Pages

Wednesday, 17 April 2013

Swaziland Part 4 : Sibebe Rock - Second Highest Standing Rock In The World

Sambungan dari Part 3 : Kingdom Of Swaziland.. Back to Natural

Assalamualaikum.. 

Sibebe Rock - Second Highest Standing Rock In The World

10 February 2013 Ahad - Di salah satu kawasan pergunungan Swaziland.. Sibebe Rock terpacak megah.. menanti para peminat nya untuk di terokai.. Ianya perlu di jelajahi dengan berjalan dan hiking sejauh 5 kilometer..

Dan kami berjaya meletakan tapak kaki di atas permukaan puncak tertinggi Sibebe Rock - The Second Highest Standing Rock In The World.. ( First Highest is Ayers Rock in Australia ).. dengan memakan masa hampir dua jam untuk ke puncak.. kami banyak rehat dan stop shoot picture tu yang banyak buang masa.. if not tak sampai sejam setengah jer insyallah dah boleh sampai.. Citt.. cakap besar lak aku nie..  :P


Get ready nak tawan Sibebe Rock..!!
" What Ever You take Up The Mountain 
You Must Bring Down. Leave Only Your Footprint"
Kawasan trek yang berbatu..
Trek yang mudah tapi jauh la pulak nak hiking nyer..
Hiking menuju Sibebe Rock.. Masih tidak tercemar.. :D
Trek yang mudah untuk trekking.. 
Sambil jalan sambil layan view yang cantik ni.. Insyallah tak penat :D
Rumput yang bergerak mengikut alunan angin .. 

Hiking trek kat Sibebe Rock ni tak susah sangat nak hiking.. tak macam Shiba Breast Mountain yang kami hiking semalam.. Alhamdulillah selamat naik dan selamat turun.. time turun tak sampai sejam suku even banyak gak kami stop untuk bergambar..  ada la 3 tau 4 sport yang agak merbahaya.. but belasah jer.. syarat dia kalau tak reti buat2 reti jer.. nanti lama2 reti la hahahaa...


Layan pemandangan pergunungan Swaziland di atas Sibebe Rock
Kawasan pergunungan yang masih natural..
Inilah pemandangan dari Sibebe Rock.. Second Highest Standing Rock In The World
Opppsss.. ini bukan New Zealand atau Switzerland yer... tapi Swaziland..
Hanya kami bertiga di atas bukit ni.. 
Memang sunyi.. dengar suara burung dan angin jer..

Kami memulakan hiking tepat pada pukul 03:30 petang.. dan sampai di puncak hampir pukul 05:00 petang.. Lepak di atas puncak sambil ala2 picnic selama sejam.. and of course shoot picture.. saje lepak lama2 sebab nak tunggu Sunset.. nak shout matahari terbenam.. but tak boleh la nak tunggu sampai matahari betul2 tenggelam.. kang malam tak nampak pulak jalan nak balik.. :P


Gambar2 yang di snap dari Sibebe Rock










By the way for your information.. korang tak boleh suka2 nak start hiking dari mana korang nak start.. korang kene daftar kan diri dekat Mbuluzi Gate Visitor Centre dan akan di kene kan bayaran sebanyak E30 (Currency Swaziland adalah Emalangeni) dan ia bersamaan RM 10.48.. dan ia mula di buka seawal pukul 08:00 pagi.. oh lupa nak bagi tau.. if korang boleh tunjuk bukti korang adalah student.. Insyallah dapat murah.. aku bayar E20 jer hehehee.. bersamaan RM 6.98 seorang..


Kami pulang semula ke Mbuluzi Gate Visitor Centre
Kami di benarkan mendirikan khemah di kawasanMbuluzi Gate Visitor Centre
Di pagari batang buluh.. so tak de la orang nampak kami berkhemah di sini
Kawasan picnic di Mbuluzi Gate Visitor Centre
Kerusi, meja dan tempat BBQ juga di sediakan
Jalan masuk ke Mbuluzi Gate Visitor Centre
Bersama Manager Mbuluzi Gate Visitor Centr -
Mr Momo Willy Mrkouto

Dan satu jer yang tak best.. dekat kawasan Sibebe Rock ni tak ada satu pun hotel, lodge, backpackers hostel etc.. so korang kene make sure lepas habis hiking .. ada masa yang cukup untuk naik public transport semula ke Mbabane (Bandar berdekatan - 18 km).. but korang nak tahu apa jadi ngan aku??

Aku minta permission untuk pasang khemah bermalam dalam Mbuluzi Gate Visitor Centre ni.. kawasan memang cantik nak camping sebab ianya adalah sebuah kawasan picnic.. selepas slow talk ngan manager... kami di benarkan pasang khemah untuk bermalam di sini.. and best nyer.. FREE JER..!!! hahaha..  tapi kalau untuk perempuan maka aku nasihat tak yah cuba la kot.. :P 

36 comments:

  1. Uik camna akak JM leh terlepas entri ni, kt link blog still part1 so just try klik rupanya dh part4

    Subhanallah cantik beul kt atas nun dan untunglah jd student leh dpt discount

    Baru plan nk buat khemah kat situ itupun ntah bila hikssss just kidding

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeker... nak kene report kat blog management ni hahahaha.. :P

      Aah.. negara ni untuk aktiviti outdoor memang sesuai.. sebab tempat yang masih natural.. especially kawasan pergunungan dia..

      Dah bg cadangan kat manager tu untuk buat accommodation.. at least campsite pun jadi la.. insyallah setahun dua lagi ada la kot campsite kat kawasan ni.. :D

      Delete
  2. Assallammualaikum Afif,

    Bila tengok gambar2 ni dan tarik nafas, rasa cam tarik nafas kat atas gunung tu jer, terasa cam fresh air masuk paru.. huhuhu.. sangatlah cantik pemandangan dalam gambar2 tu.. Beruntungnya dapat pergi ke tempat secantik itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. Kak Ayu..

      Thank for menghayati all the pictures hehehee..
      Actually sy pun masih tak puas hati lagi dgn cara saya mengambil gambar.. rasa mcm nak amik class photographer jer huhuhuuuu...

      Sayang bila pi tempat cantik macam ni tapi tak boleh amik gambar cantik hahahaa.. :p

      Delete
    2. Afif,

      gambar2 ni pun dah cukup cantik, sebab tu terasa "feel fresh" bila tengok2 gambar2 ni hehehe
      satu gambar boleh membawa bermacam perasaan & gambaran kan..

      takpe, kalau ada masa belajar ambik gambar.. ambik gambar dari hati, mesti gambar2 tu jadik cantik.. hahaha (boleh pakai ke peribahasa akak ni? hahah)

      anyway good job, looking forward to more posting from u!!

      Delete
    3. Thanks kak ayu.. comment yg cukup untuk memberi semangat huhuhuu...
      insyallah mmg tgh plan nak amik kelas photograper ni.. harap lepas ni gambar jadi lebih baik la,,

      eh kene amik dgn penuh hati.... insyallah akan saya lakukan.. :d

      Delete
  3. apa? pompuan tak digalak camp sini?
    (dgn segera simpan sleeping beg atas lemari baju)

    akak mampu sampai bukit broga je
    sbb bentukmuka bumi lebih kurang je...tapi kat swaziland nih lagggggggiiii best!!!
    (sambil belek2 gambo diri atas batu bukit broga hambek feel tamau jeles dgn TTB)

    pi hambek kelas bergambo pi..!!!
    (tolak laju laju TTB...)

    heheh
    (tgh mkn kepok lekor)-pastu sakit hati bila dokte kata gemuk?
    hahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yela.. bahaya kot kalau perempuan nak camping kat sini.. (simpan untuk keselamatan)...
      Insyallah bukit broga akan di jelajah tahun ni jugak :D (penuh semangat..!!) hehehe..
      Dah start pun amik kelas bergambo nie.. tapi ken update DSLR jugak ..
      Doktor tu kata jer.. untuk kebaikan.. tapi dia pun mesti mkn kopok lekor kan :D hahahaa..

      Delete
  4. Pemanfangan kwsan rumput tu mirip broga. Tp swaziland lg power. Ayers rock tu pun blum kesempatan pergi even beberapa kali turun aussie

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh broga belum sampai lagi hehehee.. nanti dah sampai broga baru boleh comment :D
      Next in bucket list nak ke Ayers Rock pulak :D

      Delete
  5. Cantik pemandangan...rumput mcm broga.. tp broga terlalu tercemar dengan ratusan manusia setiap hari. Pergi Gunung Irau awk, best sgt...sejuk...mcm The Lord of The Ring

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh tak tahu lagi broga macam mana.. insyallah will go there as soon as possible.. ( sebab semua orang sebut broga je ni)

      Gunung Irau??? macam Lord of The Ring??? wahh.. amat menarik tu.. ( terus check google)

      Delete
  6. cantiknya tempat ni .. ni yg buat naik semgt nak p hiking semula ni .. best best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep tempat ni mmg cantik.. hiking semula??? pakcik kata kamu tak pernah hiking pun hahahaha :P

      Delete
  7. SubhanaAllah...terbaik..macam berada di zaman purba..privacy nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Government and the village people keep it natural as it is..
      memang cantik.. memang tenang jer..

      Delete
  8. Bila tengok batu-batu & rumput tu, teringat pulak macam kat broga hehe.

    Pastu bila tengok perkataan SWAZILAND, terus terbayang PRINCE MSWARI yang kawen dengan ramai pempuan tu.. erkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula.. semua orang kata mcm kat broga.. tak pernah pi lagi broga tu..

      Yes prince dia kawen setahun sekali pada bulan sept or oct.. sekarang dah ada 18 isteri kalau tak silap.. :D

      Delete
  9. wah track nya sangat keren deh, luar biasa banyak batu

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya vina.. di africa kawasan nyer kering berbatu begitu..

      Delete
  10. woaaahhhh.. terpegun dgn keindahan swaziland..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah sesekali jenguk alam semula jadi di afrika.. :D

      Delete
  11. lam kenal yaaa....wuihhh keren bangettt trip nya....like it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerna datang berkunjung di sini.. :D
      Keren bangat??? huhuuuu.. mesti la :P

      Delete
  12. nak tanya cuaca mcm mana time hiking ni? ker ms tak perasan kalo2 afif ada mention

    suka dengan gambar yang ada caption "Opppsss.. ini bukan New Zealand atau Switzerland yer... tapi Swaziland.." ala-ala mencari jati diri sendiri! nak gak ambik gambar post camtu

    so untuk next jalan-jalan sure gambar gempak lagi sebab dah nak ambil class photographer ker dah ambik ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca ok sebab masa ni baru nak masuk summer.. so okla.. bila malam tu mengggigil jugak la dalam khemah.. :D

      Apa boleh buat.. nak ke Switzerland and New Zaeland tak mampu.. Swaziland pun jadi la.. hahahaa.. :P

      Class Photographer dah amik.. tapi camera jer belum upgrade hahaha..

      Delete
  13. Kalau rasa teringin nak pergi lagi.. aku cadangkan satu tempat kat Malaysia yg mungkin kau tak pernah daki.. heheh Bukit Broga :P

    http://misznina17.blogspot.com/2012/09/bukit-broga-malaysia.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. semua orang dah sebut pasal bukit broga..
      insyallah akan usaha juga untuk pergi ke broga.. soon.. :D

      By the way.. Malaysia aku belum jalan mana lagi.. hahahaa..

      Delete
  14. Dah namanya adventurers sukalah yeh TT berhiking gitu ...okje tak minatlah TT...lagilah nk buang air susah ...nk kena berkhemah mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiking hobi kot.. adventurer lah katakan..
      tak apa.. bukan perlu minat.. suka2 pun boleh..
      by the way kat situ ada proper toilet and shower la :D

      Delete
  15. tgok view..tringat cerita hobbit..sama kan?
    pngembaran cerita hbit dbuat di nz.. so memng cantik la tempat ni.
    tambah2 waktu angin tiup rumput2 di bukit! saujana mata memandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaah.. ada sama la sket.. best kat sini sebab tak ramai orang hiking..
      Itu la suka tengoj rumput2 kat sini yang di tiup kekiri dan kekanan.. aman damai jer.. :D

      Delete
  16. alamak nmpk pic mmg best tp tgk gaya mcm hiking ke sane mcm mencabar minda je kekeke..bape botol air abis?kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bape botol air abis?? seorang seliter jer la untuk pergi naik turun tu :D
      Mencar tu tak la sangat.. but jauh tu yg bukan main hehehee..

      Delete
  17. amacam rumput broga ...dengar cerita tak puas hati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni naik Broga .. hurmm tak la sama langsung... Sibabe Rock ni lebih cantik huhuu.. orang takde.. bersih :D hahahaaa

      Delete