Pages

Friday, 16 January 2026

Rumah Rakit Purple Inn Di Jeti Nelayan Telok Gong - Port Klang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Minggu terakhir sebelum bermulanya sesi persekolahan baru tahun 2026. Aku bawa the kids duduk santai layan angin laut sambil memancing di salah satu dari banyak rumah rakit yang ada di sekitar Jeti Nelayan Teluk Gong, Port Klang ini.

Dan kali ini aku berpeluang merasai Rumah Rakit Purple Inn buat kali pertama. Selama ini kalau nak pergi rumah rakit di Klang aku hanya akan ke Teluk Nipah tapi sebab kali ini ad hoc plan maka tiada yang available untuk kami pada hari khamis petang minggu lepas. Sebab kalau nak tempah rumah rakit biasanya kena booking seawal seminggu dua.

Rumah Rakit Purple Inn, Teluk Gong Port Klang.
Gambar yang diberikan oleh owner rumah rakit.
Selepas makan tengah hari aku whatsapp wife tanya petang ni busy ke? if not jom naik rumah rakit. Dan disebabkan kami bawa anak-anak dan perancangan ad hoc maka kami hanya masuk rumah rakit untuk 5-6 jam sahaja. Check in pukul 4.00 petang dan check out pukul 11.30 malam. Selepas call dalam 8 rumah rakit akhirnya ada juga yang available untuk kami.

Alhamdulillah sampai di Jeti Nelaya Teluk Gong, Port Klang tepat 4.00 petang.
Masa ni cuaca agak mendung tapi sempat kami naik rumah rakit sbeleum hujan.
Kali ini anak buah dari salah seorang adik wife ikut sekali yang bernama Haifa sebaya Atiyya. Rumah rakit ini agak besar lebih ramai lebih seronok. Harga untuk rumah rakit ini untuk Isnin-Khamis (bukan cuti umum) berharga RM300.00 untuk 11 jam dan RM550.00 untuk 23 jam. Dan Jumaat-Ahad serta cuti umum RM350.00 untuk 11 jam dan RM630.00 untuk 23 jam.

Ada signboard Rumah Rakit Purple Inn di Jeti Nelayan Teluk Gong ini.
Waktu check in pada waktu kebiasaan adalah 9.00 pagi - 8.00 malam dan 9.00 malam - 8.00 pagi. Tapi disebabkan waktu kami booking rumah rakit kosong maka kami dibenarkan untuk masuk pada jam 4.00 petang dan kami minta balik awal jam 11.00-11.30 malam. Kami masuk sekejap sahaja sebab ad hoc plan dan sebab suka-suka sahaja dengan anak-anak.

Menuruni anak tangga ke jeti kayu untuk menaiki bot ke rumah rakit.
Budak-budak dengan mak dia semua excited nak naik bot.
Affan dan Afnan orang yang paling happy naik bot walau kena tempias air laut.
Dari rumah kami bergerak jam 3.00 petang dan aku grab sahaja apa yang aku nampak depan mata ketika dirumah. Dan sempat singgah di Pasaraya Matahari dalam perjalanan ke Klang. Ambil juga air mineral, udang untuk umpan, mee segera, biskut, keropok, gula-gula, teh dan gula serta buah-buahan. Sekadar cukup 5-6 jam atas rumah rakit nanti.

Kami menaiki bot tak sampai 5 minit untuk ke rumah rakit yang boleh dilihat jelas dari jeti. Owner begitu baik memberikan kami diskaun RM50.00 dan kami hanya perlu membayar RM250.00. Katanya sebab datang bawa anak-anak.

Rumah Rakit yang cukup kukuh, bersih dan baik keadaannya.
Lengkap dengan BBQ, bilik, beranda, dapur dan pagar dawai dipasang sekeliling.
Rumah Rakit Purple ini cukup lengkap dengan kemudahan seperti tandas, dapur serta peralatan memasak termasuk pisau, sudu garfu, pinggan, kuali dan periuk. Air bersih sebanyak 190 liter. BBQ stand dan mempunyai satu bilik dengan kemudahan kipas, tilam dan bantal serta bekalan elektrik untuk kegunaan lampu dan kipas.

Perkakas dapur yang lengkap pisau, pinggan, cawan, kuali periuk bagai.
Tandas yang simple luas dan selesa. Lengkap dengan 190 liter air bersih.
Memang cukup nak bagi the kids ni mandi sambil main air.
Jika elektrik berkurangan owner akan datang untuk menukar bateri baru. Sebab mula-mula ingatkan memang lampu di rumah rakit ini malap tapi dalam pukul 8.00 malam ada sebuah bot datang dan menukar bateri solar yang baru. Katanya sekarang musim hujan solar tak berapa nak kuat charge di siang hari. Alhamdulillah memang terbaik service di sini.

Affan dengan hasil tangkapan pertamanya. Ikan Gelama Pisang.
The kids punya cousin yang paling rapat sebaya Atiyya - Haifa.
Aku hanya membawa 3 batang pancing dan kami bergilir-gilir menarik ikan. Saja suka-suka dan nak bagi anak-anak merasa pengalaman memancing di atas rumah rakit. Dapat hampir 40 ekor ikan tapi semuanya ikan Gelama, Duri dan Belukang. Ada la dapat ikan pengacau sesirat dua kali. Dan macam biasa naik rumah rakit tak sah kalau tak cari kupang.

Hasil kupang yang kami dapat dari ruamh rakit lebih 2.5kg.
Cuci bersih, rebus dengan garam. Terus ratah sampai habis. Memang segar.
Ikan Gelama dengan tetanda semua kita goreng fresh dan ratah atas rumah rakit.
Udang lebih banyak kita campur dalam mee segera perisa tom yam. Layan :D
Hampir 2 kg kupang yang kami kutip dari tepi-tepi rumah rakit ini. Okla buat rebus letak garam sahaja dan ratah begitu sahaja. Segala apa makanan yang dibeli semunya habis di atas rumah rakit sebab no other chice dan kerja memang mengunyah sahaja hahaa. For safety rumah rakit rakit ini ok sebab di pasang pagar dawai keras tu keliling.

Hasil yang tinggal untuk dibawa balik lebih 40 ekor. Asam pedas coming soon.
Elektrik yang cukup kuat untuk menerangi rumah rakit sampai ke pagi.
Kalau korang berminat nak pergi rumah rakit ini boleh hubungi Masran 012-6944690 atau Yan 017-3020035. Dan untuk booking tarikh yang diingini kena bayar deposit RM100.00 dan selebihnya dibayar sebelum naik ke rumah rakit atau semasa di atas rumah rakit sebelum pulang/chekc out. Insyallah aku akan repeat lagi ke sini.

Bagi yang mencari rumah rakit yang sesuai untuk bawa keluarga terutama yang ada anak kecil aku suggest rumah rakit purple inn ini. Sebab keadaan pagar keliling rumah yang kukuh dan selamat serta keadaan lantai yang baik dan bersih. Anak-anak boleh berlari tanpa selipar.

5 comments:

  1. Wahhh... Menarik kisahnya di rumah rakit ni. Sy pernah nampak dulu di Royal Belum, tu pertama kali dan rasa pelik, hihi. Bestnya baca pengalaman ni, tapi kupang² tu semua memang duduk tepi rumah rakit ke?

    ReplyDelete
  2. unik sungguh cuti2 atas rumah rakit niii!! cuma my lil family tak reti la nak pancing ikan tu....abih camno hhhahahh

    ReplyDelete
  3. best juga ni
    tak dapat rumah rakit (bot) mcm kat tasik kenyir tu, dpt kat sini pun dah ckp bahagia

    ReplyDelete
  4. puas makan ikan baru...
    sebelum dtg boleh prepare bahan2 masakan then tiba sini, dpt hasil boleh terus masak...fuhhh mantapppp

    ReplyDelete
  5. Wahhh..Seronok ni terigt masa pegi house boat tasik kenyir dulu =D

    ReplyDelete