuk dibina sebuah masjid. Masjid ini juga dikenali sebagai Madrasatul Firdaus dan masjid ini adalah bangunan tertua di Kuala Lipis.

Masih mengekalkan senibina asal walau sudah 135 tahun ia dibina.
Ruang solat utama sama seperti sejak ia dibina.

Hurmm ada terfikir tak siapa Habib Hasan ini? Ini yang aku dapat dari carian di Google. Nama penuh beliau Saiyid Hasan Bin Ahmad Bin Zain Al-Attas dan pendapat kedua Saiyid Hasan Bin Ahmad Bin Hasan Al-Attas. Lahir pada tahun 1832 di Kampung Maulana dan bernasab keturunan Nabi Muhamad s.a.w. Datuk beliau telah berpindah dari negera asal iaitu Yemen ke Singapore sebelum ke Pahang.

Terdapat satu tangga untuk naik ke menara bagi muazzin melaungkan azan pada masa dahulu.

Seorang Tokoh Kemasyarakatan, Seorang Ulama dan Seorang Saudagar yang berjaya. Pernah membantu Tokoh Ulama Pahang Tuan Guru Haji Utsman bin Senik dalam membina pusat pengajian yang diberi nama Madrasatul Arabiah Al-Attas di Kampung Ketapang, Pekan. Dan telah membina Madrasah Al Attas di Johor pada tahun 1913. Meninggal dunia ketika berumur 100 tahun pada tahun 1932 di Kampung Wadi Hasan, Johor Bharu.

Terdapat satu lukisan dinding di hadapan masjid mengambarkan keadaan Sg Lipis di masa dahulu

Tapi kan.. Kerajaan Negeri Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1770 dan hanya pada tahun 1888 masjid pertama telah dibina. Itu pun dibina oleh orang luar bukan kerajaan Negeri Pahang. Tak kan la selama 118 tahun pemerintahan tiada satu pun masjid telah dibina? tak rasa pelik ke? Macam mana umat islam ketika itu menunaikan solat jumaat? Siapa ada jawapan boleh berikan komen di bawah yer.

Star-Well Hotel - Bilik Mewah Tapi Breakfast Yang Mendukacitakan

Kami check in di sebuah hotel yang agak baru iaitu Star-Well Hotel. Disebabkan kebanyakan hotel lain di sini dah fully book especially untuk bilik family. Harga bermula RM120.00 untuk standart room sehingga RM250.00 untuk family suite, semua harga termasuk breakfast. Bilik memang selesa berbaloi dengan harga.

Suite Family - 2 Queen Bed dan Sofa - Bilik besar dan selesa.
Peralatan dalam Suite Family ini serba serbi lengkap - Hair dryer, Sejadah, Iron baju.
Ruang breakfast yang disediakan oleh Star-Well Hotel

Facilities kat sini serba lengkap ada dewan untuk pelbagai kegunaan dan acara. Parking free dalam compound. Belakang hotel ni ada paya kalau kaki pancing make sure bawa joran jangan jadi macam aku menyesal sunggah tak bawa huhuu.. Last thing about this hotel breakfast dia memang out aku bagi 4/10 sahaja. Makanan habis memang dia tak akan tambah. Nasi goreng dengan bihun goreng pun memang masak kosong  bodoh jer :P

Bersambung Kuala Lipis Part 2 : Taman Awan Kuala Lipis - Muzium Warisan Lipis - Che Ngah Kafe - Hotel Bestari 

Tuesday, 8 August 2023

Cafe 28 FIREPLACE - Tempat Mengopi Menarik Di Ampang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Pada suatu ketika di petang hari dengan secara amat tidak sengaja terjumpa nama Cafe 28 FIREPALCE ni di carian google. Asalnya hanya bersembang dengan wife nak pergi mana for tea time petang-petang Ahad nie. Alang-alang secara tak langsung boleh la celebrate birthday sekali. 

28 FIREPLACE CAFE
Mengambil masa lebih kurang 12 minit dari rumah untuk sampai ke 28 FIREPPACE di No 28, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Di buka 7 hari seminggu dari jam 8.00 pagi. Hari Isnin tutup pada jam 7.00 malam. Selasa sehingga Khamis tutup jam 6.00 petang. Jumaat sehingga Ahad tutup jam 7.00 malam dan dibuka semula pukul 8.00 malam sehingga 11.00 malam.

Design cantik dan tempat yang bersih.
Uutuk parking ada banyak dan tak berapa susah nak dapat jika bukan waktu sibuk sebab berhadapan cafe ini kawasan perumahan teras. Untuk status Halal pulak 28 FIREPLACE tidak memiliki Sijil HALAL JAKIM dan hanya berstatus "No Pork and Alcohol".  Ada tanya dengan staf berkenaan halal "We serving all halal ingredient and we have lot of muslim staf especially in kitchen" lebih kurang macam tu la bunyi dia. 

Variety of Cake, Cookist, Croissant, Scones and Dessert.
Kalau di cafĂ© lain, selain dari hanya variety coffee dan pastry tapi di sini anda boleh menikmati menu makanan yang agak berat seperti Pasta, Burger, Waffle, Noodles, Grains dan Taco. Makanan yang kami order semua sedap overall boleh bagi 9/10. Cuma kene standby sikit la sebab harga tak berapa marhain sangat hahaha.. 

Let see the menu..
Bila bawa budak-budak kene amik meja belakang sekali.
Aku and wife with 3 kids excluded 1 baby. Kami order 4 Musketeers Beef Taco, Spicy Seafood Olio With Tiger Prawn, Fruity Waffle, Lemon Cake, Croissant, Scone, Honey Lemon Ginger, Cappuccino Ice dan Ice Chocolate - In total kami bayar RM176.00. But again makanan sedap berbaloi la  and baru awal bulan lagi boleh la hahahaha.. :D


Oh yer.. Cafe ni boleh dikatakan Kid Friendly yer sebab aku sendiri ada tanya dia dengan owner dia. Sebab ada jer cafe yang tak benarkan kami bawa masuk kids ke dalam or else hanya beri kami duduk di meja luar sahaja. Besar betul cabaran mak ayah yang bawa anak-anak kecil ni mengopi huhuu.. And as parent yang ada anak kecil plus tahu anak yang si boy 3 tahun tu lasak aku memang duduk meja hujung corner la hahaa..

Ice Cappuccino, Ice Chocolate and Honey Lemon Ginger.
Most of the time in every day, Aku memang memerlukan tempat-tempat cafe macam ni untuk spend time buat kerja hakiki dengan Laptop. So selain Richiamo Cafe sebelah Hospital Ampang and Go Coffee. Cafe 28 Fireplace masuk dalam list aku. Dan yang penting di 28 Fireplace ada free wifi yang laju untuk buat keje.. :D


Friday, 4 August 2023

Misi Menawan Gunung Irau - Pahang Darul Makmur

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Bila tak ada plan nak travel antara perkara yang selalu akan aku buat adalah naik gunung. Alhamdulillah syukur dapat menawan satu lagi puncak iaitu Gunung Irau di Brinchang, Cameroon Highlands. Ianya sama seperti keinginan menggembara ke setiap negara yang ada di dunia ini. 

Misi menawan Puncak Gunung Irau 2110 meter - Berjaya.
Setelah selesai conquer satu negara kita akan tanam azam untuk conquer atau jelajah negara baru. Sama juga dengan menawan puncak gunung. Habis satu puncak gunung kita akan tanam azam untuk menawan puncak gunung yang lain. Walaupun di pertengah pendakian kita akan rasa 'Kenapalah aku tak duduk rumah tengok tv jer.. kan bagus.." hahahaa..

Bangun Subuh dan bersarapan dan bersiap-siap menaiki 4x4 beramai-ramai.
Yang duduk belakang 4x4 ni dan macam naik unta berlari hahaha..
Alhamdulillah selamat sampai di Entrance Trek Gunung Irau.
Pewai - Perkara yang wajib berlaku iaitu selepas dah melepasi tahap exhausted yang teramat sangat. Tapi Alhamdulillah setiap kali juga walau dah pewai tahap ke-10 masih lagi mampu menamatkan misi menawan puncak sesebuah gunung untuk setakat ini la. Moga-moga tak ada la kejadian yang tak diingini berlaku di pertengah pendakian Insyallah.

Walau Gunung Irau (2110meter) ini adalah gunung tertinggi di Cameroon Highlands. Tapi aku rasa tak susah sangat sebab starting point pun dah potong beratus meter dari kaki gunung. Dan trek perjalanan/pendakian sejauh 2.35km sahaja. Yang memakan masa antara 2jam 30minit sehingga 3jam 30minit. Insyallah good for beginner macam aku :D

Baru mula dia dah belanja view nie.. Sejuk mata memandang :D
Starting trek santai-santai jer. Naik turun tangga kayu sahaja.

Dia belanja lagi view. Memang healing sangat-sangat :D
Time ni semua masih bersenyuman bergelak tawa lagi.. Suasana riuh sangat.
Dan paling best Gunung Irau ini adalah terkenal dengan kecantikan Mossy Forest nya. Sama macam kita tengak Lord of The Ring tu. So kami dalam satu group besar hampir 50 orang keseluruhan mostly dari Selangor dan Kuala Lumpur. Aku bertolak dari rumah secara carpool seramai 4 orang dan sampai di Nova Highlands Resort di Brinchang, Cameroon Highlands jam 3.00 pagi. Tidur dalam kereta sehingga subuh.

Habis trek kayu.. trek semula jadi pun bermula :D
One thing aku perasan time ni tak la penat sangat sebab keadaan sejuk dan
Mossy Forest dia memang menerujakan. Layan view memang best.
Pokok Periuk Kera, Lumu-lumut yang tebal dan pelagai tumbuhan lain.
Waktu subuh kami bangun, solat dan bersiap-siap dan kemudian bersarapan secara persendirian (tak termasuk pakej) dan berkumpul di tempat yang telah ditetapkan sebelum menaiki Toyota Hilux single cab ke entrance trek pendakian Gunung Irau. Masa ni kalau tak silap ada dalam 15 orang naik Hilux ni dan perjalanan mengambil masa 10-15 minit.

Trek insyallah tak susah mana. Best layan view sahaja :D
Lagi tinggi nak sampai puncak lagi cantik view.
Mossy Forest. Kasut memang basah time ni sebab keadaan tanah yamg lembab.
Outbound Adventure Crew (OAC) - Aku kalau nak amik pakej dari mana-mana group hiking memang aku cerewet sket sebab yang betul-betul apply permit masuk hutan, sediakan sweeper hiking, yang boleh sediakan team untuk first aider respond team. Atau yang ambil berat kepada setiap peserta mereka.. Seriously tak ramai dan tak banya group.

Tapi dengan OAC ni aku very confident sebab aku pernah lihat sendiri macam mana diorang handle peserta yang wounded dan juga yang hilang ketika pendakian. Dan setiap kali sebelum pendakian diorang akan tunjuk permit yang dah diluluskan pada peserta.

Nama pun tuan tanah kene lah posing lebih hahaha.. :D
Sampai di Mini Irau kami berehat seketika.
Yang rambut panjang tu Abang Lockman Presiden OAC
Terdapat 10 Checkpoint kesemuanya termasuklah satu dipanggil Mini Irau atau Irau Kecil. Kalau bergambar kat sini pun dah macam bergembar kat puncak hahahaa.. Ok yang tak bestnya kat sini aku dah mula rasa lutut kanan aku macam ada rasa pelik sket. Nak kata krem macam bukan. So aku bagitau Abang Lockman aku nak gerak dulu tak leh lama rehat di Mini Irau ni.

Kalau nak jadi apa-apa pun biarlah sampai puncak kan, kita datang jauh ni. Lepas aku sambung pendakian kesakitan di lutut mula hilang. Time ni ada banyak group yang hiking so just follow jer yang ramai-ramai ni pergi mana. Dan sebab lutut dah sakit tadi aku pun dah kurang amik gambar memang aim nak sampai puncak jer.

Kabus agak tebal waktu ni. Yang penting kene ada team bersama jangan jalan seorang
Menuju ke Checkpoint (CP) Bonzai 2
Bunga liar yang tumbuh di sepanjang trek hiking.
Sampai CP Bonzai 2 kami berehat take five sekejap. Lutut dah rasa pelik macam nak sakit.
Lepas kumpul tenaga dan nafas pun dah okay. Kami teruskan lagi pendakian terus ke puncak masa ni memang memacak trek sebab nak sampai ke puncak. Kat sini jer yang aku rasa mencabar sebab angkat lutut dah ke paras dada makna kata lain dah mula kene panjat-panjat sikit.

Dan sebelum sampai puncak kita akan lalu satu kawasan yang begitu cantik tempat ni boleh kalau nak buat cover poster movie seram hahaha.. Dan pada masa ini hanya tinggal 5 orang yang mana 2 orang adalah dari group lain. Yang belakang tinggal jauh. Yang depan tinggalkan kami. Begitulah bila hiking.

Dekat sini wajib amik gambar. Ada macam dalam Lord of The Ring tak?
Sampai je puncak aku dengan yang lain bergambar dulu sebab tahu hari ni ramai yang hiking Gunung  Irau. Sebelum orang penuh kat sini baik kita bergambar dulu hahahaa.. Lepas bergambar semua mula keluarkan makanan tengah hari diorang. Siap ada yang masak maggi buat teh kopi bagai. Aku pulak time ni lutut dah mula nak meragam.

Dah boleh agak kalau aku duduk ni confirm tak boleh bangun semula sama kene macam kat Mini Irau tadi. Tapi sebab lama nak tunggu semua satu group sampai akhirnya aku duduk jugak keluarkan bihun goreng yang dibungkus subuh tadi. Time makan abang Lockman pun sampai as dia sweeper paling belakang.

Mana yang sempat sampai time ni kita bergambar.
Sebab aku sorang jer yang gagah bawa DSLR maka jadilah cameraman
Bila orang dah ramai kene amik turn la nak bergambar dengan signboard puncak.
Time ni aku inform Abang Lockman yang baru sampai dalam 15 minit yang aku nak turun dulu sebab lutut aku dah makin sakit dan sebelum jadi parah baik aku turun dulu at least kalau jadi apa-apa aku dah tak jauh dari entrance. Lutut sakit lain macam ni - gerak sakit, tak gerak sakit, bengkokkan sakit luruskan kaki pun sakit.

Aku antara yang gerak turun awal dari puncak tapi aku sampai antara paling lewat. Berpuluh kali stop sebab sakit yang teramat. Rasa nak give up tapi tak ada point sebab dalam hutan. Macam-macam cara diorang buat ikat kain kat lutut, spray panas, lotion panas, but then Alhamdulillah aku manage sampai ke bawah. Tapi bila sampai ke Pekan Brinchang kaki terus tak leh gerak. Dalam carpool aku memang tak mampu nak buka mata sampai la depan pintu rumah sendiri.