Pages

Sunday, 21 October 2012

Zimbabwe Part 2 : Perjalanan Dari Kwe Kwe Town Ke Victoria Falls Town

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

09 November 2011 - Tohir Bhai bawa kami jumpa dengan kawan dia iaitu owner company bas Tombs Motorway's. Bas yang dijanjikan pukul 9.00 pagi delay sampai pukul 9.45 pagi baru bertolak. Owner bagitau delay sebab nak bagi bas baru. Memang happylah kami tapi bila tengok memang bas tu baru. Baru cat bukan baru keluar kilang hahaa..

Dalam bas seat semua berplastik sebab dah tukar cover baru tapi still ada patah-patah. Tingkap ada yang rosak tak boleh buka but tak apa la kan. Yang kami tahu bas ni mesti baru lepas service. Insyallah boleh sampai Victoria Falls dengan selamat. Kami duduk seat paling depan belakang driver.

Bas sepatutnya sampai awal di Victoria Falls Town tapi dari Kwe Kwe pergi Bulawayo dulu iaitu second largest city in Zimbabwe. Setengah jam juga stop di Bulawayo. Then baru teruskan perjalanan. Tu yang buat lambat sampai.

Bergambar bersama owner Syarikat Bas Tomb Motorways.
Nampak tak apa yang baru?  Hanya plastik sahaja yang baru.
Disebabkan duduk dekat dengan driver. Boleh tengok driver ni bawa bas tak tukar gear. Naik bukit turun bukit rilekkss jer. Bila tiba di kawasan kira kanan nampak hutan jer. Kami tengok tepi bas tu ada asap keluar tapi driver rileks lagi. Last-last bas mati di tengah kawasan hutan.

Bila turun dari bas tengok belakang dengan depan sama jer. Sejauh mata memandang. Kami gelak je la nak buat macam mana lagi, laya jer la. Duduk tepi pokok layan bekal cheese burger tadi. Nasib baik memang ada mechanic dalam bas ni. 20 minit lebih jer stuck then bas pun teruskan perjalanan semula Alhamdulillah lega hati. Somehow masa memang terhad untuk kami spend lebih masa di sesuatu tempat.

Aku dah pening sebab panas
Anas layan tido kami layan gelak hehehee..
Macam2 hal driver nie.
Wan tension, Anas suka bas rosak.

Waktu dah nak masuk asar.. tapi bas tak sampai lagi.. then bila dah nak dekat waktu magrib baru nampak signboard Victoria Fall.. fuh lega dah nak sampai alhamdulillah.. tiba2 bas masuk simpang ke satu pekan.. aduhh.. ape lagi ni.. boleh pulak dia stop amik penumpang untuk ke Victoria Fall Town.. ada kat setengah jam tunggu.. siap boleh turun dari bas.. jalan2 kat area bas stop ni.. sempat beli air dengan roti sket..

Lepas maghrib kol 8 malam lebih baru sampai ke bas stop Victoria Fall but bukan dalam town.. dia kata malas masuk town.. susah nanti dan kalau polis nampak nanti kene paw.. hhmmm.. dia janji akan stop depan Hotel Kingdom.. tak kan nak menapak pulak dari sini sampai dalam town pastu nak pi tempat lodge yang kami dah booking..

Sampai-sampai kene check in dulu.
Tak tahan nak mandi badan dah melekik :P
Pemandangan khemah kami dari luar.
Pemandanga dari dalam khemah..
#Khalid yang keletihan sempat bergambar..

Dan time tu jugak ada mamat driver teksi datang tanya aku nak pi town? dia charge US$ 4.00 satu trip.. dia kata 3 kilometer je dari bus station ni.. so aku jumpa driver bas dan bagitau "duit tiket yang kami bayar tu, take out US$ 4.00 dan bayar kat mamat driver ni.. sebab ko janji nak bawa sampai town.. if not aku call bos ko".. last2 dia bayar gak untuk kami hehehee..

Maka kami terus naik teksi sampai terus depan Victoria Falls Restcamp & Lodges.. jam dah pukul 9.00 mlm.. ikut plan boleh sampai pukul 6 petang.. apa boleh buat.. so pi kaunter untuk check in lodge yang kami dah booking untuk malam ni.. tapi dia kata dah penuh sebab kami lambat..

Yang available campsite jer.. tapi mana ada kami bawa khemah.. terpaksa la sewa dengan pihak lodge.. kat sini ada lodge, dorm dan campsite.. dorm jer ada 3 katil kosong.. tapi kami berempat so kene amik campsite gak la..

1 tent boleh untuk 2 orang.. sewa 2 tent.. campur sewa tent maka US$15.00 sehari semalam untuk seorang.. secara tak langsung kami semua guna duit yang makcik kat Kwe Kwe Town tu kasi la.. dalam khemah ada dua katil single, selimut dan bantal.. satu meje kecik.. ada lampu tergantung di tengah2.. ada tingkap dan bercarpet.. patut mahal pun.. by the way suis plug je tak ada..


Berjalan2 di sekitar Pekan Victoria Falls
Jom masuk Casino huhuhuuuu...

Lepas bayar.. ada petugas yang bawa kami terus ke khemah.. senang la sebab dah la malam.. nak mencari susah kawasan besar yang amat.. Alhamdulillah tent kami berdekatan dengan restoran/bar, toilet & bathroom.. yang paling best dekat dengan swimming pool.. apa lagi.. sebab dari pagi tadi dalam bas.. badan memang melekek hehehee.. terjun swimming pool la..

Di sebab kan hari ni bukan hari weekend.. so restoran berdekatan tak la ramai orang sangat.. swimming pool pun kosong jer.. just kami berempat yang mandi.. sejam gak kami mandi swimming pool.. by the way kebiasaan nya swimming pool kat kawasan macam ni (lodge,hotel etc di afrika..).. tak leh berseluar panjang.. so make sure korang bawa seluar 3 quarter yang melebihi lutut untuk make sure anda menutup aurat tapi untuk orang perempuan aku tak tahu la..

Anas yang ceria..
Anas.. apa sahaja lah ko.. :D
Signboard.. ikut mana yg suka..
The Kingdom Hotel

Lepas mandi, solat.. kami bersiap2 untuk berjalan ke bandar sebab takut esok tak sempat.. jalan malam best  gak dan tak perlu takut sebab Victoria Fall Town ni kawasan pelancongan paling utama di Zimbabwe.. memang di jaga rapi dari segala aspek jenayah..

Time kami jalan pun ada polis meronda dan bertanya kami okey ke tak? etc.. memang susah bagi penjual jalanan nak ganggu pelancong.. sebab time kami jalan2 dalam town ada gak mamat datang nak jual something.. tiba2 diorang lari sebab polis datang.. memang feel selamat..


Ready to eat.. :D
Nasib baik ada pizza halal kat sini.
Alhamdulillah kenyang. Lebihan pizza kita buat sarapan :D

Di sebabkan tak pernah tengok casino.. malam tu kami pi Hotel Kingdom.. ada casino ala kadar.. konon nak bergambar depan casino.. tapi kene marah pulak.. mana le kami tahu tak boleh amik gambar.. tak boleh maka berjalan balik ke lodge.. on the way balik nampak restoran pizza halal.. aku dengan anas beli sebab dah lapar sangat.. amik dua regular pizza dengan harga promo..  Sambung Part 2..

8 comments:

  1. Replies
    1. World biggest Water Fall kot.. something yang perlu di lihat dengan mata sendiri. :D

      Delete
  2. semua muka ala-ala ustaz mana lepas nak bergambor depan kasino...
    hikhik kan dah kena marah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaaa.. agak la.. muka baik diorang pun tak sampai hati nak kasi masuk ek :P

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. I wish more writers of this sort of substance would take the time you did to look into and compose so well. I am intrigued with your vision and understanding. What are some of the cheapest places to travel to in the world? From Asia to Africa and Europe, Things to do 's got budget breakdowns for the cheapest places.

    ReplyDelete
  5. Pergi ke tempat minoriti muslim dan jumpa pulak kedai halal memang happy sangat la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sangatt minoriti muslim dekat sini... Tapi alhamdulillah somehow mereka tahu pelancong ramai juga yg muslim.. Dan pizza ni mmg byk branch yg halal..

      Delete