Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk bernafas di atas muka bumi ini. Moga semua yang baik kita amalkan sentiasa dan mana yang tidak baik kita jauhkan.
Sedar tak sedar berbaki 3 bulan lagi sebelum tirai tahun 2026 akan ditutup. Dan berbaki 5 bulan lagi sebelum bulan Ramadhan Al Mubarak kembali menemui kita. Rasa masih baru suasana Ramadhan yang lepas dan masih kuat diingatan.
Cerita travel semasa puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Yunnan tahun ini pun belum berkesempatan untuk dicoretkan dalam blog ini. Harap dapatlah ditulis habis kisah pengembaraan sebelum sampai next Aidilfitri.
Banyak yang berlaku semenjak dua ini - Perginya Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali seorang wanita yang hebat yang mengenali suami beliau dari sebelum perang dunia kedua sehingga menjadi antara doktor wanita melayu pertama di Malaysia dan kemudian menjadi isteri kepada seorang Perdana Menteri sebanyak dua kali.
![]() |
| Al-Fatihah buat Allahyarham Tun Dr Hasmah Binti Mohamad Ali. |
![]() |
| Pengarah AKPS Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain. |


Baca kat threads kebanyakkan posting marahkan orang yang viralkan video dan yang kena marah tu. Datuk tu jalankan tugas dia. Mesti ada sebab kenapa dia naik hantu tu.
ReplyDeleteYes patut yang viralkan video tu wajib disiasat juga sebab membocorkan sumber dalaman.. Yes betul ada sebab kenapa dia naik angin giler time tu.. somehow dia pun bekas polis juga.. kan huhuu
Deletebegitulah bila org buat kerja. Ada je yang tak suka dan hmmmm mungkin juga rakan sejawatan. Jabatan Integriti tu kalau betul2 telus, ramaiiiiiii betul org atasan yang disoal siasat di situ. Huhu
ReplyDeleteSelagi mana budaya yang suka buat kerja dengan baik dan ikhlas diganggu oleh mereka yang tak suka mmg makin susah la Malaysia nak bendung masalah mafia korporat ni. Yes mmg ramai yang kena kalau Malaysia dah benteras semuanya..
DeleteCepat betul masa berlalu, dah masuk Oktober dan kisah Yunnan waktu Ramadan serta Aidilfitri pun masih menunggu giliran untuk dicoretkan. 😊 Semoga sempat habiskan semua catatan pengembaraan sebelum Ramadan dan Syawal seterusnya tiba.
ReplyDeleteItulah terasa cepat betul masa berlalu.. Rasa macam baru jer balik Yunna tempoh hari huhuhu.. Itulah setakat ini memang berazam nak selesaikan cerita Yunnan sebelum masuk next ramadhan..
DeletePaling terkesan pastinya pemergian bonda kita semua, Tun Dr Siti Hasmah. Sampai hari ni masih terasa sebak :(
ReplyDeleteYes terkesan sangat... ramai yang turut sedih dan berduka atas pemergian beliau.. semoga ditempatkan bersama orang yang beriman amin..
DeleteSalam takziah atas pemergian Tun Siti Hasmah
ReplyDeleteBaru juga baca pasal cerita Datuk Suhaily tu, semoga keadilan berpihak kepada beliau
Salam hujung minggu..
ReplyDeleteKita sampai sekarang tak boleh video dan gambar TunM, sedaih sangatttt :(
Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang yang beriman
ReplyDelete