Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Dalam kawasan masjid di kariah rumah ada banyak pokok-pokok buah. Bila buah Sukun dan Cempedak banyak di pokok, kami gotong royong dari petik sehingga masak untuk dijadikan juadah sarapan selepas kuliah subuh hari sabtu dan ahad.
Buah-buah lain seperti pisang memang terus digantung atau dibiarkan di atas meja untuk sesiapa sahaja yang nak makan bila datang ke masjid. Dan kali ini turn Buah Mangga pulak berbuah dengan lebat.
Tadi pagi lepas kuliah subuh Wak Reno dengan Haji Nik ajak geng petugas yang menyediakan juadah sarapan, kait buah Mangga yang dah kuning keemasan di atas pokok. Alhamdulillah lebih 80 biji yang berjaya di kait namun buah seperti tidak lekang di atas pokok. Lepas kait terus packing dan diberi kepada yang hadir solat zohor.
![]() |
| Antara sebahagian hasil yang memenuhi raga motor. |
![]() |
| Hanya Wak Reno yang larat nak kait buah berkali-kali. |
![]() |
| Mangga berwarna Kuning Keemasan. Alhamdulillah tak masam dan ada yang manis. |
![]() |
| Sebahagian dari hasil panen disimpan untuk dijadikan juadah sarapan. Hari Rabu 16/09/2026 Cuti Hari Malaysia ada kuliah subuh. |




Sarapan memang dimasak sendiri secara rutin setiap Sabtu dan Ahad? Tak ada hari yang order?
ReplyDeleteMenu utama memang masjid akan tempah dari catering. Cuma kami akan goreng2 macam keropok Lekor, fries, pisang atau sukun goreng. Ubi rebus pun ada..
DeleteKena modify raga besar lagi tu.....
ReplyDeleteItu tanda cukup lah.. jangan berlebihan hahahaa :P
DeleteAlhamdulillah berkat agaknya tanaman di situ, sentiasa berbuah lebat. Bagus ada gotong masak sarapan.
ReplyDeleteHasil di masjid memang selalu dikongsi bersama.. Gotong royong masak tu untuk sarapan suka suka jer team prepare makanan..
Deletesedapnya mangga!! saya memang suka buah mangga!
ReplyDeleteSamalah.. Mangga yang manis kegemaran saya hahahaha .. yg masam tolak tepi sat :P
Deletesukun? wahhh
ReplyDeletesedap mangga jenis ni. makan muda pun elok tak masam.
Yes mangga yang rangup dan tak masam.. dapat yang masak betul tu lembut dan manis huhuuu..
DeleteBagusnya ada pokok buah ditanam di dalam kawasan masjid
ReplyDeleteMasjid kena ada pokok pokok buah barulah ada aktiviti bgi yg berminat hihihii :D
DeleteJadi petugas juga ya Afif. Ni sama kat surau dekat rumah ni...takde la pokok buah tapi bila ada ahli kariahnya ada hasil dari kebun / dusun...derang letak je kat surau. Sekejap je clear la.
ReplyDeleteSebut sukun tu, terbayang sedapnya sukun goreng.
ReplyDelete