Pages

Sunday, 22 June 2025

Affan Masuk Pertandingan Muazzin Junior Di Masjid UPM

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Minggu lepas kami sekeluarga pergi ke Masjid UPM untuk menyaksikan Pertandingan Muazzin Junior anjuran bersama Masjid UPM, Tadika Islah Junior dan Tadika Bir Ali. Seramai 18 pelajar junior telah mengambil bahagian yang berumur 5 dan 6 tahun. Penyertaan adalah 11 peserta dari Islah Junior dan 7 peserta dari Bir Ali.

Dan yang mendebarkan adalah Affan adalah salah seorang peserta yang mewakili Tadika Islah Junior Ampang. Dan belum pernah lagi dalam sejarah Affan ke hadapan di khalayak ramai. Apatah lagi untuk melaungkan azan. 

Affan melaungkan azan subuh di pertandingan Muazzin Junior.
Menang hadiah saguhati. Tak apa insyallah next time boleh cuba lagi Affan.
Ye lah parent mana yang tak cemas, kan? Untuk syarat pertandingan adalah peserta wajib melaungkan azan subuh. Maka untuk beberapa hari sebelum pertandingan Affan dah practice beberapa kali di rumah dan di sekolah. 

Walau hasil dari latihan tidaklah begitu memuaskan. Tapi teacher Affan kata menang atau kalah itu cerita belakang. Yang penting Affan berani ke hadapan di khalayak ramai. Dan alhamdulillah Affan berani dan excited nak melaungkan azan.

Ketika pendaftaran peserta di masjid sebaik sahaja sampai di awal pagi. Affan dapat nombor giliran peserta ke 8. Start dari situ aku dengan wife dan mula cemas. Selagi Affan tak selesai melaungkan azan selagi tu la tak senang duduk hahaa.

Sempena Hari Terbuka Masjid UPM dari 13 hingga 15 Jun 2025.
Affan bergambar dengan semua peserta dan juri dan urusetia pertandingan.
Takut sangat kalau tiba-tiba dia jadi takut atau gagap dan gugup ketika berdiri di hadapan orang ramai nanti. Dan nak tahu apa yang terjadi apabila acara dimulakan? Peserta pertama menangis..!!! Aku dalam hati "Ah sudah spoil, jangan la Affan tergugat".

Syukur peserta kedua hingga ketujuh semuanya melaungkan azan subuh dengan baik. Dan ketika Affan duduk menunggu giliran bersama teacher. Teacher whatsapp bagitau Affan dah tak sabar nak ke depan. Sedikit sebanyak melegakan kami yang sedang cemas. 

Dan giliran Affan pun sampai dan Affan melaungkan azan sehingga habis. Walau banyak kali terlupa dan tergagap. Tak apa lah janji Affan dah buat yang terbaik. Dan Affan menang hadiah saguhati sebab yang dapat tempat tiga pertama semuanya memang hebat betul.

Antara aktiviti lain untuk pengunjung junior - Membuat Sandwich.
Sandwich dah siap. Suka la bila diambil gambar budak dua orang ni.
Ada pameran dari Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor.
Acara Muazzin Junior ini diadakan sempena Hari Terbuka Masjid UPM dari 13 - 15 Jun 2025. Ada banyak gerai jualan dan pameran yang disediakan. Dan paling seronok dan menarik adalah pameran dari Kelab Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor. Dan terdapat beberapa aktiviti untuk para pengunjung terutama untuk pengunjung junior.

Warung Koppi 70's di Kg Dato Abu Bakar Baginda, Bandar Baru Bangi.
Habis program dalam pukul 11.45 pagi kami terus mencari tempat makan sebab semua dah kelaparan. Seawal pagi dah keluar dari rumah sebab nak kejar pendaftaran pada jam 8.00 pagi. Balik dari masjid UPM kami terus menuju ke Warung Koppi 70's di Kg Dato Abu Bakar Baginda, Bandar Baru Bangi untuk late breakfast dan lunch terus.

Tempat makan yang menarik dan tenang. Cuma agak panas bila dah tengah hari.
Teh Ais Leleh antara signature di sini. Manis ya amat huhuu.. :D 
Hurm.. Motif? Kasaq bahasa hang na..
Beberapa deco dalaman yang mengambarkan suasana tahun 70-an. 
Tempat menarik dan nampak ala-ala kampung dari zaman 70-an gitu. Cuma agak kepanasan sedikit mungkin sebab dah tengah hari. Walau dah pilih tempat duduk menghadap kipas huhuu. Dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin dan Selasa setiap minggu. Waktu operasi dari pukul 7.30 pagi sehingga 3.00 petang.

Gambar makanan semua tak sempat nak ambil sebab semua dah kelaparan. Dah habis makan baru teringat, tak kan nak order balik kan hihii.. Antara yang kami order Roti Sarang Burung Special, Bihun Sup, Mee Kari, Roti Bakar dan few other lagi.  Alhamdulillah semua makanan di sini sedap :D

40 comments:

  1. congrats affan!! good job! dpt memupuk sifat berani, yakin dan public speaking skills tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah semoga affan terus berani berdiri di hadapan khalayak ramai mcm kakak dia yg aktif masuk byk acara.. 🀲🏻😊

      Delete
  2. hebat affan tu brani laungkan azan dpn khalayak ramai., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak dia pun kalau bagi azan tak pandang jemaah.. ini dia siap pandang org ramai mmg berani hihii πŸ˜…

      Delete
  3. Tahniah berani ke depan. Semoga terus sukses di masa akan datang boleh cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga ada peluang utk affan ke depan lagi.. unexpected sungguh .. 😊

      Delete
  4. Alhamdulillah dan Tahniah Affan. Moga terus berani dan cemerlang.
    Warung tu, kena cari ni balik Pjaya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warung tu boleh la nak try sebab ada deco ala ala kampung sikit.. tu pun tahu dari entry blog kak Ezra Khalil..

      Delete
  5. You did well Affan, congrats πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»
    Yg penting dia dapat pengalaman dan exposure. Nanti ada apa² pertandingan masukkan lagi. Based on my experience, program begini dapat bentuk keyakinan diri dan karakter anak². Sangat membantu bila diorg masuk sekolah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sekarang ni dah yakin nak bagi dia ke depan lagi dan lagi.. Moga dia akan terus ke hadapan di alam persekolahan nanti insyallah.. πŸ˜ŠπŸ‘πŸ»

      Delete
  6. Alhamdulillah.. Yg penting berani ke hadapan tu.. Tahniah affan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ... Dia dah berani ke depan tu dah kira cukup bagus hihii..

      Delete
  7. tak apa affan boleh cuba lagi...
    betul tu! yg penting berani tampil dpn org ramai...

    cousin sy dulu dpn kwn2 kemain lagi...
    bla msk pertandingan (peringkat daerah) terus kelu 1000 bahasa... terus jd tiang TNB atas pentas tu heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah berani ke depan tu pun dah satu kemenangan di mata mak ayah.. harap sampai ke besar la dia jadi seorang yg berani.. mana tau blh jadi pemimpin yg berani.. πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»

      Delete
  8. Alhamdulillah..Tahniah Affan. Betul kata cikgu tu, kalah menang belakang kira. Yang penting pengalaman untuk Affan. Bagus dia berani. Kali pertama mungkin dia gugup. InshaAllah lepas ni dia tak gugup dah. Nervous kan tengok anak nak perform. Seronoklah macam-macam aktiviti ada diadakan di situ.

    Mungkin sebab sekarang cuaca panas. Duduk bawah kipas pun tak terasa anginnya. Lepak makan petang² okaylah kot kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah unexpected bila dia berani ke hadapan. Kita as parent pulak yang cemas berdebar. Apa pun kali pertama pasti ada byk kekurangan smpai terlupa beberapa baris azan hihii..

      Itulah cuaca panas duduk bawah kipas pun tak rasa angin. Nak lepak petang2 tak blh sebab tutup pukul 3 ptg hihii.. πŸ˜…

      Delete
    2. Kagum dengan anak-anak yang berani ni. Dari kecil dah berani, esok esok dah besar tak kekok dah. Hihi..takpelah kan. Pengalaman pertama untuk Affan yang berani.

      Delete
    3. Itulah harap sangat la keberanian dia ke hadapan berkekalan sehingga besar panjang nanti amin.. kitg as parent tak fikir pun menang kalah.. janji dia berjaya azan kat depan tu.. πŸ€—πŸ˜Ž

      Delete
  9. tu laa
    sy terasa juga
    agak kasar juga bahasanya walaupun sekadar utk hiasan dinding je
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. rasa mcm better tak letak pun that sign.. sebab for sure kanak-kanak akan baca.. and bila anak tanya pada kita kenapa dengan ayat tu.. kita pun aaaa... πŸ˜”

      Delete
  10. Wah saya jadi teringat anak saya dulu pun ikut lomba azan di sekolahnya, walau tak menang yang penting sudah mencoba.. Jadi pengalaman berharga.. Selamat ya Affan.. Namanya tu dah hampir mirip.. Azan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah banyak benda yg anak anak buat mengingatkan kembali pd zaman kecil kita dahulu.. apa pun yg penting berani mencuba.. 😊🀲🏻

      Delete
  11. In shaa Allah, lama lama berlatih akan perbaiki lagi rentak azan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga besar nanti boleh jadi muazzin di masjid.. sejuk hati kita insyallah.. nak kena asah lg bakat dia.. πŸ€—

      Delete
  12. jalan bapak kau! hahaha

    tahniah Affan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasaq bahasa dia πŸ˜…... Dia belum jumpa org utara lgi hahaha.. 😁

      Delete
  13. Congrats affan! Baguslah dia tak gugup, tapi tak sabar nak kedepan pulak yee.

    Yg penting berani kedepan. Nanti boleh join pertandingan lain pulak 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak gugup tapi banyak perkataan dalam ayat azan tu dia lupa..
      first time kan.. insyallah next time kalau ada peluang lgi kita asah lagi bakat dia.

      Delete
  14. teringat pulak dulu2 masa saya tadika kemas, saya masuk pertandingan azan jugak... dapat saguhati je .. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh bagus kan Dari Tadika lagi ada program macam ni.. membangkitkan semangat kepada para pelajar junior.. okla dpt saguhati pun πŸ˜ŠπŸ‘πŸ»

      Delete
  15. tahniah Affan....teh ais leleh tu di kala cuaca panas skarang mmg sejuk tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt tu.. waktu panas ni menggugat iman tgk teh ais leleh tu πŸ˜…

      Delete
  16. Tahniah pada Affan, atas keberanian dan dapat saguhati. πŸ‘ Tak pernah try minum teh ais leleh. Besar gelasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keberanian dia lah paling yg dinanti-nantikan.. alhamdulillah berjaya.. teh meleleh potong kaki bg saya hahahaa.. πŸ˜‚

      Delete
  17. Suka membaca tulisan ini, Mas.
    Bagaimana Affan mempersiapkan diri untuk tampil pada pertandingan muazzin. Sebuah usaha yang pantas membuat ayah dan ibu berbahagia.
    Selamat untuk Affan. Semoga kedepan manjadi yang terbaik.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorongan dari para guru yg mendidik juga banyak memberi yg terbaik utk affan.. alhamdulillah berani kehadapan melaungkan azan ketika umur 5 tahun.. semoga bisabterus lagi kehadapan insyallah..

      Delete
  18. Good job Affan, affan dah buat yg terbaik kan..saguhati pun ok as long as affan berani...next time cuba lagi and fight for champion ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak harap apa pun selain affan berani kehadapan utk melaungkan azan.. alhamdulillah lega dan gembira di hati.. insyallah next time blh cuba lagi.. 😊

      Delete
  19. Wowww... good job Affan.
    Kecik-kecik dapat pendedahan berdiri depan orang ramai boleh tambah keyakinan diri nanti. Takde lah nak malu-malu. Mudah-mudahan ada peluang lagi masuk pertandingan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita as parent pun tak sangka dia berani ke hadapan org ramai.. Alhamdulillah bersyukur sgt.. insyallah moga ada peluang lgi utk masuk pertandingan seperti ini lagi..😊

      Delete