Pages

Monday, 15 April 2013

Swaziland Part 1 : Perjalanan Bermula Melepasi Border


Ramai yang confuse Swaziland dengan Switzerland.. Hakikatnya 2 buah negara di 2 benua yang berlainan.. Swaziland adalah sebuah negara kecil di Afrika berada di antara Negara South Africa dan Mozambique.. 

Dan Switzerland di Europe berada di antara German, France, Italy dan Austria.. Walau pun perjalanan menggunakan kenderaan atas jalanraya memakan hanya 5 jam.. tapi tak ada satu syarikat bas pun yang memberi perkhidmatan dari Johannesburg ( South Africa ) ke Mbabane ( Capital of Swaziland )..

Ini peta Negara Swaziland.. bukan Switzerland yer.. :P 

So at last.. somehow dapat jugak aku jumpa dalam internet mengenai sebuah syarikat luxury mini bas dari Bandar Sandton (South Africa) ke Mbabane.. Mahal gak ticket untuk adult berharga R500.00 (RM175.43) nama pun luxury kan... but tak ada lah jauh mana pun.. sebab dari Johannesburg to Mbabane hanya 364 km jer... apa nak buat.. that the only way to go... :P

Wan Thaqif 16 tahun.. first time join trip aku.. 
Bersama pemandu Magnific luxury mini bus @ Mbabane, Swaziland
Pelajar aku Wan Thaqif bersama Anas mengangkat beg masing2..
Pemandangan Taxi Rank bersebelahan dengan mall di Mbabane.. 

Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam setengah.. alhamdulillah tiada masalah dari pihak border kedua2 negara.. dan kami hanya bayar sesudah sampai di Mbabane.. sebuah bandar kecil walau ia sebuah capital.. yang best semua orang yang aku jumpa dalam trip ke Swaziland ni semua nya friendly.. kalau tanya direction memang diorang akan tolong.. jika tak tahu.. diorang akan make sure tu ask someone else to get the answer for us.. people of Swaziland is the best..!!!!!!

Semua info ada di sini.. memang Lodge yang sesuai untuk kami..
Counter reception.. bayar dulu then baru naik kan khemah.. 
Beberapa information mengenai Legend backpackers Hostel..
Backpacker's Bag satu je yang besar sekali tu.. :P

Dari tempat mini bus ni stop.. kami hanya perlu berjalan kaki kurang dari 1 kilometer untuk ke kawasan taxi.. untuk terus ke kawasan Ezulwini tempat yang aku dah check nak camping.. on the way ke kawasan taxi.. aku bertegur dengan seorang pemuda pakistani yang memakai kurta dan berjanggut.. kat kawasan ni ada masjid yang dekat tak..? tanya dalam english k bukan melayu hahahaa.. 

Khemah kami yang kelabu tu.. 2 hijau tu orang lain punya..
Kebersihan di dalam khemah harus di jaga... :P

Atas direction yang di beri kami ke masjid dahulu untuk solat jama takhir zohor dan asar.. lepas solat di masjid ahli jemaah pulak mula sibuk menanya kami dari mana.. nak buat apa.. nak kemana.. selepas aku meng"explain" pada mereka.. diorang kata.."tak yah la amik taxi.. nanti lepas solat magribh kami akan hantar kamu bertiga ke sana.. so aku pun ucapkan Alhamdulillah dan setuju jer la.. :D

Mamat ni pun backpackers yang camping sebelah kami...
yang pakai cap biru dari Mexico  dan dua lagi dari South Africa
Tepat pukul 8.30 malam kami sampai.. 2 ahli jemaah masjid menghantar kami ke Ezulwini dan terus ke Legend Backpackers Hostel.. alhamdulillah senang kerja kami.. bayaran campsite R60.00 sehari semalam.. khemah kene bawa sendiri.. book untuk dua malam.. Continue part 2


14 comments:

  1. Pestime JM dgr nama swaziland ni dan hampir ter konfius jgk tadi. Apalah yg menarik kt sana tu yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak JM.. biasa lah kalau orang jarang datang afrika memang akan confuse hehee...
      Sini best tu xde lah sgt.. just negara still natural... and mission kat sini nak hiking Second Highest Standing Rock In The World jer.. :D

      Delete
  2. Satu sejuk satu panas.. takpe2.. akan bakal jejak juga ke sana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss Nina Hamdan.. Swaziland adalah sebuah negara yang mempunyai 4 musim yer..

      jika anda berkesempatan datang pada musim spring adalah yg terbaik dgn bunga2 liar yg berwarna warni..

      Delete
    2. Lah yeke.. (malu) geografi saya dah makin lemah.wahahha..

      Just like Aussie waktu spring. memang cantik lah..hahha

      Delete
    3. hahahaa... xpe Cik Nina oiii... negara Swaziland ni tak masuk pun geografi kat sekolah Malaysia :P

      Dalam 1000 orang Malaysia mungkin satu je yang tahu kewujudan negara ni..

      next time nak try datang time spring lak dekat Swaziland ni.. :D

      Delete
  3. thumbs up for the hiking! Terlalu banyak view permandangan yg cantik sgt lagi indah...Subhanallah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the thumb up hehehee...
      Aah .. Memang view dia lawa... Just saya tak reti amik gambar huhuhuu...
      Insyallah next time akan pelajari lagi mcm mne nak amik gambar ni :D

      Delete
  4. Part 2 skip ke?
    Anyways...mmg best hiking...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaa.. part 2 masih dalam construction... sebab panjang sgt la... tunggu la beberapa hari lagi... tgh travel mcm ni susah nak update blog la hahahaa... okey wish me luck mr anas manan.. :D

      Delete
  5. nasib la 3 org tuh baik nk nolong..jimatt sikit

    ReplyDelete
  6. salam..sy akan ke paris bulan nov ni..blh email sy..sy tahu maklumat tentang paris please harap boh bantu ini email sy(syed7003@gmail.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Maaf baru perasan comment ni :D

      Delete