Pages

Friday, 3 July 2026

Istanbul Part 4 : Menaiki Train Dan Tram Dari Otogar Esenler Ke Sultanahmet

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Istanbul Part 3 : Perjalanan 12 Jam Menaiki Bas Dari Bucharest Romania ke Turkey

Aku jadi blurr sekejap di hadapan mesin tiket metro sebab tak boleh nak beli kad metro ni atau dipanggil Istanbul Karti. Kad berharga ₺130.00 tapi bila dah final nak bayar kena reject. Ada yang cuba nak bantu tapi aku tak faham, takut juga kalau yang nak tolong tu nak tipu πŸ˜…. Sehinggalah ada yang menyuruh aku beli kad metro di kedai berhampiran.

Safely arrived at Esenler Otogar - Istanbul Bus Station after 12 hours.
Terus aku duduk sekejap sambil memandang ke arah mesin berkenaan. Ikutkan hati nak sahaja beli Istanbul Kart di kedai serbaneka tapi berharga ₺200.00 - ₺250.00. Dan untuk top up duit di mesin tak la susah mana.

Tak ada pulak yang boleh speaking time ni huhu. At last aku try bayar dengan menggunakan duit kertas yang besar iaitu ₺200.00 dan terus lepas. Dan baru aku tahu untuk permulaan nak beli kad metro mestilah beli sekali dengan top up ₺70.00. Tak boleh beli kad sahaja. Ke aku yang salah? 😏

At last berjaya juga nak beli Istanbul Kart ni di mesin dengan harga ₺130.00.
Dah dapat kad metro jom ah kita naik train menuju ke Sultanahmet.
Dapat kad terus aku naik metro menuju ke area area Sultanahmet. Dari Otogar Station menaiki Train M1B Red Line ke Aksaray Station dan berjalan 400 meter untuk menaiki Tram T1 di Station Yusufpasa dan turun di Cemberlitas Station.

Dari Esenler Otogar aku naik metro ke Aksaray Station.
Sesampai di Cemberlitas Tram Station, boleh dikatakan aku telah pun berada di tengah-tengah Kota Istanbul di area Sultanahmet. Dan Kota Istanbul ini teramatlah besar dan terbahagi kepada dua bahagia yang selalu disebut sebagai Istanbul Eropah dan Istanbul Asia. Dan di Istanbul Eropah dua kawasan yang popular adalah di Sultanahmet dan Taksim.

Menanti ketibaan tram di Station T1 Yusufpasa untuk ke Cemberlitas Station.
Bagi yang belum pernah sampai di Istanbul, Sultanahmet adalah di mana Blue Mosque, Hagia Sophia Grand Mosque, Grand Bazaar, Topkapi Palace Museum dan GΓΌlhane Park. Untuk nak naik cruise boleh dikatakan semua tour bermula di bahagian Sultanahmet. Dan di area Taksim di mana terletaknya Galata Tower, Karakoy dan Taksim Square.

Last destination sampai juga di Cemberlitas Tram Station.
Pemandangan di sekitar Cemberlitas Tram Station.
Terdapat sebuah madrasah yang telah berusia ratusan tahun.
Setelah lebih 30 minit akhirnya aku berjaya sampai di Cemberlitas Tram Station. Maka officially aku dah sampai area Sultanahmet. Di sini boleh kelihatan kesibukan setiap orang especially para tourist dari segala pelusuk dunia ada di sini.

Aku keluarkan handphone dan terus ikut google map untuk berjalan ke arah hotel yang terletak lebih 700 meter dari tram station. Sambil berjalan aku perhatikan suasana di persekitaran jalan-jalan kecil yang telah dibina ratusan tahun dahulu.

Chinese Restaurant is everywhere in the world. Tak sure yang ini halal atau tidak.
Bau makanan yang sedap-sedap sangatlah mengganggu perjalanan aku.
Kalau tak kejar nak jumpa Kak D dengan Abg N memang dah berhenti makan dulu.
Terdapat banyak masjid lama ratusan tahun yang dipanggil Cami di sini. Kalau solat di masjid lama ni boleh terasa kelainan auranya. Apatah lagi peninggalan Empire Ottomaniyah yang memerintah lebih 700 tahun sebagai Khalifah Islam.

Dan terdapat beberapa buah madrasah di sepanjang perjalanan aku ke hotel. Agak luar biasa sebab kebanyakan madrasah ini telah dibina sejak ratusan tahun dahulu dan ada yang bermula sebelum kurun ke-14 Hijrah. Dan paling best terletak ditengah-tengah bandar. Kalau kat Malaysia, madrasah mostly jauh ke kawasan pedalaman huhu.

Terlalu pulak dengan kedia roti ni. Bau roti dia memang melagukan perut hahaha..
Mata melilau cari jalan sambil perhatikan souvenir yang dijual.
Antara misi aku di Istanbul adalah nak makan segala macam jenis makan orang-orang Turkey. Biasa tengok di Ig dengan youtube jer. Kebab is everywhere dan baunya memang menusuk hidung hahaa. Belum lagi nak cerita bau manisan Turkey. Lebih 4-5 kali juga orang bagi rasa di hadapan kedai mereka. Mereka bagi rasa memang aku try jer hihi.. 😊.

Pinggan ni dah lama aku aim nak beli. Kat sini agak murah juga harganya.
Manisan di Turkey ni memang level lain. Bau pun dah sedap bila dapat makan terpejam mata πŸ˜…
Terus dalam hati kata kena cepat jumpa diorang sebab tak sabar nak duduk makan di beberapa kedai makan yang menjual pelbagai jenis makanan huhuu.Tadi tengok google map 700 meter jer tapi tak tahu asal lambat sangat nak sampai huhu..

Nasib la ketika ini jalan seperti menurun bukit sedikit maka tak la rasa kepenatan sangat berjalan jauh. Tak kurang juga ada yang menegur aku untuk mempromosikan package tour yang mereka tawarkan samada dalam atau luar Istanbul. Dan package ke countryside seperti Izmir, Bursa, Cappadocia dan Konya pun ada. Termasuklah trip cruise dari Sultanahmet ini.

Makin jauh berjalan makin kurang orang dan tiba-tiba sunyi jer.
Aku amik segala broacher/cataloge yang diberikan dan diberitahu whatsapp sahaja nombor yang tertera, sambil aku reply "okay" dengan isyarat thumbs up. Makin jauh aku berjalan makin kurang orang dan sehinggalah sampai di area perumahan.

Sehinggalah aku sedar telah pun sampai hadapan Ancient Town Hotel. Terus aku WhatsApp Kak D tanya mereka di mana sebab dah masuk waktu check in hotel. Time ni aku memang dah exhausted sangat πŸ˜ͺ dan paling penting nak mandi sebab dah berlengas badan walau cuaca tengah sejuk huhuu..

Cantik betul rumah rumah yang ada di area Ancient Town Hotel ni.
Ada sesetengah rumah telah di convert menjadi restaurant dan hotel.
Tak sampai 5 minit Kak D dan Abg N dengan anak mereka seorang Al-Hafiz Alquran muncul. Terus Abg N peluk aku. Katanya risau pada aku seminggu tak jumpa hahahaa. Aku kata pada mereka "Saya lebih risau Kak D dengan Abg N sebab saya dah biasa merantau seorang diri ni.. Syukur Alhamdulillah jumpa juga selepas seminggu.."

Terus mereka perkenalkan anak lelaki mereka yang dah selesai graduate di salah satu madrasah di Isparta yang berumur 17 tahun. Dalam hati aku "Tak sia-sia ibu ayah hantar jauh-jauh untuk hafal quran walau mereka hanya menjual kuih untuk sara pendapat keluarga". Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.

Bersambung Istanbul Part 4: (Under Construction)