Pages

Monday, 23 June 2025

Dinner With Family At Aison Bakery & Coffee Ampang Branch

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Dalam banyak-banyak malam, malam weekend lah antara malam yang aku rasa malas sangat nak masak. Bila dah malas nak masak maka makan luarlah jawapannya. Ditambah lagi dengan cuaca yang panas sampai ke malam sekarang ini.

Destinasi makan malam kami kali ini ialah di Aison Bakery & Coffee. Kenapa ke sini? Antara sebabnya ialah di sini ada heavy and light food. Termasuklah pelbagai pastry yang menarik untuk dicuba. Dan kedua sebab nak duduk dalam indoor.

Terletak bersebelahan jalan dan ada banyak parking yang available pada waktu malam.
Ruangan tempat makan yang tenang di dalam dan ada toilet disediakan.
Beralamat di No 83, Lorong Mamanda 1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor. Hanya 100 meter walking distance dari Ampang Point Shopping Mall. Dibuka dari seawal pukul 8.00 pagi sehingga pukul 10.00 malam setiap hari. 

Dan branch di Ampang ini adalah Branch Aison Bakery & Coffee yang kelima. Selepas pembukaan 4 branch sebelum ini iaitu di Mahkota Cheras, Bandar Baru Bangi, Prima Saujana Kajang dan Menara Shell Bangsar.

Antara beberapa jenis pastries yang dijual. Nampak banyak yang nyum nyum sedap.
Dimiliki sepenuhnya oleh Chef Aison Bin Osman Wong a Chines Muslim with a rich culinary background dan pakar dalam pembuatan pastry dari croissant, kek sehinggalah pelbagai jenis roti. Dan untuk status halal, Aison Bakery ini masih lagi belum mempunyai sijil halal dari JAKIM. Namun semua bahan yang digunakan adalah dari sumber yang memiliki sijil halal.

Honey Lemon Iced, Passionfruit Mojito, Le Blue Lychee Fizz dan Cappuccino Iced.
Dari carian aku di google dengan penggunaan AI tentang maklumat terkini adalah "Walau bagaimanapun, berdasarkan satu catatan di Instagram Pengasas Aison Bakery iaitu Chef Aison sendiri. Beliau ada menghadiri Kursus Halal Eksekutif anjuran KUISCELL. Yang menunjukkan minat dan usaha mereka untuk mendapatkan sijil halal pada masa akan datang".

Okay itu sedikit sebanyak info yang aku dapat dari internet. Moga lebih banyak cawangan dibuka di masa hadapan dan moga cepatlah dapat Sijil Halal dari JAKIM.

All Day Breakfast With Mini Croissant RM24.90
Aglio Olio Seafood Linguine RM19.90
Cromboli Pistachio RM18.90
Fruit Danish Strawberry RM7.90
Fish & Chips RM23.90
Untuk makan malam, kami order Fish & Chips, All Day Breakfast With Mini Croissant, Alio Aglio Seafood Linguine, Cromboloni Pistachio dan Fruit Danish Strawberry. Dan minuman Honey Lemon Iced, Le Blue Lychee Fizz, Passionfruit Mojito dan Cappuccino Iced. Total bill for our dinner is RM143.00.

Okay la bukan selalu pun makan luar kan membeli jiwa anak-anak dan somehow makanan di sini pun sedap. Overall aku bagi 8.5 out of 10. Insyallah boleh repeat lagi next time but not so soon la hahahaa. Aku dengan wife tak makan malam sangat, lebih kepada nak bawa the kids makan sahaja. 

38 comments:

  1. Nampak pun semua sedap. Fish and chips tu, favorite.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fish and chips tu memang favorite the kids jugak.

      Delete
  2. Pilihan cafe yang tepat ada banyak pilihan menu heavy and light food, dengan pastrynya yang macam-macam buat kita rasa nak makan itu ini je. Suka dengan suasana dalamnya. Selesa dan meja pun berjarak jauh. Dia punya makanan semua penuh pinggan. Harga pun okaylah standard harga cafe. Pertama kali tengok aglio olio versi kuah banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cari yg ada heavy and light food.. sbb heavy food ni mmg utk the kids la yg nak makan.. kita makan ringan ringan sahaja.. yeap suasana dia tenang blh enjoy the food peacefully hihii.. harga cafe kan tak leh complaint mahal 😅

      Delete
  3. Set breakfast tu mmg all day betul, sampai ke malam available ye :D
    Nampak selesa juga tempatnya dan makanan pun sedap². Berbaloi la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama pun all day breakfast kan.. ada scrumble eggs, sosej tu mmg the kids suka la huhu.. tmpt selesa yg penting indoor.. mahal sbb bayar sekali aircond tu 😅

      Delete
  4. mknn nampak sedap2 belaka tu. terliur fish n chip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sos putih utk cicah fish and chips dia mmg sedap... Berbaloi 👍🏻

      Delete
  5. Kalau saya tidak baca caption, saya ingat itu Aglio Olio adalah laksa. Hehehe. Semua makanan dan pastry nampak sedap gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. bila diana ckp mcm tu saya pun baru perasan ada nampak macam laksa sedikit 😅
      Itulah suka tmpt yg ada pastry banyak mcm ni 🤗

      Delete
  6. Nampak sedap semua menu yang dikongsikan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua makanan sedap... Sekali sekala okay la makan sini hihii..

      Delete
  7. jrg jumpa Aglio Olio jenis berkuah...menu lain menarik juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. mungkin sebab seafood 🦞 kot dia jadi berair sedikit.. tapi sedap la.. 🤗

      Delete
  8. 8.5 / 10 tu kira superb la... Hampir markah penuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. nanti uncle free saya bawa makan situ.. kata dekat jer kan hihii..

      Delete
  9. Dari gambar, semua nampak sedap. Tapi harga dia, boleh tahan juga, ye. Kadang saya macam tu juga, cari tempat ada aircond untuk makan, sebab cuaca panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga kena lah pada kesedapan nya hihii.. kalau tak mau kena kecam kan gitu :P
      Kadang2 memang nak tempat yg rileks nak cari indoor sejuk jer.. :D

      Delete
  10. sekarang cuaca tengah panas....dapat plak kedai yang ada aircond memang layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mencari tempat makan indoor nak makan dengan tenang tanpa kepanasan huhuu.. :D

      Delete
  11. Lain ke harga aison kat setiap cawangan.. baru je last week masuk aison bangi tpi harga cromboloni rm15.9 je. Tapi pastries kat sini semua sedap2 kann

    Kalau datang sini saya selalu beli roti je, pasta2 belum try lagi. Tengok gambar macam sedap je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh lain ek... Nampak gaya di Bangi lebih murah.. boleh la try makan sana.. yeap pastry yg dipilih setakat ini semua sedap sedap.. pasta tu boleh la try.. tpi klu pergi malan mcm kitrg byk heavy food yg dah habis.. huhuu

      Delete
  12. Alhamdulillah, selain nikmat dipandang, nikmat disantap.. juga ini dijamin halal ya. Sebab ownernya pun pengusaha muslim.
    Moga makin banyak pengusaha muslim yang berkembang ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah pengusaha nya beragama islam.. mudah makanan utk kita santapi.. makanan pun sedap 🤤😅 moga berkembang maju..

      Delete
  13. Air tu semuanya nampak menyegarkan...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, rezeki dinner and quality time with family...yg penting anak-anak seronok kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul quality time bersama the kids.. wallet koyak blkng cerita hihihii.. alhamdulillah thr kids happy kan..

      Delete
  15. lain daripada yang lain aglio olio seafood linguine tu...
    nampak sangat sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah lain sedikit ada berkuah.. mungkin sebab seafood udang sotong mussles tu semua ia jadi berkuah.. ok mmg sedap pun 😊

      Delete
  16. bila cakap fasal sijil halal tu, sy terus teringat apa yg 'berlaku'kat socmed sekarang... tempias dia tu sampai pemilik sukadessert terpaksa minta maaf... harap pemilik Aison tak kena laa macam ni...kesian owner...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab Aison Bakery ni rasanya masih baru.. at this moment baru buka 5 cawangan..dan owner yg di ampang ni pun melayu islam.. patut mudah nak dpt sijil halal.. bab sijil halal ni kena cpt2 kalau tak..org ragu2..

      Delete
  17. https://airtripmasters.com/flights-from-dallas-to-india/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nothing in your page. link doesn't look legitimate .

      Delete
  18. Salam singgah. macam tak pernah nampak Aison ni. Mungkin baru lagi buka di Ampang . Nak ajak family try makna sini pulak la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah sikit nak nampak sebab dia betul betul kat corner sebelah emart.. sebaris dgn secret resipi.. blh la makan2 sini tmpt insyallah selesa.. 😅

      Delete
  19. All Day Breakfast tu bagus untuk yang kadang tak tau nak makan apa 😁.. hahhhhh semua ada dalam tu karbo, protein etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kalau ada mmg pilih itu.. senang semua ada kan.. the kids pun tak berebut hihii.. 😅

      Delete