Pages

Tuesday, 5 May 2026

Nasi Lemak Homemade Ayah Di Pagi Ahad

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Cerita pagi ahad baru ini. Macam biasa bila tak idea sangat nak update pasal travel maka masakan dan aktiviti la yang menjadi mangsa hihii..

Bangun subuh selesai semua tanggungjawap sambung tidur sebab tak ada plan apa-apa. Bila terjaga hampir 9.00 pagi.  Terus ke dapur tengok apa yang boleh dimakan untuk sarapan.

Tengok rendang daging ada dalam frozen.. Hurmm terus decide masak nasi lemak. Masak banyak supaya boleh makan terus sampai dinner hahahaa. Senang tak seorang ayah berfikir? πŸ˜…

Rendang Daging - The only lauk untuk nasi lemak.

Ikan Bilis dan Kacang Goreng wajib ada kalau nasi lemak.
Nasi Lemak kasi tambah Daun Pandan, Bawang dan Halia untuk wangi.
Senang masak nasi lemak ni sebab tak sampai sejam dah boleh siap terhidang atas tikar. Tapi masak sambal kena bersilat sikit dari menumis sampai la habis masak nak kena lap sentiasa dapur tu. Nasib ada kotak kat rumah boleh la buat penghadang sambal yang meloncat loncat keluar dari kuali tu πŸ˜….

Telur Rebus 10 biji bagi the kids puas makan.
Sambal nasi lemak my way is wajib letak asam jawa.
Kat rumah ni the kids layan timun jepun sahaja..
Aku masak nasi 5 cup beras alhamdulillah bertahan sampai malam and the kids makan sampai habis dari pagi sampai ke malam. Boleh la rehat sepanjang hari dan buat kerja lain. Kalau tak kang tengah hari nak kena masak lain. Dia bukan malas tapi berfikir luar kotak hahaha.. korang weekend masak apa? ☺️

13 comments:

  1. Aduh begitu liat postingan ini jadi timbul rasa lapar bang, harum sambal dan nasi lemak tuh dah sampe di siniπŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalau masak sambal sendiri memang lama dan tak pedas.. pakai gula kabung lebih enak dri gula biasa :D

      Delete
  2. Singgah sebentar https://belogsjm.blogspot.com/2026/05/segmen-satu-kata-chatgpt-tentang-blog.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih invite.. sudah dikunjungi insyallah nanti saya join bila ada masa terlapang ya :D

      Delete
  3. sedap tu nasi lemak homemade jamu selera famili rajin sungguh ayah anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak masak tu leceh sikit tapi boleh tahan sampai dinner tu yg tenang hihii :D

      Delete
  4. sy tak pernah pulak try masak nasi lemak. nasi nye senang, sambal nye yg leceh. habis satu dapur merecik sambal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila masak dan dimakan beramai ramai mmg seronok dan berbaloi la nasi lemak.. Anak-anak pula mmg pemakan nasi lemak di sekolah.. :D

      Delete
  5. Wah hebat seorang ayah sediakan nasi lemak untuk breakfast.. Terus datang idea esok nak masak nasi lemak, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok ok nanti dah buat sila share di blog hihii.. nak tgk versi LZ pulak :D
      Ala ayah msk tak sama macam ibu.. ayah msk asal jadi jer main campak campak.

      Delete
  6. Nampak sedap betul nasi lemaknya ni.....pandai betul awak masak ya....hmmmm nak masak nasi lemak ke hari ni?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila masak sendiri mula la nak letak santan tak bercatu hihii.. bagi pekat bagai.. ala kita main cmpak2 jer.. masak la ... Tambah ayam goreng berempah hihii..

      Delete
  7. Nasi lemak kayangan tu ada rendang.
    Nasi lemak paling senang kalau hari cuti, buat banyak dan makan untuk seharian. Kalau bubuh air asam jawa ada rasa lain sket berbanding asam keping. Akak suka NL telur rebus berbanding goreng. Tapi kalau beli, suka yang goreng.

    ReplyDelete