Pages

Tuesday, 5 May 2026

Nasi Lemak Homemade Ayah Di Pagi Ahad

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Cerita pagi ahad baru ini. Macam biasa bila tak idea sangat nak update pasal travel maka masakan dan aktiviti la yang menjadi mangsa hihii..

Bangun subuh selesai semua tanggungjawap sambung tidur sebab tak ada plan apa-apa. Bila terjaga hampir 9.00 pagi.  Terus ke dapur tengok apa yang boleh dimakan untuk sarapan.

Tengok rendang daging ada dalam frozen.. Hurmm terus decide masak nasi lemak. Masak banyak supaya boleh makan terus sampai dinner hahahaa. Senang tak seorang ayah berfikir? πŸ˜…

Rendang Daging - The only lauk untuk nasi lemak.

Ikan Bilis dan Kacang Goreng wajib ada kalau nasi lemak.
Nasi Lemak kasi tambah Daun Pandan, Bawang dan Halia untuk wangi.
Senang masak nasi lemak ni sebab tak sampai sejam dah boleh siap terhidang atas tikar. Tapi masak sambal kena bersilat sikit dari menumis sampai la habis masak nak kena lap sentiasa dapur tu. Nasib ada kotak kat rumah boleh la buat penghadang sambal yang meloncat loncat keluar dari kuali tu πŸ˜….

Telur Rebus 10 biji bagi the kids puas makan.
Sambal nasi lemak my way is wajib letak asam jawa.
Kat rumah ni the kids layan timun jepun sahaja..
Aku masak nasi 5 cup beras alhamdulillah bertahan sampai malam and the kids makan sampai habis dari pagi sampai ke malam. Boleh la rehat sepanjang hari dan buat kerja lain. Kalau tak kang tengah hari nak kena masak lain. Dia bukan malas tapi berfikir luar kotak hahaha.. korang weekend masak apa? ☺️

45 comments:

  1. Aduh begitu liat postingan ini jadi timbul rasa lapar bang, harum sambal dan nasi lemak tuh dah sampe di siniπŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalau masak sambal sendiri memang lama dan tak pedas.. pakai gula kabung lebih enak dri gula biasa :D

      Delete
  2. Singgah sebentar https://belogsjm.blogspot.com/2026/05/segmen-satu-kata-chatgpt-tentang-blog.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih invite.. sudah dikunjungi insyallah nanti saya join bila ada masa terlapang ya :D

      Delete
  3. sedap tu nasi lemak homemade jamu selera famili rajin sungguh ayah anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak masak tu leceh sikit tapi boleh tahan sampai dinner tu yg tenang hihii :D

      Delete
  4. sy tak pernah pulak try masak nasi lemak. nasi nye senang, sambal nye yg leceh. habis satu dapur merecik sambal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila masak dan dimakan beramai ramai mmg seronok dan berbaloi la nasi lemak.. Anak-anak pula mmg pemakan nasi lemak di sekolah.. :D

      Delete
  5. Wah hebat seorang ayah sediakan nasi lemak untuk breakfast.. Terus datang idea esok nak masak nasi lemak, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok ok nanti dah buat sila share di blog hihii.. nak tgk versi LZ pulak :D
      Ala ayah msk tak sama macam ibu.. ayah msk asal jadi jer main campak campak.

      Delete
  6. Nampak sedap betul nasi lemaknya ni.....pandai betul awak masak ya....hmmmm nak masak nasi lemak ke hari ni?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila masak sendiri mula la nak letak santan tak bercatu hihii.. bagi pekat bagai.. ala kita main cmpak2 jer.. masak la ... Tambah ayam goreng berempah hihii..

      Delete
  7. Nasi lemak kayangan tu ada rendang.
    Nasi lemak paling senang kalau hari cuti, buat banyak dan makan untuk seharian. Kalau bubuh air asam jawa ada rasa lain sket berbanding asam keping. Akak suka NL telur rebus berbanding goreng. Tapi kalau beli, suka yang goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjumpa rendang frozen stock raya syawal lpas huhuu.. tu yg masak nasi lemak.. Msk waktu cuti mmg byk masa.. sekali masak makan seharian πŸ˜…πŸ‘πŸ».. Kalau beli telur goreng tu jdi penambah rasa 🀀

      Delete
  8. Sedap nasi lemak ni, siap ada rendang πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendang frozen stok dari raya syawal lepas hihii.. asbab terjadi nasi lemak.. πŸ˜…πŸ‘ŒπŸ»

      Delete
  9. Konon² nak buat nasi lemak juga...tapi, cili kering tak rendam, ikan bilis dah bau hapak..dan kesihatan tak mengizinkan...jadi, masak tomyam, goreng kuetiau ajelah.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cili kering kalau tak rendam pakai cili boo jer la.. pejam la sebelah mata sekali sekala hahahaa.. aduh ikan bilis bau hapak.. kena simpan dlm peti ais utk tahan lebih lama.. semoga sihat sentiasa.. tomyam sdp gak tu :D

      Delete
  10. nasi lemak memang wajib buat lebih. senang makan berkali kali sepanjang hari. hehe. kemain istimewa ada rendang daging. untung la ada yg frozen kan? akak punya ada skit lagi rendang daging.

    sambal nasi lemak memang benda paling malas akak nak buat. biasanya buat banyak dan simpan. nak makan dengan pulut kuning, lempeng kosong, mihun goreng benda dah ready. boleh makan dengan 2-3 kali projek nasi lemak tanpa perlu kotorkan dapur dan mengemop lantai hasil percikan sambal.haha. tapi akak kalau buat memang guna periuk besar dan dalam, agar kurang kena bom dengan percikan tu. malas nak mop.huwaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn saya.. nasi lemak mmg kena buat lebih sebab nak simpan pun senang tak cepat basi.. rendang daging tu asbab terjaid nasi lemak sebab ternampak dlm frozen huhu.. pagi ahad pulak tu.. mmg bersilat kejap la untuk makan sampai ke malam :D

      Delete
    2. Bab nak masak sambal la paling lecel tapi dulu kat kampung suka masak sambal guna dapur kayu diluar beranda kampung.. nak meletup ke apa ke biar je.. tak yah nak lap hahahaa.. ni kat rumah aduhai penat dan letih nak menjadi dari kotoran sambal.. nak kena lap sentiasa huhuu..

      Delete
  11. Kalau hujung minggu saya akan masak sekali je buat lauk tengahari sampai ke malam sbb mak2 pun nak rehat jugak hujung minggu hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... Hujung minggu ni macam hari utk bermalas malasan sikit huhuhuu..
      Ayah ayah pun nak rehat juga huhuu.. πŸ˜…

      Delete
  12. Nasi lemak homemade macam ni memang lain feel dia. Lagi-lagi bila makan pagi Ahad dengan family, memang nampak simple tapi cukup menyelerakan. Sambal dan rendang tu memang nampak padu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau makan kat luar biasa sebungkus atau sepinggan tak cukup tapi kebiasaanya mmg redha jer la.. bila msk sendiri ni agak bahaya sebab boleh bertambah tambah nasi dan lauk rendang tu hahahahaa..

      Delete
  13. Biasanya kalau ayah yg masak mesti laku keras. Mcm ayah saya dia takdela pandai masak sangat, tapi kalau buat mee goreng basah, lagi sedap dari yg mak saya buat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn ayah punya masakan lebih rare hihii.. tapi sy kat paling byk masak berbanding wife huhuu setiap ayah pasti ada satu resrpi yg tak dpt dilupakan ☺️πŸ‘ŒπŸ»

      Delete
  14. Rajin ustaz masak..kasih sayang kepada kids permata hati kan..tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pepagi ahad memasak...boleh la hihihii... Alhamdulillah anak2 mkn dgn gembira..🀲🏻☺️

      Delete
  15. Terernya, seorang suami masak nasi lemak! Nasi lemak homemade adalah paling sedap dan torrrbaik. πŸ˜‹ Kalau tak nak percik sambal, lain kali cuba masak sambal tumis guna periuk. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemak jer ... mana ada terer nyer hahaha.. zaman belajar dulu nasi lemak la paling mudah nk masak huhuuu.. Hurmm ok juga tu guna periuk tinggi kan huhu

      Delete
  16. Menu nasi lemak paling mudah - boleh ulang makan sampai malam, tak perlu dah masak menu lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah masak dan boleh tahan sampai malam tak basi... Budak2 pun pandai ambil sendiri πŸ‘ŒπŸ»

      Delete
  17. Uihh pandai masak nasi lemak. Hebat.. Faa pun gagal lagi nak sukat santan. πŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa sukat santan dgn air lebih kurang jer... Kalau nak lagi senang sukat pakai cawan.. nanti lama2 pandai sndiri la.. ☺️

      Delete
  18. part masak sambal tu laa yg renyah sikit
    yg lain2 tu pejam mata je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang renyeh nak masak sambal ni.. buat pertahanan keliling kuali dgn kotak bagai hahaha..

      Delete
  19. sy suka jenis ikan bilis mcm tu
    tak payah kunyah byk kali dah hancur...
    rs pun sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan bilis kena yg lembut tapi rangup gitu.. kalau ikan bilis kalau tak sedap mmg spoil satu bungkus nasi lemak tu.. 🫣

      Delete
  20. Langsung la KSarie kelaparan bila tengok entry ini. Sedap sungguh nampak nasi lemaknya. Kejap lagi hendak cari nasi lemak la for breakfast

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi Lemak memang sedap... Makan sarapan setiap hari pun boleh hahaha.. kena pulak ada berlainan lauk setiap hari hihii... Sila cari nasi lemak kukus ya ☺️πŸ‘ŒπŸ»

      Delete
  21. Kita sama bang. Saya kalau masak hrs cukup sampai malam. Kalau bisa sampai besok, JD tak usah tiap hari masak 🀣🀣. Bagi saya masak nih hanya supaya tak pingsan kelaparan saja, bukan sesuatu yg menjadi passion saya.

    Beda dengan orang yg memang hobinya masak. Kadang makan siang dan malam pun lauk beda πŸ˜…. Saya tak ada waktu macam tuh.

    Aiiih tak sabar nak ke KL lihat nasi lemak tuh 😍😍. Harap2 lah dekat hotel saya ada penjual nasi lemak 🀭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengok keadaan juga la kalau rajin dan banyak masa mmg boleh sahaja masak dua kali sehari.. tapi bila sibuk nak jimat masa mmg masak sekali sahaja..

      Memasak boleh dikatakan hobi saya juga hihi.. Kalau dtg lgi ke Malaysia cuba cari nasi lemak kukus pula dgn ayam horeng berempah 🀀🀀 hahaha sedapp..

      Delete
  22. Nasi lemak memang menu wajib pagi Ahad. Menarik tips letak asam jawa dalam sambal tu, mesti ada rasa masam-masam manis sikit. Memang berbaloi masak sendiri, santan boleh letak pekat-pekat baru la rasa 'kick'! Seronok anak-anak dapat makan air tangan ayah..macam SA lebih suka letak asam keping dalam sambal..memang belajar dengan mak letak asam keping..lain orang lain cara kan...alaaa...lama x buat nasi lemak..kena buat la weekend ni

    ReplyDelete
  23. senang la masak sekali jer, terus tahan sampai mlm!! i kalau masak nasi lemak, memang utk bf jer, dan kdg2 lajak utk lunch tu pun biasanya lauk dah abih awal2 (ayam goreng jer lauknya :p)

    ReplyDelete