Salam pagi Hari Selasa yang indah lagi ceria ☺️
Minggu ini dipenuhi dengan pelbagai kerja dan tanggungjawap. Namun masih kuat setiap hari untuk carry on dan survive sehingga ke malam huhuhu..
Tapi sibuk macam mana pun si ayah tetap dapat masak nasi ayam semalam untuk anak anak makan bila balik sekolah tengah hari dan makan malam. Bila sibuk memang masak sekali jer dalam sehari.
![]() |
Bila kita penat dan focus buat kerja sampai kadang-kadang banyak benda tak sempat buat.. Sampai nak lunch semalam pun kena lupakan. Tapi semalam ada seorang kenalan tegur.
Dia kata.. "Aku tengok life kau ni best jer.. rileks jer setiap hari.. lepas tu selalu pergi travel sana sini.." Dan aku macam.. "Huh..? Kenapa kau cakap macam tu?".. Dalam hati berkata.. aku nak lunch pun tak sempat kot π
..
![]() |
Dia kata "Kau duit banyak family kaya sebab tu life kau senang boleh travel sana sini.. Aku ni susah ada family dengan anak-anak.." terus aku reply "Tak la.. Mana ada family aku kaya.. Habis tu aku tak ada anak-anak ke?" Sedikit panas di situ hahaha..
Terus aku sambung "Nak seribu daya jangan ada seribu dalih".. family aku orang susah, bukan family kaya.. Masa aku belajar oversea pun parent aku mampu bagi RM50.00 sebulan sahaja.." Aku dapat bantuan yuran pelajaran dengan tempat tinggal sahaja..
![]() |
Bab makan memang susah tapi nasib baik housemate semua (5 orang) banyak membantu. Lagi pun aku boleh masak so diorang beli barang dan aku jadi tukang masak. That is how aku survive dan dari zaman belajar lagi aku dah bekerja untuk dapatkan duit belanja. Namun duit belanja tu aku berjimat sampai boleh travel negara jiran masa di South Africa dulu.
Dan bila aku dah bekerja dan berkahwin walau ketika gaji RM1,700.00 sebulan pun aku dah mampu travel ke sekitar Asia. Is about how you manage and how you want to spent your money.. Again nak seribu daya tak nak seribu dalih.
Dan aku kata orang kebiasaannya tak tunjuk kesusahan yang dia alami. Tapi orang kebiasaan hanya tunjuk kejayaan sebab kejayaan akan menjadi inspirasi kepada orang lain.
![]() |
Terus aku teringat sesuatu yang aku baca few days ago dan bagitau dia "Juara will act like a Juara and Loser will act like a loser.." π€·π». Namun aku kata lagi "Aku tak kata apa yang aku buat ini (travel sana sini) adalah perkara yang betul tapi sebab aku minat dan aku nak capai impian aku and at the same time insyallah aku tak nak abaikan life aku.."
Orang biasa akan nampak sesuatu yang kita capai but how struggle we are itu memang tak akan nampak. Korang pernah rasa macam ni tak? Huhuu..




Itulah, selalu juga orang akan ambil perkara yang kita kongsi saja. Maklum, benda kita kongsi ni mostly indah-indah saja. Plus, inspirasi dan pemangkin untuk yang punya misi sama dengan kita.
ReplyDeleteYang perit tu, cukuplah buat simpan sendiri. Kadang struggle tu kita hanya akan kongsi bila kita dah faham, hasil struggle itulah yang buat kita menjadi manusia hari ni.
Tapi serius, blog ni buat saya rasa macam inspirasi untuk tetap merantau sekeluarga ^_^
Kann.. kenapa nak kongsi perkara yg sedih, yg tak best atau yg menyakitkan .. hidup ini pilihan kita.. terus mara kehadapan mencari kecerian atau terperangkap dlm lembah yg bermasalah sendiri..
DeleteYg baik kita kongsi selagi ia boleh buatkan org senyum dan menjadi positif dlm melihat dan berfikir.. Semoga dipermudahkan utk travel bersama keluarga ππ»☺️.
Mesti anak2 seronok dapat makan air tangan bapaknya. Kadang orang nampak yang manis2 je dalam life kita. Yang pahit2 tu selalunya kita simpan rapi. Takkan pahit pun nak share kan.
ReplyDeleteAnak anak pun tahun ayah nya lebih byk spend masa di dapur setiap hari. Sedap tak sedap tu kena telan juga hahahaa.. betul tu yg pahit tu buang jauh2..
DeleteSaya pun rasa media sosial banyak membentuk persepsi kita sekarang. Kita tengok orang berjaya, hidup selesa, semuanya nampak mudah. Tapi yang susah-susah selalunya orang tak tunjuk. Kita sendiri pun begitu juga π Jadi sebagai penonton, kita kadang-kadang lupa bahawa setiap kejayaan ada cerita struggle di belakangnya. Jangan cepat menilai seseorang hanya berdasarkan apa yang kita nampak. Dan saya setuju, kalau nak rasa senang, kita kena sanggup lalui kesusahan juga. Salam dari Indonesia ππ»
ReplyDeleteBetul tu setiap kejayaan pasti ada struggle yg dilalui setiap org sebelum kejayaan itu dicapai. Apa yg baik mungkin boleh jadi inspirasi buat yg lain.. Mana yg tidak kita buang jauh-jauh.. apa pun halangan sebelum berjaya itu pasti ada seperti lumrah kehidupan..
DeleteAgreed. org nmpk kite senang trus ckp mcm2 and ada yg nk meminjam.Dia x nmpk kita struggle jimat duit here & there =D
ReplyDeleteMulut org kan.. Nampak yg indah indah terus nak buat conclusion yg kita ini berduit bagai and so on.. Part yg kita bersusah payah dan berjimat bagai demi sesuatu moment bersama keluarga tu tak nampak langsung..
DeleteBetul tu, 'nak seribu daya, tak nak seribu dalih'. Kalau betul-betul ada impian, pusing macam mana pun kita akan cari jalan juga kan. Hebat si ayahnya haa...., sibuk-sibuk pun sempat lagi masakkan nasi ayam untuk anak-anak balik sekolah...terbaik la...
ReplyDeleteKadang2 bila kita letak mission dalam sesuatu perkara especially dlm life.. kita akan nampak life kita akan lebih teratur. Dan bila kita achieve mmg terasa satu kelegaan.. ☺️ππ»
Deleteitulah setiap orang ada struggle kita sendiri kan Afif, yang zahir nampak di mata yang selebihnya hanya kita dan Allah swt yang tahu.
ReplyDeleteBetul.. setiap org ada struggle sendiri samada itu kewajipan dia atau sesuatu yg dia nak capai dalam hidup dia.. and yes Allah jua yg Maha Mengetahui segala nya.. π€²π»
DeleteSetuju.. kita semua ni bermula dari titik bawah. Orang nampak hidup kita senang tapi dieorg tak nampak macamana struggle kita masa nak mula2 hidup.
ReplyDeleteYes exactly.. kita mula dari titik bawah dan ramai yg tak akan nampak perkara itu.. yg assume kita lahir atas katil penuh duit tu mmg ramai huhuu..
DeleteAlhamdullilah, hadiah terindah yang allah swt beri diatas titik usaha afif. Beruntung anak-anak, ayah pandai masak πππ
ReplyDeleteSekadar minat dan kemudian kita tukar kepada komitmen untuk mencapai moment kejayaan bersama keluarga.. Ala masak simple simple tu mmg boleh la..
DeleteSubahanallah,berkat usaha ada kemahuan dan the most important..Allah berikan kesempatan dan izinNya..alhamdulillah tuan ustaz..
ReplyDeleteBila ada kemahuan kita kena berusha untuk mencapai kemahuan itu.. betul tak?
DeleteKalau baik jalan nya insyallah Allah permudahkan urusan kita amin..
Nasi ayam is on my list ni, jadi tak jadi kita tungguuuuuuu hehe...
ReplyDeleteMan jadda wa jada πͺπ»
Buat sup ayam pastu tanak la nasi dgn sup tu hihih.. Insyallah jadi sbb simple jer :D
Deleteselalunya orang akan nampak yang best2 je, yang kite susah, kite struggle selalunya orang tak nampak. apa2 pon betul kata pujangga, hendak seribu daya, seribu usaha..
ReplyDeleteEven kalau kita susah dan struggle pun ramai yg tak nampak atau buat buat tak nampak.. Most of the time kita memang kita kena usaha sendiri kalau nak sesuatu.
DeleteCuba dia pakai 'kasut' kita... baru dia tau kasut kita tapak dah haus, koyak sana sini, terpijak taik... lebih sedih kadang2 dah tak muat! Hehehehe
ReplyDeleteSetuju sangatt.. Keadaan kasut kita hanya kita sendiri yg tahu apa masalahnya..
DeleteBab tak muat tapi sarung juga tu .. ayah2 memang faham sangat huhuu..
Biasanya kita usahakan kongsikan perkara yang molek-molek untuk menyebarkan kebahagiaan begitu sebab dunia telah terlalu banyak kisah tragis
ReplyDeleteYes untuk menyebarkan kebahagian.. sebab tu yg molek molek jer kita share kan.. Perkara tragis dah pun banyak berlaku so tak yah la kita pun nak share huhuu
Deletetravel tu minat masing2..dan ramai jer org tak minat travel..even among my siblings, ada jer yg tak gi travel abroad wpun mampu sbb katanya, membazir etc..so kita raikan pendapat masing2 lah
ReplyDeleteMinat setiap org berbeza kan.. As long kita nampak ia tidak memudaratkan jgn lah bangkang.. Biarkan saja.. kita raikan pendapat masing2..
DeleteKasut setiap orang tak sama kan... ada yang rezeki lebih kt sini, ada yang lebih kat situ, ada yang lebih kat sinun. Kadang ada lebih duit, kurang kt lain. Ada yang lebih tempat lain kurang duit. Ada yang memang sentiasa terlebih semuanya hehehe. Rezeki masing-masing tak sama, tapi bab usaha kalau kita tak usaha memang tak dapat apa lah kan..
ReplyDeleteYeszaa.. setuju sangat.. rezeki setiap org itu pun berbeza dari pelbagai bentuk.. lebih pd anak kurang pada duit.. lebih pada duit kurang pada kasih syg gitu.. apa pun yg penting dalam setiap perkara kena ada usaha dan doa..
Deletebetul tu.. org sllunya hanya nampak senang kita je. waktu kita struggle ikat perut ape segala, org x tahu huhuhu
ReplyDeleteKdg2 mata dan mulut org ni berada di luar kawalan kita.. tak boleh nak control.. kita kena rileks jer bila org kata sesuatu pada kita huhu.. hakikat susah senang mmg kita sahaja yg tahu..
Deleteorang yg bercakap tu pun sebenarnya ada nikmat lain yg Allah bagi pada dia, tapi dia tak perasan. kadang2 kita memang nampak hidup orang lain lagi best mungkin kerana kita takde benda tu. tapi jangan lupa bersyukur pada rezeki yg kita ada pada harini
ReplyDeleteTak perasan nikmat yg diberikan tu.. setuju.. dan yang dia nampak kelebihan pada org lain adalah kekurangan pada diri dia.. yes kita kena sentiasa bersyukur pada rezeki yg kita ada..
DeleteAda kawan-kawan usik. Katanya kalau selalu travel maknanya banyak duit. Saya sahut yang tak travel tu lagi banyak duit sebab tak 'buang' duit hihihiii.
ReplyDeleteSamalah dgn kawan yg suka hisap rokok tu.. kata tak ada duit memanjang hahaha.. sebulan berapa ratus habis utk beli rokok huhuu :D
DeleteOrang luar kan tidak tau betapa di dalam kita itu kerja keras dan berhemat mungkin, mereka hanya lihat sisi luar kita yang terlihat hidup senang dan jalan"kesana kesini, enggak apa bang, kan bisa jadi inspirasi yg lain π
ReplyDeleteItulah kerna saya rasa ia boleh memberi inspirasi kepada yg lain makanya saya positif aja selalu.. mungkin di mata org hidup kita enak sentiasa tiada susah dan peluh yg di rasai huhuhuu..
DeleteSelalu macam ini tau.. Orang hanya nampak kesenangan kita sahaja.. Sedangkan untuk mendapat kesenangan tu bukanlah mudah, bagaimana kita berjimat cermat, bercatu-catu.. Semua orang boleh buat apa yang dia nak buat kalau bersungguh.. Macam encik cakaplah, kalau nak pasti akan diusahakan dengan bersungguh.. Bila tak nak tu beribu dlaih yang akan diberi..
ReplyDeleteOrg yg tak faham memang akan lihat pada yg mudah dan senang dan kemudian mmg membuat andaian sendiri.. Kami travel setiap anak semua berjimat dari duit raya sehinggalah duit belanja sekolah.. sbb anak2 pun tahu seronok kalau ikut travel.. dan cara kita nak ajar anak untuk berusaha utk dptkan sesuatu..
DeletePatutlah pandai masak, sejak bujang dah masakkan untuk housemates ya. Cayalah! Untunglah puan isteri. Betul la tu, orang cuma tengok kita senang je. Dia tak tahu dulu kita pernah jual kuih, bergolok bergadai jual emas. Takkan nak tunjuk semua benda.
ReplyDeleteYesza.. zaman belajar dulu kalau tak pandai masak di oversea mmg habis la.. ada duit pun tak berguna hahaha.. kena pepandai hidup utk belajar masak.. bab bergodak gadai bagai tu mmg betul tpi mana ada org tahu huhuu..
DeleteSetujuuuu sangat. Seriiiiing menghadapi orang begini juga. Mereka pikir gaji saya besar, tiap tahun bisa traveling, sendiri dan bersama keluarga. Tp mereka tak tahu apa yg saya lakukan sampai bisa mengumpulkan budget traveling
ReplyDeleteSemua itu hanya konsistensi, dan passion. Jika dah menjadi passion kita, apapun akan kita usahakan right? Termasuk mengorbankan hal2 lain.
Orang2 tak paham di situ. Dia hanya pikir uang kita banyak. Trus minta pinjam duit pulaaa π π
Mereka hanya lihat apa yg kita capai setelah bersusah payah utk mengejarnya.. untuk mengejar impian harus ada displin yang tinggi especially dalam menyimpan duit.. dan akhirnya mereka hanya mengungkap oh ini orang kaya biasa berbuat apa sahaja.. π€¦π»
DeleteNak pinjam duit tu kalau kita dpt tolong kita tolong.. kalau tak dapat kdg2 tu kita pula dituduh kedekut huhuu.. π π€¦π»
DeleteOrang nampak apa yang ditonjolkan. Apa yang berlaku off record orang tak tahu....kita buat je la apa yang kita rasa baik....orang nak kata memang dia akan kata....
ReplyDeleteYes sebab kalau niat kita betul insyallah kita ok sahaja.. dan terus berbuat apa yg kita suka..org nak kata apa pun biar pi kat depa la kan huhuu.. π
DeleteBetull. Setuju.. Orang tak nampak kita hustle, hanya nampak hasil.
ReplyDeleteKalau lihat dan mereka bergembira sekali tak apa la.. ini ada yg sakit hati dan mengata2 tu yg tak best huhuu.. tp biarkan jer la huhu..
Delete