Sambungan Dari Hong Kong & Macau Part 13 : The Peak Tram - Madame Tussauds Wax Museum - Peak Galleria Mall
Ketika sedang duduk santai di area Victoria Peak ini sambil melayan pemandangan yang indah dalam cuaca yang sejuk. Tiba-tiba dapat WhatsApp dari wife "Sesi conference habis awal sebelum pukul 1.00 pm.. Boleh la lunch awal.." Aku pun "iya laa.. confirm la betul-betul dulu.." Dalam hati "Pasal awak la saya merayau jauh pagi ini.." hahaha 😅.
![]() |
| Pemandangan 360 degree dari atas 428 Sky Terrace - The Peak Tower. |
![]() |
| Layan last moment sebelum turun. Moga ada pelaung untuk kembali ke sini lagi. |
Aku pun mula melangkah ke tram station untuk turun semula ke bawah. Waktu ketika ini menunjukkan lebih kurang pukul 11.30 pagi. Tak perlu beratur panjang sebab tak ramai orang yang nak balik dari Victoria Peak ketika ini. Tapi orang yang datang semakin ramai dan memenuhi setiap sudut di atas seluruh kawasan peak ini.
![]() |
| Menuju pulang ke The Peak Tram Station di bawah bukit. Masa turun ni kita duduk bahagian belakang pulak. Tadi masa naik duduk depan. |
Kalau aku prepare awal nak ke sini dan tak kejar masa, mesti boleh datang dengan santai dan tenang. Teringin juga nak berjalan turun tanpa menaiki tram, boleh layan view di sepanjang jalan menurun bukit (via Old Peak Road or the Green Trail). Harap-harap ada la peluang lagi selepas ini untuk hadir bersama itinerary yang lengkap.
![]() |
| Terdapat sebuah gereja yang bersejarah ketika berjalan ke Central Station. St John Cathedral yang telah siap dibina dan dibuka kepada orang ramai pada 1849. |
![]() |
| Jom kita berjalan 700 meter dari The Peak Tram Station menuju ke Central MTR Station. |
Turun di tram station, aku terus bejalan 700 meter menuju ke MTR Central Station (the nearest). Nak berjalan semula ke Wan Chai memang tak larat dah time ni. Perjalanan melepasi 3 MTR Station mengambil masa 10 minit sahaja dan aku pun sampai di MTR Wan Chai Station. Keluar sahaja dari exit terlihat wife dah pun berdiri menunggu aku di satu sudut.
![]() |
| Berjalan menurun bukit memang tak terasa jauh. Know2 dah sampai Central Station. |
![]() |
| Di Central MTR Station ada menjual halal food di Saffron Persian Cuisine. |
![]() |
| Beef Stew, Kebab, shawarma, Mandi Rice tapi harga memang kayangan. |
Terus wife tarik tangan dan beritahu "Kena gerak cepat sebab kalau conference dah habis nanti, semua orang pasti akan pergi lunch di Masjid Ammar..". Maka kami pun berjalan 700 meter dari MTR Station ke Masjid Ammar. Oh ya di Hong Kong kita tak boleh lintas jalan sesuka hati. Hanya melintas di zebra cross line atau ketika lampu pejalan kaki berwarna hijau.
![]() |
| Berjalan kaki menuju ke Masjid Ammar & Islam Centre Canteen. |
Jika kantoi dengan polis trafik ketika melintas jalan tak ikut law di sini. Anda akan diberikan saman on the spot up to HKD2,000.00 maksimum. Dan jika tak bayar saman, anda akan sangkut di immigration airport ketika ingin pulang nanti.
Hanya selepas saman dibayar atau dijelaskan habis barulah anda akan dilepaskan untuk menaiki penerbangan pulang. Itu apa yang diberitahu oleh orang di sana. Ada yang pernah kena ke? cer share sikit di ruangan comment di bawah.
![]() |
| Ramai yang datang ke sini untuk makan di Islamic Centre Canteen. |
Ketika berjalan ke Masjid Ammar aku hanya ikut wife sahaja sebab dia dah 2-3 kali makan di sini sepanjang conference ini. First time aku tengok wife tahu selok belok jalan di negara orang hahaha.. Dan tak lama selepas itu kami pun sampai di hadapan Masjid Ammar dan tempat makan halal berada di di tingkat 5 - Islamic Centre Canteen.
![]() |
| Lift rosak waktu ni maka naiklah tangga ke tingkat 5. |
![]() |
| Macam mana boleh ada bahasa melayu di sini. |
Di sini antara signature adalah pelbagai pilihan dimsum dan hidangan mee atau kuew teow. Makanan nasi putih berserta berlauk cukup famous untuk pelanggan dari tanah melayu. Menu tak lari banyak dari di mana-mana Chinese restaurant di Malaysia. Cuma sistem dan service order di sini agak haywire sedikit especially datang waktu peak hour.
![]() |
| The Islamic Centre Canteen - Chinese Cuisine my rate is 8.5/10. |
Untuk kesedapan makanan aku bagi 8.5/10. Alhamdulillah sedap tapi cuma harganya teramat mahal ya amat. Untuk aku yang travel budget ngam-ngam ni cukuplah makan sekali di sini sekadar merasa dan sekadar nak bercerita dengan pembaca di sini 😅. Aku dengan wife spend more then HKD240.00 for our lunch but we do take away our left over food.
![]() |
| Jumpa ramai orang Malaysia makan di sini termasuklah yang kongsi meja dengan kami. |
![]() |
| Antara makanan yang kami order - Makan separuh sahaja dan baki bungkus. Kami tak tahu satu lauk tu boleh makan sampai 3-4 orang. Patut pun harga mahal. |
The Islamic Centre Canteen terletak di tingkat 5 dan ada lift disediakan. Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 8.00 malam. Beralamat di 5/F, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong. Disebabkan ia berada dalam masjid maka pakaian yang sopan amatlah dititik beratkan untuk masuk ke dalam.
Menu Dimsum yang popular kebiasaanya habis sebelum 3.00 petang. Bayaran secara tunai dan bil lebih HKD200.00 boleh menggunakan credit card. Tapi wife kata masa dia makan seorang diri tak sampai HKD200.00 boleh juga bayar guna kad.
![]() |
| Another section untuk bergambar di Wan Chai Ferry Terminal. |
![]() |
| Hari ke-4 barulah dapat keluar dating dengan wife sendiri ☺️👍🏻. |
Oleh kerana waktu kami sampai di sini sedang berada di tengah waktu lunch hour yang sangat sibuk. Kami diberi tempat duduk di meja empat segi bersama sepasang suami isteri yang sangat ramah juga dari Malaysia. Tak banyak yang sempat kami berborak sebab masing-masing sibuk menghadap makanan dan aku time ni memang teramatlah lapar huhuu.
![]() |
| Dari Wan Chai kami berlayar ke Tsim Sha Tsui. |
Selesai makan kami pun bergerak ke arah luar masjid dan wife kata nak pergi jalan-jalan area Tsim Sha Tsui. Okay faham lah aku kena paksa rela jadi tour guide dia hahaa.. Maka kami pun naik tram menuju ke Wan Chai Ferry Terminal - tempat yang aku datang pagi tadi. Memang kalau nak mudah dan cepat kena naik feri dari naik train.
Ketika ini jam dah pun menunjukan hampir pukul 3.30 petang. Perjalanan feri mengambil masa 10 minit ketika ini sebab dah mula peak hour. Wife pulak dah mula pening ketika feri mula bergerak sebab memang mabuk laut. Terus dia cakap lepas ni naik train biar jauh dan lambat tapi tak pening 😅.
![]() |
| Naik bas dari feri terminal menuju ke Temple Street Night Market. |
![]() |
| Fresh Tiram Bakar - Peniaga boleh speaking English senang nak tanya. Dia kata cuma letak minyak, garlic, ginger, onion spring and cili. |
Sampai di Tsim Sha Tsui Ferry Terminal kami mengambil bas nombor 6 menuju ke Temple Street Night Market perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 mini dalam keadaan trafik jem. Boleh juga naik bas nombor 2 dan 7. Bas akan ada setiap 5 minit di hadapan terminal. Di Hong Kong kalau nak naik bas memang tak perlu risau. Insyallah mudah sangat.
![]() |
| Suasana di Temple Street Night di waktu petang. |
![]() |
| Ada juga yang menjual durian tapi kat sini harga memang kayangan. |
Temple Street Night Market ini adalah salah satu tourist attraction. Lebih kurang sama macam Petaling Street KL. Dari pakaian, souvenir sehingga makanan dan minuman ada dijual di sini. Agak menarik untuk berjalan-jalan di sini.
Terdapat juga beberapa stall peniaga yang menjual makanan halal. Dan dari apa yang penjual makanan seafood bakar di sini kata, kita boleh makan sebab tiada bahan seperti alkohol atau yang tidak halal, hanya menggunakan rempah ratus sahaja especially Sichuan Pepper. By the way kena cuba sotong bakar dan tiram bakar di sini 😉.
Bersambung Hong Kong & Macau Part 15 : (Under Construction)






















Nampak macam sedap la tiram tu.
ReplyDeleteYes memang sedap... Second time makan masa di Da Li dan Li Jiang.. Kalau mentah tak lalu huhuu..
Delete"Catnya belum kering" Kalau uncle jumpa memang jadi modal selfie uncle dah tu! hahaha
ReplyDeleteHuhuu... betul juga tu.. lupa pulak nak "selfie" kan untuk uncle hahaha..
DeleteMenarik juga membaca pengalaman menggunakan pengangkutan awam di negara orang. Banyak perkara baharu boleh dipelajari sepanjang perjalanan!
ReplyDeleteBagi saya paling best adalah mencuba menjadi seperti orang biasa di sesebuah negara itu.. barulah dapat feel dengan lebih dekat how the live :D
DeleteRamai sangat kot Malaysian tourists dekat sana, itu yg ada tulisan BM tu. Agaknya la hehe...
ReplyDeleteBagus undang² di sana. Patut kita pun impose strick law enforcement dekat foreigners yg buat onar di negara kita.
Yes memang terlalu ramai sangat orang melayu is either Malaysia, Indonesia dan Brunei yang datang ke situ.. so tulis la bahasa di situ huhuu..
DeleteYes undang2 keras demi kebaikan dan keselamatan tak halang tourist untuk datang dan datang dgn lebih ramai..
Wah ada signage dalam BM. Bestnya baca trip Afif, food sedapnya. Moga kami sampai sana lagi.
ReplyDeleteFood sedap dan kalau datang ramai seronok la tak terasa mahal hihihii..
DeleteInsyallah moga kita diberi rezeki untuk repeat lagi ziarah Hong Kong & Macau..
Haha, tengah syok layan view di Victoria Peak, sekali conference wife habis awal 😂 Terus bertukar daripada jalan santai kepada misi mengejar lunch. Berguna penerangan laluan dari tram ke MTR tu, senang nak bayangkan perjalanan. Banyak juga berjalan hari tu!
ReplyDeleteDatang terlajak ke The Peak Tram pun sebab wife janji nak breakfast sekali tak jadi huhu.. okla nasib dpt peluang lunch bersama.. Yes waktu tgh hari tu mmg dah lapar sangat-sangat.. Nasib la makanan di masjid ammar tu sedap-sedap..
DeleteSubahanallah..hebatnya, menarik persembahan gambar,.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih Tuan Etuza.. tapi gmbr tuan di Morocco dan Spain pun menarik hihii :D
DeleteSaya teringin nak ke HK lagi sekali dan santai santai turun dari Victoria Peak. Dulu pergi dengan kawan dan kali pertama mestilah banyak tempat nak cover, tak dan bersantai.
ReplyDeleteHong Kong sangat mahal, air mineral kecik masa tu rm5 sebotol. Bilik kat Chungking Mansion punyalah kecik sampai berlaga punggung. Solat pun atas katil.
Yes saya pun teringin nak repeat Hong Kong dan juga Macau.. Kalau ke The Peak ni memang kena santai-santai sebab nak layan view sahaja dah berjam-jam di sini.. Bab mahal tu mmg iyer.. Hotel mahal tapi level hotel ayam sahaaj huhuu..
DeleteMenarik sungguh tiram bakar.
ReplyDeleteBiasa nampak orang makan raw tambah perahan lemon.
Tiram bakar tu memang nampak kesedapannya.. Rasa fresh dan rich.. Yg raw perah lemon tu tak tertelan saya huhuu..
DeletePatutlah ada signage bahasa Melayu, rupa-rupanya memang ramai orang Malaysia datang makan situ.
ReplyDeletePortion makanan tu sama macam di China, kalau order lauk memang bukan untuk seorang makan.
Memang orang melayu beri dia untung 50-70% rasanya huhuu..
DeleteYes sama macam di china kalau order lauk mmg untuk makan ramai bukan seorang diri sahaja..
Islamic Center Canteen tu popular kot ngan orang Malaysia, sebab tu ramai malaysian kat sana. makanan pon nampak sedap
ReplyDelete