Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Kelmarin pukul 3.45 pagi dah keluar dari rumah menuju ke Sungai Buloh kerana ada urusan kerja yang perlu disiapkan sebelum pukul 6.45 pagi. Selesai di Sungai Buloh jam 5.45 pagi terus memandu ke Selayang untuk menyelesaikan satu lagi urusan kerja yang perlu diselesaikan sebelum pukul 7.45 pagi.
Gerak awal sebab kalau nak ikut masa lain nanti jalan dah jem dan parking di tempat yang nak dituju juga akan penuh. Tapi selesai kerja di Selayang tiba-tiba tersedar ada barang tertinggal di Sungai Buloh.
Maka terpaksa berpatah balik dan kena hadap jem ke Sungai Buloh dan bila sampai bergaduh mencari parking kereta hampir 30 minit. Aduhaii.. Tersilap sikit sebab tertinggal barang, habis huru hara pagi tu dibuatnya.
Selesai kerja di Sungai Buloh pukul 10.30 pagi dapat urgent call dari management di arahkan untuk ke Damansara bagi selesaikan satu lagi urusan. At last sampai rumah pukul 12.00 tengah hari dan terus join lunch dengan wife dan anak no 2 di mamak. Benda patut boleh siap awal dan balik rumah sebelum pukul 8.00 pagi tapi lain jadinya.
Lepas lunch wife terus ke tempat kerja dan aku menguruskan waktu pertukaran anak-anak dari sekolah kebangsaan ke sekolah agama. Petang berlari ke Ampang dan Serdang selesaikan baki urusan kerja. Sambil membawa si bongsu bersama yang tidak bersekolah kerana demam masuk hari ketiga.
Di waktu malam menghadiri mesyuarat PIBG sekolah anak dari jam 8.00 malam dan habis mesyuarat jam 11.30 malam.
Semalam bawa si bongsu ke klinik untuk dapatkan nab sebab doktor inform dah ada tanda-tanda awal jangkitan pada tekak dan paru-paru. Si ibu pula kena outstation sampai jumaat pagi. Maka bertambah sibuk lah si ayah 😅
Pagi tadi sempat bawa anak-anak semua 4 orang sarapan di mamak sebelum ke sekolah. Ayah tak sempat nak prepare breakfast di rumah. Tengah makan ayah berlari hantar si kakak dulu sebab sekolah kebangsaan masuk pukul 7.30 pagi.
Tinggalkan 3 yang lain di meja makan. Si no 2 sekolah agama masuk 7.45 pagi dan si no 3 tadika masuk sebelum pukul 8.00 pagi. Meja makan di sebelah pula pakcik geng masjid ada, okla boleh tengokkan sekejap.
So.... tunggulah ada masa free untuk ziarah ziarah blog rakan rakan ya.
Penuh jadual ayahnya. Nanti ada masa, ziarah semua sekali jalan je.
ReplyDeletepadat jadualnya...bila2 free bole ziarah blog kwn2
ReplyDeletePerghh btul² padat schedule ayah ye hehee.... btul² bila dah byk sgt urusan, kdg jadi malas nak blogwalking. Paling² pun dpt baca 1 2 blog jadi la lps tu tutup terus smp la ada mood, masa baru kita terjah satu² blog kengkawan
ReplyDeletePilih priority dahulu...
ReplyDeleteBila lapang nanti jemputlah melawat blog abe kie... family first! Hobi ni kemudian la.
ReplyDelete