Pages

Thursday, 5 February 2026

Kopi Tenggek Tanjung Piai - Selera Tradisi Catering - Masjid Bandar Pontian

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Pantai Rambah - Muzium Bugis - Makan Durian Murah Di Pontian

Sebelum ke Taman Rekreasi Sungai Rambah, kami singgah sebentar di Kopi Tenggek Tanjung Piai nak hilangkan dahaga dan berehat seketika setelah penat meneroka Taman Negara Johor Pulau Kukup. Kami order makanan ala kadar sahaja sebab plan nak makan ketupat dan burasak di Selera Tradisi Catering di Bandar Pontian nanti.

Jom makan di Kopi Tenggek Tanjung Piai.
Tempat order dan tempat ambil makanan adalah berlainan. Sistem di sini agak baik.
Makanan di sini bagi aku biasa sahaja melainkan sup gearbox yang memang sedap dan padu bagi lidah aku la. Tapi kali ini tak order la.. sekadar nak duduk minum dan berehat seketika dari kepanasan di luar. Apa pun bagi aku macam tak lengkap kalau ke Pontian tak singgah di sini. Sebab dah jadi macam satu trademark di area Tanjung Piai.

Roti Steam Gebu Kaya RM3.50, Telur Separuh Masak RM2.50.
Dah datang sini wajib la minum Kopi Tenggek O - Secawan RM3.50.
Jom la bergambar kenangan Katanya Sultan pun bergambar di sini :D
Ruang makan yang cukup luas dengan kerusi meja yang banyak di Kopi Tenggek dan kalau nak duduk indoor pun boleh. Antara yang kami order adalah Keropok Lekor RM4.00, French Fries RM10.00, Jus Oren RM3.00, Air Sirap Bandung Ais RM2.50. Total bil kami sekeluarga duduk santai minum makan di sini RM30.70. Tak mahal pun dan sangat recommended.

Tempat makan indoor juga disediakan tapi tak sure kalau dia ada charge extra.
Dibuka setiap hari kecuali tutup pada setiap hari Selasa, operasi perniagaan bermla dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra melayu yang bernama Tuan Ghazaley Ayub (adik kepada Allahyarham Dato Seri Salahuddin Al Ayubi). Dan cawangan kedua telah dibuka di Larkin, Johor Bharu pada pertengahan tahun 2025.

Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Ismail antara pelanggan yang pernah berkunjung beberapa kali ke sini. Tandas, surau dan parking yang luas disediakan di sini. Selain menjadi sebuah cafe di sini juga menjadi tempat menjual beberapa produk makanan hasil buatan masyarakat setempat.

Ketupat daun kelapa ni biasa waktu raya sahaja boleh jumpa.
Set ni suggestion dari abang yang ada di section makanan tu.
Dari Kopi Tenggek kami ke Taman Rekreasi Sungai Rambah dan kemudian terus ke Bandar Pontian. Masa ni memang tak sabar nak makan makanan hari raya aidilfitri di Selera Tradisi Catering. Dan makanan paling aku idamkan adalah Burasak atau ada yang panggil Purasak. Nasi yang dibungkus kemas dan kuat dengan daun pisang dan kemudian dikukus.

Bila dah petang banyak menu yang dah habis. Menyesal tak datang pagi.
Sejenis makanan tradisi hari raya bagi masyarakat bugis dan jawa. Masa kecik dulu setiap rumah yang diziarahi ketika musim raya pasti ada. Tapi kali ini kami tak berkesempatan nak makan Burasak, memang tak ada rezeki sebab dah habis. Serius memang kecewa sangat huhuu.. Masa gerak dari KL lagi nak makan Burasak tu huhuu.. 🤤

Kurma Ayam, Rendang Ayam, Ketupat, Lepat Loi, Serunding Kelapa, Nasi Minyak.
Restoran Selera Tradisi Catering terletak berdekatan Station Bas Bandar Pontian.
Dibuka setiap hari dari jam 12.00 tengah hari sehingga jam 10.00 malam dan tutup pada setiap Hari Rabu. Beralamat di No 290-A, Tingkat Bawah, Jalan. Alsagoff, Kampung Atap, 82000 Pontian, Johor Darul Ta'zim. Dimiliki oleh Abdullah Bin Abd Latif yang telah berniaga lebih dari 30 tahun lamanya. Sebab tu lah makanan di sini sedap.

Memang menjadi satu keunikan makanan Hari Raya Aidilfitri boleh kita temui di sini setiap hari sepanjang tahun. Dan tak complete perjalanan kiat ke Pontian kalau tak singgah ke sini. Selepas menjamu di sini kami terus memandu ke Masjid Bandar Pontian yang tersergam indah di tengah-tengah Bandar Pontian ini.

Masjid bersejarah yang berumur hampir 100 tahun masih lagi utuh berdiri.
Masjid Bandar Pontian atau juga dikenali sebagai Masjid Jamek Pontian.
Masjid ini dibina mengikut reka bentuk Timur Tengah dan sebuah menara berkubah dibina di bahagian anjung masjid ini yang menjadi mercu tanda kepada masjid ini. Keseluruhan masjid ini dibina berasaskan batu konkrit yang dicat dengan warna putih dan biru pada asalnya. Kubah menara berwarna kuning keemasan melambang keteguhan syiar Islam.

Antara komponen menarik yang terdapat pada masjid ini ialah mimbar yang diperbuat daripada kayu. Deretan tingkap yang berada di kiri dan kanan mendominasi sebahagian besar bukaan dalam masjid dan ia menjadi laluan kemasukan cahaya dan udara secara semula jadi.

Reka bentuk ruang dewan solat utama yang memanjang agak jarang dijumpai di Malaysia.
Masjid ini didirikan pada 1 Muharam 1356 Hijri bersamaan 14 Mac 1937 Masihi dan dibuka kepada orang ramai dengan rasminya pada Syaaban 1357 Hijri bersamaan 25 September 1938 Masihi oleh Pemangku Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Ismail. Walau masjid ini berumur hampir 100 tahun tapi ia masih utuh berdiri.

Tingkap yang dibina dari depan sehingga ke belakang bagi pencahayaan yang baik.
Menunaikan solat jama di sini sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Masjid ini agak unik kerana reka bentuk dewan solat yang memanjang, tak seperti kebiasaan masjid yang lain di Malaysia yang berbentuk segi empat petak. Selesai solat terasa berat hati nak meninggalkan Pontian yang pernah menjadi kampung halaman ku ketika kecil.

Kalau ke Pontian, Johor jangan lupa untuk menunaikan solat sunat  dua rakaat di masjid yang bersejarah ini. Moga diberi rezeki dan peluang untuk balik ke Pontian lagi di masa hadapan dan mengekalkan amalan menziarahi sanak saudara di sini. 

29 comments:

  1. Ketupat daun tu memang rare..hari raya pun dah susah nak jumpa.. mak pun dah malas nak menganyam..anak².. anyam separuh jalan, tak jadi..dah give up . Hahaha... Camno lah nak kekalkan tradisi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketupat ni mmg dah rare zaman sekarang ini.. Di bandar lagi la susah sangat nak jumpa ketupat ini.. Yg pandai nak ngayam pun makin kurang.. Patut ngayam ketupat ni kena ajar di sekolah.. barulah kekal tradisi 😅👍🏻

      Delete
  2. Wahh...Menarik betul kedai ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik dan rasanya dia satu satunya kedai makan menu hari raya sepanjang tahu hihii.. ☺️👌🏻

      Delete
  3. Pontian ni kampung saya, tp lama tak balik. kalau balik nanti bole la singgah sini. lama juga tak jumpe ketupat daun kelapa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita.. kampung arwah ayah... Semenjak ayah dah tak ada maka dah jarang balik.. masa kecil dulu setahun byk kali balik kampung.. ☺️👍🏻

      Delete
  4. Kopi Tenggek dan Selera Tradisi akak belum pernah pergi. Sebenarnya pernah pergi Selera Tradisi tapi dia belum mula operasi, terus sampai sudah tak pergi 😄

    Ada satu gerai payung tepi jalan dekat dengan simpang masuk Kayu Ara Pasong, konsisten jual burasak. Setiap kali balik Pontian memang ada je meniaga situ. Kot lain kali Afif teringin, bolehlah cari situ jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau ke Pontian mesti singgah ke Selera Tradisi kopi tenggek tu ikut dan jer.. Rindu nak makan masakan hari raya so mmg tak akan lepaskan peluang makan di Selera Tradisi hihii.. Mmg dia buka lewat sikit antara 11 -12 tgh hari..

      Delete
    2. Gerai Payung tepi jalan jual Burasak..? Okay saya akan ingat nama simpang nak masuk Kayu Ara Pasong tu.. kalau raya kat Pontian tak dpt makan Burasak mcm tak complete dibuatnya huhuu.. Mmg akan cari 😎☺️💪🏻

      Delete
  5. ketupat daun tu time raya je laa family mertua rajin buat. jarang nak jumpa kedai makan jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Zaman skrg lagi la.. walau raya pun susah nak jumpa kecuali di kampung2 sahaja.. 😅

      Delete
  6. balik kampung nak kene cuba nanti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tempat2 yg harus dicuba walau sekali hihihi... Especially tmpt makan kan ☺️👍🏻

      Delete
  7. Menarik kopi tenggek tu cuma jauh jela nak mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari Lipis mmg jauh la.. mana tau suatu hari nanti terlajak ke saba boleh la singgah 😅☺️

      Delete
  8. rarenya ketupat daun palas tu .. menu pun nampak sedap.. tapi jauh nya la ,, tengok la kalo ada plan nanti hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan daun palas kak.. hahaha ini daun kelapa.. kalau palas tu pakai beras pulut.. inshallah moga dipermudahkan niat utk jalan2 Pontian ☺️👍🏻

      Delete
  9. Menarik perkongsian Afif ni, jarang² ada influencer yang mempromosikan produk dari daerah Pontian padahal banyak yang menarik. Kita yg duduk dekat sempadan ni kerap ke sana dan kebanyakan tempat yg dikongsikan ni pernah pergi tapi cuma sekali sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ada pengalaman dan suka berkongsi maka kita share di blog ini.. ☺️ Alah biasa la tu kalau tmpt sendiri selalu nanti2 lah dulu nak pergi sbb dekat hihii.. 😅

      Delete
  10. Menu tradisi minum dgn kopi tenggek sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap... Makan dgn biskut kosong... Teringat di asrama dulu hihii.. ☺️

      Delete
  11. Ketupat daun kelapa tu selalu time nak raya je ada jumpa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah masa raya jer jumpa itu pun mcm dah susah nak jumpa kecuali kampung kampung sahaja.. 😅

      Delete
  12. Cari makan pastinya cari yang murah dan enak, salah satunya di tempat makan yang bekerja sama dengan situs arisan online ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah kedua tapi kalau cari yg enak itu nombor satu..

      Delete
  13. Teringin nak jalan2 di Johor tapi tu la skrg ni nak ke Johor jem giler lagi2 cuti CNY ni nanti huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap negeri yg ada di Malaysia ni kalau kita dapat explore semuanya mesti best sangat-sangat huhuu.. CNY mmg susah nak jenjalan mana.. jem memanjang huhuu..

      Delete
  14. Kopi tenggek, uniiiiik namanya ❤️❤️❤️. Langsung teringin nak coba, sebab saya memang peminat kopi sangaaaat. Apalagi kopi hitam. Krn dari situ bisa tahu rasa asli dari biji kopi yg dipakai.

    Cantiiik tempat nya bang, tak heran sultan pun pernah datang kesana juga yaaa 👍👍.

    Ini kalau saya tahu ada restoran yg jual menu idul Fitri, dah pasti raya besok saya tempah dari dia 🤣🤣🤣.

    Buras atau burasak juga fav saya. Ini makanan Sulawesi yg saya sukaaa sangat. Apalagi kalau dimakan dengan COTO MAKASAR. Dulu mama sering buat, Krn pernah tinggal lama di Makasar.

    Suka lihat bagian dalam mesjid, dialasi karpet biru langit 😍😍. Sejuk mata begitu masuk.

    ReplyDelete
  15. Dah lama teringin nak makan Burasak.. adik yang tinggal di JB kata kat sana tak jumpa. Rupanya certain daerah je yang ada macam Pontian ni.

    ReplyDelete