Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.
Kalau cerita bab penat ni memang sampai kesudah tak akan habis.
Setiap orang pasti penat walau berbeza jalan cerita di saat mahu pun setiap hari.
Penat minda dan penatnya hati pun berbeza. Itu belum lagi penat tubuh badan. Betulah kata Blogger Kak Sue Ann.. Masuk 40 series ni lain macam rasa badan. Rasa macam buldozer lalu atas badan hahahaa.. 🤣
Rasa nak rehat lama sikit termasuk nak rehat dari blog juga huhuu..
![]() |
| Antara makanan RTE yang wajib aku bawa kalau travel ke luar negara. |
Produk Mama Vege ini adalah Plant Base Food senang cerita artificial meat yang diperbuat dari kacang soya. Setakat ini aku hanya jumpa di store 7Eleven sahaja dan berharga sepekat RM1.70.
Biasa makan dengan mee segera atau roti. Dia punya rasa bagi aku not bad dan tak ada la rasa atau bau pelik.
Disebabkan harga yang murah dan jarang ada di rak. Kalau aku nampak mesti borong semua macam dalam gambar di atas 😅. Mula-mula ingat ada satu flavour sahaja iaitu Spicy Mala. This year baru jumpa flavour BBQ.
![]() |
| Mee Kari di Hentian Sebelah Serdang Arah Utara. |
Balik dari HPUPM baru ini singgah sebentar di Hentian Serdang sebab nak solat. Tapi bila dah berhenti tu terasa pulak nak minum segelas kopi panas dan kemudian ternampak orang depan makan mee kari. Kita pun hurmm macam sedap maka ter-order lah semangkuk 😅. By the way memang sedap dan berbaloi termakan hihii..
![]() |
Malam kelmarin makan mamak sebab si ayah penat dan tak sempat nak masak. Si ibu outstation 3-4 hari maka ke mamak Fatimah Gaus la.. Jangan tanya apa the kids nak makan, lambat jadinya. Kita orderkan terus Roti Nan Cheese, Tandoori dan Tosei Garing untuk dimakan kami berempat.



Fatimah Gaus tu dah macam korang punya dapur kan? Heheheh.
ReplyDelete(Sori lom sempat ke sana lagi... Sebab lately ni pagi selalu je ada benda urgent...)
Betul la tu memang dah jadi dapur kitorang.. asal lapar dan nak cepat situ jer lah dituju nya hahaha.. Nanti dah free roger.. boleh jumpa di taman midah juga :D
DeleteGombak hujan ni, sedap juga kalau layan tosei :)
ReplyDeletePekena teh tarik kurang manis dengan tosei sekali skala time hujan mmg layan :D
Deletebab penat tu mmg kdg2 kita rasa nk rehat lama...xpe amik masa...sedap tgk mee kari tu.. entry smlm kt blog kita ada tosei juga :)
ReplyDeletethere is a things playing around us... some is important and some is not..
DeleteOh ye ke ada tosei juga nanti kita terjah.. sidebar ni lambat update pulak update dari rakan rakan blog..
dashboard reading blog tgh problem...tkde keluar latest entry lately so mmg kena klik link blog utk tgk latest update entry
DeleteThis week macam ada problem sikit kan dengan blogspot.com ni.. tak apa la nama pun platform free hehehe.. nanti okla tu :D
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesedapnya Roti Nan Cheese. susah nak jumpa yang cheese melimpah ruah.
ReplyDeleteMeh dtg mamak sini.. Cheese dia mmg tak kedekut mmg kalah mamak lain.. sini tarik cheese dah sama mcm pizza hut huhuu
DeleteTengok gambar pun dah boleh agak, mesti sedap tu mee kari.
ReplyDeleteSedap la lagi pun tepi rnr jer kan.. unexpected rasa dia sedap dan kuah dia pekat and rich.. mmg thumb up la :D
DeleteOK..Nnt bleh try gi cari ni =D
ReplyDeleteSila cari dan try makan lepas tu bagi review macam mana hihii :D
Deletewah...boleh diharap ayah ni... tahniah
ReplyDeleteNak anak ramai kene lah multitasking dan boleh diharap huhuu.. :D
DeleteRTE 7E tu nanti boleh dicuba kalau pergi travel nanti..
ReplyDeleteMee Kari adalah salah satu makanan fevret saya tp susah nak cari yang menepati citarasa saya...
Jarang nak jumpa pack RTE tu.. Kalau bawa pergi travel itulah yang paling laku dalam family kitorng huhu.. Boleh try mee kari di rnr ni.. alhamdulillah sedap dan kuah pekat huhu..
Delete