Pages

Tuesday, 19 May 2026

Nak Seribu Daya Tak Nak Seribu Dalih

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Salam pagi Hari Selasa yang indah lagi ceria ☺️

Minggu ini dipenuhi dengan pelbagai kerja dan tanggungjawap. Namun masih kuat setiap hari untuk carry on dan survive sehingga ke malam huhuhu..

Tapi sibuk macam mana pun si ayah tetap dapat masak nasi ayam semalam untuk anak anak makan bila balik sekolah tengah hari dan makan malam. Bila sibuk memang masak sekali jer dalam sehari.

Bila kita penat dan focus buat kerja sampai kadang-kadang banyak benda tak sempat buat.. Sampai nak lunch semalam pun kena lupakan. Tapi semalam ada seorang kenalan tegur. 

Dia kata.. "Aku tengok life kau ni best jer.. rileks jer setiap hari.. lepas tu selalu pergi travel sana sini.." Dan aku macam.. "Huh..? Kenapa kau cakap macam tu?".. Dalam hati berkata.. aku nak lunch pun tak sempat kot πŸ˜…..

Dia kata "Kau duit banyak family kaya sebab tu life kau senang boleh travel sana sini.. Aku ni susah ada family dengan anak-anak.." terus aku reply "Tak la.. Mana ada family aku kaya.. Habis tu aku tak ada anak-anak ke?" Sedikit panas di situ hahaha..

Terus aku sambung "Nak seribu daya jangan ada seribu dalih".. family aku orang susah, bukan family kaya.. Masa aku belajar oversea pun parent aku mampu bagi RM50.00 sebulan sahaja.." Aku dapat bantuan yuran pelajaran dengan tempat tinggal sahaja..

Bab makan memang susah tapi nasib baik housemate semua (5 orang) banyak membantu. Lagi pun aku boleh masak so diorang beli barang dan aku jadi tukang masak. That is how aku survive dan dari zaman belajar lagi aku dah bekerja untuk dapatkan duit belanja. Namun duit belanja tu aku berjimat sampai boleh travel negara jiran masa di South Africa dulu.

Dan bila aku dah bekerja dan berkahwin walau ketika gaji RM1,700.00 sebulan pun aku dah mampu travel ke sekitar Asia. Is about how you manage and how you want to spent your money.. Again nak seribu daya tak nak seribu dalih. 

Dan aku kata orang kebiasaannya tak tunjuk kesusahan yang dia alami. Tapi orang kebiasaan hanya tunjuk kejayaan sebab kejayaan akan menjadi inspirasi kepada orang lain. 

Terus aku teringat sesuatu yang aku baca few days ago dan bagitau dia "Juara will act like a Juara and Loser will act like a loser.." 🀷🏻. Namun aku kata lagi "Aku tak kata apa yang aku buat ini (travel sana sini) adalah perkara yang betul tapi sebab aku minat dan aku nak capai impian aku and at the same time insyallah aku tak nak abaikan life aku.."

Orang biasa akan nampak sesuatu yang kita capai but how struggle we are itu memang tak akan nampak. Korang pernah rasa macam ni tak? Huhuu..

10 comments:

  1. Itulah, selalu juga orang akan ambil perkara yang kita kongsi saja. Maklum, benda kita kongsi ni mostly indah-indah saja. Plus, inspirasi dan pemangkin untuk yang punya misi sama dengan kita.

    Yang perit tu, cukuplah buat simpan sendiri. Kadang struggle tu kita hanya akan kongsi bila kita dah faham, hasil struggle itulah yang buat kita menjadi manusia hari ni.

    Tapi serius, blog ni buat saya rasa macam inspirasi untuk tetap merantau sekeluarga ^_^

    ReplyDelete
  2. Mesti anak2 seronok dapat makan air tangan bapaknya. Kadang orang nampak yang manis2 je dalam life kita. Yang pahit2 tu selalunya kita simpan rapi. Takkan pahit pun nak share kan.

    ReplyDelete
  3. Saya pun rasa media sosial banyak membentuk persepsi kita sekarang. Kita tengok orang berjaya, hidup selesa, semuanya nampak mudah. Tapi yang susah-susah selalunya orang tak tunjuk. Kita sendiri pun begitu juga πŸ˜… Jadi sebagai penonton, kita kadang-kadang lupa bahawa setiap kejayaan ada cerita struggle di belakangnya. Jangan cepat menilai seseorang hanya berdasarkan apa yang kita nampak. Dan saya setuju, kalau nak rasa senang, kita kena sanggup lalui kesusahan juga. Salam dari Indonesia πŸ™πŸ»

    ReplyDelete
  4. Agreed. org nmpk kite senang trus ckp mcm2 and ada yg nk meminjam.Dia x nmpk kita struggle jimat duit here & there =D

    ReplyDelete
  5. Betul tu, 'nak seribu daya, tak nak seribu dalih'. Kalau betul-betul ada impian, pusing macam mana pun kita akan cari jalan juga kan. Hebat si ayahnya haa...., sibuk-sibuk pun sempat lagi masakkan nasi ayam untuk anak-anak balik sekolah...terbaik la...

    ReplyDelete
  6. itulah setiap orang ada struggle kita sendiri kan Afif, yang zahir nampak di mata yang selebihnya hanya kita dan Allah swt yang tahu.

    ReplyDelete
  7. Setuju.. kita semua ni bermula dari titik bawah. Orang nampak hidup kita senang tapi dieorg tak nampak macamana struggle kita masa nak mula2 hidup.

    ReplyDelete
  8. Alhamdullilah, hadiah terindah yang allah swt beri diatas titik usaha afif. Beruntung anak-anak, ayah pandai masak πŸ’—πŸ’—πŸ’—

    ReplyDelete
  9. Subahanallah,berkat usaha ada kemahuan dan the most important..Allah berikan kesempatan dan izinNya..alhamdulillah tuan ustaz..

    ReplyDelete
  10. Nasi ayam is on my list ni, jadi tak jadi kita tungguuuuuuu hehe...

    Man jadda wa jada πŸ’ͺ🏻

    ReplyDelete