Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Syukur alhamdulillah kita masih bernyawa pada hari ke-22 puasa di bulan Ramadhan 1447 Hijrah kali ini. Dan diberi kelebihan oleh Allah untuk berada dalam keadaan sihat berpuasa dan diberi rezeki untuk menjamu makanan yang sedap.
Ramadhan kali ini tak seperti ramadhan yang sebelum sebelum ini. Aku agak sibuk dengan beberapa hal terutamanya kerja. Sehingga minggu pertama ramadhan tergelincir tak sempat masak dan terpaksa membeli makanan di Bazar 2 kali.
![]() |
Dan kemudian di minggu kedua dek kerana lewat pulang kerja aku dengan bersahaja kata dengan wife "Jom try berbuka di masjid hari ini". And first reply from my wife is "Dengan 4 orang anak ni?" sambil dia geleng kepala. But aku pujuk "Kita try dulu tengok macam mana, harap okay la".
And Yes.. Syukur alhamdulillah.. Sangatlah mudah dan tidaklah sesulit seperti apa yang kami fikirkan atau apa yang dibayangkan untuk berbuka di masjid dengan 4 small kids. And with our surprise rupanya ada ramai family with small kids include yang datang bawa baby untuk berbuka puasa di masjid.
![]() |
| Menu berbuka hari ini 22 Ramadhan - Nasi Minyak Kari Kambing. |
![]() |
| Ada add on special hari ini - Lemang dengan serunding daging. |
But masjid tempat kami berbuka ini pun play the big role here. Where is pihak pentadbiran sediakan left side of masjid untuk yang datang berkeluarga berbuka puasa. Khemah di belakang untuk lelaki dan kiri masjid untuk muslimat sahaja.
There is why aku bawa kain pelekat atau batik untuk buat alas. Senang nak kemas lepas selesai makan and kita as parent pun kena prepare sebab bawa anak kecil bersama. Bawa tisu bagai supaya senang nak kemas dan bersihkan tempat makan kita. Bawa cawan sendiri seorang satu, tak ada lah bergaduh 😅.
![]() |
| Nak dapat sport berbuka yang baik untuk seisi keluarga kena datang awal. |
Dan berbuka di masjid dah macam satu keseronokan buat kami. Anak-anak siap tanya agak-agak hari ni menu apa ya berbuka di masjid 😅. Ada kala dapat nasi arab, nasi tomato, nasi minyak dan mostly dapat nasi putih berlauk. Setakat ini semua menu di hari yang kami datang memang tidak mengecewakan 😉. In total almost 10 hari kami berbuka di masjid.
Apa kelebihan yang kami dapat tanpa kami sedari? Pertama pengurusan masa lebih baik berbanding di rumah. Masa diberi 10 minit lepas azan untuk makan dan kemudian solat maghrib berjemaah. Bayangkan by 8.00 malam kita dah berbuka dan selesai solat maghrib. Ada banyak masa sebelum Isya'. Kalau kat rumah pukul 8 pun belum bangkit dari meja makan 😂.
![]() |
Kedua adalah sebagai parent yang keduanya bekerja. Kami tak terlalu penat nak berkejar pulang untuk masak, prepare makanan, nak kemas dan basuh segala pinggan mangkuk kuali bagai. Dan resultnya kami dapat berteraweh dengan baik di malam harinya. Berbanding tahun-tahun lepas yang mana kami banyak teraweh di rumah sebab keletihan di malam hari.
![]() |
Dan ketiga secara tak langsung dapat kenal lebih ramai kenalan. Yang itu family classmate si athira dan si atiyya di sekolah. Oh yang ini tinggal di blok yang sama. Dapat jumpa ustaz yang mengajar di sekolah agama anak. Jumpa kawan lama pun ada. Macam-macamlah and itu another keseronokan yang kami dapat.
![]() |
| Alhamdulillah ada orang bagi kuih .. Apa ntah nama hahahaa 😅 |
Keempat secara tak langsung kadang-kadang tu makanan banyak berlebihan sehingga kami disuruh bawa pulang, dapatlah kami jadikan juadah bersahur. Ada sekali tu 3 pack nasi arab mendi disuruhnya kami bawa balik. Senang kami bersahur selepas tu. Dan paling selalu dapat adalah bubur lambuk memang sesuai makan waktu sahur sebab tak heavy 😊.
So ini my story pengalaman berbuka puasa pertama kali bersama my little family di masjid. Sebelum ini tak terfikir langsung nak berbuka puasa di masjid with the kids. Kalau yang belum ada experience tu boleh la try bawa anak-anak berbuka di masjid. Insyallah mudah dan pasti menyeronokan 😉.







Seronok dapat berbuka bersama keluarga di masjid :)
ReplyDeleteAlhamdulillah tahun ini mencuba pertama kali berbuka di masjid seisi keluarga :D
Deletewaahhhh behavenya semua the kids mudah bawa hehe.. btambah sonok dpt bawa pulang byk juadah sng xyah pening nk msk ape sahur ehehe
ReplyDeletesedap betul menu2 berbuka kat masjid ni, siap nasi biryani kambing. seronok berbuka kat masjid, takyah kalut2 fikir tempat solat. dpt jugak solat tarawih berjemaah
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesedap tgk menu nasi minyak kari kambing tu..kuih kaswi pandan & gula merah tu fav..tak pernh lg ada pengalaman buka puasa di masjid
ReplyDeleteBanyak faedah berbuka di masjid 👍🏻
ReplyDeleteItu kuih kaswi gediks :)