Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Syukur Alhamdulillah - Lebaran Hari Raya Aidilfitri menjelma jua pada 21 Mac 2026. Setelah teka teki bila raya Jumaat atau Sabtu. Namun bagi aku sekeluarga, raya kali ini dalam mencari pengalaman baru. Allah mengizinkan kami sekeluarga berada di satu kawasan yang terdapat komuniti muslim yang telah wujud seribu tahun yang lalu.
![]() |
| Bergambar sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri di Da Li Ancient Mosque. |
Hari ini Isnin 23 Mac 2026 adalah hari ketujuh mengembara di bumi Yunnan, China. Dan kami berada di lokasi kelima iaitu di Tiger Leaping Gorge (TLG) yang berada di tengah-tengah antara Kota Li Jiang dan Kota Shangri-La.
Tujuh hari lepas sampai di Kun Ming City dan kemudian menaiki high speed train ke Da Li City selama dua jam dengan kelajuan tertinggi 197km/j. Dan menuju ke Erhai Lake untuk penginapan satu malam.
![]() |
| Bertakbir beramai-ramai di perkarangan masjid sebelum mula solat raya. |
Dan kemudian menginap di Dali Ancient Town selama dua malam. Dan selamat tiba di Kota Li Jiang menaiki train biasa selama 4 jam setengah. Menginap selama dua malam di Kota Li Jiang. Apa pun yang boleh aku kongsikan Da Li lebih murah dari L Jiang dari segi harga makanan especially.
![]() |
| Kaunter Zakat Fitrah di buka di entrance masjid. |
![]() |
| Kagum mereka kira zakat fitrah guna congak. Memang bunyi ketak ketak 😅 |
Travel dengan the kids yang kian membesar. Si dua kakak yang makan agak banyak mungkin sebab sejuk cepat lapar dan si dua hero yang juga makan banyak. Pada kebiasaan di Da Li kami spend bawah 100 Yuan dan di Li Jiang kami spend lebih 100 Yuan untuk sekali makan. Untuk sekarang pertukaran adalah RM0.57 = 1.00 Yuan.
![]() |
![]() |
Berpeluang bersolat Hari Raya Aidilfitri di Ancient Mosque (Northeast Gate) bersama umat islam tempatan. Terdapat banyak kelainan solat raya di sini. Kalau kita bertakbir beramai dalam masjid ketika menunggu para jemaah hadir memenuhkan ruangan masjid. Tapi di sini bertakbir di luar masjid (berdiri) sehingga orang ramai hadir.
![]() |
Setelah sampai waktu barulah pintu masjid dibuka dan beberapa org sahaja yang masuk dan mereka duduk dalam bulatan dan membaca sesuatu dan bunyi seakan-akan membaca tahlil tapi bunyi bacaan memang jauh berbeza. Dan kemudian barulah seluruh jemaah masuk ke dalam ruangan dewan solat masjid. Time ni dah kesejukan 😅 hahaha..
![]() |
| At last selepas sejam di luar para jemaah mula dibenarkan masuk ke dalam. |
Dan ada dua orang yang memberi ceramah yang memula aku assume adalah khutbah. Rasa pelik bukan ke patut solat dulu dan kemudian barulah mula khutbah. Rupanya yang tadi tu ceramah sebelum solat raya bukanlah khutbah (which aku assume). Ye lah satu apa perkataan pun tak faham hahahaa.
![]() |
| Curi-curi ambil gambar sebab dah kena tegur tak boleh ambil gambar. |
Lepas khutbah raya, imam bangun dan bersolat dua rakaat dan jemaah pun bangun solat. Dalam hati aku "Ah solat apa pulak ni 😅". Tapi aku positif ini mesti solat duha. Dan aku pun bangun solat duha sebab nampak semua solat sendiri-sendiri. Dan kemudian barulah semua jemaah bangun dan berjalan keluar dari dewan solat.
![]() |
| Alhamdulillah selesai Solat Raya Aidilfitri 1447 Hijrah. |
![]() |
Masa keluar tengok wife and kids dah tak ada di hadapan pintu masjid. Rupanya diarahkan keluar dari perkarangan masjid sebab kanak-kanak tidak dibenarkan hadir solat raya. Hurmm pelik sungguh.. Dan semua jemaah yang hadir dapat satu beg plastik makanan tapi kami tak dapat langsung, tak tahu la kenapa. Mungkin sebab kami foreigner kot 🫣.
![]() |
| Terjumpa orang Malaysia datang solat raya. Ada yang kenal tak? |
Tapi ada satu pakcik yang cam kami sebab semalam tu ada makan iftar di kedai makan dia. Dia beri makanan yang dia dapat tu pada kami sekeluarga. Dalam tu ada buah epal, oren, pisang, biskut, roti dan cookies. Syukur alhamdulillah dapat walau kami tak la kesah sangat ☺️. Tapi bila dapat tu rasa happy especially kids.












Bila travel tempat org yg majoriti memang kena ikut la budaya sanakan..dan paling penting sesuai ngan amalan kita...wah..pengalaman menarik ni...syukur ada rezeki dpt makanan walau keutamaan diberikan kepada orang2 mereka
ReplyDeleteBaru singgah sini..
ReplyDeleteSelamat Hari raya.. jauh sambut raya...
Patut dalam gambar takde kanak² di perkarangan masjid.. perbezaan budaya.
ReplyDeleteSelamat hari raya. Maaf zahir & batin.
ReplyDeleteselamat hari raya, maaf zahir batin.
ReplyDeletewah pengalaman berharga berhari raya di negara orang . seronok tengok gambar.
Salam Aidilfitri!
ReplyDeleteLovely photos. Thank you so much for sharing. ❤️
ReplyDeleteLain cara di negara orang. Wah, kira zakat fitrah guna sempoa.
ReplyDeletewaahhhh pengalaman berharga sungguh 1 syawal di negara orang..
ReplyDeleteWow! Pengalaman lain macam ni bayar fitrah ni... Eh, amil dia pompuan eh?
ReplyDeleteEid Mubarak!
ReplyDeleteMohon ampun maaf andai ada salah silap.
Budaya berbeza tapi alhamdulillah dapat juga tunaikan solat raya
Saya Idulfitri ikut hari jumat
ReplyDeleteMasjid unik dan Jamaah juga ramai
kotbah pertama, biasanya kata sambutan dari panitia atau takmir Masjid, itu kalau di kampung saya.
Selamat hari Lebaran
Salam singah, kasihan pula baca artikal ni..tak apa, kita hormati budaya di negara orang..cuma rasa pelik jg..mybe kena tanya yang lebih tahu..dan faham bahasa sana..namun alhamdulillah dapat solat sunat hari raya juga di negara orang..
ReplyDeleteSelamat hari raya maaf zahir batin..
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki pengalaman sambut Aidilfitri di perantauan bersama keluarga. Salam Aidilfitri.
ReplyDeleteberapa (RM) zakat fitrah kat sana?
ReplyDeleteada rekod video tak masa diorg bertakbir tu? nak dgr juga alunan takbir masyarakat kat sana...
ReplyDeleterare tu guna sempoa. kita pakai masa zaman sekolah rendah dulu je haha.
ReplyDeletebestnyaa yunnan! tak sabar nak baca full entry sebab saya memang nak sangat pergi sini! rasa cam nak trylah berpuasa + hari raya kat yunnan. bazar ramadan dia jual makanan sedap2!
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
ReplyDeleteMeriahnya pengalaman beraya di tempat orang walaupun berbeza cara..
Alhamdulillah dah tertulis rezeki untuk terima juga bungkusan tu walaupun dari tangan berbeza..
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Afif
ReplyDeleteAlhamdulillah sampai juga ke sana. Seronoknya baca trip dan pengalaman beraya di sana. Alhamdulillah rezeki dapat juga buah tangan satu plastic