Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Live update dari Cameron Highland. Wife outstation maka kami anak beranak semua ikut sekali. Alhamdulillah safely arrived Jumaat tengah hari ikut Simpang Pulai. Dan syukur tak ikut jalan Tapah sebab ada kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat.
Untuk trip kali ini kami menginap di Triima Inn Apartment Hotel di Pekan Brinchang bersebelahan dengan Masjid Kayangan Brinchang, Petronas, Bilion Hypermarket dan Cameron Centrum Mall. Unexpected location yang sangat convenience dan di sebelah kanan hotel ada restoran thai masakan panas, di sebelah kiri ada Restoran Mummy Steamboat & Grill.
Cumanya apartment ni terlalu besar ada 3 bilik with private bathroom, dapur dan ruang tamu yang cukup luas dengan keluasan lebih 1000sq ft. Mulanya nak pillih yang dua bilik sahaja tapi terlewat sedikit tinggal yang 3 bilik sahaja. Harga untuk semalam termasuk segala cukai RM300.00 - deposit RM100.00. By the way ini first time stay di area Brinchang.
Last datang ke Cameron Highlands pada tahun 2019 dan kami stay di salah sebuah apartment di Pekan Tanah Rata. Itu pun datang dengan family adik-adik ipar sekali mak mertua. Konvoi 3 kereta dan masa tu pun just follow ke mana sahaja mereka pergi.
Hari Jumaat suhu cuma 17 degree mungkin juga sebab sekarang ni hujan setiap hari - Pukul 2.00 petang tapi kabus masih kelihatan dengan jelas.
Semalam masa naik ke Brinchang sempat singgah di Laman Strawberry Kak Engku sebab keadaan trafik yang teramat perlahan. Dari nak singgah beli air dan guna tandas terus kami buat aktiviti memetik Strawberry. Masuk percuma namun setiap 100gram Strawberry berharga RM6.00.
Maka aku bagi arahan hanya boleh kutip 8 biji seorang. Kang kalau dikutip penuh sebakul berpeluh nak bayar ð
. Sebab kalau nak beli Strawberry di Kea Farm atau Agro Market jauh lebih murah.
Dan agak susah sebenarnya nak cari strawberry yang masak ranum elok dengan bentuk sempurna di pokok. Ditambah lagi dengan keadaan hujan lebat dan bumbung plastik di ladang strawberry ni banyak yang kebocoran. ð
Selepas petik strawberry kami ke Kea Farm. Dari tempat Flora Park Parking kami naik free shuttle buggy ke Bazaar Kea Farm. Kami beli 3 kilo (RM20.00) pelbagai jenis ubi, ada yang isi oren, purple dan putih. Beli strawberry 2 bekas RM10.00 dan satu pokok cili purple RM10.00. Dan parking di sini agak mahal RM4.00 untuk setiap jam.
Sebab nak stay sini selama 4 hari maka just beli untuk makan sendiri dalam hotel sahaja. Nanti last day baru shopping especially nak borong strawberry huhuu.. Mak mertua pun dah pesan belikan sayur dari Cameroon ð
. Lain tak sama rasa katanya.
Dari Kea Farm kami menuju ke Cactus Point sebab nak belikan the kids pokok kaktus yang pasu kecik tu (4 pasu kecik RM10.00 ngam la seorang satu). Okla nak bagi mereka main dan kalau nak balik nanti masih elok pokoknya maka boleh la consider nak belikan lagi pokok kaktus untuk the kids.
Jarak antara Kea Farm dengan Cactus Point cuma 1.2km sahaja tapi disebabkan pergerakan kereta yang agak perlahan ia mengambil masa lebih 10 minit nak sampai. Naik Cameron Highland ni kena banyak bersabar especially kepada si ayah-ayah yang bawa kereta. Hadap jem dengan kejap the kids bergaduh kat belakang lagi ð
.
Selesai the kids memilihan pokok Kaktus masing-masing walau dengan banyak drama. Sampai ada yang merayu-rayu nak dua tiga pasu. Si kecik tu kata tak tahu nak pilih yang mana sebab semua cantik padahal baru 4 tahun.
Kami beransur ke Pekan Brinchang sebab dah tak sabar nak check in.
Entry ni dah tulis sikit-sikit dari hari Jumaat tapi baru hari dapat post. Malas dan sibuk.. ð
☺️
Konon nak update setiap hari di sini.. Sekali ke laut niat tu hihii.. ðĪŠ
Seronok tgk gmbr2 ni.Anak2 sy pun dh start tny bila nk repeat gi cameron sbb last pegi rasanya dgn arwah abah & mak =D
ReplyDeleteAkk suka CH. Tapi itulah tuan suami malas nak hadap jammed huhu... Selain strawberry, sayur pun wajib beli di CH tu, baru lengkap trip :)
ReplyDeletebestnya dpt petik strawberi...8 biji pun ok..sekrg viral bahulu berry..ramai yg kata sedap..
ReplyDeletesyoknya g cameron. lama sungguh tak naik
ReplyDeletewahhh lama tu afif 4 hari di CH...saya last cuti2 CH, 3 tahun lps ie utk celebrate wedding anniversary -overnite kat stellar amik caravan tu
ReplyDeleteWah, seronoknya dapat update dari Cameron Highlands! Suasana sejuk, nyaman, dan pemandangan hijau kat sana memang sentiasa jadi penawar stres yang terbaik. Semoga dipermudahkan segala urusan dan nikmati masa percutian dan balik dari sana dengan gembira. Terima kasih berkongsi perkembangan dari Cameron! ð
ReplyDeleteTak boleh bawak aunty kat sini... Dia hantu kaktus!
ReplyDeletePergi CH klu bukan musim cuti sekolah mesti best sbb tak ramai orang kan? Lamanya tak ke sana, rasanya kali terakhir pergi 3 tahun lepas. Seronok budak2 dapat petik strawberry segar di kebun strawberry ð
ReplyDelete