Pages

Monday, 22 September 2025

Third Update From Last Destination

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Pagi isnin yang lebih sejuk, suhu jatuh dari 19 degree malam tadi ke 12 degree pagi ini dan dijangka hujan sepanjang hari. 

Moga perjalanan menaiki ferry 4 jam lagi tidak hujan dan cuaca elok. 

Alhamdulillah perjalanan kembara kali ini kian menghampiri ke penghujung. Tinggal lagi 3 destinasi sahaja yang perlu dituju. Moga dipermudahkan segala urusan.

Suasana pemandangan dari jendela bilik hostel kami.
Breakfast Pack Nasi Lemak dari Chef Zam
Pagi ini kami bersarapan dengan Pack Nasi Lemak Ready To Eat dari Chef Zam. Very recommended. Sedap dan nasi tak melekat. Sambal sedap walau sedikit pedas. Ikan bilis dan kacang juga disediakan. 

Unlock another new city in my travel list
Perjalanan semalam menaiki kereta api melintasi sempadan di antara dua negara semalam memang memukau pandangan mata. Tak terasa lamanya berada di dalam kereta api. 

Satu perkara yang aku tak tahu ketika berada di negara negara ini adalah hari ahad adalah hari cuti bagi semua orang. Bayangkan semalam nak pergi mall tapi mall tutup. 

Kedai-kedai biasa pun mostly semua tutup. Jeng kreng pale hahaha.. 

Menaiki train melintasi sempadan di antara dua buah negara.
Keadaan dalam train yang cukup selesa. Tiada no seat dan boleh duduk di mana sahaja.
Kalau lah travel kali ini aku bawa laptop mesti dah boleh update full story. Tapi sebab guna hp sahaja untuk update. Maka short short jer lah setiap entry ni. 

Insyallah nanti aku update lagi. Doakan moga aku selamat kembali untuk trip kembara kali ini. Dan memang tak sabar nak update story journey kali ini.

Tapi tu la.. Journey Maldive, Turkey, Bulgaria dan Romania tahun lepas belum di update lagi. Bertabah la tunggu story. But insyallah will update juga walau jauh mana masanya ☺️

42 comments:

  1. Sejuk2 menikmati nasi lemak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikmat tambah syahdu dgn Malaysia gitu huhuu.. πŸ˜…☺️

      Delete
  2. dicadangkan up entry travel terbaru ni..dah habis baru start yang lain2 buat throwback...hehehe....bila masa la dia ni pi travel....tau2 dah ada entry baru dah ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jugak idea tu.. kan.. balik ni terus tulis utk journey paling bru ni.. trip kali ni mcm haed core sikit but alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah ..syukur.. ☺️🀲🏻

      Delete
  3. Part paling malas lepas travel ialah nak godek gambar2 dlm phone utk pilih dan edit lepas tu mengarang cerita travel kat blog kan? Hehe. Cerita travel saya pun tak habis lagi ni. Tgh tunggu ilham datang haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap.... Banyak kerja sebenarnya.. nak korek gmbr.. korek info bagai hahahaa .. tu yg lambat dan susah nak update entry travel ni.. samalah kita byk lgi yg tak update lgi.. πŸ˜…

      Delete
  4. Sabar jalah ya ustaz..guna laptop updated blog lagi selesa berbanding phone..pandai lari lari ke tempat lain..apapun guna phone cepat ja updated..cuma bab mencatat tu saya pandai ngatuk jika guna phone..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tu la bawa laptop menambahkan berat beg backpack pula.. guna hp mmg cepat update tapi kena ringkas mcm entry ni boleh la huhuu.. ☺️πŸ˜…

      Delete
    2. difahami, insha Allah balik rumah di Malaysia boleh lah roger2 semula gambar menarik..memang gambar tu memberi rasa bahagia melihat, apatah lagi zahirkan di blog..Rezeki melancong dapat di manfaatkan..

      Delete
    3. Itulah balik rumah nanti nak kena kemas semula gambar video bagai.. insyallah akan update dan berkongsi gambar, sekali dgn jalan cerita nya.. Moga kerajinan itu sentiasa ada ☺️πŸ˜…

      Delete
  5. Semoga dimudahkan urusan travel ustaz ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih bangak Tuan Etuza.. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  6. Replies
    1. Alhamdulillah seronok nanti kita share di sini cerita dan gambar nya.. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  7. Ooo hari Ahad mall tutup rupanya.
    Berselera makan nasi lemak time sejuk-sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la sama ada mmg ahad tutup atau ada any celebration ahad semalam . Tpi mmg tutup semua kedai.. nasi lemak makan panas2 waktu sejuk mmg seronok.. ☺️πŸ€€πŸ‘πŸ»

      Delete
  8. Berselera la dapat makan nasi lemak kat negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ... Feeling dia lain macam hahaha.. ada syahdu sikit... πŸ˜…☺️

      Delete
  9. Kita pun Ahad cuti, tapi semua kedai bukak hehe... Dulu2 pernah juga merasa kedai tutup bila public holiday, skrg tak lagi. Even public holiday pun kedai banyak yg buka.
    Macam best je kembara Bulgaria & Romania, share please :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tutup pada hari ahad barulah semua org tenang dan tak stress kan.. tapi tu la pengusaha kedai mesti la nk buka hari ahad time tu la byk sale.. πŸ˜…

      Delete
  10. bestnya travel!! memang patut dpt award ikon travel la!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa biasa biasa jer la Puan MZ.. Dia pun banyak juga travel kan.. ke Swiss.. Vietnam.. bagai.. ☺️πŸ‘πŸ»πŸ‘ŒπŸ» moga kita semua dimurahkan rezeki amin..

      Delete
  11. Best ni explore berdua dengan wife. Ya betul, hari Ahad tutup, hari biasa pukul 5-6 pun ada yang tutup. Christmas dan Boxing Day pun tutup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sbb no limit untuk explore banyak tempat tapi still somehow rindukan anak anak hihii.. tak apa lah kan.. sekali setahun jer buat sesuatu yg diminati.. itulah ahad tutup kedai nasib la tak urgent nknblinbrg.. πŸ˜…

      Delete
  12. Sejuk betul tu. Susah juga kalau semuanya tutup tu. Memang jem kepala memikirkan mana nak membeli tu. Nikmat betul kalau dapat makan nasi lemak di luar negara. Pelan-pelan kayuh, nanti habislah ceritanya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk org tempatan mungkin dah biasa so mereka dah elak dari nak membeli pada hari ahad.. but utk kita foreigner mmg susah.. Makan Nasi lemak panas2 tgh sejuk ni sedap betul ☺️

      Delete
  13. nanti balik Malaysia, pulun update blog..insya-Allah, kami setia membacanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah.. Moga kerajinan itu bertubi tubi dgn idea sekali nak update hahaha.. ☺️πŸ˜….. doakan lah..

      Delete
  14. kalau tengok gambar no.3 tu, macam spain... tapi taktahu lah sebab bangunan kat europe ni semua lebih kurang je.
    sampai semua mall n kedai biasa tutup tu, susah sikit utk foreigner

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam Spain ek? tapi bukan spain kita belum ada rezeki lagi nak jejak kan kaki..Betul jugak tu bangunan di Europe lebih kurang sama sahaja.. Seriously mmg out of knowledge tak tahu psl ahad tutup semua kedai :P

      Delete
  15. Replies
    1. Betul... Sangat selesa.. siap ada gerabak khas utk basikal sekali..

      Delete
  16. https://madey09.blogspot.com/2025/09/blogger-terkenal-perlu-amalkan-blog.html
    klik baca di blog Etuza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah pergi ziarah.. terima kasih atas peringatan yang diberi.. insyallah akan sentiasa luangkan masa 🀲🏻☺️

      Delete
  17. sedapnya hot chocolate, tea panas2 kakmya, sikmak, sikgoyen hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hot Chocolate bila ada byk offer2 bersedekah.. bila dah last nak habis mula simpan2 hahahaha.. πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  18. Cari laptop untuk travel satu, screen dalam 12 inci sedap dah nak menaip dan tak berat mana. Banyak belajar dari kaki travel ni, nasi lemak segera pun hado.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi itulah setiap barang yg dibawa akan beratkan beg backpack πŸŽ’.. Mungkin boleh bawa kalau tak loncat byk destinasi or travel dalam satu negara sahaja.. Nasi Lemak Ready to eat tu mmg penyelamat hihii.. πŸ˜‚☺️🀲🏻

      Delete
  19. Alhamdulillah, congrats sifu! πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak komen kat next blog, tersalah pulak.. pun boleh lah ek πŸ˜‚

      Delete
  20. oo sedap ya RTE Chef Zam.. dok cari-cari mana-mana review pasal RTE dalam blog tapi belum jumpa lagi. Sempat lagi ni nak beli.. ritu nampak juga kat Shopee .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap sedap sangat bila dimakan di luar negara ... faham kan? hihii..
      Wife beli di tiktok katanya ada promo.. di shoppe pun ada.. recommended sgt utk travelling...

      Delete