Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Malam kelmarin kami satu family pergi ke Taman Melawati sebab wife nak amik barang COD. Membebel juga lah mulut ni sebab tak memasal satu family nak kena ikut dia pi amik barang yang dibeli dari Thread. Aku tanya beli barang apa? Dijawap pula "Nanti lah tengok sendiri..". At last rupanya beli Rambutan 2kg dari Pahang. Aku macam "What!!".
Area berdekatan rumah kan ada banyak orang jual, kenapa lah nak pergi jauh-jauh sampai ke Melawati nak beli Rambutan. Wife kata orang ni petik petang tadi dan orang review katanya manis. "Dah teringin nak buat macam mana..".
Lepas dah amik Rambutan, the kids semua kelaparan maka bermulalah mencari mana nak makan dan kami ternampak Cikgu Lee ini, terus berhenti dan tanya boleh dine in lagi ke? Staff kata boleh dan kami adalah last and the only customer.
 |
Special price for Breakfast include drink but only for weekdays. Semua set makanan berharga di bawah RM10.00 - Okla not bad 👍. |
Alhamdulillah service di sini memang baik dari segi layanan dan juga tak perlu tunggu lama untuk dapatkan makanan dan minuman. Tak sampai 10 minit semua makanan dah sampai. Tapi mungkin juga sebab kami last and the only customer that time. By 9.25 malam staff bagitahu last order by 9.30 malam sebab kitchen nak tutup dah.
Masa tengah makan staff tanya "Rasa sejuk ke? Kalau sejuk kami rendahkan suhu aircond..". Terus aku kata "Yer sangat sejuk" 😅 sampai si afnan dan affan dah menggigil. "Kalau nak tutup pun boleh.. Kejap lagi dah nak closing kan?" 😉.
 |
| Ruang tempat makan yang selesa dan kitchen tertutup. |
Kami duduk belum sempat nak bergaduh anak beranak makanan pun sampai. Syukur Alhamdulillah tak lama tunggu. Maka sesi mencuit makanan itu sikit ini sikit menjadi amalam kami anak beranak. Sebab yang nampak paling sedap adalah makanan ibunya, memang menjadi mangsa si affan yang nakal asyik nak mencuit jer.
 |
| Makanan Wife - Wan Tan Hor RM17.90 - Very recommended. |
 |
| Makanan Afnan - Nasi Ayam Hainan Bakar RM16.90 |
 |
| Ayam Bakar untuk Nasi Ayam Afnan - Rasa okay but biasa sahaja. |
Oh pasal rambutan tu terlupa la pulak nak amik gambar dan memang betul sedap dan manis melekik. Esok tu sebelum tengah hari dah clear dikerjakan the kids. Si ayah hanya sempat rasa 3 biji rambutan sahaja. Cuma aku rasa wife aku kena scam juga sebab buah rambutan tu macam tak sampai 2kg.
 |
| Makanan Athiyah - Nasi Ayam Marmite RM19.90 |
 |
| Makanan si adik - Wantan Soup 6 pcs RM5.90 |
Beralamat di Lot 328, Jln Bandar Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga 9.30 malam. Untuk tempahan awal boleh hubungi 03-4820 9698 dan restoran ini mempunyai sijil halal dari Jakim.
 |
| Homemade Bunga Kekwa Tea RM3.90 & Ice Lemon Tea RM5.90. |
 |
| Buah Longan & Kelapa Laut RM6.90 - Rasa okla tapi biasa jer la. |
Penat nak perah otak untuk siapkan travelogue Istanbul maka kita up pasal entry makan-makan yang menaip dengan santai sahaja. Untuk Restoran Cikgu Lee insyallah boleh repeat semula kalau dah terlajak ke Melawati sebab menu sangat variety. Total lost makan di sini RM116.10 selepas Service Charge 10% dan Service Tax 6%.
kenapa makanan ibu sentiasa nampak sedap pada mata anak&suami eh?anak saya pun sama,last2 ibu yang kena tukar makanan dia dengan anak..geram
ReplyDeleteberapa ringgit sekilo rambutan dari Pahang tu?jauh perjalanan mesti mahal
Rambutan tu RM5.00 sekilo jer.. tu yg beli 2kg.. alhamdulillah memang manis.. Makanan ayah dgn ibu mmg selalu menjadi sedap dpn mata anak2.. skrg ni kalau makan ayh je nak kena habiskan makanan anak2..
DeleteWan Tan Hor tu aihh sedapnya
ReplyDeleteKannn.. habis semua anak beranak senduk pakai sudu nak rasa hahahaa..
DeleteTeringin punya pasal, jauh pun takpe janji dapat merasa hehe
ReplyDeleteTerpengaruh dgn thread tu jer.. dah 20-30 org kata manis.. mula la terasa nak beli walau COD hihii..
Deletecute plak kisah cod rambutan heheh memang popular lah thread sekrg ni..saya pun screenshot mcm2 benda dan join FOMO mcm2 benda jugak laaaa
ReplyDeleteItulah bila kata ngidam tak leh wat apa dah hahaha.. Ye la pasal rambutan jauh benar sampai ke Melawati nak mengambilnya 😅
DeleteAduh la orang perempuan memang gitu 😆. Layankan jela ye. Nampak sedap semua menu tu.
ReplyDeleteKaannn tak dilayan kang majuk pulak hahaha.. kesian la org lelaki ni.. Alhamdulillah menu semua sedap sedap.. 🤲🏻
Deletemenarik tgk menu wife tu....mlm2 kena collect rambutan ye yg order online..bertabahla suami hehe
ReplyDeleteFirst time dgr Wan Tan Hor tu.. Memang sedap pun.. Org pmpn kalau dah mengidam kan.. tgh malam pun boleh pi COD lagi hahaha.. 😅
DeleteTak apa lah wak, bagilah peluang wife makan rambutan baru dipetik segar manis..hikmahnya dapat makan ke kedai makan cikgu lee ..ha hebat tu..erat keluarga, anak2 happy..hehehe
ReplyDeleteHikmah makan ke kedai cikgu lee tapi kita yang kena bayar hahahaa.. Kalau wife yg belanja ok juga la 😅.. Alhamdulillah dpt makan malam huhuu..
DeleteSaya bakal ke KL ikut anak ada program kat KL ..semoga dimudahkan urusan kami..aamiin.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan.. ada rezeki dan peluang boleh kita berjumpa.. insyallah.. 🤲🏻👍🏻
Deletenasib baik sedap dan fresh rambutannya ye..baru berbaloi datangdari jauh tu..
ReplyDeleteItulah tak jadi nak marah lama lama sebab rambutan nya sedap hahahaa..
DeleteWahh..Nmpk menarik.nnt bleh try pegi.Dkt jgk dgn rumah sy =D
ReplyDeleteTry yang special breakfast tu sebab murah sangat hihii.. tapi on weekdays jer la.. ☺️👍🏻
DeleteNasi ayam hainan dia menarik pandangan Sis.. nampak menyelerakan..
ReplyDeleteBiasala perempuan kalau tak threads dekat tiktok dia terlayan live hehehe. Menarik jugak kedai tu , kedai nampak bersih dan kemas, makanan pun nampak sedap betul. Harga pun sangat berpatutan
ReplyDelete