Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Lama tak update blog ni. Minggu lepas sibuk bawa the kids berjalan-jalan meninjau pasir pantai. Masuk first week selepas cuti seminggu CNY, terkejut kerja bertimbun langsung tak bagi chance nak rehat di pagi monday blues.
![]() |
Melepasi Tol Gombak menuju satu jam perjalanan ke Raub. |
![]() |
Syukur ada highway baru dari Mempaga ke Raub. Soon highway akan sampai Lipis. |
Nampak gaya minggu ni memang tak dapat la nak update apa-apa berkenaan Kazakhstan. Part 5 Almaty mungkin akan di update minggu depan. Tapi azam insyallah akan habiskan cerita Kazakhstan bulan ni jugak. Sebab bulan depan dah start puasa.
Tak pernah lagi explore Bandar Raub ni. So kali ini kita bawa semua the kids ikut sekali ayahnya outstation sebab cuti sekolah kan. Boleh la alang alang menyelam sambil minum air hihii.
![]() |
Station Bas Raub. |
Update: Kami check in di Hotel Agro Raub setelah sampai jam 5.45 petang. Tak buat any booking just walk in sahaja. Dapat bilik Grand Triple Suite RM150.00 + RM3.00 Cukai Hotel Negeri Pahang. No deposit were asked. Bilik just nice lengkap dengan tv, hair dryer, kettle, water heater and 3 sachet Coffee Aik Cheong.
Lepas check in terus keluar menuju ke Bandar Raub yang terletak lebih kurang 3 km. Dari Masjid Tengku Abu Bakar ke Pejabat Pos Raub dan ke Dataran Raub. Sekali pusing Bandar bandar Raub tak smpai 5 minit. Ah sudah tak tahu nak ke mana.
![]() |
Hotel Agro Raub |
![]() |
Di tingkat bawah hotel ada kedai Komputer Imika. |
![]() |
Update: Welcome to Raub - Bandar Musang King. |
Takpa, focus pd kerja hakiki dulu Ustaz :)
ReplyDeleteTak best pulak tgh sedap bercerita pasal Kazakhstan tiba tiba kena stop sekejap hahaha..
Deletebest tu dpt bwk kids sambil2 outstation keje ;)
ReplyDeleteAlang alang tgh cuti sekolah kan.. kita bawa sekali la mereka jalan-jalan.. :D
DeletePatin Tempoyak =)
ReplyDeleteRaub macam tak nampak patin tempoyak lagi.. tunggu di Temerloh dgn Lipis nanti insyallah.. :D
Deleteseronoknya jalan2... kerja sambil jalan2 pun ok... mcm kami sellau buat dengan anak2..
ReplyDeleteTgh cuti sekolah boleh la nak bawa sekali hihi.. Ada peluang insyallah tak lpskan peluang bawa anak2 berjalan :D
Deletebandar Raub tak banyak pembangunan lagi , laluan kak ana kalau balik kampung mertua di Lipis :)
ReplyDeleteEh kampung mertua akak di lipis.. now kita ada di lipis la ni huhuu.. mmg tak banyak pembangunan lagi.. seronok juga jauh dari kejauhan bising pembangunan ni π
Deletekawan linda kerja dekat hospital raub...geng baju pink juga
ReplyDeleteDah selesai keje di Raub.. dah sampai Kuala Lipis... Esok sambung keje di Temerloh..
DeleteBila la dapat ke Raub Lipis ni. Tengok dalam gambar dulu dan sekarang, banyak sangat perumahan.
ReplyDeleteSelalu ke Bentong - Raub - Lipis. Temerloh - Kuantan sebab urusan kerja. Kalau sebab sendiri blm tentu juga dapat explore di sini hihihii π
DeleteTakde..takde...SA nak habis citer JB dah..awak x habis lagi...hahahaha..xde la...gurau je...take your time as usual..kang x best plak penceritaan sebab tergesa gesa...
ReplyDeleteSusah sebenarnya nak update cerita di Almaty Kazakhstan tu.. Byk info nak kena korek tapi tak byk ada di Google. Insyallah slow slow kita update. JB takde byk info hihii.. :D
DeleteHihi.. sempat shopping barang sekolah anak, ya. Bagus la. Cuti sekolah, dapat out station satu family. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah tak sangka pulak dpt shopping brg sekolah anak.. yg best dpt banyak yg murah2 :D
DeleteWaah hotelnya eye catching dia punya warna yaa ππ. Oh stay di Pahang ada tax tambahan juga utk sesama Malaysian ya bang. Kalo foreigners memang pasti kena. Tiap stay di hotel Malaysia manapun, saya dah prepare bayar tax tambahan di receptionist.
ReplyDeleteKota kecil macam raub begini saya suka. Krn mudah nak eksplor π. Tak habis waktu banyak, lalu bisa puas2 kuliner setelahnya π€
Di Pahang dan Melaka memang ada tax penginapan buat semua pengunjung tak kira siapa dan dari negara mana. Kalau RM3.00 satu malam biasa aja di bayar kalau mahal bangat berkira juga mau bayar hihiii :D
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletestesen bas tu meriah time nk dkt raya kot
ReplyDeleteNampak macam biasa tapi sepanjang ada di kedai dpn stesyen byk juga bas drop off and ada org naik..
Deletebalik lalu jalan lama ke?
ReplyDeleteAah balik tu saja lalu jalan lama... Tak la boring mcm lalu highway.. boleh stop makan makan hahaha
Delete