Minggu ni dibebani dengan kerja yang terlalu padat sama macam weather yang berat dengan hujan dan banjir kilat di beberapa tempat. Kena marah dengan bos pun ada.. Kena marah dengan customer pun ada.. Salah buat kerja pun ada.. Tak tahu kenapa minggu ni tak boleh nak focus buat kerja dengan baik dan betul.
![]() |
| Bru & Mase Cafe Bistro - Indo Penang Cuisine at The Campus Mall. |
Itu cerita minggu ini tapi kita nak cerita sebelum semua tu terjadi. Ahad baru ini abang aku yang stay di seberang laut balik ke tanah air dan ajak semua kumpul dan nak celebrate birthday mak yang ke 72. Mula aku dah reply tak dapat join sebab wife ada kelas petang ahad dan dah plan aktiviti dengan the kids.
![]() |
![]() |
![]() |
Tapi bila weather hujan memanjang dan kelas wife aku pun cancel maka aku hadir dengan muka tebal hahaha. Lokasi yang diberi macam tak jauh tapi kenapa macam tak pernah tahu kewujudan The Campus Shopping Mall ini. Sebab setahu aku sini adalah bangunan international school sejak di bangku sekolah lagi. Know know now dah jadi mall.
![]() |
| 1 Nenek 3 Anak 3 Menantu 10 cucu. 1 Family lagi si bongsu tak dapat join. |
![]() |
| Baju kuning tu owner yang cukup ramah, humble, baik, soft spoken and very helpful. |
Dan macam biasa aku and the kids yang paling lambat sampai. Kakak dengan Abang aku dengan family masing-masing dah duduk dan dah siap order makanan. Oh ya tempat ini dipilih oleh abang aku iaitu di Bru & Mase Cafe Bistro - Indo Penang Cuisine yang berstatus Mesra Muslim namun tidak mempunyai sijil halal dari JAKIM.
![]() |
| Ramai kids kan so kita mulakan dengan fries as starter before jump to heavy food. |
Syukur dapatlah jumpa family abang aku yang tersangat-sangat susah nak jumpa. Kalau dia balik dan kalau dapat bertemu maka berjumpalah. Tapi biasa kalau balik on weekend jarang la nak dapat peluang berjumpa. Yang dalam stroller tu anak bongsu abang aku. langsung tak nak dengan pakcik dia yang famous ni hahaha.
![]() |
| Penang Siam Laksa RM24.90 - Very recommanded. |
![]() |
| Satays Ayam RM27.50 - 10 Cucuk (Masin sikit tapi still sedap). |
![]() |
| Hainanese Chicken Chop RM23.90 - Sedap sesuai sangat for kids. |
Kami just gather makan-makan sahaja dan tak ada la sampai bawa kek dan tiup lilin bagai. Maklumlah nak berkumpul adik beradik walau 4 orang teramatlah susah. Ini pun adik bongsu tak dapat datang sebab duduk kat N9 nun sana tu.
Bru & Mase Cafe (1605567-T) dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi sehingga 9.00 malam kecuali weekend dibuka seawal 10.00 pagi. Google Review 4.7/5 Star. Food price average RM20-40 per meal. Tak terlalu mahal maka boleh la nak mai makan sekali sekala di tempat yang menarik seperti ini bagi orang marhain seperti aku.
![]() |
| Seafood Fried Rice RM27.90 (Nasi goreng ni agak masin) |
![]() |
| The Signature - Nasi Nusantara with Kerupuk RM25.90 (Basic RM11.90) |
Disebabkan kami ramai maka boleh la aku review banyak makanan kali ini. My first word untuk makanan di sini adalah sedap tapi mungkin waktu pick hour chef yang masak terlebih tabur garam. Nasi Goreng, Satay dan Bakwan atau kita sebut Cucur Udang rasa terlebih masin sedikit but still eatable.
![]() |
| Bakwan Jagung Platter RM16.90 (tetiba macam tak sure pulak nama menu ni) Cucur Udang, Tauhu Goreng cicah kuah kacang atau sos cili. |
Nasi Nusantara Signature, Penang Siam Laksa, Hainan Chicken Chop dan Char Kwetiau Supreme sedap memang rasa tak terlebih tak terkurang in another word perfect. Service kat sini memang terbaik dan laju dari awal order makanan sampailah terima makanan. Dan yang best order bukan kena scan QR yer hahaha..
![]() |
| Lychee Lemon Cooler RM14.00, Dirty Latte RM13.00, Lychee Tee Cooler RM12.00 |
Walau kami datang pada waktu pick hour dan hari ahad pulak tu semuanya baik dan tidak lama menunggu makanan untuk sampai di meja. Cuma mungkin sebab kami order banyak makanan sebab dah cantum keluarga. Ada satu makanan yang sampai masa kami nak balik iaitu Satay Daging.
Dan satay daging tu abang aku yang order. Masa semua dah habis makan, abang aku ada tanya dengan staff satay daging kenapa lambat sangat if belum masak lagi cancel jer. By right dah cancel tapi tiba-tiba sampai pulak. Terangin sikit la tapi abang aku kata bungkus lah sebab semua orang dah habis makan dan nak balik.
![]() |
| Kalau nak datang melepak sambil cari makanan memang sinilah tempatnya. |
Lepas makan semua bersalam sebab my brother terus nak balik ke seberang dan esok tu isnin dia kerja. Dan along bagitau mak balik ikut adi tau, mungkin tinggal sebulan kot kat rumah adi. Bagus la mak tukar-tukar angin sebab tak bagi mak duduk rumah sendiri sorang lama-lama.
Aku pun okay just follow orang senior abang kakak punya arrangement ☺️. Hari tu mak dah stay rumah along lama juga berbulan-bulan lepas tu balik rumah sendiri dalam sebulan. Now ke rumah abang.
![]() |
| Terjumpa my classmate Tasha Shilla and family. |
Aku pun kata okla kitorang nak pusing-pusing dalam mall kejap sebab tak pernah pun jejak kan kaki ke sini. Oh ya masa keluar dari cafe owner bagi mak cookies sebalang sempena birthday mak. Dia kata kalau bagitau tadi mesti dia dengan staff dah nyanyikan lagi happy birthday 😅.
Masa pusing-pusing dalam mall terjumpa pulak classmate aku masa sekolah rendah dulu. Muka tak berubah dari kecik sampai la sekarang ni - Tasha Shilla dengan husband Muhamad Atiq Idris bersama dua orang anak dia. Nasib dah makan, kalau masing-masing baru sampai boleh minum petang sama.
















Happy birthday buat mak TT..moga siht² selalu..
ReplyDeleteWeyh, classmate dia artis lah...
tk pernh smp lg The campus..ada tgk restoran nora danish baru buka kt area sini....sedap nmpk menu laksa siam tu....wah classmate dgn pelakon
ReplyDeleteIni restoran gabungan masakan Indonesia dan Penang kah? Namanya pun ada bau bau Indonesia, Mase 🤭. Itu perkataan dalam bahasa Jawa untuk sebutan Mas .
ReplyDeleteMenarik menu2 nya bang, walau agak keasinan sikit, yg penting masih bisa dimakan 😄.
Saya catat dulu nama kafenya, ntah2 nanti bisa mencoba juga . Paling sukaaaa saat liat menu bakwan jagung platter. Pakai saus kacang pula 😍😍😍.
Dirty latte pun nampak sedap 👍. Minuman fav saya ..
Alhamdulillah, selamat hari lahir buat bonda Afif yang ke 72..
ReplyDeleteSelamat hari lahir buat maknya. Wahhh sekelas dengan retisss rupanya. Menarik jugak menu di situ.
ReplyDeleteTak pernah pergi mall ni. Dalam campus mana ni?. Amboiiii classmate dia retis la. Moga bonda panjang umur dan murah rezeki.
ReplyDeleteBertabahlah kita kalau kena marah tu. Ada masanya kadang-kadang semua serba tak kena.
ReplyDeleteMenariknya tempat makan ni. Open space tu macam best kalau makan disitu.
Alhamdulillah dapat berkumpul walaupun tak lengkap dan walaupun mulanya tak jadi join. Tak bestnya kalau makanan lambat sampai lepas tu semua orang dah kenyang. Bungkus je lah jawabnya kan.
Wah, classmate artis tu.
Belated Happy birthday untuk mak, semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudah segala urusan dan bahagia bersama keluarga tercinta. Aamiin...
Tapi Campus ni punya parking tak boleh bawak bincang la...
ReplyDeletePibeday buat hajah, semoga diberkati selalu.
Sanah helwah utk bondanya 🌹
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat juga berkumpul wpun tak cukup korum. Tak pernah dengar apatah lagi sampai di mall ni. Apapun nampak nice la kedai ni