Pages

Wednesday, 16 January 2013

Grande Mosquee De Paris - Masjid Bersejarah Di Kota Paris

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Suatu petang selepas aku dan Isaa berjalan-jalan sekitar Bandaraya Paris. Isaa mengajak aku bersolat Asar di sebuah masjid berdekatan yang amat bersejarah dan unik dengan seni bina iaitu GRANDE MOSQUEE de PARIS (GREAT MOSQUE of PARIS) - Masjid ini siap dibina pada tahun 1926 dan dirasmikan oleh Presiden Perancis pada waktu itu Gaston Doumergue.

Menuju ke Great Mosque of Paris 
Di bina oleh Empayar Perancis sebagai penghargaan kepada tentera-tentera yang beragama Islam dari tanah jajahan Perancis (Morocco, Algeria dan Tunisia) yang telah turut berjuang dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918). Hampir 100,000 daripada mereka telah terkorban dalam perang tersebut. Masjid yang mempunyai menara azan setinggi 33 meter ini dibina dengan berciri senibina Andalusia yang amat popular ketika waktu itu.

Ketika era Holocaust sewaktu Perang Dunia Kedua (1939 - 1945) ketika Perancis ditawan oleh Nazi Jerman. Masjid ini dijadikan tempat persembunyian penduduk yahudi yang diburu oleh Tentera Nazi Jerman. Mereka dikatakan telah diberi sijil kelahiran Muslim sebagai samaran supaya mereka selamat daripada ditangkap dan dibunuh.. Wallahu Alam.

Dari Station Palais Royal Musée Du Louvre kita ke Station Jussieu.
Kita berjalan melepasi Museum National D' Histoire Naturelle Jardin.
Alang-alang dah sampai kita masuk ke dalam Museum sekali.
Pada masa kini Masjid ini adalah antara yang terbesar dan terpenting di Perancis dan juga di benua Eropah. Perancis adalah antara negara Eropah barat yang mempunyai populasi Muslim paling ramai dan hampir 5 juta penduduk Perancis beragama Islam iaitu 8% daripada jumlah penduduknya. Alhamdulillah ada juga jumpa masjid di tengah-tengah Bandar Paris ni. Dapat la bersolat dengan selesa. 

Terletak berhampiran Museum National D'Histoire Naturelle Jardin Des Plantes. Maka kalau nak datang ke sini boleh ke Station Metro paling terdekat iaitu Station Jussieu. Kemudian boleh cross Museum National D'Histoire Naturelle Jardin Des Plantes. Tapi jangan risau sebab entrance free sahaja. Tiada apa-apa bayaran yang dikenakan. Di sini kita boleh menikmati pemandangan kesemua jenis pokok-pokok yang ada di France ada ditanam di sini.

Pintu masuk Great Mosque of Paris, France
Masjid ni memang cantik sebab ia adalah sebuah bangunan lama dan ada taman yang cantik di tengah masjid.. dan di sebab kan aku sibuk amik gambar pada setiap sudut.. maka aku tersilap masuk tempat wudhu' wanita.. ye la, mana aku nak faham.. tulisan semua french jer.. Isaa pun senyap jer.. tak kata apa.. tiba2 muncul seorang mak cik tua marah kami.. sebab masuk tempat wudhu' wanita.. nasib baik time kene halau tu tak ada orang lain huhuhuu.. lepas amik2 gambar.. kami solat berjemaah..

Pandai Bahasa French boleh la baca maklumat sejarah masjid ni.
Dalam masjid ada taman yang indah :D
Ruang solat terbuka di tengah-tengah bahagian masjid. 
Inilah yang dikatakan seni arkitek dari Andalusia
Ruang solat utama
Terdapat dua lapisan pintu masuk ke masjid.
Tempat wudhu Wanita ni lah
aku kene marah sebab salah masuk..
Turun ke tempat wudhu
Tempat wudhu lelaki
Mimbar kayu yang antik
Lampu pun mengikut seni bina Andalusia
Lama juga kami duduk berehat di dalam masjid ini. Sebab tadi pun dah berjalan banyak di area Musee de Louvre. Dan pada masa ini orang tidak begitu ramai di dalam masjid ini.

Mungkin juga sebab sekarang bukan waktu solat berjemaah. Dan Isaa kata kalau solat jumaat memang melimpah sampai ke luar masjid.

Apa pun hati ini tersenyum melihat masjid yang hampir berumur 100 tahun ini masih berdiri kukuh di tengah-tengah Bandaraya Paris. Dan ia menjadi simbol islam di Paris.. Pada mereka yang datang Paris jangan lupa datang masjid ni setidak-tidaknya buat Solat Tahyatul Masjid 2 rakaat yer.. :D


Grande Mosquee De Paris (Great Mosque of Paris) France.

18 comments:

  1. cantik masjid tu.bgus jgk kan,photographer tok setiap section.mcm tau je nk tls ap dlm blog n suitkan dgn gamba.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. masjid memang cantik.. kan dah kata andaluisa punya senibena.. by the way photographer tu tak tahu pun yang akan buat blog ni :P

      Delete
  2. Assalamualaikum wbt..

    Subhanallah, cantik naa senibina dia.. lebih2 lg part yg ada taman tue.. Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep... mmg betul... cantik dgn senibena Andalusia.. :D

      Delete
  3. Eeeeee x sempat nak cari masjid waktu di France. Tak sangka ada masjid besar di Paris. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko as kan? hahahaa... ia tak jauh dari central paris.. ramai orang islam ko cuba tanya lah ngan diorang :D

      Delete
  4. cantiknye taman dalam masjid tu..landskap die tu sekali pandang memang macam kota alhambra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang di bina dgn seni bena andalusia... so closer kot dgn alhambra... :D

      Delete
  5. Assalam...
    cuma nak tanya,ada tak kenal sapa2 org malaysia kat paris yg blh jadi guide klu melancong kat situ?21 may ni saya dan isteri akan ke paris.
    terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm... ada la seorang dua junior orang france.. tapi tak tahu la pulak kalau mereka sudi nak jadi tour guide...

      dengan kata lain saya tak kenal sape2 disana... minta maaf..
      mungkin boleh cuba call kedutaan malaysia di sana.. mungkin mereka ada kenalan.. :D

      Delete
  6. macam jeles je.. hahahaha... lucu afif salah masuk tempat wudhuk.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ker macam jeles jer.. ye la mana faham dia kata tempat wudhu wanita dalam french hahahaa.. :P

      Delete
  7. Haha salah masuk tempat wudhu, ya. Beberapa kali dulu sholat disini waktu jalan-jalan dan saat Idhul Fitri. Yang terakhir penuh sekali orang dari berbagai bangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap betul seba tak faham tulisan dalam bahasa france tu.. Kalau solat raya aidil fitri mesti best kan.. pelbagai bangsa ada di satu tmpt. :D

      Delete