Pages

Saturday, 4 January 2025

Bawa Anak Mandi Sungai di Butik Roti Maria - Kg Sungai Mahang Nilai

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Cuti awal tahun 1 Januari 2025 baru-baru ini aku berkesempatan membawa anak-anak mandi sungai di Butik Roti Maria yang beralamat di Lot 2861, Kampung Sungai Mahang, 71700 Nilai Negeri Sembilan. 

Alhamdulillah perjalanan dari Lembah Klang mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Kenapa bawa anak ke sini? Satu sebab tak ada plan nak ke mana dan sini adalah antara destinasi family yang dekat bagi aku. Boleh la kalau nak add hoc pun. Kedua sebab dia sebuah tempat untuk makan-makan dan anak-anak boleh mandi sungai.

Alhamdulillah safely arrived at Butik Roti Maria in Kg Sungai Mahang, Nilai N9.
By the way ini cerita pengalaman aku dan review aku jugalah. Lokasi yang agak mudah dan tidaklah terlalu ke dalam sangat untuk sampai di Butik Roti Maria ini. Apa yang aku suka sangat pasal tempat ini adalah sungai yang cetek dan berpasir serta tidak berbatu selamat untuk kanak-kanak bermain. Air yang jernih dan bersih. 

Sebelum masuk kita kena order makanan. Ada banyak juga pastry di sini.
Ada peta keseluruhan kawasan so boleh pilih nak duduk meja yang mana.
Amatlah sesuai untuk anak-anak kecil bermandi manda tanpa perlu kita nak risau atau nak jaga sangat. Lepaskan jer diorang main air sungai. Dan keadaan sungai tidaklah besar, mungkin lebar lebih kurang 12 kaki dan dari hujung ke hujung pun kedalaman air tetap sama cetek jer.

Anak aku yang berumur 2 tahun 11 bulan pun aku boleh biarkan di tengah sungai sambil aku hanya memerhati dari atas tebing sahaja. Namun di antara ramai pengunjung boleh dikatakan anak-anak akulah yang paling lasak dan aktif. 

Dah bayar makanan kemudian barulah kita dibenarkan masuk ke arah meja di tepi sungai.
Basically semua meja atau tempat makan di seberang sungai lebih redup.
Ada juga dijual mainan kanak-kanak untuk bemain di sungai. Our table No 23.
Kejap-kejap panggil - jerit tapi macam tak kuat namun dalam keadaan geram hahaha. Nama "Affan..!!" kejap panggil "Afnan..!!" Berlari-lari sana sini dalam sungai tu. Main baling pasir la sampai kena anak orang lain. Wife aku memang dah geram nak cubit jer rasanya hahahaa. Dah la dengan cuaca yang agak panas.

Ada pulak sebuah pondok comel di atas pokok. Cuma tangga tu mencanak sikit la nak naik.
Cuaca masa ni panas sangat. Kalau tak mesti ada gambar aku kat tingkap tu hahaha :D
Konsep di sini order makanan terlebih dahulu dan barulah kita boleh masuk ke dalam dan selain weekend dan cuti umum kita tak perlu booking table sebelum datang. Ditutup pada setiap hari Isnin dan Selasa. Rabu sehingga jumaat dibuka seawal 10.00 pagi sehingga 6.00 petang. Sabtu dan Ahad dibuka 11.00 pagi dan ditutup 6.30 petang.

Once makanan dah siap dia akan panggil ikut no meja pakai loud speaker.
Tapi... Banyak juga yang aku tak berapa sangat nak suka tempat ini. Kami sampai lebih kurang jam 2.30 petang. Selepas order makanan kami masuk ke dalam dan duduk di meja no 10 tapi panas yang amat. Kemudian aku minta tukar dapatlah meja 23 alhamdulillah redup sikit di bawa teduhan pokok.

Masa makanan dan air sampai tiba-tiba banyak betul lalat datang. Dan di sini nyamuk boleh tahan banyak yer. Mee Kari Amma Maria sedap aku bagi 9/10 (RM10.00). Air Kopi Ais (RM6.00) yang aku order tak ada gula maka terpaksa pergi semula ke kaunter untuk minta letak gula. Akak tu hanya berkata sorry lupa letak gula.

Air Sirap RM4.00, Kopi Ais RM6.00 (Tukang buat air lupa letak gula dalam kopi).
Mee Kari Amma Maria RM10.00 - Alhamdulillah sedap recommended :D
Pizza Tuna Island RM35.00 okla kalau nak rasa-rasa. Aku bagi rate 5/10.
Di pertengahan waktu Pizza Tuna Island yang berharga RM35.00 kami pun siap. Hurm lama jugak lah tunggu kira dapat tu time anak-anak dah nak habis mandi sungai. Aku bagi 5/10 jer. Cheese ok tapi doh pizza dia rapuh bukan macam roti dan dia guna cendawan dalam tin tu boleh la kira ada 8 slice jer.

Inilah sungainya. Memang sangat sesuai bawak anak-anak kecil bermain air.
Memang kitorang lepaskan jer the kids main air di sungai. Monitor dari atas jer :D
Paling tak best tunggu sejam untuk dapat Nasi Ayam Maria yang berharga RM10.00 dan add on Nasi sahaja RM3.00. Nasi ayam dia ok 7/10 aku bagi. Sup dengan nasi dia alhamdulillah sedap tapi ayam dia kecik macam di kantin sekolah anak huhu. Mungkin ayam orang lain besar cuma aku jer yang terkecik :D

Last mungkin aku harap pihak pengurusan boleh menambah jumlah bilik air yang juga digunakan untuk mandi dan tukar baju. Masa aku nak mandikan anak selepas mereka mandi sungai AIR TAK ADA weiii..!! Shower memang tak boleh guna dan air paip pun slow. Maka terpaksalah aku mandikan anak-anak di paip air diluar dengan menggunakan baldi.

Antara tempat makan yang berbumbung disediakan.
Kalau nak duduk di bawah teduhan pokok pun boleh. 
At this moment ada 3 bilik air dengan satu yang besar dan luas sesuai untuk seisi keluarga masuk mandikan anak-anak dan lagi dua tu untuk seorang masuk. Dan bilik air ni agak kebelakang sedikit agak risau nak biarkan anak berumur 9 tahun pergi bersendirian.

Apa pun aku harap Butik Roti Maria boleh buat penambahbaikan lagi. Aku suka dengan keadaan sungai yang cetak dan amat sesuai untuk anak anak kecil bermandi dan bermain air. Keadaan persekitaran juga amat bersih - Memang terbaik!. Tapi kehadiran lalat dengan nyamuk tu hope boleh buat something. 

Surau Kayu Kampung Sungai Mahang, Nilai Negeri Sembilan.
Aku suka dengan surau kayu tinggi macam ni. Suka dengan bunyi kayu bila berjalan hihii :D
Menunggu makanan siap terlalu lama mungkin boleh dielakkan dengan memberitahu terlebih dahulu sebelum pengunjung order. Dan mungkin boleh turunkan sedikit harga makanan yang ada sebab pengunjung memang akan membeli makanan dan minuman 100% di kaunter. We spend RM76.00 for our bill here.

Kami tidak solat di surau yang disediakan sebab kami nak singgah solat di surau kayu di kampung ini. Aku memang suka rumah kayu yang tinggi ini, sedap jer bila jalan tu bunyi nyiiit nyoott hahahaa.. Alhamdulillah seronok solat di surau kayu dalam kampung ni :D

37 comments:

  1. Menarik tempat ni...
    Harga makanan quite pricey ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat menarik sbb sungai yg cetek sesuai utk anak kecil main air.. :D

      Delete
  2. ya Allah, sukanya kalau dapat naik rumah atas pokok tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. teringat masa kecik2 dulu kat kampung.. Kita kalau naik kang anak2 pun nak ikut hahahaha...

      Delete
  3. Best sebab cetek untuk anak2 kecil. Tree House tu susah nak jumpa. Harga mahal jugak ya, maybe sebab untuk guna sungai tu kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat best dgn sungai yg cetek tu.. sesuai dgnp kids nak bermain air.. Bagi saya agak mahal dgn air sirap RM4.00 segelas huhu..

      Delete
  4. tgk rumah atas pokok tu terus teringat cerita p ramlee
    hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita yg mana ek lupa dah hahaha.. Nujum Pak Belalang ke...

      Delete
    2. citer Doremi yg ada rumah atas pokok yg dia ckp "Laporpo! Watakunsi!" masa nak tarik barang bawak naik atas ahahaha

      Delete
    3. Huishhh ingat habis perkataan nya hahahaa.. terbaik lah... Ok ok dah ingat which one filem P Ramlee tu... Hahahaa

      Delete
  5. surau tu mengingatkan surau kat kg sy dulu2
    ms kecik2 meriah setiap hari esp waktu ptg ada kelas mengaji utk ibu2
    lps asar mkn mcm2 sbb yg dtg tu bawa mcm2 juadah...
    sekarang...kosong je walaupun dah baru dan cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sama macam saya masa kecil dulu bila balik kampung di Pontian, Johor. Surau kayu tu seronok jer main berlari2 sampai kena marah sbb bising sgt hahaha.. Dulu masjid di bina atas duit sumbangan dari penduduk setempat mmg feel dia lain berbanding skrg senang tiba2 jer ada masjid kurang dihargai .

      Delete
  6. Nama tempatnya unik. Rotipun ada butik.
    Konsep dibuat menarik. Bukan semua tempat boleh buat macam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konsep memang menarik di Roti Maria ni.. sungai tu mmg best utk kanak-kanak.. lepas jer tak perlu risau.. :D

      Delete
  7. Memang cetek sangat air sungai dia, sesuai utk kids je. Geng parents mesti boring sikitlah main sungai mcm tk basah je ni hihi.

    Nostalgianya surau style kayu camtu, sekarang susah nak jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng parent macam boring + panas + nyamuk menunggu di atas kalau yg tak masuk air huhuu.. Kan.. Nostalgia kan rumah kayu :D

      Delete
  8. air cetek tu sgt sesuai lah utk anak2 main air. mee kari tu nmpk sgt menggiurkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sesuai yg ada anak kecil.. anak2 dah besar tak recommended dtg sini main air hahahaa.. :D

      Delete
  9. memang untuk anak2 kecik nie...anak2 besar...idak ler deme mau masuk dalam ni..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tmpt paling best utk yg ada anak kecil ... Lepas jer.. anak anak besar mmg tidak lah hahaha.. air pun takat atas buku lali jer hahaha :D

      Delete
  10. Environment dah cantik, bleh masuk wishlist...boleh la kalau SA nak bawak anak buah main air sungai...bab lalat dan nyamuk tu...memang pihak pengurusan kena buat sesuatu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak kecik mandi sungai di sini ok la seronok dan tak risau cetek jer air nya hihi.. Masa org tak ramai penuh lalat dtg.. bila dah ramai kurang sikit lalat tu.. nyamuk tetap champion, duk menepuk je kaki ni hahahaa..

      Delete
  11. ye, kalau nak dibandingkan harga dan rupa pizza disini dengan pizza kayu api bangi tu, ammi rasa ammi akan pilih yg di bangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang sini utk mandi sungai jer lah.. pizza tu tak yah kot.. doh dia pun mcm bukan homemade huhuu.. Gi bangi tu sedap :D

      Delete
  12. Pizza tu mengancam la pulak. Butik Roti Maria? Kedai Roti tapi ada butik juga ya?. Rumah pokok tu macam dalam cerita P Ramlee je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pizza tu tak mengancam pun sbb doh dia macam bukan homemade. Bagi saya biasa jer huhu.. Rumah atas pokok tu comey jer :D

      Delete
  13. sonok bercuti tempat menarik n semua kemudahan surau, makan rekreasi toiletries lengkap sempurna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok buat anak anak kecil sbb air cetek berpasir... Mak Ayah boleh layan ketenangan sahaja sambil makan dari menu yg disediakan.. :D

      Delete
  14. Anak-anak pasti senang diajak mandi di sungai ya Mas.
    Di Sukabumi ini di daerah Selabintana sungainya masih bersih airnya. Jadi asyik juga kalau bawa anak-anak kesana, mungkin besok-besok saya akan bawa cucu kesana.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawa ke sungai mmg seronok utk anak-anak apatah lagi bila sungai itu khasnya buat si anak kecik seperti ini. cetek bangat. anak-anak bermain tak perlu dirisau. Anak skrg yg tinggal dibandar harus dibawa ke alam semula jadi sekali sekala. :D

      Delete
  15. Fahamlah saya kalau rate pizza tu 5/10 hihihiii.
    Tapi yang best tentulah dapat bawa anak-anak mandi sungai sepuas-puasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap tempat mesti ada kelebihan dan kekurangan.. pizza tu tak perlu la order kot.. mee kari berbaloi utk order.. sg tu teramat sesuai utk kanak2..

      Delete
  16. Cantik nama resto nya.. yg terbayang duluan tempat nyaman, ala butik yang memang agak mahal. Ternyata benar a bit pricey yaa 😄.

    Sungainya betul2 cetek, ini memang favorit anak2 utk main lah 🤭. Tp kalo tempat bilas sedikit, air kecil, hadeuuuh itu menyusahkan memang.

    Cuaca panas juga bikin mood makan menurun, kalo sayalaah. Yg ada bakal banyak pesen minuman iced biar segar 😁

    Saya pikir pizza nya bakal sedap, ternyata rating tak berapa elok ya bang, 🤭. Ini pizza jenis tipis yaa? Saya sebenernya suka pizza yg tipis khas Italy, drpd yg ala Amerika, pakai roti tebal. Tapi kalo terlalu rapuh malas juga makannya..

    Naah setuju, better kalo memang lama dimasak, dibagi tahu JD kita kan bisa pilih makanan lain yg cepat.

    Semoga masalah nyamuk dan lalat bisa diatasi oleh mereka. Saya juga tak sukaaa kalo suatu tempat makan banyak lalat. Pakai banyak lilin biasanya, itupun belum tentu hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya agak pricy sikit di sini.. Air Sirap pun RM4.00.. Mungkin jual sekali dgn mandi air sungai tu yg mahal hahaa.. tempat bilas nya tak berapa banyak agak susah menunggu lama bila pick hour.. air nya pula mcm tiada mmg betul bermasalah ...

      Delete
    2. Pizza nya seperti buka doh hand made.. topping nya juga kurang menarik hanya mengharap cheese aja yg banyak.. menunggu pesanan yg terlalu lama itu boleh dielak.. kalau diberitahu awal.. Nyamuk dan lalat tu moga boleh dikurangkan..

      Delete
  17. Kalau dtg order air minum sahaja agak2 blh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure pulak kalau mcm tu.. cer try pastu comment balik kat sini hahaa :D

      Delete