Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Terasa lama sudah tak update blog ini. Bukan malas dan bukan sibuk mengembara pun.
Tapi sibuk dengan kerja. Maklum la hujung tahun ni semua department nak siapkan itu ini.
Dan aku sebegai pekerja bawahan antara yang menjadi mangsa disebabkan untuk memenuhi segala permintaan dari yang di atas. Kerja dan terus kerja walau dah lewat malam. Buat kerja depan laptop tapi nak buka blog sendiri pun tak sempat. Tapi malam ni gagah juga buka blog selepas dah siapkan kerja walau jam dah menunjukan pukul 1.17 pagi.
![]() |
| Sesi mengopi di pagi beberapa hari yang lepas di Coffee Bean & Tea Leave. |
Patutnya weekend ni aku tak berada di Malaysia tapi apakah nasib tidak menyebelahi rezeki travel untuk 5 hari tidak kesampaian. Dek kerana negara yang ingin dituju itu dilanda taufan ribut dan banjir. Walau tiada lagi banjir tapi keadaan masih lagi belum pulih dari kesan banjir yang terjadi.
Wife pulak dah ambil cuti Khamis, Jumaat dengan Isnin. Tapi katanya tak jadi pergi pun tak apa lah, boleh habis kan cuti sebelum masuk tahun baru. Company yang wife kerja tak boleh carry forward cuti tahunan ke tahun hadapan. Jika tak guna consider burn kosong gitu jer lah. Okay Done sesi meluah hahaa.
![]() |
| Big Breakfast untuk si kakak. Tak sekolah sebab ada appointment gigi di USIM. |
![]() |
| Red Velvet apa ntah nama kek ni. Okla sedap sehingga menjilat sudu. |
![]() |
| Half Cook Eggs and Toast Bread with butter. Roti tu jangan biar lama nanti liat. |
![]() |
| Pisang Goreng Cheese and Chocolate RM5.00 - Bersebelahan Taman Tasik Permaisuri. |





Mujur baca caption sampai habis. Ingatkan CBTL ada jual goreng pisang cheese haha...
ReplyDeleteHahahaa.. di macam tu la.. nak bercerita tapi gambar tak kena hihihii :D
Deletepisang goreng cheese tu fav my boys...dulu2 pernah viral laaa
ReplyDeleteSedap juga.. tapi cepat muak.. makan sikti2 minum petang boleh la.. :D
DeletePisang cheese tu fav anak2. Betul la tu hujung2 tahun ni macam2 kerja nak diselesaikan sebelum tahun baru menjelma.
ReplyDeleteOhh ramai yg fav makan pisang goreng cheese ni.. baru tahu huhuu..
DeleteItulah hujung tahun kan semua nak bagi filling cantik mmg habis kena kerah la :D
Pisang cheese favourite Cuya
ReplyDeleteLama jugk tk makan nanti nk cri la hehe
Oh dia punya fav juga.. Kiranya mmg ramai la suka pisang goreng cheese ni :D
DeleteKat KL ramai sangat orang jual pisang goreng cheese ni..
Area taman tasik permaisuri tu memang syurga beli2 makanan.... maciam-maciam ada!
ReplyDeleteSekarang tak semeriah seperti dulu.. kalau tak silap 8-10 tahun lepas lagi meriah peniaga-peniaga di situ..
DeletePisang goreng cheese dan chocolate tu paling menambat mata
ReplyDeleteKalah makanan dalam Coffee Bean kan hihihi :D
DeleteLepas ni bolehlah selalu beli Pisang cheese tu, hihi. Bestnya sarapan kat CBTL.
ReplyDeleteSedap tapi tak leh makan banyak atau makan selalu sebab cepat muak huhuu..
Deletehujung tahun kan.. dah habis audit, kisah nak tutup akaun pulak.. kikiki.. kebanyakan sektor swasta memang tak boleh carry forward.. Alhamdulillah la kerja gomen ni boleh carry forward sekali masuk GCR...tapi, GCr tu pun kalau umur panjang, sihat lagi.. merasa lah.. tapi linda baru ada 5 hari je GCR setelah 12 tahun kerja.. kikiki
ReplyDeleteMmg sibuk kalau dah hujung2 nie.. byk benor permintaan nya.. once kat swasta mmg tak leh carry forward.. kena la cuti dgn tenang kat rumah.. untung gomen boleh sambung menyambung cuti nya hihii..
DeleteRasa lama juga tak menjamu selera di CBATL ni. terus terliur haha
ReplyDeleteWeekends pun siapkan kerja sempat lah buka blog BW apa yg patut haha
Pernah rasa company yg cutinya tak boleh carry forward, memang tiap2 tahun melancong saja kerja nya.
Saya pun sekali sekala.. harga dia tam friendly marhain mcm kami.. tpi dtg juga la sekali sekala.. saya sampai la ni tak sempat nak blog walking lagi.. aduh malu pd kwn2 yg dtg ke sini.. keje swasta kan.. mmg tak leh carry forward.. 😅
Deletered velvet CBTL sedap ya..boleh try lepas nih....ya, bila stress kerja, mesti nak makan yg manis2...
ReplyDeleteItulah bila stress nak rileks CBTL ni mmg okla nak duduk santai2.. harga tu kena pejam mata sikit la hahaha.. 😅
Deletemurah jugak pisang cheese tu harga rm5 je! lama dah tak makan
ReplyDeletekat pasar jugak yg sedap berbanding beli yg org jual fancy2 dan harga merapu tu
Itulah mmg murah kalau RM5.00.. Lagi-lagi utk first timer mencuba..okla sedap boleh repeat.. beli kat pasar fresh lagi angkat dari kuali.. sedapp..
DeleteFaham sangat bila sebagai pekerja 'saya yang menurut perintah' ni memang jenuh macam-macam nak diuruskan setiap kali hujung tahun. Itu yang kadang-kadang dok berharap menang cabutan bertuah BSN RM1 juta tu😅
ReplyDeleteKannn kenalah sy yg mengikuti perintah huhuu.. hujung tahun mmg kena lipat semua pekerja siapkan itu ini huhuu.. Uishh 1juta tu... Hurmmm best kalau dpt hahaha.. 😅
Delete