Pages

Thursday, 13 December 2012

Suasana Raya Di Perantauan, Stockholm, Sweden

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia..

29 OGOS 2011 - ISNIN. Seawal pagi kami bersahur untuk kali terakhir di Bulan Ramadhan pada tahun ini. Dan Aisyah, Amar, Adam dan Arif semua pergi ke sekolah seperti biasa seolah-olah tiada kehangatan Sambutan Hari Raya yang akan menjelma di esok hari.

Lebih kurang pukul 12:00 tengah hari aku bergerak keluar rumah untuk ke sekolah di mana anak-anak Auntie Shal bersekolah. Bertujuan untuk menyerahkan surat permohonan cuti pada esok dan lusa sempena Hari Raya AidilFitri kepada pihak sekolah.

Berbuka puasa pada hari terakhir Ramadhan 1432H
Berehat sambil berborak-borak selepas berbuka puasa
Auntie Shal inform pada aku nanti sampai di sekolah, serahkan surat ini kepada kerani di pejabat sahaja. Tapi entah macam mana aku tak sengaja terjumpa principal sekolah dan serahkan surat berkenaan di tangan beliau. In the same time alang-alang dah jumpa Principal aku pun minta la nak bawa budak-budak ni balik awal dengan alasan esok nak raya. Tapi pricipal tak kasi pulak hahaa..

Maka terpaksalah menunggu sehingga jam 3.30 petang waktu balik sekolah. Lebih kurang pukul 4.00 petang kami semua dah pun sampai di rumah. Dan aku terus tolong memasak di dapur. Pizza dan Cinnamon Biskut memang menjadi menu aku dan terakhir aku masak bihun goreng.

Warga Malaysia Menyambut Hari Raya AidilFitri di Kedutaan Besar Malaysia Stockholm.
Khatib Raya Abang Azwar

Jemaah khusuyk bertakbir sebelum solat raya.

Sejam sebelum berbuka puasa keadaan di rumah Uncle Azizul semakin riuh rendah dengan kehadiran ramai warga Malaysia dalam majlis berbuka puasa yang terakhir pada tahun ni.. Bak kata auntie shal "if esok puasa maka malam ni kita buat solat terawih.. kalau raya main bunga api la hehehee.."

Dan Kedutaan Malaysia pun dah menjemput jika esok raya maka datanglah beramai-ramai ke kedutaan. Ada solat raya dan rumah terbuka akan diadakan selepas solat raya. Masing-masing boleh bawa makanan raya yang nak dihidangkan pada rumah terbuka esok (port luck)..

So aku dengan Auntie Shal  masak rendang  ayam 5 kilo malam tu selepas semua orang balik dan bila dah dapat tahu esok raya hehehee.. aisyah, ammar, adam  and arif semua tolong potong2, masak2.. buat kuih la.. Dan arif pulak suka curi makan adunan kuih raya yang belum di bakar hahahaa.. memang  comel arif  si kecil ni.. baru berumur 5 tahun..

Antara Kakitangan Malaysia
Dari kanan Abang Hadi, Abang Shahrin dan Abang Azwar 
"Encik Noor, Rendang Ayam yang sedap kat hujung tu saya yang masak"  
Kanak-kanak di dahulukan kekenyangan di utamakan hahaha..
Makan sambil berborak sesama kakitangan dan student Malaysia.
Kanak-kanak yang riang bergembira di pagi raya.

Farah, Faiz dan Nurul.
Kanak-kanak memulakan acara makan.


Dalam keriuahan saat-saat untuk beraya.. Actually aku tengah  risau tak ada  baju  melayu  untuk  beraya.. sebab baju raya aku ada pada junior budak sweden.. Belajar sekali di Johannesburg.. dari aku datang sampai la nak raya  ni tak jumpa dia..

Passing kat dia sebab aku nak travel dulu sebelum datang berterawih di sweden.. so aku pass kat dia few of my things.. so Auntie Shal notice aku tak ada baju raya.. then Uncle Azizul bagi aku pinjam baju melayu dia.. Nasib baik Uncle ada banyak baju melayu hehee.. Maka ini adalah my first time aku pakai baju melayu johor hahaha.. siap dengan songkok uncle kasi aku.. alhamdulillah la cukup satu set..

Siap sedia menyerang rumah-rumah warga Malaysia untuk beraya :D
Arif tertidur dalam keletihan. Comel je haha :D
Antara ahli rombongan beraya di pagi 1 Syawal.
Ujian melanda satu kereta konvoi raya tak boleh start.
Bersama umat islam berbangsa lain meraikan hari raya di rumah Abang Shahrin..
Students lain dari Pakistan dan Ghana. Dua orang yang pakai spek tu warga Malaysia yer.
Kedutaan Malaysia Stockholm
Bersama pelajar-pelajar Malaysia Master dan Phd di Sweden from left Abg Rumaizi, Abg Shabibur Rahman dan Abg Hadi

30 OGOS 2011 - SELASA. Keesokan pagi pun riuh rendah sebab auntie and uncle sibuk menyiapkan anak2 mereka untuk solat raya di kedutaan.. bila on the way pulak jalan jam.. maklum la orang islam je yang bercuti.. org lain semua berkerja macam biasa.. then dapat pulak call dari abang azwar (imam dan khatib untuk solat raya).. dia pun sangkut dalam jam.. dan minta aku baca khutbah kalau dia lambat.. errrkkkk..!!!! biar betul hehehee... dah la aku tak standby pape.. bagitau awal2 tak apa lah juga.. :P

Alhamdulillah bila sampai Kedutaan Malaysia, Abang Azwar pun dah sampai so tak ada peluang la aku nak baca khutabah raya (hahahaa..).. majlis takbir beramai2.. kemudian solat raya.. dan terus majlis makan2 di kedutaan.. setiap orang bawa something.. rendang ayam & daging, kuah kacang, nasi impit, ikan bakar pun ada.. Sini ramai rakyat Malaysia yang belajar ataupun yang menetap.. habis je majlis di Kedutaan Malaysia kami pergi beraya rumah ke rumah orang malaysia  so dalam hari ni sempat la pi beraya lebih 6 rumah orang Malaysia..  :D

11 comments:

  1. banyak pengalaman kan g tempat orang ? seronok nye :) untung la belaja kat oversea ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat malaysia pun untung.. rezeki di mana2 sahaja kak mya lova lova.. :D

      Delete
  2. salam timetraveller, saya plan nak pergi ke stockholm lagi dan ingin mencari contact en Kareem (chef), dia org singapore tapi wife org melaka. Boleh tak saya dapat email org malaysia di stockholm yg boleh bantu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.. saya pun tiada email orang malaysia di stockholm.. sebab orang2 yang saya kenal dulu semua dah balik pulang ke Malaysia.. Mungkin anda boleh mencari group comuniti Malysian di facebook. :D

      Delete
    2. bestny dpt travel kn?..huhu..dpt study dkt oversea pn msti best kn..tp harus bijak bw diri..:) smoga 1 day pn sy mmpu travel jau2..hehe..in sha ALLAH..

      Delete
    3. Alhamdulillah diberi rezeki untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah..
      Insyallah niat yang baik mesti ada jalan nyer. moga dapat belajar oversea dan menggunakan ia sebaik mungkin :D sy doakan :D

      Delete
  3. alahai best nya travel.. baca blog ni bagi semangat aje nak travel, sedikit sebanyak tahu la jugak nama tempat kat luar negara.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar perkongsian pengalaman buat pembaca.. berkongsi ilmu.. :D
      Moga lebih ramai yang minat untuk travel.. bagus la membaca tambah kan ilmu.. :D

      Delete
  4. SubhanAllah....... da 4 tahun berlalu... baru baca entry psl stockholm.... gambar di Grona Lund dulu pun lupa nak beri... hahahaha.. kalo nak dtg la selayang... bwk pen drive...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.. siapa yer.. Abang Azwar ker..?? :D
      Itu lah dah 4 tahun berlalu.. namun masih segar di ingatan.. kan.. insyallah akan berkunjung ke selayang jika ada kelapangan nanti.. emailkan detail ke afif_4ht@hotmail.com k..:D

      Delete
  5. I'm thankful for the article.Really thank you! Will read on...Searching the un-official subreddit for Pikdo- Share your posts, ask questions and get feedback on your account. Come join our great page.

    ReplyDelete