Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Ziarah Teratak Rumah Pak Long Di Kampung Jimah Lama Sendayan
Selesai balik dari Rumah Pak Long kebiasaannya kami terus balik ke Kuala Lumpur tapi kali ni ramai pula yang ajak untuk singgah di Masjid Sri Sendayan. Kebiasaan kami datang ke Sendayan sebab ada rumah saudara mara maka jarang la nak singgah masjid ini. Banyak kali bersolat di rumah saudara atau masjid yang berada di dalam kampung sahaja.
![]() |
Alhamdulillah sampai juga kami di Masjid Sri Sendayan ini buat pertama kali :D |
Masjid yang diketegorikan sebagai salah satu masjid tercantik di Malaysia ini telah mula dibina pada tahun 2015 dan siap serta dirasmikan pada tahun 2019. Masjid yang boleh memuatkan seramai 5000 jemaah ini telah diwaqafkan oleh tokoh perbankan iaitu Tan Sri Abdul Rashid Bin Hussain dengan kos RM100 juta.
Berkeluasan 4.5 hektar dan mempunyai tiga dewan solat iaitu Dewan Solat Utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, Dewan Solat Kedua 800 jemaah dan Dewan Solat Wanita 800 jemaah.
![]() |
Terpaksa parking di luar pintu pagar masjid sebab parking di dalam dah penuh. |
![]() |
Suasana meriah dipenuhi oleh orang ramai yang datang berkunjung ke masjid ini. |
Masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan dan enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid. Keunikan seni bina dalaman dan luaran masjid ini adalah campuran dari Turkey, Egypt, Morocco, Dubai serta China.
Kawasan masjid ini sangatlah luas dan panjang. Kalau datang pick hour macam waktu kami datang ini kena parking di luar pintu pagar masjid dan kena berjalan jauh melepas bahagian bangunan pentadbiran kemudian area taman yang juga tempat wudhu dan tandas dan kemudian barulah sampai ke ruangan berbumbung kaca.
![]() |
Area taman yang juga terletaknya tempat berwudhu dan tandas bagi muslimin dan muslimat. |
![]() |
Nampak tak bangunan kecil berwarna putih nun di belakang orang ramai itu. Itulah pintu masuk ke masjid dan kami parking diluar sana sebab parking di dalam penuh. |
Untuk pengetahuan semua idea rekaan dalaman masjid ini telah diilhamkan oleh Tuan Haji Zailan yang merupakan kontraktor interior. Malah cat siling dalaman dilakukan secara manual hasil kerja tangan orang Morocco. Dan kubah dalaman menggunakan ‘gold paper’ 24K serta pintu dan kayu kubah diimport dari India.
![]() |
Bila sampai sini barulah terasa vibe keindahan di dalam masjid ini. |
![]() |
Design dalaman masjid ni pun memang cantik sampai lupalah cuaca panas di luar tadi. |
Bagi yang datang ke sini jika bukan waktu solat sekali pun rajin-rajinkanlah mengambil wudhu dan solat sunat dua rakaat. Nampak macam sia-sia sahaja kalau datang hanya untuk bergambar semata-mata. Sebab dari pemerhatian ramai yang datang hanya untuk bergambar semata-mata sahaja.
![]() |
Kerusi yang tersusun di ruangan ini digunakan ketika adanya majlis akad nikah. |
![]() |
Kita masuk ke ruangan solat kedua dan kemudian barulah ke dewan solat utama. |
![]() |
Yang warna emas dibawah khubah masjid itulah "Golden Paper 24k". |
Adakah anda tahu bahawa setiap tempat sujud itu akan menjadi saksi di akhirat bahawa kita pernah sujud di atasnya. Sebab tu bila travel mencari masjid adalah salah satu wish list aku. Seronok bila jumpa masjid apatah lagi kalau di negara bukan majoriti islam.
Pada kebiasaannya ketika travel, bila adanya masjid maka ada komuniti islam setempat dan juga pasti akan ada tempat menjual makanan halal. Dan bagi aku bila nak cari accommodation ketika travel pasti mengutamakan dua perkara ini iaitu dekat dengan pengangkutan awam dan masjid.
![]() |
Kalau pemandangan di luar masjid itu cantik maka pemandangan di dalam masjid lebih cantik. |
![]() |
Keunikan gabungan ciri seni bina dari beberapa negara islam lain. |
Pada pendapat aku bagi yang pernah ke Masjid Nabawi di Madinah pasti akan menjadi pengubat rindu bila hadir ke sini. Dan yang ada pengalaman ke Turkiye dan Morocco juga pasti akan terasa aura persamaan beberapa ciri seni bina masjid-masjid di negara berkenaan ada di sini. Especially Masjis Biru dan Masjid Hassan II.
Berbalik kepada nama Tan Sri Abdul Rashid Bin Hussain ini. Masjid Sri Sendayan adalah masjid ketiga yang telah beliau waqafkan. Masjid yang pertama beliau bina dan waqafkan adalah Masjid A'isyah di Kampung Sungai Mengulu, Jalan Padang Matsirat, Pulau Langkawi dan dinamakan atas nama ibunya. Siap dibina pada tahun 1997.
![]() |
Masjid A'isyah, Kampung Sungai Menghulu, Kuah, Pulau Langkawi. |
Majlis Pecah Tanah telah disempurnakan oleh Allahyarham Tuan Guru Haron Din pada 23 Julai 1993. Dan beliau orang yang bertanggungjawap membeli tanah tambahan seluas 1 ekar. Kos pembinaan Masjid A'isyah adalah sebanyak RM3 juta dan RM600 ribu telah disumbang oleh anak kariah. Selebihnya adalah sumbangan dari Tan Sri Abdul Rashid.
![]() |
Masjid Hussain yang juga dikenali sebagai Masjid Putih. |
Kemudian beliau telah membina masjid kedua iaitu Masjid Hussain yang dinamakan sempena nama ayah beliau atau juga lebih dikenali sebagai Masjid Putih Seremban 2 dengan pembinaan bermula pada tahun 2012 yang menelan belanja sebanyak RM22.6 juta. Siap dibina dan dibuka kepada orang ramai pada Oktober 2014.
Masjid yang indah ini diinspirasikan daripada warisan seni bina Turki. Selain dewan solat utama dan ruang solat tambahan yang boleh memuatkan jemaah seramai 3,500 orang, Masjid Hussain juga turut dilengkapi dengan kemudahan seperti dewan serbaguna, perpustakaan dan bilik komputer.
By the way siapa yang pernah sampai di kesemua tiga buah masjid ini, sila comment di bawah?
Wahhhh..Cantik..Ok Nnt cuti sekolah try nk try ajak Hata pegi sini =)
ReplyDeleteYes serius cantik... Bawa anak anak sekali bergambar di sini.. :D
DeleteGah, cantik dan luas sungguhlah. Memang patut jadi tumpuan ramai.
ReplyDeleteRupanya dah tiga buah masjid beliau bina. MasyaAllah, insan hebat!
Siap 2019, tak sempat nak pergi sebab 2020 berpindah dari NS ke Penang.
Few time pergi org mmg penuh.. especially weekend siap ada rombongan naik bas bagai.. Masjid mmg cantik ada viba masjid nabawi sikit.. Makcik2 mmg suka dtg sini hihii.. Oh dah pindah tak sempat nak singgah ke sini.. insyallah next time.. :D
Deletebyk pahala RH sbb telah wakafkan 3 buah masjid. Dulu2 slps grad pernah kerja sementara di Menara RHB Jln Tun Razak tu. Thn 1997 sementara tunggu posting mengajar...
ReplyDeleteUntung menjadi org kaya yg beriman.. senang nak buat pahala yg berterusan :D
DeleteOh pernah kerja di Menara RHB.. 1997 saya baru darjah 4 tu huhuu..
cantiknye masjid...
ReplyDeleteSgt mempersonakan seni bina masjid sri sendayan ini :D
DeleteMemang cantik kan masjid ni. Kalau weekend ramai nikah di sini. Bagus nya TSAR, banyak pahalanya.
ReplyDeleteArea glass roof to mmg letak kerusi bersusun utk rombongan yg dtg tgk pasangan pengantin bernikah di situ.. Mmg cantik sgt :D
DeleteSaya sampai berdecak kagum memandang foto-foto Masjid Sri Sendayan ini Mas.
ReplyDeleteBenar-benar cantik baik dari arsitektur bangunannya maupun dari interiornya. Luar biasa indahnya...
Salam,
Masjid nya cantik dan yg membina bukan kerajaan tapi seorang tokoh dan rakyat biasa sahaja.. Mmg cantik masjid nya.. Sepertinya terlalu details setiap binaannya :D
DeleteLuar biasa masjid yang sangat cantik...
ReplyDeleteAlhamdulillah masjid nya mmg cantik mengabungkan byk seni dri pelbagai negara..
Deletemasjid ni memang sgt cantik esp utk posing2 OOTD :) so far baru sekali jer sampai kat sini (few yrs back)
ReplyDeleteKan... Women mmg suka dtg OOTD kat sini... Habis setiap pelusuk masjid di pergi hahaha..
DeleteBelum ada rezeki sampai masjid
ReplyDeleteMmg lawa kan...
Mmg lawa moga sampai di masjid ini satu hari nanti dalam tahun 2025 ini insyallah :D
Deleteseronoknya jd insan kaya & beriman.. dah 3 masjid tuan haji wakaf rupanya subahanallah
ReplyDeleteOrg kaya kalau byk bersedakah dan berwaqaf mmg mudah jalan mereka ke syurga.. 3 buah masjid dibina mmg luar biasa..
DeleteMasya Allah!. Beautiful mosque!. Never been there.
ReplyDeleteBestnya kan Tan Sri RH, jutawan di dunia.. insha Allah di akhirat juga.
Betul TT cakap, klu masuk mesjid jgn lupa solat sunat tahyatul mesjid.
Tan Sri RH jutawan di dunia dan di akhirat.. besar pahala dia bagi setiap org yg dtg beribadah di masjid masjid ini.. ziarah masjid rajinkan lah diri utk solat tahyatul masjid..insyallah moga kita semua dpt amalkan..
Deletewow! mamang menakjubkan!
ReplyDeleteTunggu uncle bina masjid kedua pulak hihii :D
DeleteAlhamdulillah.. sudah pernah solat di Masjid Sri Sendayan dan Masjid Hussain@Masjid Putih.
ReplyDeleteowh... nampaknya kena ke Langkawi lah ni untuk melengkapkan jawapan TT 😁
Itulah kita pun kena ke Langkawi utk solat di masjid Aisyah... Insyallah cukup la semua 3 masjid Tan Sri ARH dijejaki... :D
DeleteDah sampai di masjid ini masa mula-mula dibuka dulu.. maintain cantik..
ReplyDeleteMasa mula2 buka tak singgah pun bila balik kg.. only after fee years bru singgah ke masjid ini..
Deletepernah sekali lalu depan masjid ni waktu malam. tp sebab nak rushing... tgk je laa dari jauh...
ReplyDeleteOh waktu malam cantik tak dgn sinaran lampu di masjid ini? Tak pernah pula lalu waktu malam..
Deleteentah berapa byk laa pahala yg mengalir utk tan sri rashid ni kan...
ReplyDeletetu yg seronoknya jd org kaya ni...
Itulah untung org kaya yg beriman... Sentiasa bersedaqah... Banyak pahala beliau... Moga rezeki beliau terus berpanjangan..
Deletecantik sungguh masjid ni, pernah lalu tapi tak pernah masuk lagi
ReplyDeletetapi cons masjid besar macam ni adalah jarak tempat wudhu dgn ruang solat jauhlah. untuk perempuan agak leceh sedikitla huhu
Kita mula2 buka dulu pun lalu jer tak masuk sbb kg wife sebelah tu jer.. dah lama viral bagai baru nak pergi hahaha... Mmg jauh nak jalan tapi okla sbb cantik terpersona hilang penat tu.. :D
DeleteDisember 2023 kami pernah bermalam di homestay di Sendayan. Ada juga terbaca tentang Masjid Sendayan tidak jauh dari homestay kami. Tak terfikir pula untuk berkunjung ke situ.
ReplyDeleteAla rugi nyer.. dah dekat tu patut boleh dah nak singgah sekejap.. solat dan menikmati keindahan seni bina masjid sri sendayan.. Insyallah next time :D
DeleteCuya pernah sampai masjid Sendayan ni tapi hanya duduk di luar sebab datang untuk perkahwinan sepupu Cuya. Tak dapat nak tengok reka bentuk dalaman. Cantik betul yaaa
ReplyDeleteKena dtg lagi sekali la tgk design dalam yg berlatar belakangkan negara timur tgh dan turkey dan pelbagai lagi..
Deletebaru minggu lepas singgah masjid sendayan ni
ReplyDeleteAlhamdulillah sampai dah ke Masjid Sri Sendayan.. :D
DeleteRasanya kan minggu ni ada 2 ke 3 kali nieyl prasan orang tulis tentang masjid sendayan ni tapi klu tgk gambar2 ni teruja nak pergi juga
ReplyDeleteOh ye ke.. maka benarlah kecantikan masjid ini bila dah ramai yg mention.. kan kan... Insyallah moga sampai jua suatu hari nanti NN ke sini.. :D
Deleteslalu juga tgk kwn2 share psl masjid sendayan ni...cantik...tk pernh smp lg
ReplyDeleteKena try datang sekali ke masjid ini.. Insyallah mesti terpersona:D
DeleteBest kan sembahyang kat sini...ramai buat nikah kat sini tapi yang daerah sendayan je la kot..x pasti luar dari sendayan bleh request nikah sini ke x..lepas tu ramai gak buat foto shoot wedding kat sini...
ReplyDeleteBiasa setiap kali dtg mmg ada jer pasangan kawin buat photoshoot kat sini... Yg nikah tak pernah tgk lagi la hahahaa.. tu la dh kawin kalau blm blh request nikah sini hahaha.. :D
DeleteTan Sri Abdul Rashid Husein ni macam owner RHB kan? Pernah ke Masjid Sendayan ni nak bersolat. Lawa betul masjidnya.
ReplyDeleteBukan macam tapi mmg dialah owner RHB Bank tu.. masjid besar cantik dan selesa.. :D
Delete