Minggu lepas kami sekeluarga pergi ke Masjid UPM untuk menyaksikan Pertandingan Muazzin Junior anjuran bersama Masjid UPM, Tadika Islah Junior dan Tadika Bir Ali. Seramai 18 pelajar junior telah mengambil bahagian yang berumur 5 dan 6 tahun. Penyertaan adalah 11 peserta dari Islah Junior dan 7 peserta dari Bir Ali.
Dan yang mendebarkan adalah Affan adalah salah seorang peserta yang mewakili Tadika Islah Junior Ampang. Dan belum pernah lagi dalam sejarah Affan ke hadapan di khalayak ramai. Apatah lagi untuk melaungkan azan.
![]() |
Affan melaungkan azan subuh di pertandingan Muazzin Junior. |
![]() |
Menang hadiah saguhati. Tak apa insyallah next time boleh cuba lagi Affan. |
Ye lah parent mana yang tak cemas, kan? Untuk syarat pertandingan adalah peserta wajib melaungkan azan subuh. Maka untuk beberapa hari sebelum pertandingan Affan dah practice beberapa kali di rumah dan di sekolah.
Walau hasil dari latihan tidaklah begitu memuaskan. Tapi teacher Affan kata menang atau kalah itu cerita belakang. Yang penting Affan berani ke hadapan di khalayak ramai. Dan alhamdulillah Affan berani dan excited nak melaungkan azan.
Ketika pendaftaran peserta di masjid sebaik sahaja sampai di awal pagi. Affan dapat nombor giliran peserta ke 8. Start dari situ aku dengan wife dan mula cemas. Selagi Affan tak selesai melaungkan azan selagi tu la tak senang duduk hahaa.
![]() |
Sempena Hari Terbuka Masjid UPM dari 13 hingga 15 Jun 2025. |
![]() |
Affan bergambar dengan semua peserta dan juri dan urusetia pertandingan. |
Takut sangat kalau tiba-tiba dia jadi takut atau gagap dan gugup ketika berdiri di hadapan orang ramai nanti. Dan nak tahu apa yang terjadi apabila acara dimulakan? Peserta pertama menangis..!!! Aku dalam hati "Ah sudah spoil, jangan la Affan tergugat".
Syukur peserta kedua hingga ketujuh semuanya melaungkan azan subuh dengan baik. Dan ketika Affan duduk menunggu giliran bersama teacher. Teacher whatsapp bagitau Affan dah tak sabar nak ke depan. Sedikit sebanyak melegakan kami yang sedang cemas.
Dan giliran Affan pun sampai dan Affan melaungkan azan sehingga habis. Walau banyak kali terlupa dan tergagap. Tak apa lah janji Affan dah buat yang terbaik. Dan Affan menang hadiah saguhati sebab yang dapat tempat tiga pertama semuanya memang hebat betul.
![]() |
Antara aktiviti lain untuk pengunjung junior - Membuat Sandwich. |
![]() |
Sandwich dah siap. Suka la bila diambil gambar budak dua orang ni. |
![]() |
Ada pameran dari Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor. |
Acara Muazzin Junior ini diadakan sempena Hari Terbuka Masjid UPM dari 13 - 15 Jun 2025. Ada banyak gerai jualan dan pameran yang disediakan. Dan paling seronok dan menarik adalah pameran dari Kelab Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor. Dan terdapat beberapa aktiviti untuk para pengunjung terutama untuk pengunjung junior.
![]() |
Warung Koppi 70's di Kg Dato Abu Bakar Baginda, Bandar Baru Bangi. |
Habis program dalam pukul 11.45 pagi kami terus mencari tempat makan sebab semua dah kelaparan. Seawal pagi dah keluar dari rumah sebab nak kejar pendaftaran pada jam 8.00 pagi. Balik dari masjid UPM kami terus menuju ke Warung Koppi 70's di Kg Dato Abu Bakar Baginda, Bandar Baru Bangi untuk late breakfast dan lunch terus.
![]() |
Tempat makan yang menarik dan tenang. Cuma agak panas bila dah tengah hari. |
![]() |
Teh Ais Leleh antara signature di sini. Manis ya amat huhuu.. :D |
![]() |
Hurm.. Motif? Kasaq bahasa hang na.. |
![]() |
Beberapa deco dalaman yang mengambarkan suasana tahun 70-an. |
Tempat menarik dan nampak ala-ala kampung dari zaman 70-an gitu. Cuma agak kepanasan sedikit mungkin sebab dah tengah hari. Walau dah pilih tempat duduk menghadap kipas huhuu. Dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin dan Selasa setiap minggu. Waktu operasi dari pukul 7.30 pagi sehingga 3.00 petang.
Gambar makanan semua tak sempat nak ambil sebab semua dah kelaparan. Dah habis makan baru teringat, tak kan nak order balik kan hihii.. Antara yang kami order Roti Sarang Burung Special, Bihun Sup, Mee Kari, Roti Bakar dan few other lagi. Alhamdulillah semua makanan di sini sedap :D
congrats affan!! good job! dpt memupuk sifat berani, yakin dan public speaking skills tu
ReplyDeleteItulah semoga affan terus berani berdiri di hadapan khalayak ramai mcm kakak dia yg aktif masuk byk acara.. π€²π»π
Deletehebat affan tu brani laungkan azan dpn khalayak ramai., aminn
ReplyDeleteBapak dia pun kalau bagi azan tak pandang jemaah.. ini dia siap pandang org ramai mmg berani hihii π
DeleteTahniah berani ke depan. Semoga terus sukses di masa akan datang boleh cuba lagi.
ReplyDeleteInsyallah moga ada peluang utk affan ke depan lagi.. unexpected sungguh .. π
DeleteAlhamdulillah dan Tahniah Affan. Moga terus berani dan cemerlang.
ReplyDeleteWarung tu, kena cari ni balik Pjaya nanti.
Warung tu boleh la nak try sebab ada deco ala ala kampung sikit.. tu pun tahu dari entry blog kak Ezra Khalil..
DeleteYou did well Affan, congrats ππ»ππ»ππ»
ReplyDeleteYg penting dia dapat pengalaman dan exposure. Nanti ada apa² pertandingan masukkan lagi. Based on my experience, program begini dapat bentuk keyakinan diri dan karakter anak². Sangat membantu bila diorg masuk sekolah nanti
Itulah sekarang ni dah yakin nak bagi dia ke depan lagi dan lagi.. Moga dia akan terus ke hadapan di alam persekolahan nanti insyallah.. πππ»
DeleteAlhamdulillah.. Yg penting berani ke hadapan tu.. Tahniah affan
ReplyDeleteBetul ... Dia dah berani ke depan tu dah kira cukup bagus hihii..
Deletetak apa affan boleh cuba lagi...
ReplyDeletebetul tu! yg penting berani tampil dpn org ramai...
cousin sy dulu dpn kwn2 kemain lagi...
bla msk pertandingan (peringkat daerah) terus kelu 1000 bahasa... terus jd tiang TNB atas pentas tu heheheh
Dia dah berani ke depan tu pun dah satu kemenangan di mata mak ayah.. harap sampai ke besar la dia jadi seorang yg berani.. mana tau blh jadi pemimpin yg berani.. πππ»
DeleteAlhamdulillah..Tahniah Affan. Betul kata cikgu tu, kalah menang belakang kira. Yang penting pengalaman untuk Affan. Bagus dia berani. Kali pertama mungkin dia gugup. InshaAllah lepas ni dia tak gugup dah. Nervous kan tengok anak nak perform. Seronoklah macam-macam aktiviti ada diadakan di situ.
ReplyDeleteMungkin sebab sekarang cuaca panas. Duduk bawah kipas pun tak terasa anginnya. Lepak makan petang² okaylah kot kan.
Itulah unexpected bila dia berani ke hadapan. Kita as parent pulak yang cemas berdebar. Apa pun kali pertama pasti ada byk kekurangan smpai terlupa beberapa baris azan hihii..
DeleteItulah cuaca panas duduk bawah kipas pun tak rasa angin. Nak lepak petang2 tak blh sebab tutup pukul 3 ptg hihii.. π
Kagum dengan anak-anak yang berani ni. Dari kecil dah berani, esok esok dah besar tak kekok dah. Hihi..takpelah kan. Pengalaman pertama untuk Affan yang berani.
DeleteItulah harap sangat la keberanian dia ke hadapan berkekalan sehingga besar panjang nanti amin.. kitg as parent tak fikir pun menang kalah.. janji dia berjaya azan kat depan tu.. π€π
Deletetu laa
ReplyDeletesy terasa juga
agak kasar juga bahasanya walaupun sekadar utk hiasan dinding je
huhu
Kan.. rasa mcm better tak letak pun that sign.. sebab for sure kanak-kanak akan baca.. and bila anak tanya pada kita kenapa dengan ayat tu.. kita pun aaaa... π
DeleteWah saya jadi teringat anak saya dulu pun ikut lomba azan di sekolahnya, walau tak menang yang penting sudah mencoba.. Jadi pengalaman berharga.. Selamat ya Affan.. Namanya tu dah hampir mirip.. Azan
ReplyDeleteItulah banyak benda yg anak anak buat mengingatkan kembali pd zaman kecil kita dahulu.. apa pun yg penting berani mencuba.. ππ€²π»
DeleteIn shaa Allah, lama lama berlatih akan perbaiki lagi rentak azan
ReplyDeleteMoga besar nanti boleh jadi muazzin di masjid.. sejuk hati kita insyallah.. nak kena asah lg bakat dia.. π€
Deletejalan bapak kau! hahaha
ReplyDeletetahniah Affan.
Kasaq bahasa dia π ... Dia belum jumpa org utara lgi hahaha.. π
DeleteCongrats affan! Baguslah dia tak gugup, tapi tak sabar nak kedepan pulak yee.
ReplyDeleteYg penting berani kedepan. Nanti boleh join pertandingan lain pulak π
Dia tak gugup tapi banyak perkataan dalam ayat azan tu dia lupa..
Deletefirst time kan.. insyallah next time kalau ada peluang lgi kita asah lagi bakat dia.
teringat pulak dulu2 masa saya tadika kemas, saya masuk pertandingan azan jugak... dapat saguhati je .. hehehe
ReplyDeleteOh bagus kan Dari Tadika lagi ada program macam ni.. membangkitkan semangat kepada para pelajar junior.. okla dpt saguhati pun πππ»
Deletetahniah Affan....teh ais leleh tu di kala cuaca panas skarang mmg sejuk tekak
ReplyDeleteBetul sgt tu.. waktu panas ni menggugat iman tgk teh ais leleh tu π
DeleteTahniah pada Affan, atas keberanian dan dapat saguhati. π Tak pernah try minum teh ais leleh. Besar gelasnya.
ReplyDeleteKeberanian dia lah paling yg dinanti-nantikan.. alhamdulillah berjaya.. teh meleleh potong kaki bg saya hahahaa.. π
DeleteSuka membaca tulisan ini, Mas.
ReplyDeleteBagaimana Affan mempersiapkan diri untuk tampil pada pertandingan muazzin. Sebuah usaha yang pantas membuat ayah dan ibu berbahagia.
Selamat untuk Affan. Semoga kedepan manjadi yang terbaik.
Salam,
Dorongan dari para guru yg mendidik juga banyak memberi yg terbaik utk affan.. alhamdulillah berani kehadapan melaungkan azan ketika umur 5 tahun.. semoga bisabterus lagi kehadapan insyallah..
DeleteGood job Affan, affan dah buat yg terbaik kan..saguhati pun ok as long as affan berani...next time cuba lagi and fight for champion ok...
ReplyDeleteItulah tak harap apa pun selain affan berani kehadapan utk melaungkan azan.. alhamdulillah lega dan gembira di hati.. insyallah next time blh cuba lagi.. π
DeleteWowww... good job Affan.
ReplyDeleteKecik-kecik dapat pendedahan berdiri depan orang ramai boleh tambah keyakinan diri nanti. Takde lah nak malu-malu. Mudah-mudahan ada peluang lagi masuk pertandingan pada masa akan datang.
Kita as parent pun tak sangka dia berani ke hadapan org ramai.. Alhamdulillah bersyukur sgt.. insyallah moga ada peluang lgi utk masuk pertandingan seperti ini lagi..π
Delete