Pages

Wednesday, 25 June 2025

Late Lunch With Wife At Chef Kecik Boulangerie @ Tuah 1895

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Bila dalam keadaan kelaparan di waktu cuaca yang terlalu panas sekarang ni. Tiba-tiba tadi wife whatsapp ajak lunch "Jom lunch". Aku pun "Hurmm.. boleh tapi nak makan mana? Kat luar cuaca panas sekarang ni. 

Terus dia jawap "Dah gaji ni jom makan Chef Kecik". Aku pun gelak macam tak ikhlas hahaha πŸ˜‚. Orang gomen memang la dah gaji, kita mana gaji lagi. Minggu depan baru masuk itu pun kalau akak account tu tak MC hahaha..  🀣

Maka memandulah aku, amik wife dari tempat kerja dia dan menuju ke arah Bangunan Tuah 1895. Dan bila sampai Chef Kecik lebih kurang pukul 2.10 petang. Orang ramai mula beredar keluar mungkin dah tiba masuk waktu masuk kerja.

Alhamdulillah bila kami masuk keadaan di dalam cafe kelihatan agak kosong dan tenang. Wife kata masa dia datang dengan kawan-kawan dia tempoh hari, keadaan agak penuh sampai kan ada yang kena que untuk dapatkan tempat duduk.

Chicken Skewer RM39.00
Clam & Mussels Spicy RM29.00
Max & Cheese Chicken RM28.00
Chicken Parma RM35.00
Caramel Macchiato Iced Extra Shot RM17, Lemon Tea RM12 & Mood Booster RM18
Ni kali kedua datang sini. First time hari tu datang awal pagi sangat, hanya ada menu breakfast sahaja. Kali ni baru nampak heavy food dia yang variety. Cumanya pastry banyak habis sebab ramai yang borong waktu lunch tadi.

At this moment belum ada mood lagi nak sambung cerita di Uzbekistan. Tunggu mood ada balik nanti aku sambung semula cerita. Tak malas tapi agak sibuk dengan kerja harian terutama hantar dan ambil anak balik sekolah.

40 comments:

  1. Panas sangat cuaca nie...sampai 3 gelas air untuk 2 orang...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu gelas utk diri sendiri.. extra gelas tu dah tau nanti mmg tak cukup air tu.. panas kan hihii..

      Delete
  2. Untung orang kerja gomen gaji awal. Sedap-sedap nampak menu-menu yang dipilih. Food plating dia pun menarik. Caramel macchiato favourite coffee tapi tak pernah lagi add on extra shot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah gomen dpt gaji awal.. so far ini kali kedua dtg ke Chef Kecik.. makanan dia mmg sedap dan presentation makanan dia nampak menyelerakan .. kita biasa order coffee extra shot πŸ˜…

      Delete
  3. Berbuihh2 airnya tu. Minum time cuaca panas tak cukup tu sikit sangat. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal kenapa kami order air sampai 3 cawan.. coffee dgn juice tu kecik jer mmg tak cukup nak hilang kan dahaga hahaha.. πŸ˜‚

      Delete
  4. Jap, 4 menu ni makan berdua ke? Memang kelaparan sungguh ni hahaha. Clam and mussels tu selalu orang makan sambil cicah ngan roti kan. Penuh jugak isinya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap sebab nak makan itu.. nak rasa yang ini.. lebih tu mmg boleh tapau bagi anak2 makan hihii.. betul cicah roti sedap.. lagi2 kalau dapat bun mantau tu 🀀

      Delete
  5. Banyaknya order! Kena scam dgn wife ke ni ? Haha gurau je 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab nak rasa banyak benda bru puas.. mmg tak habis pun.
      Tapau bawa balik sambung makan dgn anak2.. πŸ€—

      Delete
  6. sedap2 belaka tu mknn. ha bab gaji tu--sama dgn my hubby ler..org swasta gajinya 30hb laaa ie minggu dpn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Second dtg makan sini mmg sedap makanan dia.. kita swasta gaji awal bulan atau first week of that month.. loan pulak semua hujung bulan ah kacau hahahaa.. πŸ˜…

      Delete
  7. Alhamdulillah rezeki...sedap nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki.. lebih kurang kena scam dengan wife gitu la.. πŸ˜…

      Delete
  8. Hebatnya gambar , juadah lazat..syukuri nikmat alhamdulilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar biasa cuma tempat tu nampak best utk dtg sekali sekala makan bersama family.. alhamdulillah 😊

      Delete
  9. Terima kasih berkunjung ke blog Etuza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama.. terima kasih juga sudi membalas kunjungan..

      Delete
  10. Famous kan chef kecik ni..x oernah sampai lagi tp kena masukkan dalam wishlist gak ni...ada celebration yg x diraikan lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas makan sini baru tau dia famous hahahaa.. boleh la sekali sekala nak makan sini.. makanan sedap blh la nak buat celebration kat sini.. 😊

      Delete
  11. sedap2 menu pilihan...clam & mussel spicy...sedap meratah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu byk rambang mata nak pilih juga hahahhaa... Clam mussles tu sedap cicah roti bakar huhuu

      Delete
  12. Betul, setuju... nak menulis ni memang kena ada mood... Bak kata orang 'mood tak mari, hasil tak jadi'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu takde mood hasil pun tarak kan.. tunggu la ada mood nak update sambungan Uzbekistan.. nak kena habiskan jugak dalam bulan 7 ni.. bru lah blh update negara lain πŸ˜…

      Delete
  13. wah mahai juga menunya alhamdulillah rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mahal... Sekali sekala sebulan dua okla.. nka beli jiwa wife kan hihii.. πŸ˜…

      Delete
  14. antara keempat2 menu ni yg mana paling best dan berbaloi dgn harga yg ditawarkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chicken Skewer kot.. sebab ayam dia garing.. rasa sedap.. Clam Mussels tu kuah dia sedap cicah roti homemade diorng..

      Delete
  15. hari tu dah nak pergi dah ke sini... tetiba hujan... trs cancel... pergi TRX je...

    ada menu set ke kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TRX belum explore lagi . Nak jejakan kaki dari hari tu lgi tak kesampaian sampai la sekarang.. menu set? Mcm tak perasan la pulak ada ke tidak πŸ˜…

      Delete
  16. kagum betul dgn org sabar, ambil gambar sebelum makan ni.
    kita sejenis, makan sampai terus bismillah...pinggan dah kosong baru tingat nak gambar bagai, memang goodbye la. sebab tu content blog pun huruhara. hahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 semua order kita dtg serentak boleh la bergambar dulu.. kdg2 ada yg dtg satu satu tu yg mudah terlupa nk bergambar hihi.. ntah la selalu jer terlupa nak bergmbar sebelum makan.. πŸ˜…

      Delete
  17. Nampak seperti suasana di luar negara,,makanan tu sedap nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang attraction utk tourist sebab lokasi di Lalaport, Kuala Lumpur.
      Owner Melayu.. makanan pun sedap.. recommended at least sekali makan di sini

      Delete
  18. Semua nampak sedap. Tak sampai2 lagi ke Cafe ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah lambat mai cafe ni... Makanan banyak yg sedap2.. 🀀

      Delete
  19. Hantar ambik anak tu sampai kat Uni saya buat sehinggalah ayahnya belikan kereta. Time tu saya mungkin boleh relaks sikit. Hehe....tapi suka je hantar ambik anak sebab saya kena concentrate seorang tu je.

    Pernah ke Chef Kecik ni tapi di Branch Kajang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lebih 5 - 6 tahun hantar dan ambil anak-anak dari sekolah. Dah jadi rutin tak ada dah nak mengeluh ke apa ke hihi.. somehow hantar sendiri jdi lgi puas sbb nampak depan mata kan.. nanti blh try chef kecik branch lain pula selepas ini 😊

      Delete
  20. Hamboiii.. takkan akak account MC orang lain tak dapat gaji, ini boleh mendatangkan amarah πŸ˜‚πŸ˜‚
    Clam & mussel spicy tu makan dengan nasi ke atau mantao?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Approval dari akak acc si big head tu.. hahaha mampus la kalau dia baca blog aku ni πŸ˜…..
      Oh bukan nasi bukan mantao tapi dgn slices bread yg di bakar.. 🀀🀀

      Delete