Pages

▼

Wednesday, 14 October 2026

Singgah Di Ulu Cheka Jerantut Dan Bermalam Di Big Tree Hotel Temerloh

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Short Trip Bersama The Kids Ke Bandar Kuala Lipis

Dari Kuala Lipis kami mengambil arah kiri di bulatan Benta untuk menuju ke Ulu Cheka, Jerantut. Terdapat lebih 5-6 buah rumah saudara mara wife ada di sini dan yang lebih menarik mereka semua berasal dari Negeri Sembilan. Sebab itu bila saudara mara dari N9 datang terus mereka tukar sleng Pahang ke N9. Dari mengelar diri Koi kepada Den hahahaa..

Pak Ngah suruh aku petik sendiri Pucuk Ubi. Cukup la segenggam kita petik πŸ˜….
Boleh baca entry ini Sehari Di Kawasan Pedalaman Daerah Jerantut - Aku ada tulis serba sedikit mengenai mereka. Dan juga ini Suasana Pasar Pagi Ahad Di Pekan Damak Jerantut. By the way memang suka ke rumah Pak Ngah Bakar ini sebab suasana kampung yang masih terpelihara. Kadang-kadang waktu malam boleh nampak Kokang jalan depan rumah.

Dan macam biasa kalau nak datang tak boleh bagitau, kalau tidak macam-macam hasil kampung disuruhnya kami bawa balik. Pelbagai jenis pisang seperti Tanduk, Berangan, Emas dan Abu dah jadi antara yang wajib disuruh bawa balik. 

Hasil carian Bunga Kantan dari sekeliling rumah Pak Ngah.
Dan beberapa Petai yang masih berbaki di rumah Pak Ngah.
Bawa balik 2 biji Betik sahaja. Walau disuruh petik lagi banyak huhu..
Kalau musim buah lagi la dengan Durian, Rambutan, Langsat, Manggis, Duku, Jambu Madu dan banyak lagi. Buah Betik dan Nanas dengan Kelapa Muda pun disuruhnya kami bawa balik huhuhu.. Memang seronok sangat tapi itulah πŸ˜….

Untuk kali ini kami hanya singgah sekejap dalam dua jam sahaja sebab Pak Ngah nak hantar anak sulung beliau ke asrama UiTM Jengka. Namun sempat jugalah diberinya Bunga Kantan, Pucuk Ubi dan Petai untuk kami bawa balik 😍.

Belakang rumah pak ngah ada anak sungai yang cetek takat lutut sahaja.
Tapi kali ini the kids memang tak sempat la nak main air sebab nak cepat.
Dari Ulu Cheka kami memandu hampir sejam untuk sampai di Big Tree Hotel. Beralamat di 38, Jalan Chengal 2, Taman Cengal, 28000 Temerloh - (Google & Booking.com Review 3.8/5 Star, Agoda Review 8.5/10 Star dan Trip.com 5/5 Star).

Pengalaman kami di Temerloh hotel ini adalah antara yang paling selesa dengan ruangan bilik yang luas, kemas, selesa dan bersih. Lengkap dengan iron dan peti ais dalam bilik. Siap ada welcome drink and cookies disediakan di lobi hotel.

Cantik dua kerusi dengan meja kayu ini.
Ada kids 4 orang kalau dapat ruang besar macam ni memang puas hati.
Bilik air bersih, luas dan dapat berus gigi percuma 4 batang untuk family room.
Bila anak 4 orang ni ada lift di hotel sangatlah membantu dengan nak bawa barang bagai lagi huhuu.. Malam tu kami keluar mencari makan tapi most of tempat makan yang kami tahu tak dibuka mungkin sebab lately ini dari petang hingga ke malam asyik hujan sahaja. End up kami berhenti di Roti Tempayan Pok Yie dalam keadaan hujan lebat.

Roti Tempayan Cheese, Nasi Kukus Ayam Masak merah dan Ayam Berempah.
My comment is cuba sekali sahaja, tak mai lagi dah sin hahahaa.. Hurm nak comment lebih-lebih takut cuma keadaan aku datang tu yang tak sempurna. Mungkin waktu orang lain datang okay. Di sini menu Roti Tempayan, Nasi Lemak, Nasi Kukus dan Nasi Minyak. Tapi tengok di Google Review dapat 4.5 star. Ntah la mungkin aku yang tak bernasib baik.

Keesokan Hari Isnin 12/10/2026 kami check out seawal 10.30 pagi sebab nak cari makan tengah hari kampung style dan rupanya hari Isnin tak banyak kedai hipster yang dibuka di Temerloh. Restoran Angah Maju Selera Patin Tebing Sungai pun tak buka. Restoran Thekoq Kayangan pula kata buka 11.00 tapi sampai 11.30 belum dibuka.

Kami makan tengah hari di Nasi Kenduri, tak jauh dari Semantan Walk.
End up kami makan di Restoran Nasi Kenduri. Okay la makanan sedap juga dengan lauk pauk yang terhidang walau tak banyak mana tapi cukup menarik. Selesai makan dapat whatsapp dari Ust Anas & Cikgu Hani (Geng Travel Swiss) mereka juga berada di Temerloh. Berjumpalah kami di Marigin Cafe by Farali. Sempat bincang untuk next trip 2027😏.

Owner Rumah Rakit Haji Salleh dah tunggu kami di hadapan laluan masuk.
Dapat spend 3 jam atas rumah rakit pun the kids dah happy.
Bila dapat ikan habis riuh satu rumah rakit dengan suara kami hahaha.. πŸ˜…
Tengah berborak dalam Marigin Cafe tetiba aku dapat idea luar kotak hahaa.. Disebabkan ada 3 batang mancing dalam bonet kereta kitorang. Aku pun kata kenapa tidak kita sewa rumah rakit 2-3 jam. Boleh la lepak sambil berborak dan budak-budak pun tak boring. Somehow the kids memang excited kalau naik rumah rakit. Kalau dapat ikan lagi la.

Terus cari mana yang available dan dapat Rumah Rakit Salleh dengan bayaran RM80.00 untuk 3-4 jam. Bila dah confirm kami pun pergi membeli beberapa barang keperluan dan terus menuju ke rumah rakit. Dan bila sampai owner sedang menunggu kami di atas motor kuning beliau. Alhamdulillah dapat naik beberapa ekor patin dan beberapa jenis ikan lain.

14 comments:

  1. Bestnya kalau dapat singgah kampung macam ni, balik pun tangan tak pernah kosong ada je hasil kampung yang diselitkan Pak Ngah! Paling win bahagian tukar sleng Pahang ke Negeri Sembilan tu πŸ˜‚. Hotel kat Temerloh nampak selesa, tapi idea last-minute sewa rumah rakit memancing tu memang ‘content’ terbaik untuk anak-anak seronok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu rajin singgah tapi bila anak2 dah mula bersekolah dah tak boleh nak dtg sesuka hati.. kena tunggu cuti or weekend sahaja.. Ini pun dtg tak bgtau if not byk la yg kami kena bawa balik hihii.. Itulah mana dtg tak tau idea nk gi rumah rakit tu hahaha.. πŸ˜…

      Delete
  2. Replies
    1. Bila ad hoc lagi byk aktivit dari benda yg dah plan lama hahaha..πŸ˜…

      Delete
  3. saya suka bunga kantan! mahal kalau nak beli kat supermarket. bilik tu nampak cozy and spacious. berbaloi2 sgt!! wahhh sempat tu gi memancing yer...byk ker hasilnya tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kita kat KL ni bila nak beli bukan main berkira tapi kat kampung bunga kantan dibiar begitu sahaja.. Sampai dah kembang hitam huhuu.. Hasil tak byk tapi okla the kids enjoy.. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  4. Cantik hotel dan suasana sekitarnya. Back to Nature kata orang putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel yg sangat selesa.. Very recommended especially utk family with small kids.. ruangan luas utk mereka bermain.. πŸ‘πŸ»☺️

      Delete
  5. Orang kampung gitulah kan, selagi ada semua nak diberi.

    Best la idea spontan gini. Know² memancing atas rumah rakit pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Sebab org kg mmg sgt hargai saudara mara yg dtg menziarah mereka.. Apatah lagi kalau mai dari jauh.. Itulah kalau yg spontan adhoc ni selalu menjadi.. yg plan bertahun tak jadi hahaha..

      Delete
  6. Secekak tapi nampak sejambak pucuk ubi. Elok betul bunga kantan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tangkai pucuk tu selagi muat dalam genggaman kita petik la hahaha.. itu pun baru dari dua tiga pokok jer.. ada puluhan pokok ubi di situ.. πŸ˜…

      Delete
  7. Untungnya ada saudara yang banyak kebun.. macam² boleh ditanam.. dan kadang² hasilnya boleh diangkut balik.. hehe

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat pucuk ubi banyak gitu. Puaslah masak, makan.
    Dah lama tak ke Temerloh sejak dah takde urusan kerja suami kat situ. Kot ada nanti, bolehlah akak try menginap di Big Tree hotel ni. Memang pening sikit nak cari hotel yang selesa di sana (masa dulu-dululah..).

    ReplyDelete