Pages

Monday, 23 March 2026

Pengalaman Solat Raya Aidilfitri Di Ancient Mosque Dali Old Town

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Syukur Alhamdulillah - Lebaran Hari Raya Aidilfitri menjelma jua pada 21 Mac 2026. Setelah teka teki bila raya Jumaat atau Sabtu. Namun bagi aku sekeluarga, raya kali ini dalam mencari pengalaman baru. Allah mengizinkan kami sekeluarga berada di satu kawasan yang terdapat komuniti muslim yang telah wujud seribu tahun yang lalu.

Bergambar sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri di Da Li Ancient Mosque.
Hari ini Isnin 23 Mac 2026 adalah hari ketujuh mengembara di bumi Yunnan, China. Dan kami berada di lokasi kelima iaitu di Tiger Leaping Gorge (TLG) yang berada di tengah-tengah antara Kota Li Jiang dan Kota Shangri-La. 

Tujuh hari lepas sampai di Kun Ming City dan kemudian menaiki high speed train ke Da Li City selama dua jam dengan kelajuan tertinggi 197km/j. Dan menuju ke Erhai Lake untuk penginapan satu malam. 

Bertakbir beramai-ramai di perkarangan masjid sebelum mula solat raya.
Dan kemudian menginap di Dali Ancient Town selama dua malam. Dan selamat tiba di Kota Li Jiang menaiki train biasa selama 4 jam setengah. Menginap selama dua malam di Kota Li Jiang. Apa pun yang boleh aku kongsikan Da Li lebih murah dari L Jiang dari segi harga makanan especially. 

Kaunter Zakat Fitrah di buka di entrance masjid.
Kagum mereka kira zakat fitrah guna congak. Memang bunyi ketak ketak 😅
Travel dengan the kids yang kian membesar. Si dua kakak yang makan agak banyak mungkin sebab sejuk cepat lapar dan si dua hero yang juga makan banyak. Pada kebiasaan di Da Li kami spend bawah 100 Yuan dan di Li Jiang kami spend lebih 100 Yuan untuk sekali makan. Untuk sekarang pertukaran adalah RM0.57 = 1.00 Yuan.

Berpeluang bersolat Hari Raya Aidilfitri di Ancient Mosque (Northeast Gate) bersama umat islam tempatan. Terdapat banyak kelainan solat raya di sini. Kalau kita bertakbir beramai dalam masjid ketika menunggu para jemaah hadir memenuhkan ruangan masjid. Tapi di sini bertakbir di luar masjid (berdiri) sehingga orang ramai hadir. 

Setelah sampai waktu barulah pintu masjid dibuka dan beberapa org sahaja yang masuk dan mereka duduk dalam bulatan dan membaca sesuatu dan bunyi seakan-akan membaca tahlil tapi bunyi bacaan memang jauh berbeza. Dan kemudian barulah seluruh jemaah masuk ke dalam ruangan dewan solat masjid. Time ni dah kesejukan 😅 hahaha..

At last selepas sejam di luar para jemaah mula dibenarkan masuk ke dalam.
Dan ada dua orang yang memberi ceramah yang memula aku assume adalah khutbah. Rasa pelik bukan ke patut solat dulu dan kemudian barulah mula khutbah. Rupanya yang tadi tu ceramah sebelum solat raya bukanlah khutbah (which aku assume). Ye lah satu apa perkataan pun tak faham hahahaa.

Curi-curi ambil gambar sebab dah kena tegur tak boleh ambil gambar.
Lepas khutbah raya, imam bangun dan bersolat dua rakaat dan jemaah pun bangun solat. Dalam hati aku "Ah solat apa pulak ni 😅". Tapi aku positif ini mesti solat duha. Dan aku pun bangun solat duha sebab nampak semua solat sendiri-sendiri. Dan kemudian barulah semua jemaah bangun dan berjalan keluar dari dewan solat.

Alhamdulillah selesai Solat Raya Aidilfitri 1447 Hijrah.
Masa keluar tengok wife and kids dah tak ada di hadapan pintu masjid. Rupanya diarahkan keluar dari perkarangan masjid sebab kanak-kanak tidak dibenarkan hadir solat raya. Hurmm pelik sungguh.. Dan semua jemaah yang hadir dapat satu beg plastik makanan tapi kami tak dapat langsung, tak tahu la kenapa. Mungkin sebab kami foreigner kot 🫣.

Terjumpa orang Malaysia datang solat raya. Ada yang kenal tak?
Tapi ada satu pakcik yang cam kami sebab semalam tu ada makan iftar di kedai makan dia. Dia beri makanan yang dia dapat tu pada kami sekeluarga. Dalam tu ada buah epal, oren, pisang, biskut, roti dan cookies. Syukur alhamdulillah dapat walau kami tak la kesah sangat ☺️. Tapi bila dapat tu rasa happy especially kids.

58 comments:

  1. Bila travel tempat org yg majoriti memang kena ikut la budaya sanakan..dan paling penting sesuai ngan amalan kita...wah..pengalaman menarik ni...syukur ada rezeki dpt makanan walau keutamaan diberikan kepada orang2 mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. ikut cara budaya dan amalan umat islam di sini..alhamdulillah dpt juga bersolat raya berjemaah di sini.. betul tu keutamaan utk org tempatan sama mcm kita di Malaysia.. ☺️👍🏻

      Delete
  2. Baru singgah sini..
    Selamat Hari raya.. jauh sambut raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri..
      Aah jauh sikit tapi tak la jauh mcm 2 tahun lepas 😅.

      Delete
  3. Patut dalam gambar takde kanak² di perkarangan masjid.. perbezaan budaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin perbezaan budaya atau pun kekangan dari pemerintah china yg mengawal aktiviti agama 🤷🏻.

      Delete
  4. Selamat hari raya. Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri..
      Mohon Maaf Zahir Dan Batin ☺️👍🏻

      Delete
  5. selamat hari raya, maaf zahir batin.

    wah pengalaman berharga berhari raya di negara orang . seronok tengok gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk melihat dan merasai suasana hari raya di tmpt org .. 🤲🏻☺️

      Delete
  6. Replies
    1. Salam Aidilfitri Cuya..
      Mohon Maaf Zahir Dan Batin 🤲🏻

      Delete
  7. Lovely photos. Thank you so much for sharing. ❤️

    ReplyDelete
  8. Lain cara di negara orang. Wah, kira zakat fitrah guna sempoa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg lain cara dan teknik di sini huhuu.. kira zakat pakai sempoa tu mmg menarik ☺️

      Delete
  9. waahhhh pengalaman berharga sungguh 1 syawal di negara orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah diberi kesempatan menyambut raya bersama umat islam di China ☺️🤲🏻

      Delete
  10. Wow! Pengalaman lain macam ni bayar fitrah ni... Eh, amil dia pompuan eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah amil dia pompuan.. cara bayar zakat fitrah tu agak berlainan but syukur amalan wajib itu tetap ditunaikan di sini.. ☺️👍🏻

      Delete
  11. Eid Mubarak!
    Mohon ampun maaf andai ada salah silap.
    Budaya berbeza tapi alhamdulillah dapat juga tunaikan solat raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eid Mubarak.. !!!!
      Samalah juga saya di sini.. Memohon maaf zahir dan batin pd semua salah silap.. Dapat tunai solat raya di perantauan adalah nikamt yy paling besar.. ☺️

      Delete
  12. Saya Idulfitri ikut hari jumat
    Masjid unik dan Jamaah juga ramai
    kotbah pertama, biasanya kata sambutan dari panitia atau takmir Masjid, itu kalau di kampung saya.
    Selamat hari Lebaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tak disangka ramai umat islam yang hadir bersolat raya di sini.. Betul tu.. yg pertama biasa nya dari pengurusan masjid dan update perkara2 yg berkenaan.. sama juga di masjid saya.. Salam Lebaran juga ya 👍🏻☺️

      Delete
  13. Salam singah, kasihan pula baca artikal ni..tak apa, kita hormati budaya di negara orang..cuma rasa pelik jg..mybe kena tanya yang lebih tahu..dan faham bahasa sana..namun alhamdulillah dapat solat sunat hari raya juga di negara orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar berkongsi pengalaman berpuasa dan menyambut 1 syawal di tempat dan budaya yang sgt berlainan dengan Melayu dan Malaysia. Nak juga tahu apa yg mereka buat dan apa yang mereka kata di masjid tu.. ☺️

      Delete
  14. Selamat hari raya maaf zahir batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat Tuan Etuza sekeluarga.. ☺️🤲🏻

      Delete
  15. Alhamdulillah rezeki pengalaman sambut Aidilfitri di perantauan bersama keluarga. Salam Aidilfitri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diberi izin sekali lagi merasai pengalaman menyambut syawal aidilfitri di perantauan bersama anak2. Salam Lebaran ..!!

      Delete
  16. berapa (RM) zakat fitrah kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakk.. tak tanya la pulak.. sbb dah bayar di Malaysia sblm fly hihihii.. 😅

      Delete
  17. ada rekod video tak masa diorg bertakbir tu? nak dgr juga alunan takbir masyarakat kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ada.. insyallah nanti kita share video takbir raya di sini.. alunan kurang merdu dan feel lebaran tu tak rasa sangat huhuu.. 😅

      Delete
  18. rare tu guna sempoa. kita pakai masa zaman sekolah rendah dulu je haha.
    bestnyaa yunnan! tak sabar nak baca full entry sebab saya memang nak sangat pergi sini! rasa cam nak trylah berpuasa + hari raya kat yunnan. bazar ramadan dia jual makanan sedap2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rare sgt kira zakat fitrah pakai sempoa tu hihii.. but really interesting la ☺️👍🏻
      Muslim food di Yunnan memang sedap sedap.. and dpt jumpa muslim restaurant mcm satu nikmat besar hihihi.. insyallah nanti kita share the whole story ya ☺️👍🏻

      Delete
  19. Selamat Hari Raya Aidilfitri..
    Meriahnya pengalaman beraya di tempat orang walaupun berbeza cara..
    Alhamdulillah dah tertulis rezeki untuk terima juga bungkusan tu walaupun dari tangan berbeza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat rasa meriah suasana sambutan syawal especially part solat raya tu.. terharu bila ramai umat islam yg hadir utk bersolat raya.. makanan tu tak kesah pun tpi bila dpt syukur sgt 🤲🏻

      Delete
  20. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Afif
    Alhamdulillah sampai juga ke sana. Seronoknya baca trip dan pengalaman beraya di sana. Alhamdulillah rezeki dapat juga buah tangan satu plastic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri.. Maaf Zahir Dan Batin juga.. itulah terkejut berdebat bagai semua ada.. syukur sampai juga.. Menambah pengalaman beraya di sini.. ☺️🤲🏻

      Delete
  21. Salam aidilfitri 1447, moga sentiasa diberkati.. pengalaman yang menyeronokkan dapat beraya di perantauan, memahami budaya setempat yang semestinya ada perbezaan dengan negara sendiri.. teruskan menulis pengalaman, tak sabar nak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri 1447H. Alhamdulillah dpt pengalaman menyambut syawal aidilfitri di perantauan.. walau dengan beberapa perbezaan cara dan sambutan.. insyallah nanti saya tulis kisah lengkap raya di sini.. 👌🏻☺️

      Delete
  22. belum pernah lagi sambut raya di luar negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada org boleh dan sanggup beraya di perantauan mcm saya.. sbb mencari pengalaman.. ikut pada masing2 .. ☺️

      Delete
  23. Rezeki tak salah alamat. Dapat juga plastik makanan tu ya. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat juga makanan tu.. boleh makan buah dan roti ☺️🤲🏻

      Delete
  24. Wah..beraya di perantauan yer...Seronoknya dapat meneroka bumi yang luas ni ...Menarik,mereka siap guna " sempua" ke tu..?Maksudnya kiraan kadar zakat fitrah tak sama yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diberi kesempatan merasai raya di perantauan sekali lagi.. itulah guna sempua kira zakat fitrah tu yg menarik, terasa kelainan di situ.. mesti lah tak sama sebab berlainan tempat.. 👍🏻😅

      Delete
  25. eid mubarak utk afif sefamili. unik sungguh pengalaman beraya di negara org...kagum jugaklah sbb afif tak beraya dgn family di msia...ur parents/PIL dah tak de ker or memang diaorg jenis tak kisah u tak beraya bersama2..kalau my mom, takkan bagi la if i nak travel beraya masa eid gini hehheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala merasa pengalaman beraya di perantauan mmg seronok.. terasa sayu jauh dari kluarga dan kampung halaman.. my in laws ada lagi. My mother pun ada lagi.. nak kata tak kesah tu tak juga..kesah juga.. hahaha..

      Delete
  26. Selamat Hari Raya Afif! Kita baru nak bw hari ni 🤭

    Seronoknya merasa pengalaman sambut Aidilfitri di tempat orang. Dapat main salji tu paling best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri..
      Mohon Maaf Zahir dan Batin ☺️..
      Alhamdulillah dpat peluang sekali lagi beraya di tempat orang.. main salji tu very unexpected sangat.. ☺️👌🏻

      Delete
  27. Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri juga . ☺️👍🏻

      Delete
  28. wahh ...beraya diperantauan tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diberi kesempatan tahun ini utk beraya di perantauan.. syukur ☺️👍🏻

      Delete
  29. bestnyaaa raya kat china! 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dpt pengalaman berbeza.. nanti akan share full kisah di blog ini.. 👍🏻

      Delete