Pages

Wednesday, 8 January 2025

Ziarah Teratak Rumah Pak Long Di Kampung Jimah Lama Sendayan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sikit-sikit aku tulis dari tahun tapi tak tahulah kenapa susah sangat nak habiskan menulis short trip ziarah rumah Pak Long wife aku di Kampung Jimah Lama, Sendayan. Padahal rumah dia best sebab ada sungai dan bela banyak binatang. Ayam Kampung, Ayam Api-Api atau Ayam Mutiara dan macam-macam lagi.

Rumah Pondok Kecil yang comel untuk Pak Long dan Mak Long tinggal.
Kambing, Itik dengan Angsa pun ada. Memang seronok kalau bertandang ke rumah pak long wife aku ni. Rumah dia pulak unik sebab dia tak buat satu rumah besar dengan banyak bilik sebab ada anak-anak yang ramai tapi dia buat satu rumah utama di tengah-tengah kawasan dengan dua bilik tidur, dapur, bilik air dan beranda yang luas.

Rumah utama di tengah-tengah ada dua bilik, dapur, bilik air dan beranda yang luas.
Di hadapan rumah utama ada rumah pondok berbentuk L. Dua bilik tidur, dapur dan bilik air.
Dan dia buat satu lagi rumah kecil/pondok di sebelah kiri 5 meter dari rumah utama tadi untuk dia dan wife. Rumah tu ada bilik air dan beranda. Dan ada satu lagi pondok panjang berbentuk L di hadapan rumah utama dengan jarak 5 meter yang mempunyai dua bilik tidur, satu bilik air, dapur serta beranda.

Di sebelah kanan rumah utama ada dua pondok dengan masing-masing mempunyai dua bilik tidur dan tandas untuk anak-anak pak long yang telah berkahwin. Kesemua rumah kecil/pondok ini diperbuat dari kayu dan papan. Dan ruang di antara rumah-rumah kecil ini Pak Long tanam dengan banyak pokok bunga dan pokok buah.

Rumah terakhir di sebelah kanan rumah utama tadi.
Sungai Lukut Besar yang melalui Kampung Jimah Lama di Sendayan.
Mancing di sini pernah la dapat Udang Galah, Lampam, Keli, Talapia dan Belida.
Setiap kali datang ke rumah pak long mesti ada jer buah tangan yang dia bagi. Paling selalu dapat Betik, Mangga dengan Ubi. Durian, Mata Kucing dengan Rambutan tu kalau musim la. Paling best Pak Long bagi Udang Galah sebab kadang-kadang tu dia menjala di sungai depan rumah dia.

Ayam Api-Api atau juga dinamakan Ayam Mutiara (Guineafowls).
Rumah Pak Long ni dah jadi macam satu perkampungan kecil. Memang kalau bawa anak-anak mesti diorang main keliling pondok lepas tu naik turun dari satu pondok ke satu pondok yang lain. Main kejar-kerjar dengan Angsa atau Ayam Api Api la. Kalau malam sejuk sangat dengan angin bertiup masuk kedalam pondok. 

Anjung atau beranda di yang selalu kami lepak. 
Ni masa waktu datang beraya 2 tahun lepas. Lepak di anjung rumah pondok di depan.
Tak jauh belakang rumah pak long ada kebun sayur. Selalu pekerja kebun tanya nak sayur ke tidak. Kalau tanya Pak Long dia kata sini dah bertahun tak pernah beli sayur boleh kata seminggu 2 3 kali dapat sayur. Tak Kangkung dapat bayam atau kacang panjang. Peria, labu air, limau, terung tu tak pernah putus ada stock dalam rumah.

Ada kebun sayur-sayuran di belakang rumah Pak Long. Jom tour sekejap :D
Kangkung, Bayam, Bayam Merah, Sawi, Peria, Terung, Petola dan pelbagai lagi.
Limau Nipis segar dari pokok. Ada ke yang guna daun ni untuk masak Tomyam?
Antara hasil dari rumah Pak Long ketika berkunjung baru-baru ini.
Dan kalau berkunjung ke Rumah Pak Long ni memang tak sah kalau tak makan nasi. Mak Long kalau memasak memang power (cepat dan sedap). Tetamu datang jer dia sambut sekejap pastu hilang sebab di akan memasak di dapur. Tup tup dah siap.

Macam baru-baru ni tau-tau dah siap Asam Pedas Ikan Pari, Sawi Jepun Goreng, Ayam Kampung Goreng dengan Kerang Rebus Berempah. Dan paling best setiap kami datang mesti makan duduk di lantai anjung dan makanan akan dihidang dalam talam besar. Masih mengekalkan adat budaya lama.

Lepas penat bermain, amik hasil tanaman, berlari dan bermain keliling rumah. Meh la makan.
Asam Pedas, Ayam Kampung Goreng, Sawi  Jepun Goreng dan Kerang Rebus.
Rumah Pak Long ni seronok andai kata kalau semua anak menantu cucu balik memang riuh rendah tapi macam mana pun semua akan ada tempat nak tidur sebab ada banyak bilik dan rumah. Bagus idea Pak Long buat rumah macam ni. Saja aku nak kongsi sebab rumah ni keunikan dia lain dari yang lain 

Rasa seronok sangat kalau duduk kampung kan? Moga aku boleh capai target untuk bersara awal dan pindah duduk di kampung sebelum umur 50 tahun nanti. Salah satu dari banyak perkara yang aku nak achieve dalam hidup ini Insyallah kalau diizinkan :D

56 comments:

  1. sejuk je nampak kawasan rumah paklong...nampak tenang
    saya pun berangan nak duduk rumah kebun dah pencen nanti,tapi kebunnya tak ada lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk angin dan sejuk mata memandang jer kan. Yang penting ketenangan :D
      First step kena ada tanah dulu lepas barulah kita boleh berangan nak buat apa hihii..

      Delete
  2. Menarik kawasan rumah dia...x jauh dari Seremban ni..SA pun ada mak sedara di Kg Jimah tu...selalu pi masa perayaan la...orang NS memang begitu, kalau ada tetamu sambut kejap lepas tu berlalu ke dapur buat hidangan...selalu SA dan PZ akan paksa tetamu stay sampai makan tengahari...pas tu bekalkan apa yang ada, kalau buah peria...peria la jadikan buah tangan...dah jadi kebiasaan dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer sgt menarik.. menanti balik semua tak ada masalah nak lepak mana.. bilik tidur, bilik air, dapur semua banyak.. Kena paksa stay sbb suh makan tu mmg best.. cuba bagi alamat kami dtg makan pula hahaha.. :D

      Delete
    2. rumah SA rumah taman..kampung nun di Kuala Pilah sana, di Bandar Di Raja Seri Menanti...masuk jauh ke dalam lagi...tapi tu la..suka suasana kampung sebenarnya

      Delete
    3. Sebenarnya lagi jauh ke dalam mesti lagi best dan lagi bagus suasana kampung nya... ok kuala pilah.. mmg setiap kali raya kana ke kuala pilah ada la dua tiga rumah wajib beraya..

      Delete
  3. ammi mmg dah balik duduk kampung sekarang ni, tapi tulah kampung ammi kat Seremban je ha. rumah pun rumah teres

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nak ada rumah kampung.. kalau tak pun boleh balik hujung minggu ke rumah kg.. moga dpt capai hajat di hati suatu hari nanti :D

      Delete
  4. uniknya nama kg ni..1st time dgr..tenang sgt tgk suasana kampung gini...i miss my kampung laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suasana kampung mmg terbaik lagi2 kalau yg jauh dari Bandar. Dulu kecik2 ada la kampung la ni tak ada dah..

      Delete
  5. waaahhh suburnya kebun sayur Pak Long! menjadi elok betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebun sayur tu nampak macam main campak2 jer tapi menjadi sungguh hasilnya..

      Delete
  6. Ayam mutiara ni jarang nampak orang bila. Ternampak kat zoo je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jarang tapi katanya mudah dijaga dan tahan lasak tak mudah mati..

      Delete
  7. Replies
    1. Esok ada tanah sendiri nak bela juga huhuu.. :D

      Delete
  8. Rasa teruk pulak sebab saya first time dengar pasal ayam api-api ni. Rasa dia macam ayam biasa ke?

    Bestnya suasana rumah paklong tu! Kalau balik kampung nk memang terasa sungguh vibes hari raya. Seronoknya duduk rimah kampung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time ke dengar? Boleh google... Dulu nampak banyak di afrika.. skrg dah ramai bela di Malaysia.. okla sedap jer rasa mcm ayam huhuu..

      Rumah Pak Long ni vibe kg dia masih kuat lagi.. seronok.. kalau time raya tu lgi meriah.. :D

      Delete
  9. Sungai, kebun, binatang peliharaan... memang complete suasana kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau balik kampung lama sikit mmg pasang jaring kat sungai tu. Cari Burung Wak-Wak.. Suasana kampung memamg terapi utk org yg duduk di bandar :D

      Delete
  10. Kehidupan yang kaya dengan alam semulajadi jadi...sangat berbeza dengan keadaan di kota

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok... Tenang dan aman tenteram jer bila org bandar tgk suasana di kg.. Memamg jauh beza:D

      Delete
  11. unik betul rumahnya tu. best ada tanah boleh tanam macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari buat satu rumah lebih baik buat byk rumah pondok dalam satu tmpt.. Unik..

      Delete
  12. Replies
    1. Sebab tu kami selalu ke rumah pak long kalau balik ke sendayan :D

      Delete
  13. bestnya vibe rumah pak long... mmg vibe kampung sebenar.. mkn pun dok bersila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang duduk makan bersila di anjung rumah. Sedap jer berangin.. :D

      Delete
  14. Sejuk lihat suasananya, terlihat nyaman rumahnya, ada kebun, wah kalo saya di sana pasti betah rasanya...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kalau dtg rumah pak long ini pastu boleh healing huhu.. Saya kalu dtg pun mesti pusing kawasan dulu baru duduk hahaha . :D

      Delete
  15. ada hammock bawah rumah tu
    maknanya mmg tinggi betul beranda rumah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggi jugak lah.. sebab kadang2 banjir sebab air sungai tu melimpah.. bila tinggi dia berangin la.. :D

      Delete
    2. ooo selalu juga ke air naik ni?

      Delete
    3. Dalam 2-3 tahun mesti ada cerita banjir area sini.. Kira selalu juga lah..

      Delete
  16. dah mcm kat cameron pula
    ada mcm2 sayur...
    org suka berbudi dgn tanah ni mmg x pernah rugi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bebudi pada tanah memang seronok.. dgn hasil kita kembali berbakti.. Sayur yg dijual juga boleh dimakan.. yg penting semuanya segar :D

      Delete
    2. betul
      bebas racun pun ya selain dapat berjimat...

      Delete
    3. Bila tanam sendiri ni mmg jarang la nak guna racun bagai.. Rasa fresh jer :D

      Delete
  17. rajin bertani rezeki melimpah n boleh berjongsi dgn saudra mara dll alhamdulillah damai ja duk kampung kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. saudara mara pun jadi seronok nak dtg sbb byk hasil tanaman yg ada.. Alhamdulillah suasana yg mmg mendamaikan :D

      Delete
  18. Tak rugi berbudi pada tanah. Nampak segar betul tanaman kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tak rugi berbudi pada tanah.. alhamdulillah sedar dan sihat tanamannya.. :D

      Delete
  19. ya Allah, seronoknye kalau boleh pergi jugak.. ldy suka rumah kg mcm ni, ayam api ni pun ada.. ya Allah... best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Rumah kampung macam ni mmg best.. time raya tu habis riuh rendah rumah pak long ni. Aym api api tu unik sikit :D

      Delete
  20. Kalau balik kampung mana2 pun memang seronok sangat apa lagi ada pokok buah, sayur yang subur, ada ayam itik dll. Wahh ada ayam mutiara tu. Rindu nya rumah arwah tok tokki. Sekarang ni balik kampung suami la di Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung yg ada macam-macam mmg best.. ada pokok buah tanaman sayur.. ada bela ayam itik bagai.. mmg complete.. rumah kampung kayu pulak kan.. Itu lah skrg mngharap kg sebelah wife jer.. kg kita dh takde huhu

      Delete
  21. Suka dgn konsep rumah2 kecil tu mmg unik. Lebih byk ruang utk semua ank2 bila balik raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. bersyukur bila ada lagi saudara mara yg tinggal di kg yg kita boleh ziarah.. :D

      Delete
  22. ehh.. uniknya rumah Pak Long. Kalau baca dan tengok gambar, dibina beberapa buah rumah. Setiap satunya lengkap dengan bilik tidur, bilik air dan dapur. Beranda dijadikan ruang tamu ya. Pak Long dan wife tinggal di rumah lebih kecil, senang nak urus kalau camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat gambaran dlm fikiran keadaan rumah pak long ni.. ada 6 pondok semuanya.. mmg best dgn pokok-pokok bunga buah sayur bagai.. mmg seronok setiap kali balik ke sana.. mmg ada privasi utk setiap org :D

      Delete
  23. Membaca entri begini rasa rindu pula saya nak balik kampung laman. Anak-anak kecil mesti seronok dapat melihat ayam itik dan tanah lapang untuk berlari-larian. Semoga Mak Long dan Pak Long sentiasa sihat dan gembira setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa kecil mak dan ayah ada kg masing2.. tapi sekarang tidak lagi.. menumpang suasana di kg org dan sedara mara lain jer.. amin.. semoga pak long dan mak long sentiasa diberi kesihatan yg baik amin..

      Delete
  24. Alhamdulillah...bagus paklong berfikiran jauh...walaupun bukan untuk anak-anak menetap, masing2 ada pondok masing2...takde lah berebut bilik air dah...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. bila fikir semula, lagi bagus buat macam tu. Pak Long dengan mak long pun ada privasi sendiri.. Tak perlu la nak habis duit buat rumah tetamu bagai. Kalau dulu nenek ada lagi meriah rumah pak long ni :D

      Delete
  25. Kalo lihat begini, saya pun LGS teringin bisa pensiun laku pindah ke kampung. Walaupun abis tuh, terpikir juga akan susah traveling, Krn jauh dari bandara 🤣.

    Tp memang suasana kampung paling best utk refreshing. Apalagi kalo rumah dan sekitaran seperti rumah pak long dj atas. Baguus sangat, lengkap dengan kebun sayur, sungai, hewan ternak pun ada. Ibarat kata, bisa menghidupi hanya dari kebunnya sendiri 👏👏👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga plan nanti selepas pensiun mau cari rumah kampung yg jauh dari bandar. Kalau umur udah tua mesi mau cari ketenangan. Loh travelling itu bukan setiap minggu.. kenapa harus dirisaukan perkara yg jarang dibuat hihii..

      Di kg enak bila ada tanaman dan haiwan peliharaan.. bila mau makan pun fikir apa yg ada sahaja.. lagi dicari di kebun aja :D

      Delete