Minggu lepas aku with the kids dari seawal pagi kami dah keluar rumah ikut wife pergi ke Bangi bagi menziarahi satu keluarga saudara dari sebelah wife. Dan sebelum tengah hari kami dah pun pulang dari rumah saudara tu. Maka bermulalah kami sekeluarga food hunting, ye lah dah sampai Bangi kan.
![]() |
Pizza Kayu Api Homemade at Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. |
Disebabkan tadi pagi dah makan bihun goreng dan kuih di rumah saudara so kami nak cari yang ringan-ringan sahaja. Maka terjumpalah dalam carian di google antara makanan yang banyak di review iaitu Pizza Batu Arang ada juga yang memanggil Pizza Kayu Api di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.
Bila search google map hanya 10 minit drive sahaja ke Pizza Kayu Api ni. Maka kami pun on terus menuju ke destinasi.
![]() |
Kami sampai waktu mereka baru buka jam 2.00 petang. |
![]() |
Antara tempat duduk yang disediakan di sini. Kalau nak duduk makan sini datanglah petang sikit atau malam sebab cuaca agak panas jam 2-3 petang huhuu. |
Beralamat di Lot 557 Kawasan Lapang, Jalan 4/1, Seksyen 4, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Dibuka setiap hari dari jam 2.00 petang sehingga jam 10.00 malam dan ditutup pada setiap hari Isnin. Owner adalah berbangsa Melayu beragama Islam.
Lokasi terletak seberang jalan dengan Surau Al-Kauthar Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Dan di Pizza Kayu Api ini tidak disediakan tandas yer. Jika nak ke tandas anda harus ke Surau Al-Kauthar. Kena berjalan sikit lah.
![]() |
Air laju jer habis sebab masa ni panas sangat. Affan dengan baju sekolah dia. |
![]() |
Lupa dah apa nama set makanan ni. Sup, Sambal, Kangkung Goreng dengan Ayam Goreng. |
Untuk review dari aku first word adalah "Sedap..!!" second is cheese tak kedekut. Dan paling best doh roti pizza dia homemade memang sedap, gebu dan ada bau asap arang dari ketuhar traditional tu melekat pada pizza tu. Rasa memang nikmat bila makan. Eh melebih lak aku ni hahaha..
![]() |
Ni jer yang sempat amik gambar sebab order satu take away. |
Untuk harga pulak jangan risau sebab pizza dia murah sangat macam tak berbaloi jer atau bahasa mudah aku selalu kata tak nak pergi umrah balik hari ke hahaha. Yang faham tu faham lah yer hahaha.. Harga pizza bermula RM20.00 untuk Vegan dan RM25.00 untuk Pepperoni, Tuna, BBQ Beef, BBQ chicken Pizza. RM27.00 untuk Mix dan Seafood Pizza.
![]() |
Boleh order siap-siap sebelum sampai kalau nak cepat macam drive thru :D |
Boleh takeaway atau dine in. Selain Pizza ada juga menu lain seperti set nasi sup dan bihun sup. Okla sedap juga manalah tahu kalau tekak tu tiba-tiba nak nasi tak nak makan pizza. Kalau nak cepat boleh order pizza sebelum sampai. Tak adalah tunggu lama baru dapat.
Very recommended la kalau nak cuba pizza homemade di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi ini :D
Update 15 February 2025 - Tempat perniagaan Pizza Kayu Api Bangi ini telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Tak sure bila exactly tarikh dirobohkan tapi latest update mereka tidak lagi memilik tapak tersebut untuk berniaga.
nampak sedap bihun sup dan pizza tu
ReplyDeletePizza dia mmg sedap sangat :D
DeleteOk..Thx for sharing..nnt gi bangi bleh gi try =)
ReplyDeleteMost welcome..boleh la cuba nanti kalau ke Bangi :D
Deletewah..nampak sedap nie...boleh lah cuba bila2
ReplyDeleteSedap la bagi saya.. suka dgn homemade doh dia dia.. :D
Deletebihun sup tu nampak menyelerakan...
ReplyDeleteBihun sup dia ok boleh la nak layan disamping pizza tu :D
DeleteBaru ni pun terasa nak makan pizza. Tapi tak larat nak tunggu dan lama sangat gugel, order lain. Tak jauh sangat ni dari Putrajaya, boleh cari nanti.
ReplyDeleteBoleh la try Pizza Kayu Api ni.. ketuhar dia pun cara lama .. mmg sedap bau dan rasa :D
DeleteEh murah sikit dari yg Sri Gombak ni, tak aci haha ...
ReplyDeleteBagus ada byk pilihan makanan lain, ada options utk yg tak nak makan pizza 👍🏻
Oh ye ke murah sikit.. tapi yg pasti harga mampu milik mesti org akan dtg beli.. Itu lah sbb dtg tgh hari kan.. nak makan pizza semata-mata tak best juga.. nasib ada menu lain.. :D
Delete‘Owner adalah berbangsa Melayu beragama Islam’
ReplyDeleteLengkap gituu…kihkihkih
Review yang sangat menarik! Kalau ada kesempatan teringin jugak mencuba.
Ye la.. mana la tahu tiba-tiba ada org Italy mengaku jadi owner ke kan hahaha.. sekadar berkongsi pengalaman.. sedap kita kata sedap.. tak sedap mmg kita tulis tak sedap hahahaa..
Deletewaahhhhh nampak sedap betul!
ReplyDeleteYeap mmg sedap boleh try la homemade doh dia yg sedap tu..
DeleteHaritu pernah nak makan sini, sekali sampai tutup pulak sebab saya datang around 10 am hahaha. Ni entah bila nk pergi balik ni sebab dekat je dgn rumah 🤣 cuma baca review memang orang recommend pizza ni sedap, saya expect mesti ramai orang
ReplyDeleteoh dia buka petang.. Kami pun tak perasan masa nak dtg tu nasib la dah buka huhuu. Okla suka makan pizza dia .. kami dtg weekend tak la ramai mana ok jer :D
Deleteuishh... nampak sedap tu.
ReplyDeleteSekarang pizza lebih banyak pilihan. Kalau sedap pizza tepi jalan pun orang akan cari.
Pizza mmg byk pilihan mmg sedap dan boleh minta kalau nak crispy sikit ke..
DeleteTepi jalan jer tapi memang sedap :D
Okey boleh masuk wishlist...nampak sedap set nasi sup tu...
ReplyDeleteNiat pertama kena try pizza dia hahahah :D
Deletekami suka makan pizaaa
ReplyDeleteBoleh la datang sini makan pizza homemade ni :D
Deletecheese tak.kedekut tu yg sy nak tahu🤣🤣
ReplyDeleteBetul cheese tak kedekut.. base on true story la hahahaa..
Deleteharap2 dah famous nanti harap2 kekal mcm tu juga...
DeleteDah famous dah pun kot rasanya.. tapi tgk juga owner yg buat atau staf yg buat msa kita dtg tu.. tapi ok je la kot..
Deletebagus juga ni selain pizza ada makanan lain turut dijual... bulan puasa nnt kompem beratur nk bli pizza😁
ReplyDeleteBulan pose siang ke malam hahaha... Aduh 56 hari jer lagi nak puasa ni... Sedap berbuka dgn pizza ni hihii..
Deletesesekali kan layan tekak makanan omputih
DeleteSekali selalu pun tak apalah asalkan berbuka hahaha .
DeleteKayaknya pizzanya sedap, bau -bau dari asap pembakaran arang itu yang bikin harum , meleleh liat toping keju di atasnya....wah jadi kepingin makan pizza pulak .
ReplyDeleteHarus yg dibakar dgn cara traditional dengan kayu api itu pasti lebih enak dengan bau asapnya.. Yg sedap harus diulangi lagi makan nya di situ :D
DeleteBila nak ajak makan kat sini?
ReplyDeleteAnytime.. Bila free jom ngopi hari ini hahahaha :D
Deletebanyak dah senarai makanan yg ammi dah masukkan dalam list kat area2 bangi/kajang ni. perginya entahlah bila
ReplyDeleteBangi Kajang ni mmg tmpt banyak makan sedap sedap... Kiranya semua terkumpul di situ.. kalau baca di internet berderet list hahaha :D
DeleteSukanya bihun sup....pizza ni kat seksyen 4 bandar baru bangi?. Ni dekat dengan sekolah Dania dulu ni SMK Jalan Empat.
ReplyDeleteAah di Seksyen 4 Bndr Baru Bangi.. boleh la try pizza dia.. bihun tu okla.. :D
Deleteboleh try ni kalau ke bangi nanti.
ReplyDeleteInsyallah boleh try pizza homemade dia terbaik..:D
DeleteSedap nya semua menu2 dia. Kalau ke sana boleh cuba nti
ReplyDeletePizaa dia memang recommended sangat. Menu yg lain tu biasa-biasa sahaja :D
DeleteTeringin jugak nak makan piza bakar macam ni. Mesti sedap rasanya.
ReplyDeleteMemang sedap sebab ada bau asap tu .. rasa original sangat huhu.. Alhamdulillah hari tu saya rasa mmg sedap.. :D
DeleteRupa piza pun menyelerakan...teringin juga nak cuba
ReplyDeleteBetul sgt menyelerakan.. lepas keluar oven batu tu terus makan panas2 mmg sedap :D
DeleteSeronoknya JJCM di Bandar Baru Bangi.
ReplyDeleteDulu sewaktu anak sulung masih belajar di UKM, sesekali kami datang memang dibawanya kami meronda cari makan sampai ke Bandar Baru Bangi. Last sampai pada September 2023 hehehee... JJCM ke Restoran Mak Kimbong.
Bangi ni mmg destinasi food hunting.. mcm2 ada di Bangi.. Sept 2023 masih baru lagi tu.. Mak Kimbong? Nanti nak try sergah juga la.. :D
DeleteUwaaaaahhhh ini pizza memang terkenal. Saya beberapa kali lihat YouTube nya. Dah masuk juga dalam list kuliner saya yg akan dicoba bang 😄.
ReplyDeletePizza pakai tungku kayu begini memang saya sukaaaa. Aroma dia akan khas sangat.
Ngak tahu pula saya kalau pizza ini popular sampai ke Indonesia hihii.. hebat tu.. harus dicuba kerna menggunakan arang kayu.. bau pizza nya pun sedap bangat. :D
Deletesedap nmpk pizza kayu api tu
ReplyDeleteYes memang sedap pizza dia.. boleh la try.. :D
Delete