Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Hujan lebat petang jumaat baru ini nasib baik dapat sampai awal di area persekolahan anak. Tengok masa ada lagi sejam untuk Affan dan Afnan nak balik dari sekolah. Terus ajak wife lepak minum di cafe sementara nak buang masa.
Oleh kerana ketiadaan parking di cafe ketika kami sampai dan ditambah lagi dengan keadaan yang hujan lebat.
Kami decide untuk membelok ke arah jalan belakang dengan harapan adalah parking tapi dengan tidak sengaja terlihat sebuah cafe yang baru dibuka. Dari staff yang jaga di kaunter bagitahu cafe ini baru dibuka tidak sampai sebulan lagi.
Masih lagi tidak mempunyai signboard di luar cafe tapi lampu-lampu yang dipasang menarik perhatian orang yang lalu lalang di hadapan cafe. Terus aku bagitau wife let try ada cafe baru la. Disebabkan hujan lebat maka aku gerak masuk terlebih dahulu nak check status halal dan apa yang dihidangkan.
 |
| Banyak buku yang disediakan dan ada bacaan buku agama juga. |
Cafe adalah milik bumiputra islam dan bukan lah jenama baru tapi ia baru sahaja berpindah dari Melawati ke Ampang. Heavy food dari nasi hingga ke western juga disediakan. Pastry dan kek juga ada dijual di sini. Dan wifi yang "strong" juga ada disediakan.
Dua bilik air disediakan di bahagian belakang dan ada ruang solat disediakan walau ia bukanlah speciality atas nama surau.
 |
| Hot Latte dan Hot Chocolate untuk kami ketika kesejukan hujan di luar. |
 |
| Fries RM8.90 - Portion yang agak banyak dan ada seasoning. |
Insyallah nanti boleh datang repeat sebab tempat pun tenang dan sesuai kalau nak buat kerja. Next time boleh cuba heavy food yang terjual di sini. Dan untuk harga tak murah dan tak mahal sesuai dengan harga berstatus cafe.
Namun parking kereta untuk hadir ke cafe ini agak mencabar. Di kelilingi dengan beberapa office dan bengkel kereta maka untuk mendapat satu ruang parking yang available adalah sangat mencabar.
 |
| Spaghetti Bolognese |
 |
| Loaded Nanchos. |
 |
| Chocolate Crofle with Vanila Ice Cream. |
Update 26/12/2025: Baru ini berkesempatan untuk ke Moka Pot Cafe lagi bersama the kids, maklum la musim cuti sekolah ini kan. The kids boring duduk rumah setiap hari. Maka kita bawa lah ke sini sambil buat kerja di waktu petang. Sambil order makanan kunyah-kunyah dan boleh la tambah review sekali hihii. π
Nampak menyelerakan minuman dan makanan dia
ReplyDeleteCoffee dia ok.. so far heavy makanan blm try.. insyallah next time ada peluang kita update lgi..
DeleteCafe nampak menarik dan sejuk mata memandang :)
ReplyDeleteBetul design yg santai dan tenang.. dtg nak mengopi pun seronok.. ☺️ππ»
DeleteAir tu menarik =D
ReplyDeleteStatus untuk duduk minum lagi.. kira boleh la repeat hihihi..
DeleteOrang makan cekodok hujan², depa makan fries ahak!
ReplyDeleteKalau cafe tu jual cekodok kita order la cekodok tapi yg ada cuma fries hahahaa.
DeleteLama tak singah, di laman ini..bahagia minum bersama tempat yang menarik sekali ..damai ja ..
ReplyDeleteSaya pun lama tak menyinggah ke blog sahabat handai.. Bulan 12 memang sibuk sedikit. Alhamdulillah diberi masa mengopi dgn wife.. ππ»
DeleteBest ni melepak sambil mengopi.
ReplyDeleteHujan hujan kan.. sambil buang masa nak amik anak balik sekolah.. ☺️ππ»
DeleteMacam lama plak akak x lepak berdua dating layan coffee ngan suami...eh...kena dating ni...mana bleh Afif je...
ReplyDeleteKena la ada masa layan coffee berdua husband and wife.. baru lah banyak perkara yang nak diborak dan digosipkan hahahahaa...
Deletenampak cantik, luas dan cozy! tapi bab parking payah tu memang boleh buat stress heheheh
ReplyDeleteKena datang weekend la kalau tak nak ada masalah parking hihii..
DeleteTak dapat parking mmg stress dibuatnya huhuu..
cantik latte art dia. pasni kena try dia punya heavy menu pulakla, nampak cam best je kafe ni
ReplyDeleteItulah next time terlajak ke situ boleh la terjah sekali lagi.. Suasana memang santai dan tenang jer cafe ini :D
DeleteIni sangat menggoda dan mengundang kepada tambahan kolesterolπ
ReplyDeleteSekali sekala dalam setiap dua hari kira boleh la hahahaa.. π
Delete