Pages

▼

Sunday, 11 October 2026

Makan Malam Di Azmi Ikan Stim Tempoyak Kuala Lipis

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Selamat tiba di Kuala Lipis semalam untuk urusan kerja sabtu dan ahad di sini. Selesai kerja semalam singgah ke Restoran Azmi Ikan Stim Tempoyak untuk makan malam bersama beberapa staff dari Kuala Lipis.

Dulu restoran ni berada di kedai lot tepi jalan sahaja namun sekarang dan berpindah ke sebuah bangunan di tapak sendiri. Alhamdulillah perniagaan orang melayu ini semakin maju. 

Selamat Datang ke Restoran Azmi Ikan Stim Tempoyak.
Bagi aku jika tak pernah atau jarang sangat datang ke Bandar Kuala Lipis maka wajib la try at least makan sekali di sini. 

Untuk rate makanan di sini aku bagi 7.9/10. Ada kala bila datang makanannya sangatlah sedap dan ada kala rasanya so so sahaja. But if nak cari tempat makan yang proper di sini lah jawapan nya. Especially jika datang dengan sekeluarga yang ramai.

Jus Tembikai Jug berharga RM20.00.
Ikan Siakap habis maka Ikan Talapia Merah Masak Masam Manis menjadi pilihan.
Sotong Goreng Tepung 150gram RM19.50
Ikan Patin Sangkar Sungai Pahang Masak Gulai Tempoyak RM19.00.
Kenapa mesti kena try at least sekali makan di sini? Sebab di sini terdapat masakan dari hasil tangkapan dari Sungai Pahang. Antaranya Ikan Kelah dan Ikan Sebarau yang menjadi tarikan utama di sini walau harganya agak menakutkan. 

Selain itu Ikan Tenggalan, Kerai, Baung dan Patin Buah yang juga berharga dalam lingkungan RM100.00 untuk setiap masakan. Boleh la kalau nak merasa sekali seumur hidup 😅.

4 comments:

  1. Masuk dalam senarai kalau berpeluang ke sana nanti. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. Orang Lipis ni pun pernah sekali je makan lunch di situ 😁. Lama sangat dah rasanya 10-11 tahun lepas. Tempat baru ni tak pernah jejak lagi.

    ReplyDelete
  3. Tq bg info. Harap ada rezeki ke Temerloh lagi. Suka lauk ikan patin masak tempoyak tu, esp yg authentic gini

    ReplyDelete
  4. Aishhh Sis ni bukan boleh nampak ke baca gulai tempoyak ni.. boleh tertelan ayaq liuq yaaa... sedap nampak.. kalau tersesat sana, boleh laa singgah makan

    ReplyDelete