Pages

Monday, 6 January 2025

Pizza Kayu Api Di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Minggu lepas aku with the kids dari seawal pagi kami dah keluar rumah ikut wife pergi ke Bangi bagi menziarahi satu keluarga saudara dari sebelah wife. Dan sebelum tengah hari kami dah pun pulang dari rumah saudara tu. Maka bermulalah kami sekeluarga food hunting, ye lah dah sampai Bangi kan.

Pizza Kayu Api Homemade at Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.
Disebabkan tadi pagi dah makan bihun goreng dan kuih di rumah saudara so kami nak cari yang ringan-ringan sahaja. Maka terjumpalah dalam carian di google antara makanan yang banyak di review iaitu Pizza Batu Arang ada juga yang memanggil Pizza Kayu Api di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.

Bila search google map hanya 10 minit drive sahaja ke Pizza Kayu Api ni. Maka kami pun on terus menuju ke destinasi.

Kami sampai waktu mereka baru buka jam 2.00 petang.
Antara tempat duduk yang disediakan di sini. Kalau nak duduk makan sini datanglah petang sikit atau malam sebab cuaca agak panas jam 2-3 petang huhuu.
Beralamat di Lot 557 Kawasan Lapang, Jalan 4/1, Seksyen 4, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Dibuka setiap hari dari jam 2.00 petang sehingga jam 10.00 malam dan ditutup pada setiap hari Isnin. Owner adalah berbangsa Melayu beragama Islam.

Lokasi terletak seberang jalan dengan Surau Al-Kauthar Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Dan di Pizza Kayu Api ini tidak disediakan tandas yer. Jika nak ke tandas anda harus ke Surau Al-Kauthar. Kena berjalan sikit lah.

Air laju jer habis sebab masa ni panas sangat. Affan dengan baju sekolah dia.
Si Afiya nak makan bihun sup sebab tadi dia tak makan sangat.
Lupa dah apa nama set makanan ni. Sup, Sambal, Kangkung Goreng dengan Ayam Goreng.
Untuk review dari aku first word adalah "Sedap..!!" second is cheese tak kedekut. Dan paling best doh roti pizza dia homemade memang sedap, gebu dan ada bau asap arang dari ketuhar traditional tu melekat pada pizza tu. Rasa memang nikmat bila makan. Eh melebih lak aku ni hahaha..

Ni jer yang sempat amik gambar sebab order satu take away.
Untuk harga pulak jangan risau sebab pizza dia murah sangat macam tak berbaloi jer atau bahasa mudah aku selalu kata tak nak pergi umrah balik hari ke hahaha. Yang faham tu faham lah yer hahaha.. Harga pizza bermula RM20.00 untuk Vegan dan RM25.00 untuk Pepperoni, Tuna, BBQ Beef, BBQ chicken Pizza. RM27.00 untuk Mix dan Seafood Pizza.


Boleh order siap-siap sebelum sampai kalau nak cepat macam drive thru :D
Boleh takeaway atau dine in. Selain Pizza ada juga menu lain seperti set nasi sup dan bihun sup. Okla sedap juga manalah tahu kalau tekak tu tiba-tiba nak nasi tak nak makan pizza. Kalau nak cepat boleh order pizza sebelum sampai. Tak adalah tunggu lama baru dapat.

Very recommended la kalau nak cuba pizza homemade di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi ini :D 

Update 15 February 2025 - Tempat perniagaan Pizza Kayu Api Bangi ini telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Tak sure bila exactly tarikh dirobohkan tapi latest update mereka tidak lagi memilik tapak tersebut untuk berniaga. 

54 comments:

  1. nampak sedap bihun sup dan pizza tu

    ReplyDelete
  2. Ok..Thx for sharing..nnt gi bangi bleh gi try =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome..boleh la cuba nanti kalau ke Bangi :D

      Delete
  3. wah..nampak sedap nie...boleh lah cuba bila2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap la bagi saya.. suka dgn homemade doh dia dia.. :D

      Delete
  4. bihun sup tu nampak menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bihun sup dia ok boleh la nak layan disamping pizza tu :D

      Delete
  5. Baru ni pun terasa nak makan pizza. Tapi tak larat nak tunggu dan lama sangat gugel, order lain. Tak jauh sangat ni dari Putrajaya, boleh cari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la try Pizza Kayu Api ni.. ketuhar dia pun cara lama .. mmg sedap bau dan rasa :D

      Delete
  6. Eh murah sikit dari yg Sri Gombak ni, tak aci haha ...
    Bagus ada byk pilihan makanan lain, ada options utk yg tak nak makan pizza 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke murah sikit.. tapi yg pasti harga mampu milik mesti org akan dtg beli.. Itu lah sbb dtg tgh hari kan.. nak makan pizza semata-mata tak best juga.. nasib ada menu lain.. :D

      Delete
  7. ‘Owner adalah berbangsa Melayu beragama Islam’
    Lengkap gituu…kihkihkih

    Review yang sangat menarik! Kalau ada kesempatan teringin jugak mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la.. mana la tahu tiba-tiba ada org Italy mengaku jadi owner ke kan hahaha.. sekadar berkongsi pengalaman.. sedap kita kata sedap.. tak sedap mmg kita tulis tak sedap hahahaa..

      Delete
  8. waahhhhh nampak sedap betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap mmg sedap boleh try la homemade doh dia yg sedap tu..

      Delete
  9. Haritu pernah nak makan sini, sekali sampai tutup pulak sebab saya datang around 10 am hahaha. Ni entah bila nk pergi balik ni sebab dekat je dgn rumah 🤣 cuma baca review memang orang recommend pizza ni sedap, saya expect mesti ramai orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dia buka petang.. Kami pun tak perasan masa nak dtg tu nasib la dah buka huhuu. Okla suka makan pizza dia .. kami dtg weekend tak la ramai mana ok jer :D

      Delete
  10. uishh... nampak sedap tu.
    Sekarang pizza lebih banyak pilihan. Kalau sedap pizza tepi jalan pun orang akan cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pizza mmg byk pilihan mmg sedap dan boleh minta kalau nak crispy sikit ke..
      Tepi jalan jer tapi memang sedap :D

      Delete
  11. Okey boleh masuk wishlist...nampak sedap set nasi sup tu...

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Boleh la datang sini makan pizza homemade ni :D

      Delete
  13. cheese tak.kedekut tu yg sy nak tahu🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cheese tak kedekut.. base on true story la hahahaa..

      Delete
    2. harap2 dah famous nanti harap2 kekal mcm tu juga...

      Delete
    3. Dah famous dah pun kot rasanya.. tapi tgk juga owner yg buat atau staf yg buat msa kita dtg tu.. tapi ok je la kot..

      Delete
  14. bagus juga ni selain pizza ada makanan lain turut dijual... bulan puasa nnt kompem beratur nk bli pizza😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan pose siang ke malam hahaha... Aduh 56 hari jer lagi nak puasa ni... Sedap berbuka dgn pizza ni hihii..

      Delete
    2. sesekali kan layan tekak makanan omputih

      Delete
    3. Sekali selalu pun tak apalah asalkan berbuka hahaha .

      Delete
  15. Kayaknya pizzanya sedap, bau -bau dari asap pembakaran arang itu yang bikin harum , meleleh liat toping keju di atasnya....wah jadi kepingin makan pizza pulak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus yg dibakar dgn cara traditional dengan kayu api itu pasti lebih enak dengan bau asapnya.. Yg sedap harus diulangi lagi makan nya di situ :D

      Delete
  16. Bila nak ajak makan kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anytime.. Bila free jom ngopi hari ini hahahaha :D

      Delete
  17. banyak dah senarai makanan yg ammi dah masukkan dalam list kat area2 bangi/kajang ni. perginya entahlah bila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangi Kajang ni mmg tmpt banyak makan sedap sedap... Kiranya semua terkumpul di situ.. kalau baca di internet berderet list hahaha :D

      Delete
  18. Sukanya bihun sup....pizza ni kat seksyen 4 bandar baru bangi?. Ni dekat dengan sekolah Dania dulu ni SMK Jalan Empat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah di Seksyen 4 Bndr Baru Bangi.. boleh la try pizza dia.. bihun tu okla.. :D

      Delete
  19. boleh try ni kalau ke bangi nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah boleh try pizza homemade dia terbaik..:D

      Delete
  20. Sedap nya semua menu2 dia. Kalau ke sana boleh cuba nti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pizaa dia memang recommended sangat. Menu yg lain tu biasa-biasa sahaja :D

      Delete
  21. Teringin jugak nak makan piza bakar macam ni. Mesti sedap rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sebab ada bau asap tu .. rasa original sangat huhu.. Alhamdulillah hari tu saya rasa mmg sedap.. :D

      Delete
  22. Rupa piza pun menyelerakan...teringin juga nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt menyelerakan.. lepas keluar oven batu tu terus makan panas2 mmg sedap :D

      Delete
  23. Seronoknya JJCM di Bandar Baru Bangi.
    Dulu sewaktu anak sulung masih belajar di UKM, sesekali kami datang memang dibawanya kami meronda cari makan sampai ke Bandar Baru Bangi. Last sampai pada September 2023 hehehee... JJCM ke Restoran Mak Kimbong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangi ni mmg destinasi food hunting.. mcm2 ada di Bangi.. Sept 2023 masih baru lagi tu.. Mak Kimbong? Nanti nak try sergah juga la.. :D

      Delete
  24. Uwaaaaahhhh ini pizza memang terkenal. Saya beberapa kali lihat YouTube nya. Dah masuk juga dalam list kuliner saya yg akan dicoba bang 😄.

    Pizza pakai tungku kayu begini memang saya sukaaaa. Aroma dia akan khas sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngak tahu pula saya kalau pizza ini popular sampai ke Indonesia hihii.. hebat tu.. harus dicuba kerna menggunakan arang kayu.. bau pizza nya pun sedap bangat. :D

      Delete
  25. Replies
    1. Yes memang sedap pizza dia.. boleh la try.. :D

      Delete