Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Terasa lama sudah tak update blog ini. Bukan malas dan bukan sibuk mengembara pun.
Tapi sibuk dengan kerja. Maklum la hujung tahun ni semua department nak siapkan itu ini.
Dan aku sebegai pekerja bawahan antara yang menjadi mangsa disebabkan untuk memenuhi segala permintaan dari yang di atas. Kerja dan terus kerja walau dah lewat malam. Buat kerja depan laptop tapi nak buka blog sendiri pun tak sempat. Tapi malam ni gagah juga buka blog selepas dah siapkan kerja walau jam dah menunjukan pukul 1.17 pagi.
![]() |
| Sesi mengopi di pagi beberapa hari yang lepas di Coffee Bean & Tea Leave. |
Patutnya weekend ni aku tak berada di Malaysia tapi apakah nasib tidak menyebelahi rezeki travel untuk 5 hari tidak kesampaian. Dek kerana negara yang ingin dituju itu dilanda taufan ribut dan banjir. Walau tiada lagi banjir tapi keadaan masih lagi belum pulih dari kesan banjir yang terjadi.
Wife pulak dah ambil cuti Khamis, Jumaat dengan Isnin. Tapi katanya tak jadi pergi pun tak apa lah, boleh habis kan cuti sebelum masuk tahun baru. Company yang wife kerja tak boleh carry forward cuti tahunan ke tahun hadapan. Jika tak guna consider burn kosong gitu jer lah. Okay Done sesi meluah hahaa.
![]() |
| Big Breakfast untuk si kakak. Tak sekolah sebab ada appointment gigi di USIM. |
![]() |
| Red Velvet apa ntah nama kek ni. Okla sedap sehingga menjilat sudu. |
![]() |
| Half Cook Eggs and Toast Bread with butter. Roti tu jangan biar lama nanti liat. |
![]() |
| Pisang Goreng Cheese and Chocolate RM5.00 - Bersebelahan Taman Tasik Permaisuri. |





Mujur baca caption sampai habis. Ingatkan CBTL ada jual goreng pisang cheese haha...
ReplyDeleteHahahaa.. di macam tu la.. nak bercerita tapi gambar tak kena hihihii :D
Deletepisang goreng cheese tu fav my boys...dulu2 pernah viral laaa
ReplyDeleteSedap juga.. tapi cepat muak.. makan sikti2 minum petang boleh la.. :D
DeletePisang cheese tu fav anak2. Betul la tu hujung2 tahun ni macam2 kerja nak diselesaikan sebelum tahun baru menjelma.
ReplyDeleteOhh ramai yg fav makan pisang goreng cheese ni.. baru tahu huhuu..
DeleteItulah hujung tahun kan semua nak bagi filling cantik mmg habis kena kerah la :D
Pisang cheese favourite Cuya
ReplyDeleteLama jugk tk makan nanti nk cri la hehe
Oh dia punya fav juga.. Kiranya mmg ramai la suka pisang goreng cheese ni :D
DeleteKat KL ramai sangat orang jual pisang goreng cheese ni..
Area taman tasik permaisuri tu memang syurga beli2 makanan.... maciam-maciam ada!
ReplyDeleteSekarang tak semeriah seperti dulu.. kalau tak silap 8-10 tahun lepas lagi meriah peniaga-peniaga di situ..
Delete