Dalam sedar atau tidak hanya kurang 100 hari lagi kita bakal berjumpa dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Moga Allah Taala mengizinkan kita dalam keberkatan umur yang panjang untuk berjumpa dengan Ramadhan nanti Insyallah.
Tahun 2024 kami ke Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan. Yang pada asalnya rancangan kami adalah menunaikan umrah DIY dan menyambut Aidilfitri di tanah suci. Namun niat kami itu tidak kesampaian. Puas mencari tiket flight yang murah dari 7 bulan sebelum Ramadhan. Namun tiada rezeki untuk kami sekeluarga menunaikan umrah ketika itu.
![]() |
| Trip Raya Aidilfitri 2024 Almaty - Bishkek - Tashkent. |
Tiba-tiba Airasia open new route ke Almaty, Kazakhstan. Dan kami dapat tiket sekeluarga di bawah RM6,000.00 untuk return ticket maka berpuasa dan berhari rayalah kami di sana. Dan pada tahun ini kami berpeluang menyambut Hari Raya Aidilftiri di Yunnan selama 2 minggu penuh. Syukur dapat return ticket bawah RM5,000.00 untuk kami sekeluarga.
![]() |
| Trip Raya Aidilfitri 2026 Kunming - Dali - Lijiang - Shangri La - Xiamen. |
Untuk Tahun 2027..? Hurmmm masih tiada perancangan lagi..
Tapi sekarang terlihat banyak promotion dari beberapa airlines ke beberapa destinasi yang menarik di serata dunia.
Kalau ikut pengalaman trip ke Almaty, Kazakhstan hanya dirancang 4 bulan sebelum hari penerbangan dan Trip Yunnan, China dirancang kurang bulan setengah dari sebelum tarikh penerbangan. Dek kerana dapat tiket murah last minute.
So... Untuk 2027 masih tiada apa-apa perancangan setakat ini. Namun kalau tiba-tiba terjumpa tiket flight yang murah mungkin boleh consider untuk kami sekeluarga menambah pengalaman bepuasa dan menyambut hari raya di negara lain.
![]() |
| Return Flight Kuala Lumpur - Istanbul RM1,869.00 only. |
![]() |
| Return Flight Kuala Lumpur - Moscow RM1,948.00 only. |
And yes kami travel selama ini memang hanya bergantung pada flight tiket murah sahaja. Dan macam biasa pilihan "destinasi" buat kami adalah perkara kedua. Tiket murah menjadi keutamaan kami 😉.
Setakat ini promo return flight ticket yang aku jumpa untuk tarikh hari raya tahun depan adalah ke Fukuoka Japan (RM1850++), Istanbul Turkiye (RM1600++), Hong Kong (RM500++), Perth Australia (RM1100++), Ulaanbaatar Mongolia (RM2000++), Seoul South Korea (RM1350++), Guam (RM2000++) dan banyak destinasi di China bawah RM1000.00.
Mungkin juga Raya Aidilfitri 2027 nanti kita sambut di Perlis, Johor atau Negeri Sembilan sahaja 😉.




Seronok kids.. semoga berjaya memburu tiket
ReplyDeleteItulah angan-angan dan cita-cita sangatlah besar nak mencipta memori dengan the kids.. Moga ada rezeki :D
DeleteSemoga jumpa destinasi yg diidamkan. Teringin jugak nak beraya di negara orang tapi kesian dgn mak ayah kat kampung sbb raya je masa dieorg jumpa anak cucu (husband susah nak dapat cuti panjang selain cuti raya huhu)
ReplyDeleteTak la juga mengharap sangat.. if dapat syukur alhamdulillah dan if tak syukur dpt kita sambut raya di sini dengan ibu dan adik beradik bersama anak saudara ☺️.
DeleteYes cuti raya tu special sbb tu sekali sekala kena bercuti time raya 😎. Senang dan mudah tiada org ganggu nk cuti lama.. 👍🏻
slamat hunting tiket murah and berpuasa di negara org
ReplyDeleteDoakan la... Moga ada rezeki untuk kami sekeluarga mencari memori bersama.. 🤲🏻☺️
DeleteHK nampak murah tiketnya, Mongolia pula menarik tapi keras sikit tiketnya tu.
ReplyDeleteAt this moment flight to Hong Kong and Macau mmg murah... Dan boleh pilih jalan2 waktu winter.. 👍🏻
DeleteBestnya dapat tiket murah..selamat belayar ya..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. hunting flight ticket memang menyeronokan hihihii.. 👍🏻😎
DeleteSemoga apa juga rancangan akan dimudahkan tanpa halangan..
ReplyDeleteAmin Amin.. ada rezeki kami terbang.. jika tiada di sini sahaja.. boleh makanketupat lemang bagai ☺️👍🏻
Deletehmm macam tak percaya je tahun depan sambut kat perlis. tau2 ada kat mongolia hahaha.
ReplyDeletesemoga berjaya memburu tiket murah dgn destinasi yg sesuai utk percutian keluarga!
masa trip tuan ke kazakhtan tu lah saya first time saya baca blog tuan dan follow kisah2 trip tuan
ReplyDeleteMoga dipermudahkan dan dapat puasa serta raya abroad.
ReplyDelete