Pages

Sunday, 1 February 2026

Masakan Kupang Oleh Uncle Gedek

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah dipanjangkan lagi umur dan rezeki untuk meneruskan kehidupan di bulan Februari ini.

Terkena pulak dengan cuti Thaipusam dan untuk KL 4 hari cuti campur dengan Hari Wilayah pada Selasa 03/02/2026.

Okla tak tahu nak mengomel apa pagi-pagi ahad ni. Aku nk bercerita pasal kupang yang di berikan kepada uncle gedek beberapa hari yang lepas. Bermula dengan reply comment di blog dan di akhiri dengan pertemuan breakfast di mamak.

Breakfast Roti Canai dan Tosai dengan Uncle Gedek.
Selesai makan dan borak sebelum balik kita bergambar macam biasa.
Aku serahkan kurpang yang aku kutip di rumah rakit tempoh hari dalam 2-3 kilo jugak la. Kupang dah siap dibersihkan tau. Boleh baca sini pengalaman di rumah rakit Rumah Rakit Purple Inn Jeti Nelayan Teluk Gong Klang

Aku memang purposely tunggu uncle update masakan yang auntie masak dengan kupang-kupang tu dan barulah aku update entry ini hihi.. So uncle hantar gambar bagitau auntie buat Masak Lomak Cili Api kupang untuk first round pada 24 Januari dan pada 31 Januari uncle hantar gambar lagi bagitau auntie masak Kupang Buttermilk.

Kupang Masak Lomak Cili Api dan Kupang Buttermilk.
Insyallah nanti kalau pergi mancing lagi kalau ada rezeki kita bahagi-bahagi lagi ya. Korang ada yang nak kupang juga ke? Kalau dekat dengan aku insyallah boleh kalau nak bagi. Kalau tak kupang aku bagi ikan hihi.. Tetiba terliur pulak tengok kupang yang auntie masak ni. Nak kena pergi lagi rumah rakit sebelum puasa ni :D

46 comments:

  1. sedapnya...kupang buttermilk cicah dgn mantou goreng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Kalau cicah mantou goreng tak cari makanan lain dah hahaha.. πŸ˜…

      Delete
  2. fuhhh nampak sedap sungguh tu masakan aunty! MZ pun terliurrr wpun MZ tak reti mkn kupang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishhh rugi la kalau tak reti makan kupang.. kena bagi reti hihii.. Kupang Buttermilk tu mmg power.. πŸ€€πŸ‘ŒπŸ»

      Delete
  3. Waalaikumussalam.
    Terliur tengok masakan auntie.
    Sedap! Biasanta saya makan kupang rebus, cecah air asam jew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tunggu uncle gedek buat open house hahaha.. nampak gaya sedap sedap masakan auntie πŸ˜…πŸ‘ŒπŸ»

      Delete
  4. Kalau dekat ni memang cakap nak dah tapi jauh. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah kalau ke lipis ada stock mmg kita kasi jer.. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  5. Nak...kalau ada rezeki nak beli kalau lalu UPM ni....hehe. Nampak menyelerakan la masakan isteri UG tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak jual.. kita kasi jer... Benda senang nak dpt bukan susah hihihii.. itulah rasa mcm nak masak jugak kupang buttermilk tu hahaha.. πŸ€€πŸ‘ŒπŸ»

      Delete
  6. Lovely photos. So nice to see Uncle Gedek as well. Thank you 😊 πŸ™ πŸ’“ so much for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Gedek is everywhere.. and thank you for coming here too.. πŸ‘ŒπŸ»☺️

      Delete
  7. Wahhh..Nice ni..kalau dekat pun kitonyo tok panda masak kupang..Bg dekat uncle, aunty masak then mintak uncle share2 la dgn kita yg dekat2 ni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kupang ni masak sekejap jer tam sampai 7-8 minit.. itulah next time suh uncle masak pastu bagi2 yg lain hihii..

      Delete
  8. Saya tak pernah lagi makan kupang ini..
    Mengancam pula tengok kupang yang dah dimasak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kupang hijau ni sedap sbb isi dia tebal.. puas hati juga kalau makan.. ☺️πŸ‘ŒπŸ»

      Delete
  9. Sehat-sehat ya uncle gedek dan abang. Kalau lain kali ada rancangan datang ke Indonesia, beritahu ya. Saya pun nak cosplay jadi latar belakang swafoto uncle gedek hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sihat syukur.. insyaallah bagus juga cadangan itu utk ke Indonesia.. pasti dirancang utk bertemu baru karen πŸ˜ŽπŸ‘ŒπŸ»

      Delete
  10. Aduiii sedapnya lauk kupang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau auntie yg masak sampai uncle tunjuk tu mmg sedap sgt huhuu..

      Delete
  11. Kupang masak kunyit pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lagi masak kunyit insyallah next time boleh try..☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  12. Wah makin akrab ukhuwahnya πŸ‘πŸ»
    Kupang buttermilk tu nampak menariklah, pandai aunty masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ukhwah yg ada kita jaga dan kuatkan lagi insyallah.. itulah nampak sedap auntie masak tu.. tunggu open house uncle nanti.. πŸ˜…

      Delete
  13. Uwaaaaah sedapnyaaaa. Saya sukaa kerang hijau ini . Biasa direbus saja, cicah dengan saus nenas. Itu kalau di Medan. Kalau di JKT nih, agak susah cari kerang hijau. Adaaa, tp seram nak beli. Sebab diambil dari laut Ancol yg agak tercemar 🀣🀣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. kalau direbus sama garam sahaja pun sudah enak.. lagi klau ada cicah nya lebih enak.. mau dimakan begitu sahaja boleh atau sama nasi panas panas.. .. oh harus tgk juga kalau tercemar jgn diambil

      Delete
  14. Selama duk makan kupang, mak buat gulai tumis darat je. Jenis suka makan berkuah. Belum pernah try kupang buttermilk. Macam kena try gak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kupang masak gulai tumis tak pernah makan lagi.. nk try juga tu huhuu.. buat buttermilk ni uncle dgn auntie je huhuu.. sedap je nampak 🀀

      Delete
  15. Fuh! Kupang ni memang lejen sebab fresh... Lebih lejen sebab kupang pemberian sahabat... Hehehe... Semoga kamu dan keluarga terus diberkati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaannnnnn... Kupang fresh rasa lain kan hihihii... Insyallah ada rezeki lagi kita kasi lagi yer.. amin terima kasih uncle ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  16. KSarie jarang memasak tapi champion bab makanπŸ˜…Kupang masak lemak cili api sodapπŸ˜‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita kalau bab makan tu no 1.. kdg2 nak masak tu alahaiiii ... Malas nya huhuu.. πŸ˜…

      Delete
  17. Pergi rumah uncle je makan.. ehhh.. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah tunggu uncle open the house hihii.. πŸ˜…

      Delete
  18. tunggu uncle jemput dtg umah makan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu.. tunggu dia announce dalam blog buat open house hahaha.. πŸ˜…πŸ‘πŸ»

      Delete
  19. uish sedapnya kupang buttermilk! alhamdulillah, rezeki dikongsi bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah uncle dgn auntie is another level makan kupang hahaha.. tu kalau ada mantau mau menjilat kuali hahaha.. πŸ˜…

      Delete
  20. tuuu diaaaaa kenyang makan kupang je yaaaa
    kalau sy ni masak sambal je laa
    tak pun rebus cicah kicap hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kupang ni masak apa pun sedap huhuhu.. tgk uncle masak ni dah kelaparan sudah.. πŸ˜…

      Delete
  21. lepas ni dah boleh ajak lepak mamak kalau boring2 uncle kompem setuju tuuu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. lepas ni ajak uncle lepak mamak .. atau lotus taman midah la kalau nak indoor.. πŸ˜‰πŸ‘πŸ»

      Delete
  22. Lepas raya boleh ke, nanti ku mintak en. Hubby jumpa sebab yang masak nanti adalah dia.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah boleh jer tapi kena tunggu saya pergi mancing dulu la. Ok boleh jer nanti set up time... minta encik hubby belanja coffee lepas ramadhan nanti :D

      Delete
  23. Sedapnya kupang, lama dah x makan yang fresh..lenkali nak pi rumah rakit tu cuba ajak kitorang....boleh gak join...bayar pun bayar la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh boleh naik ke rumah rakit ke.. ok je nak ikut hahaha.. jgn loya mabuk laut dah la πŸ˜….. ramai nak mesti dpt byk kupang nya.. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete