Pages

Wednesday, 13 February 2013

Misi Bantuan di Phnom Penh City

Cuti Ramadhan 1428 H bersamaan Oktober 2006.. Cuti kedua aku balik Malaysia selama dua tahun di South Africa.. kebiasaan bila aku balik Malaysia.. first at all aku akan ziarah semua sedara mara aku.. dan orang2 yang banyak menolong aku..

Bila aku pi ziarah Haji Amin ( orang yang banyak tolong aku dari segi kewangan untuk pergi ke South Africa..)  beliau menyatakan akan ke Cambodia untuk Misi Bantuan Umat Islam di sana.. aku di ajak pergi sekali untuk menjadi petugas.. dan bayaran sebanyak RM1000.00 termasuk tiket penerbangan, hotel, pengangkutan, makan dan minum..


(Abaikan tarikh 01/01/2004.. lupa nak set camera)
Bergambar bersama Ketua Keselamatan Airport 
Alhamdulillah arwah ayah aku mengizinkan dan menolong membayarkan jumlah tersebut.. :D (thank you ayah).. Misi bantuan selama 5 hari.. bermula dari Jumaat 13 Oktober.. Alhamdulillah Dengan Nama Allah.. penerbangan Airasia ini kami semua selamat sampai..


Misi di anggotai seramai 7 orang warga Malaysia.. Haji Amin dan anak sulung beliau Abg Aiman turut serta.. Dua orang sahabat abang aiman juga turut serta untuk menjadi petugas Abang Hamidi dan Ustaz Hanief.. berserta 2 businessman melayu kenalan Haji Amin..


Menanti waktu berbuka puasa
Kami di sambut sebagai tetamu VIP oleh kerajaan Cambodia.. Haji Amin kata walaupun ini misi bantuan untuk orang islam.. tetapi dengan kata lain ia membantu rakyat cambodia.. that why kita jadi tetamu kerajaan.. so make sure jaga tingkah laku kamu.. Baik..!! aku balas pada Haji Amin..


Passport kami terus di ambil oleh Ketua Keselamatan Airport.. dan yang aku ingat kami tak payah stamp passport.. dan passport kami di pegang oleh Airport sehingga kami pulang nanti..


Di luar Airport sebuah van dan sebuah jeep tentera bersama beberapa pegawai tentera  telah pun menunggu kami.. dan membawa kami terus ke sebuah hotel di Bandar Phnom Penh.. Selepas chek-in dan meletak barang di balik kami turun ke lobi untuk ke restoran.. untuk berbuka puasa.. Sambil menunggu hidangan dan juga waktu berbuka Haji Amin memberi sedikit penerangan mengenai program yang akan di jalankan..


Bersama kanak-kanak Cambodia yang memerlukan bantuan..
Dato' Razak mengagihkan biskut pada setiap kanak-kanak..
Tak sabar sambil tersenyum menunggu giliran untuk mendapatkan biskut ping pong..
Para ibu sabar menanti giliran untuk mendapatkan 5 kg beras seorang
Majlis pengagihan bantuan dari Malaysia seperti 
Al-Qurqn, buku tulis, buku agama, beras, pakaian dan makanan.

Perkara paling aku terasa apabila aku membasuh kaki dengan air dalam tempayan yang di tadah dari bumbung masjid.. setelah aku selesai membasuh kaki ada seorang budak perempuan dalam umur 6 tahun sambil mendukung adik dia dalam umur 2 tahun.. meminta gayung dari aku.. dan dia terus menyeduk air dari tempayan dan memberi minum kepada adik dia.. bagi orang malaysia tidak akan minum air tadahan hujan dari bumbung yang tentu boleh mendatang kan sakit.. tapi tidak pada budak ini..


Dato' Razak memberi sumbangan pada imam masjid
Memberi sumbangan pada mereka yang memerlukan :P
Kesokan hari kami memulakan perjalanan ke kawasan perkampungan yang ramai penghuni islam.. untuk memberi sumbangan seperti peket beras 5 kg untuk setiap keluarga.. bungkusan pakaian.. buku dan peralatann tulis.. wang tunai dan sebagai nya..

Aku di tugas untuk mengambil bahagian kanak2.. seperti memberi Biskut Ping Pong 5 keping seorang.. sedih melihat mereka yang beratur untuk mendapatkan biskut yang mereka tak pernah nampak apatah lagi rasa.. dan adalah normal untuk kanak2 bawah 3 tahun tidak berbaju.. sebab ibu bapa tidak mampu membeli pakaian untuk mereka.

Dan secara tak langsung kami berjumpa seorang ustaz sekolah agama.. badan terlalu kurus dan nampak beliau seperti ada penyakit.. lalu Abang Aiman bertanya "tak jumpa doktor ke?" dia jawap "gaji saya sebulan tak sampai RM20.00.. nak beli makanan untuk rumah pun tak cukup.. buat apa nak beli ubat.." sambil air mata mengalir Abang Aiman menghulurkan sedikit wang tunai Cambodia..

Hampir 21 kampung kami lawati dalam memberi bantuan.. walau ia tidak lah sebanyak mana tapi kata Haji Amin sekurang2 nya dapat lah orang2 islam di sini bergembira tatkala Syawal yang makin menjelma.. ada ketika kami menyerahkan bungkusan beras pada seorang makcik.. sambil makcik tu "berkata terima kasih banyak2.. makcik makan nasi setahun dua kali jer.. raya puasa dengan raya haji.." sebak giler aku dengar..


Ffuuuhhhh..!! memang sedap..
Udang Galah bakar fresh dari sungai mekong dan popia sayu made in Cambodia.. 

Ustaz Hanief dan translator kami  Faizal.. orang malaysia yang dah lama di sana.. 
 Ikan Haruan Bakar, Air Kelapa, Ulam-Ulam Segar,
Buah-buahan Cambodia, Tomyam Udang, Nasi Putih.. 
Memang terbaik.. :D

Alhamdulillah untuk hari pertama saja kami berbuka di hotel.. hari2 berikut nya kami berbuka di kampung berdekatan Bandar Phnom Penh.. sebab orang kampung kata mereka tak boleh balas jasa kami.. but boleh masak sedap2 untuk kami.. sebab tak perlu modal.. semua yang di tanam dan di tangkap dari Sungai Mekong..

Near to Ounalom Monatery
Tengkorak yang di susun di Menara Memorial
Lebih 300 000 orang mati di bunuh dan di tanam
di Choeung Ek Memorial
Alat2 seksaan tahanan oleh Rejim Polpot
at Toul Sleng Genocide Museum
Boleh tahan juga kaum lelaki shopping
@ Phsar Thmey - Central Market
Sebagai orang paling muda selalu kene gelak :P
Shopping di Phsar Thmey ( Central Market )

Hari terakhir Haji Amin memberi kami kami masa untuk melawat bebrapa tempat yang patut di lawat oleh pelancong.. walau tak semua kami pergi.. tapi dapat juga la kan tengok sket2.. Kampong Cham, Toul Sleng Genocide Museum, Choeung Ek Memorial ( The Killing Fields ) dan Ounalom Monastery..



Choeung Ek Memorial peringatan pembunuhan kejam  Rejim Polpot 
Antara tengkorak mangsa yang 
di bunuh oleh Rejim Polpot
Pintu Masuk Choeung Ek Memorial
Alat menyeksa tahanan dengan menebuk
belakang kepala sampai mati
Bilik tahanan yang kecil di aksi kan
oleh abang Aiman..

@ Toul Sleng Genocide Museum 

17 Oktober 2006.. hari terakhir kami di sini.. meninggalkan seribu satu kenangan.. 5 hari di sini bukan untuk melancong tapi membantu mereka yang memerlukan.. terima kasih pada rakyat Malaysia yang memberi sumbangan duit, pakaian, beg sekolah dan sebagai nya kepada Persatuan Kebajikan Islam Kemboja.. ini lah hasil nya.. moga bantuan ini berterusan..


Bergambar di hadapan bangunan Persatuan Kebajikan Islam Kemboja
Abang Aiman, Ustaz Hanief , Aku dan Abang  Hamidi..


25 comments:

  1. 2006 ? mudenyeeee :)) patut la kurus =]

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaaa... aah tahun 2006 time muda-mudi dulu ..
      zaman pembelajaran memang la kurus hahahhaaa.. :P

      Delete
  2. Assalamualaikum.. baca dh semalam tp bru nk komen, hihihi...

    Panjang sgt nk baca, so main skip2 jaaa..tp seronok tgk gambaq2 dia.. lagi2 tang udang tueeee... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. thank kerana membaca.. panjang sgt ek?? hahahaaa..
      picture je kot yang banyak.. yang part udang tu mmg sedap.. itu pun amik picture bila dah abis makan :P

      Delete
    2. Sedap aih tgk udang tue... btw, awk dh boleh mkn udang ka la nie? Nie sy duk wait part II utk yg cane awk leh stdy ke AS...

      Delete
    3. itu tahun bile.. time ni boleh makan udang lagi.. :P

      Delete
  3. salaam ustaz :)

    wow veel mooie beelden toch :)Hehe jy het 'n interessante Asiatische avontuur! ;)

    joh, ek het jy 'n email boodskap geskryf en gestuur.
    Wag vir jou reply.. hehe ;) alstublief!

    wassalam

    take care

    siti zulaika
    KUL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ..ek nog steeds die prentjie zelfs na n paar jaar..
      op die pad ..watter e-pos het jy dit stuur?

      Delete
  4. jou TimeTravelAfif e-post hoor.. Ek geloof dit is nog 'bly' of 'rus' op jou e-post konto hehe ;) Het slaap vir zo lang tyd!

    ReplyDelete
  5. Baru nk blogwalking :-)
    Dh beli tiket ke cambodian on jan next year...ramai yg oegi sana menitis air mata melihat kesusahan yg mereka alami. Syukur sgt kita jd rakyat msia kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa.. sila2.. saya pun masih baru dalam dunia blog ni.. hehehee...

      yep kat sana memang susah.. nanti pi sana amik lah iktibar.. moga hidup kita jadi lebih bersyukur.. :D

      Delete
  6. entry yang menarik...sayu sangat rasa tengok taraf kehidupan masyarakat kat sana..

    MS mengenali kampung cham melalui novel...alhamdulillah mampu juga meyalurkan sedikit sumbangan yang tak seberapa bersama kawan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks.. memang simpati bila tgk keadaan mereka di sana..

      Even RM 1.00 kita sumbang untuk mereka.. tapi besar bagi mereka nilai tu.. harap dapat pi lagi join the mission..

      Delete
    2. afif...kalau nak join lagi misi ni jangan lupa helo helo mana tahu kalau termampu masa tu boleh hulurkan sedikit sumbangan...

      Delete
    3. insyallah kalau ada join.. nanti will inform kat blog nie :D

      Delete
  7. I wish i can join this kind of activity in future...Insyaallah..

    ReplyDelete
  8. Alahaii.. Lain muka die..haha.. Mb skg berjambang n berjanggut kot..haha

    ReplyDelete
  9. kesiannye mkn nasi 2 ajee setahun..btol2 ssh..mmbe pernah g sane gak die ckp sane mmg btol2 ssh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kesian.. sampai ada tahap makan nasi 2 kali setahun..
      Sedih tengok mereka kat sana.. :(

      Delete
  10. Sedih melihat keadaan mereka di sana. Di Malaysia patut kena ada lebih rasa bersyukur dan jgn membazir makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. bila kita senang jgn mudah membazir.. keadaan sgt teruk di negara org yg susah utk dpt sesuap nasi..

      Delete