Pages

Friday, 9 January 2026

Maldives Part 10 : Tsunami Monument - Fish Market - Republic Square - Pizza Buona (Final)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Maldives Part 9 : Fishing With Local - Visit Vilimale Local Market & Public Beach

Insyallah azam nak tulis bagi habis cerita di Maldives dalam final part ini. Mula-mula target dalam 6-7 part sahaja tapi terlajak sampai 10 part pulak. Terlalu banyak cerita dan gambar yang ingin dikongsikan di sini. Apa pun aku harap kepada yang membaca kisah pengembaraan aku di blog ini tak boring dengan coleteh aku hahahaa. 

Pemandangan Pulau Male dari Pulau Villingili. Sangatlah dekat hanya 15 minit. 
Dari Pulau Villingili kami menaiki feri pulang ke Male. Perjalanan mengambil masa kurang dari 15 minit. Pembelian tiket boleh dibuat secara langsung di kaunter disebabkan feri akan berlepas setiap 30 minit atau kurang bergantung kepada keadaan kesesakan penumpang especially ketika weekend dan pick hour. 

Hanya walk in sahaja untuk membeli tiket feri di MTCC Terminal Villingili.
Dan feri yang kami naik ketika pulang ke Male adalah sangat berbeza dengan feri yang kami naik ketika datang ke Villingili semalam. Tapi kelajuan feri tetap sama, destinasi pun bukan jauh maka kita layan view yang cantik dari atas feri ini.

Tsunami Monument in Male.
Setelah sampai di Terminal Feri kami berjalan kaki 100 meter ke Tsunami Monument yang terletak dihujung Pulau Male. Ia telah siap dibina pada pada Disember 2016 dan di reka bentuk oleh Ibrahim Nisham, bagi memperingati 82 orang yang telah kehilangan nyawa dan 26 yang lain hilang pada kejadian Tsunami besar di tahun 2004 yang lalu.

Fish Market antara attraction di Male. Boleh beli ikan segar dan terus masak di restoran.
Tidaklah begitu menarik namun ia tetap satu attraction untuk dilawati di Male. Dan dari Tsunami Monument kami menaiki Uber (MVR35.00) ke Fish Market yang terletak sejauh 1.6 km. Dan pemandu Uber bagitahu akan menurunkan kami di belakang bangunan Fish Market sebab kalau ikut depan jalan jem. We are oaky with that.

Mungkin ada yang bertanya kenapa Fish Market diketogorikan sebagai salah satu attraction tourism. Kerana di sini ikan dijual segar setiap jam dan boleh dilihat ikan dibawa keluar masuk setiap masa. Dan yang menjadi tarikan pelancong terutama orang putih sudah pasti ikan tuna yang bersaiz sebesar orang dewasa.

Seronok tengok ikan-ikan segar yang baru diletakkan di atas meja.
Idea untuk angkat ikan tu adalah dari peniaga tu sendiri hihii.
Masa keluar dari fish market ternampak ikan tuna yang sama besar dengan aku.
Dan kita boleh membeli ikan di pasar dan terus minta mereka hantar ke restoran di tingkat atas untuk dimasak. Boleh pilih apa jenis ikan dan masakan yang kita mahu. Dan rupanya bila kami naik ke atas, kelihatan ramai pelancong sedang menikmati juadah yang dimasak segar terutama ikan tuna yang di grill atau digoreng.

Restoran yang terletak di atas fish market. Bau makanan di sini memang sedap.
Kebiasaanya para tourist akan beli ikan dibawah dan mereka akan masak di sini.
Nak makan Nasi Biryani atau Nasi Putih, Ayam dan Daging juga ada di sini.
Dah nak balik baru nampak kedai mancing. Aduh menyesal pulak tak datang sini first day.
Di hadapan Fish Market terdapat sebuah bangunan berwarna hijau iaitu Local Market. Menjual bermacam jenis buah, sayuran dan makanan traditional. Kami membeli beberapa manisan sebagai kenangan untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Keluar Fish Market kita masuk Local Market tengok apa yang dijual di sini.
Benda yang jarang nak ada atau dijual di Malaysia.
Dan my suggestion is to try Addu Bendi sejenis manisan yang dibalut dengan daun pisang yang telah dikeringkan. Made from grated young coconut mixed with palm sugar and flavored with jasmine water. Creating a unique sweet coconut candy. It's a popular local treat, showcasing focus on coconut and natural sweeteners, often enjoyed as a sweet snack.

Inilah manisan traditional orang Maldives - Addu Bendi. Sedap sangat.
Selesai mencuci mata kami berjalan kaki 270 meter ke arah Republic Square. Di dataran ini juga terletaknya the biggest and highest National Flag atau dikenali dalam bahasa tempatan sebagai Bodu Dhidha. Yang lebih menarik di sekeliling dataran ini terdapat banyak kedai-kedai souvenir. Dan akan ada orang approach kita untuk masuk ke kedai mereka.

Antara fridge magnet yang aku beli berdekatan dengan Republic Sqaure.
Tapi jangn risau kita boleh masuk dan boleh keluar mana-mana kedai souvenir jika tidak ada souvenir yang diminati. Dan para pekerja tidak mendesak pelancong untuk membeli di kedai mereka. Kami masuk lebih 5 buah kedai dan akhirnya memilih yang termurah antara kedai-kedai di sini. Aku beli beberapa FM dengan harga MVR60.00 / RM16.00.

Di Republic Square terdapat beberapa buah bangunan kerajaan, askar dan lain-lain oleh itu jangan sesuka hati untuk ambil gambar sekeliling. Nanti jadi macam kami yang ditegur oleh seorang askar pengawal. Nasib la tak ada apa-apa.

National Flag terletak di Republic Square. Moh ler kita bergambar.
Dari Fish Market hanya 270 meter sahaja ke Republic Square.
Selesai bergambar dengan bendera besar Maldives, kami bergerak ke arah dalam bandar untuk mencari mana-mana cafe indoor yang ada untuk berehat seketika sebab cuaca yang teramat panas pada waktu ini. Dan tanpa kami sedari, kami telah pun berjalan sejauh 700 meter dan akhirnya terjumpa dengan sebuah kedai makan indoor iaitu Pizza Buona.

Tergoda dengan iklan pizza yang besar tu. Masing-masing lapar sebenarnya hahahaa.
Perut tak lapar pun tapi sebab kami nak habiskan duit Maldives Rupee yang ada dan juga sebab nak duduk dalam aircond maka kami telah memesan satu large pizza termasuk 4 minuman yang berharga MVR264.00 / RM69.00 termasuk tax.

Ketika pizza sampai nampak besar saiznya, macam tak boleh habis tapi tau-tau habis rupanya hahahaa. Rupanya memang semua dah kebulur bukan aku seorang sahaja. Last makan proper hanya di Villingili sebelum tengah hari tadi. Somehow semua dah kepenatan sebab banyak berjalan antara punca kelaparan. Lepas makan pizza muka semua dah mengantuk.

Boleh tahan saiz pizza. Sedap dan topping tak kedekut. Harga lebih kurang di Malaysia.
Dan sebab kami nak duduk rehat dalam aircond pun asbab kenapa makan pizza di sini.
Boleh la kalau korang nak cuba pizza di sini sangat recommended plus kedai indoor dan aircond pun sejuk. Dari Pizza Buona kami berjalan 550 meter ke Hulhumale Ferry Terminal melepasi sekali lagi Male Artificial Beach dan sempat juga singgah ke Lui Buin Smoothies Cafe buat kali terakhir sebelum pulang ke airport.

View Sunset yang indah di MTCC Male Ferry Terminal.
Last check sebelum depart menaiki feri ke Velana International Airport.
Menaiki Public Ferry dari terminal ke Velana International Airport berharga USD1.00 atau bersamaan MVR15.00 seorang. Ketika di dalam feri terasa penat yang amat dek keletihan berjalan mengembara seberapa banyak tempat yang kami mampu di Maldives ini. Matahari yang terbenam menjadikan suasana perjalanan feri lebih indah dan mempersonakan.

Bergambar kenangan terakhir selepas turun dari feri di hadapan airport.
Everyone Can Fly - Thanks for the promo RM560.00 return from Kuala Lumpur.
Kami sampai jeti Velana International Airport selepas 10 minit perjalanan feri dari MTCC Male Ferry Terminal. Terasa tak puas meneroka keindahan bumi Maldives. Insyallah akan repeat lagi berkunjung ke sini jika ada promo di masa hadapan.

Untuk total ground cost yang kami spend all-in di Maldives selama 5 hari dan 5 malam adalah RM887.00 seorang ini termasuk kesemua kos perjalanan feri, speedboat, bas dan Uber, penginapan, pakej snorkeling, makan dan minum serta souvenir. Itu pun terlajak me'reward'kan diri makan di luar beberapa kali. Apa pun kami enjoy dengan trip ke Maldives ini.

-Tamat-

12 comments:

  1. Pizza & FM tu menarik sungguh =)

    ReplyDelete
  2. Tak sampai 1k la total ground cost tu. Besar betul pizza nya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travel budget backpackers mungkin begitulah kot. Nak kata tak spend tak juga.
      Banyak tempat kami pergi dan banyak juga aktiviti kami buat.. Syukur la :D

      Delete
  3. Nama Addu Bendi tapi takde kena mengena la dengan sayur bendi tu kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Kak Ezna... sejenis manisan yg dibuat dari kelapa.. Sedap sangat.. macam makan energy bar pulak hihihi :D

      Delete
    2. Ana pun baru nak tnya kot ada kena mengena dgn bendi! ehehehe

      Delete
  4. Saya pun dah janji ke suami, 2027 harus balik Maldives dengan dia 🤭😂. Memang cinta sangat dengan negara iniiiii. Eh Abang waktu itu bulan apa ke Maldives? Saya Dec tuh cuaca sejuuuuk. Memang tak sejuk macam winter, tp angin dia dingin. Jadi selama di sana saya tak lah kepanasan sangat.

    Satu yg menyesal, saya dan Fara tak bisa ke fish market, Krn tutup Jumat. Sementara esoknya dah harus ke Rakhedoo. Nanti next memang wajib saya datangi fish market ini.

    Monumen tsunami itupun terlepas lah 🤣🤣.

    Saya ada beli Maldivian Chili, yg bulat2 tuh. Sampai rumah saya buat sambal belacan bang, pakai cabe itu.

    Beuughhh, pedasnya sampai menangis makan 🤣🤣🤣🤣. Memang mantap lah cabe mereka 🤭.

    Addu bendi sayapun beli. Masih ada di rumah. Makan dikit2, sukaaa juga.

    ReplyDelete
  5. murah betul kos cuti2 maldives ni..sbb u terer DIY kan..advantage sgt tu!!! Addu Bendi tu unik sgt! dan fish market as tourist spot pun rasa mcm kelakar hahah tp unik jugakkkk

    ReplyDelete
  6. Kami pergi 2003, tsunami 2004 ya di sana. Maldives cantik sangat memang banyak lah gambar dah kisahnya. Thanks for sharing Afif.

    ReplyDelete
  7. Sharing yang berguna kalau nak pi Maldives nanti. Thanks Afif.

    ReplyDelete
  8. Besar betul ikan tuna tu. Bagusnya, boleh masak terus ikan segar di restoran.
    Agak murah, kos bercuti di Maldives, tak sampai 1K seorang untuk 5 hari. Terima kasih atas perkongsian. 👍

    ReplyDelete