Selamat tiba di Kuala Lipis semalam untuk urusan kerja sabtu dan ahad di sini. Selesai kerja semalam singgah ke Restoran Azmi Ikan Stim Tempoyak untuk makan malam bersama beberapa staff dari Kuala Lipis.
Dulu restoran ni berada di kedai lot tepi jalan sahaja namun sekarang dan berpindah ke sebuah bangunan di tapak sendiri. Alhamdulillah perniagaan orang melayu ini semakin maju.
![]() |
| Selamat Datang ke Restoran Azmi Ikan Stim Tempoyak. |
![]() |
Bagi aku jika tak pernah atau jarang sangat datang ke Bandar Kuala Lipis maka wajib la try at least makan sekali di sini.
Untuk rate makanan di sini aku bagi 7.9/10. Ada kala bila datang makanannya sangatlah sedap dan ada kala rasanya so so sahaja. But if nak cari tempat makan yang proper di sini lah jawapan nya. Especially jika datang dengan sekeluarga yang ramai.
![]() |
| Jus Tembikai Jug berharga RM20.00. |
![]() |
| Ikan Siakap habis maka Ikan Talapia Merah Masak Masam Manis menjadi pilihan. |
![]() |
| Sotong Goreng Tepung 150gram RM19.50 |
![]() |
| Ikan Patin Sangkar Sungai Pahang Masak Gulai Tempoyak RM19.00. |
Kenapa mesti kena try at least sekali makan di sini? Sebab di sini terdapat masakan dari hasil tangkapan dari Sungai Pahang. Antaranya Ikan Kelah dan Ikan Sebarau yang menjadi tarikan utama di sini walau harganya agak menakutkan.
Selain itu Ikan Tenggalan, Kerai, Baung dan Patin Buah yang juga berharga dalam lingkungan RM100.00 untuk setiap masakan. Boleh la kalau nak merasa sekali seumur hidup 😅.






Masuk dalam senarai kalau berpeluang ke sana nanti. Thanks for sharing!
ReplyDeleteCubalah sekali at least utk makan masakan ikan sg pahang di sini huhuu.. 👍🏻
DeleteOrang Lipis ni pun pernah sekali je makan lunch di situ 😁. Lama sangat dah rasanya 10-11 tahun lepas. Tempat baru ni tak pernah jejak lagi.
ReplyDeleteItu lah dulu makan kat kedai tepi kedai depan bulatan tu.. now dah ada tempat sendiri yg lebih besar dan selesa.. Okla utk org yg jarang dtg Kuala Lipis nak makan sini.. 😅
DeleteTq bg info. Harap ada rezeki ke Temerloh lagi. Suka lauk ikan patin masak tempoyak tu, esp yg authentic gini
ReplyDeleteIni Kuala Lipis bukan Temerloh hihii.. K. Lipis lagi rare dari Temerloh tau.. kawasan pun atas bukit.. Tempoyak Ikan Patin wajib makan kalau ke Pahang.. 🤤
DeleteAishhh Sis ni bukan boleh nampak ke baca gulai tempoyak ni.. boleh tertelan ayaq liuq yaaa... sedap nampak.. kalau tersesat sana, boleh laa singgah makan
ReplyDeleteMemang kalau kena tekak mmg teringat lah sebulan dua kesedapan nya huhu.. Moga boleh tersesat sana mencuba Ikan Tempoyak di Azmi Ikan Stim.. 😎👍🏻
Delete